Friday, November 21, 2014

Cuti Sekolah Yang Panjang Bermula

Patut suka cuti sekolah atas tak suka cuti sekolah?
budak budak wajib lah suka. Tapi saya?? cuti sekolah itu memenatkan. Dah ada aktiviti untuk setiap minggu. Hurmm.. Cuma plan balik kampung dah berubah sikit. Dari bercuti panjang menjadi kurang la pulak. Tiba tiba En. Hubby kena pergi SOJT kat KLIA.

KLIA?? Haruslah suka.. Dah bertahun kot pergi kerja takde driver, tiba tiba En. Hubby kena pergi kerja sama sama.. Whoooaaa..... Best!!

Tapi masih ada yang tak suka! Plan nak balik kampung seminggu. Dah tak dapat cuti la pulak.. Think positive.. Suka! Suka! Jimat Annual Leave. Jom kita pergi kerja. Jalan tak jem..

Cuti sekolah pulak biasa dikaitkan dengan kenduri kawin. Tahun ni rasa rasa macam takde jemputan kawin dari kawan kawan je. Musim banjir kot. Orang Terengganu tak plan nak buat kenduri musim ni..

Tapi sorry lah ye anak anak. Tahun ni takde family vacation, dah plan.. Tapi korang pun ade aktiviti lain, kita cancel jelah ye vacation. Duduk diam diam kat rumah. Hahahaha..


Ouchh! 
ada gambar hiasan yang buktikan abang notty.. Sempat lagi cubit peha adik masa ambik gambar.
 

No comments: