Wednesday, June 11, 2014

Hadiah 2nd Anniversary Yang Amat Bermakna

26 Mei 2014

Genap 2 tahun tarikh pernikahan kami. 26 Mei 2014 takde aktiviti untuk menyambut anniversary kami. Sebab pagi En. Hubby ada kelas dan petang kami ada appoinment dengan Prof. Siti Zawiyah di UMSC. Kisah check up di UMSC tak penah saya ceritakan di sini cuma decide jumpa Prof. Siti selepas berlaku sikit pergaduhan dengan doktor di UMRA.

Appoinment dengan Prof. Siti sangat mengambil masa yang lama, so memang kami takde plan lah untuk anniversary date ke ape.. Huhu.. Sedih. Cuma check up pada 39 minggu tu buat kami confuse!

Bila Prof. Siti check jalan semua, ni dah 3cm, boleh warded terus la. Tak payah balik. Hah??!! Tak payah balik? Huhu.. Ai nak balik.. Nak jumpa Adam Isyraf dulu. Sebab dah janji, petang nanti lepas check up mummy balik. adam duduk rumah sekejap. Hati memang gundah gulana. Bukan risau nak bersalin. Tapi nak balik jumpa anakanda dulu. Buat lah alasan kat Prof. Siti. Nak balik ambik barang dulu. Lagipun datang sehelai sepinggang je ni. Banyak la lagi alasan lain yang ai bagi kt Prof. Itu.. Ini...

One more thing, En. Hubby nak exam 27 Mei.. Oh Noo!! Kenapa datang serentak.. Bila kelam kabut, takde dah rasa sedih sangat tak celebrate anniversary. Fikir benda yang lagi penting je. So ai decide, balik rumah je dulu walaupun Prof. tak berapa galakkan. 

Dah sampai rumah malam tu En. Hubby paksa makan dulu kenyang kenyang dan dia duk ulang tanya je. Nakgi check in hospital ke tak. Ai dengan serabutnya, takpelah.. Nak kemas barang dulu.. Tidurkan Adam Isyraf dulu. If rasa sakit, kita pergi hospital. Lagipun kalau pergi malam malam, tak la jem sangat. En. Hubby memang takkan membantah, dia memang layan je.. Sebenarnya Selepas tidurkan Adam Isyraf, ada rasa contraction. Tapi since takde tanda apa apa, berani la lagi duduk kat rumah. But at 2.00 am, ai pergi toilet nampak darah keluar. Oh.. Darah.. Memang tak boleh la ai stay rumah. Should go to hospital now.

Tak berlengah dah, ai kejut En. Hubby, mintak dia hantarkan Adam Isyraf ke bilik kakak,then we all terus keluar ke hospital. At 3.30 am. Ok la.. Sampai hospital almost 4.00 am. Yang bestnya kami tak tahu pun mana wad bersalin UMSC di dalam PPUM tu. Tak pernah jejak dan tak pernah reccee.. So 4.00 am tu la baru terhegeh hegeh cari. Sangat menarik. Bila sampai wad UMSC, nurse terus buat check up, suruh masuk labour room pasangkan CTG. Masa tu dah almost 5.00 am. I'm feel still ok. Suddenly 5.25 am, terasa water bag pecah. Dan terus rasa contraction yang semakin kuat. Tapi boleh je bertahan sebab waktu Adam Isyraf dulu terasa lagi sakit. Kali ni sakit yang tak sakit sangat compare dulu la walaupun still sakit.. Benar kata orang, induce lagi sakit compare to normal contraction..

Bila waktu Subuh, En. Hubby tinggalkan pergi surau dah mula rasa tak selesa serba tak kena bila contraction. Waktu tu google la mencari ayat ayat yang boleh meredakan kesakitan. Alhamdulillah.. Ayat Kursi mampu menenangkan sikit kesakitan yang ai rasa waktu tu. Tapi keep zikir dan baca Ayat Kursi tak putus putus. Dah lepas 7.00 am tu, nurse suruh push je if rasa contraction. Ape lagi.. Memang itu yang ai nak buat pun. En. Hubby yang sentiasa ada disisi, ai dah pegang tangan dia takmau lepas dah.. Biar dia sakit kena pegang tangan kuat kuat.. Takkan ai sorang je rasa sakit waktu tu.. 

Bila Prof. Siti datang prepare segala barang, ai makin rasa tak sabar nak push hilangkan kesakitan ni.. Alhamdulillah.. 8.11 am baby keluar melihat dunia. Fuhh.. Lega sangat. Lega menanggung sakit yang amat sekejap. Lega kerana doktor sangat hebat membantu ai bersalin. Lega segalanya selamat. Syukur Allah SWT kurniakan kami anak perempuan. Ai tahu.. Walaupun En. Hubby cakap dia tak kisah anak lelaki ke perempuan, tapi sebenarnya dia sangat inginkan anak perempuan. Alhamdulillah.. Allah kurniakan kami sepasang anak comel selepas genap 2 tahun usia pernikahan kami..

Ai takkan lupa bila En. Hubby cakap, takkan ada hadiah yang lebih bermakna untuk anniversary kita tahun ni melainkan anak perempuan yang lahir hari ni.. Yelah.. Sebelum tu ai main mainkan dia. Cakap takde beli apa apa hadiah pun for birthday or anniversary since ai tak larat keluar shopping. Tapi ai dah beli thru online pun hadiah dia. Dia je tak tahu..

Ya Allah,
Aku syukur dengan pemberianMu
Aku syukur dikurniakan suami yang penyayang
Aku syukur diberikan sepasang cahaya mata
Wan Adam Isyraf
Wan Alyah Insyirah
Benarkan aku untuk menjaga mereka untuk menjadi insan berguna 
UmmatMu yang soleh dan solehah
Hingga ke akhir hayatku.
Ameen..

1 comment:

Kakzakie Purvit said...

Allahh... terharu dan kakak rasa indahnya moment itu kan. Seronok tak terkata.

Tahniah dari kakak.