Sunday, May 26, 2013

Pejam Celik Dah Setahun?

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik hari ni dah setahun. Banyak lagi yang tak tercapai dalam masa setahun bersama. Honeymoon? Belum sempat. Anak dah muncul dah. Huhu.. Nak buat macam mana. Orang lain menggangu perancangan asal kami. Tak pe. Bukan nak bercerita sedih hari ni. Perlu germbira dan bahagia yerp!
26 Mei 2012,
Tarikh bersejarah di dalam hidup. Berubah status menjadi isteri kepada encik suami tercinta. Masih tak lupa, betapa sukarnya untuk bersama. Betul kata orang. Kalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun ada seketika dia entah ke mana, dan diri ini dengan dunia sendiri, akhirnya kembali bersama juga. Cyberjaya menjadi saksi pengakuan berani mati diri ini menerima dia sepenuhnya di dalam hidup dan Colmar Tropicale menjadi tempat bersejarah di dalam hidup kami.
Hari ini dah genap setahun bergelar isteri kepada encik suami, maaf dipinta diatas kekurangan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Nak senarai pun macam malu jek. Biasalah.. Manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Cuma, bergaduh tu bukan cara kita. Mungkin perbezaan usia membuat kita sentiasa bertolak ansur dalam semua perkara. Kan?
Belum difikir apa perkara special untuk dilakukan harini gara gara kapal Virgin Australia,  tengok nanti macam mana sekepas En. Hubby balik kerja.. Anyway, thank you abang for anniversary gift... I love you till Jannah. InsyaAllah..

2 comments:

Tulip Merah said...

happy anniversary....=)

Tulip Merah said...

happy anniversary....=)