Tuesday, May 14, 2013

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum semua.. Selamat petang.. Bulan Mei dikira bulan yang meriah. Pelbagai sambutan yang datang.. Minggu lepas kita dah sambut Hari Ibu pada 12 mei.. Dan ada lagi satu yang ditunggu tunggu adalah 16 Mei. Setiap tahun, I takkan lupa 16 Mei yang mana hari tersebut adalah Hari Guru..

Pengalaman menyambut hari guru tersangat banyak dan semuanya manis manis belaka. Jasa seorang guru terlalu banyak dan tak patut sekiranya mengabaikan Hari Guru. Hari Guru perlu dirai agar cikgu cikgu gembira setelah berpenat lelah mengajar di kelas.. 

Dulu, ketika bersekolah, I sangat mengambil berat tentang Hari Guru. Awal awal lagi dah menyiapkan hadiah kepada cikgu tersayang. Kalau boleh, semua cikgu yang pernah mengajar I tu, I nak beri hadiah. Tapi kadang kadang waktu kecik kecik dulu, sampai masa nak beri hadiah kat cikgu, tersipu sipu malu la pulak. Hahaha.. Comel je rasa masa tu. Malu nak beri hadiah kepada cikgu sebab selalu tak siapkan kerja sekolah! 

Kerjaya guru ni memang best kalau kita ikhlas menjadi guru. Ada orang yang sentiasa menyayangi dan mendoakan cikgu. Menjadi cikgu outdoor untuk budak budak sekolah angkat Malaysia Airlines pun dah gembira. Apa lagi menjadi cikgu yang mengajar kat sekolah tu hari hari kan? 

SELAMAT HARI GURU...
Kepada semua cikgu.. Tak kisah lah cikgu tu mengajar kat mana. Cikgu mengaji pun tetap cikgu. Cikgu driving school pun cikgu jugak.. 

Buat cikgu yang pernah mengajar Anisah binti Abdullah di Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu, Sekolah Menengah Cheneh Baru, Sekolah Menengah Felda Neram, Malaysia Airlines Training Centre, dan Malaysia Airlines Engineering Training School, jutaan terima kasih kerana mengajar saya hingga menjadi saya yang sekarang. Jasamu dikenang. Dan semoga cikgu semua diberkati Allah SWT. Amin.

1 comment:

Kakzakie said...

Selamat Hari Guru juga dari kakak pada semua warga pendidik..