Saturday, September 20, 2014

Cabaran Blogging Day 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Menarik Tentang Saya


Assalamualaikum..
Menyahut cabaran 30 hari non stop blogging ni. Al maklumlah.. Liat bebenau nak update blog. Cuba menjadi seorang istiqamah ni untuk update blog. Tapi cari punya cari, ini rupanya gambar latest saya. Hari Malaysia Berkabung. Ini saya bersama sama rakan setugas dalam majlis memberi penghormatan terakhir untuk mangsa MH17.

Masa ni tengah panas, tanpa mekap dan gemuks.. Hee... Gemuks pun nak mention.

okay, apakah fakta fakta yang menarik ingin saya kongsikan tentang saya?

  1. Saya ni seorang yang penyabar. Tapi semenjak ada anak ni tak cukup sabar pulak jadinya. Macam mana tu? Asyik nak menjerit je kerja. 
  2. Lepastu saya ni suka memendam perasaan. Walaupun marah sangat dekat orang, tetap berlagak cool dengan orang tu. Paling teruk pun, cara saya melepaskan perasaan dengan menangis dan menulis. Sebab tu saya ada blog. Tempat meluahkan perasaan. Dan saya tidak pulak menghilangkan stress dengan makan. Sebab tak rasa pun makan tu akan menyelesaikan masalah. 
  3. Saya tak ada hobi. Yup!! Ini sangat fakta. Saya takde hobi yang spesifik. Sebab waktu lapang saya takde. Macam mana nak mempunyai hobi. Selalunya bila free saya cuba tengok TV. Tapi tak pernah habis pun satu cerita. 
  4. Cuma saya suka camping. Tapi suami dah menghadkan aktiviti camping. Alasan, dah ada anak, takkan nak join kawan kawan camping lagi? Owhh.. Hubsy.. Tolonglah.. Camping bawak anak la pulak. Tapi dia tak agree.. Sabo jelah.
  5. Paling fakta. Saya suka Online Shopping. Dah almost masuk categori Online Shopper Tegar. Sampai puting susu anak pun beli online je. Paling teruk, bila pegi shopping mall, tak pandai nak shopping. Malas nak pusing pusing pun ye jugak. Teruknya.....
Okay, Done!

No comments: