Friday, June 14, 2013

Anak Mummy Dah 4 Bulan

Semalam dah bawak Adam Isyraf ke Klinik Kesihatan Shah Alam. Check up untuk 4 bulan.. Tak sangka sampai sekarang Mummy masih ke Klinik Kerajaan. Mungkin kat Shah Alam ni KK lagi efficient dan cepat compare private. Sampai klinik pukul 8.00 pagi. Jam 9.30 pagi dah boleh sampai rumah dah. Best!

Semua perkembangan adalah positif. Tumbesaran pun normal. Berat sekarang dah 6.6 kg. Tinggi 52 cm. 

Alhamdulillah.. Exclusive breastfeeding masih diberikan untuk Isyraf. Semoga harapan Mummy akan berjaya nak berikan susu Mummy selama 2 tahun. Cuma Mummy je nak kena rajin pumping mengikut masa yang ditetapkan. Hai  mummy. . Jangan malas yer!
Sekarang Adam Isyraf Mummy dah mula mengenali orang. Alhamdulillah jugak.. Tak meragam dan tak menangis tak tentu pasal. Yang buat mummy cair bila melihat anak Mummy senyum. Alahai.. comel!

Bila tengok anak kawan kawan dah merangkak.. berjalan.. tak sabar pulak tunggu turn Isyraf. Confirm penat la kejap lagi.. Tapi mesti terhibur.

Oh.. Anak.. Engkaulah penyeri hidup mummy dan ayah.. I love you Adam Isyraf.. Semoga anak mummy akan terus membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh.. Amin...

2 comments:

Tulip Merah said...

pakwe dah besar la...bile la dapat jumpe ni....asyik nengok gambo je

Anisah said...

Meh lepak shah alam..confirm leh jumpe dgn acik mira..