Saturday, March 09, 2013

Hari Pantang Ke 24 - Ex Housemate Kawen

Sewaktu mendapat invitation, dah agak kecewa dah.. Huu... Dekat dengan due ni.. Tapi sedapkan hati lagi.. Tak bersalin lagi kot.. Insyaallah saya datang. Kami sentiasa bersama masa tak kawen lagi dulu. Kecewa jugak sewaktu I yang kawen, dia datang. Waktu tunang, dia jugak yang bersusah payah membantu segalanya.. Tapi waktu dia kawen, mak tengah pantang!

Bila tengah berpantang, obvious lah tak boleh attend wedding. Kalau diikutkan, nak je pergi. Bukan pergi untuk makan makan, tapi dah jugak ada dengan si dia sewaktu hari bahagia.. Si dia pulak, banyak kali BBM mintak datang jugak. Mak kecewa tau..

Jumaat lepas, selamat lah ex housemate I tu menjadi isteri orang. Dah jadi isteri tu, kena rajin yer.. Eh.. Selama ni pun dia rajin jugak.. Semoga sentiasa bahagia dan sabar menempuhi dugaan di alam rumah tangga yer.. Ampun maaf tak dapat nak hadir.. Bengang pulak bila tengok kawan kawan dalam group photo.. Huh!



No comments: