Thursday, April 11, 2013

Misi Mencari Baby Carrier, Jumpsac Juga Akhirnya

Keperluan ke kehendak ke nak bergaya? Tak tahu la I tergolong dalam kategori mana. Tapi I nak jugak baby carrier. Terdapat pelbagai jenis, corak dan harga dipasaran. Sampai buntu sekejap untuk memilih.

Pada mulanya I dah membuat keputusan untuk membeli Moby Wrap untuk my little boy. Bila duk google tengok tengok review pengguna, I tertarik dengan Boba Wrap pulak. Boba Wrap ni strechable dan lagi selesa. Cuma harga lebih mahal berbanding Moby Wrap tu.



Malangnya, dalam proses untuk membeli secara online tu, tak tau la apa masalah kat website dia, I tak boleh proceed dengan pembelian Boba Wrap tu. So, I hold jela dulu niat untuk membeli wrap anak I. Fikir fikir, biar jelah. Tak payah lah. Tapi bila dah ke hulu ke hilir duk kendong anak ni, rasa payah la pulak. Time nak shopping lagi susah nak capai capai barang. Kembali la semula niat I nak membeli wrap.

Disebabkan pelbagai faktor, En. Hubby sangat prefer I bershopping online. Banyak masalah bila nak ke kedai. Tak nak serabutkan diri dia dan terutamanya diri I sendiri, I pun teruskanlah misi shopping online I mencari baby carrier. Tetapi, terasa macam nak berpaling tadah sudah dengan wrap. Rasa macam tak practical la pulak. Fikir punya fikir, bila my baby boy dah agak besar, for sure dia tak nak dah masuk dalam wrap. En. Hubby pulak, nak ke dia kendong anak dia dengan wrap? So, taknak la membazir untuk sesuatu yang agak mahal.

Sebelum deliver lagi, my officemate dah suggest beli Jumpsac Orbit. Pada pendapat dia very useful dan easy. Dengan dia yang menguruskan sendiri 2 anak nak kehulu ke hilir, dia cakap, Jumpsac Orbit memang membantu la. Padahal dulu I tak terlintas pun nak beli Jumpsac Orbit ni.. Tapi semalam, selepas beberapa hari menilik nilik website Jumpsac, akhirnya I pun terjebak memilih Jumpsac sebagai my baby carrier. Walaupun harganya lebih mahal berbanding Boba Wrap mahupun Moby Wrap, tapi I rasa dia lebih practical, cepat dan En. Hubby pun tak segan silu nak guna..


Dan tak payah susah susah mereka bergaduh nak menolak stroller kalau keluar dengan anak anak yang lain. Hahahaha





No comments: