Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya - First Day #Dungun

Assalamualaikum.. 
Selamat Hari Raya.. 


Aduh.. Lama sangat blog makcik ni tak berupdate. Busy jela sepanjang Ramadhan. Hari ni baru sempat menjenguk blog yang dulu sayang, yang kini kejap jenguk, kemudian lama tak menjenguk. Bulan puasa sangat banyak kerja dengan segala hal. 

Hari ni baru masuk kerja selepas sebelas hari bercuti raya. Lama? Memang lama.. memandangkan sepanjang bulan puasa tak berkesempatan langsung untuk balik berpuasa dengan mak ayah. 

Tahun ni mengikut giliran kena beraya di rumah keluarga arwah isteri En. Hubby. Suasana? Meriah sangat di malam raya apabila semua orang berpesta mercun. Cuma bila part makanan, tak sama la seperti kat rumah mak.. kat rumah mak ade ketupat, rendang, lemang.. Terasa la menu hari raya.. Tapi kat sana, takde.. Macam takde mood raya sangat.. Takpelah.. Lain rumah lain caranya.. 


Bergambar kenangan dengan anak anak dan nenek mereka.. Isyraf je yang tak pandang kamera.Tapi comelnya anak mummy ni pakai baju melayu. Muat muat je Tok Ngah dia jahitkan.. Terima Kasih!! Next year jahitkan lagi baju melayu Isyraf yer...

No comments: