Wednesday, January 23, 2013

Mimpi mengarut..

Yang, semalam abang bermimpi alien.. Bergabung dengan cowboy yang dalam cerita lama lama.. Siap gaduh gaduh perang perang..

Of course la I gelakkan En. Hubby. Mimpi yang tak masuk akal tu.. Ade mimpi lawan lawan dengan alien.. Macam la ade alien yang tidur kat sebelah.. Opss!

Jawapan I, mimpi tu sebab you dah lama tak tengok cerita cowboy kot.. Cerita yang I download pun you tak sempat tengok.. Busy la katakan.. Audit situ.. Audit sini...

Tapi ada mimpi yang semalam you tak tau.. Mimpi I lagi best..

Memandangkan I agak control pemakanan sekarang ni, sebab baby dah chubby.. Berat dah 1.8 kg, so waktu makan dah berubah dah belajar berlapar. Akibatnya, pukul11.30 malam tadi, baru nak lelap mata selepas siapkan hal anak anak, terus rasa lapar! 11.30 malam! En. Hubby of course suruh turun makan.. But me, tak mo.. Baby dah chubby macam mummy, mummy taknak la turun makan lepas tu tidur..

Akibatnya, sepanjang malam I mimpikan makanan... Yang I paling ingat, I mimpi sebakul kuih koci.. Sedap pulak tu kuih koci tu.. Dan yang paling tak boleh blah, I berada kat rumah arwah nenek kat Cendering.. Eh.. I dah lama tak balik sana. Dah lama tak jejak ke dalam rumah tu. asyik balik duduk rumah sendiri jek. Dan.. Dah dua tiga malam jugak I bermimpi I duduk dalam rumah tu.. Ape petanda yer? Wallahu alam..

Kemudian, mimpi tu bersambung lagi.. I mimpi makan koleh lemak pulak.. Ni mesti kes Najip Ali sebut masa kat Maharaja Lawak haritu! Tapi dalam mimpi tu.. Koleh lemak tu sedap sangat! Haihh... Memang tak jumpa la Koleh Lemak kat Shah Alam ni.. Mana den nak cekau ni?

Banyak lagi makanan yang muncul semalam.. Tapi 2 menu ni buat I teringat sampai sekarang.. Aduhhhh...... Dah la pukul 4 pagi termimpi McD. Siap terfikir nak bangun time tu jugak nak pergi cari McD Breakfast.. Kuang kuang kuang...

Tak senonoh betul perangai Mak Yong ni.. End up, pagi ni... Masuk kerja lambat sikit pergi cari Stall Nasi Lemak dulu.. Ambek ko! Nasi Lemak Rendang Daging lagi Mummy belasah.. Puas ati mak!

2 comments:

Anonymous said...

Awеsоmе blоg! Is уour thеme сustom mаde oг ԁid you dоωnload it from ѕomеwhere?
A theme like yourѕ with a feω simple aԁjustemеnts
would rеally make mу blоg ѕhine.
Ρleаsе let me κnow whеre you gοt yοur ԁeѕign.
With thanks

httρ://www.dfw-taxicab.com/
my site :: irving tx taxi

Anonymous said...

Thаnk уou fοr anοther informative ωеbsite.
Thе place elsе mаy just I get that type οf іnformаtiοn ωгіttеn
in ѕuсh аn iԁеal way? Ι haνe a miѕsіon that I'm simply now running on, and I've bеen аt the looκ out for such іnformаtion.


Нere is mу ρagе: Bucket Truck Safety Books
Also see my web page: buy A bucket Truck