Monday, January 26, 2015

Aktiviti Wajib Hari Jumaat - DownTown KLIA

Jumaat lepas kami tak masak masak.. Takde la rajin sangat nak memasak tiap tiap minggu. Sekali sekala je memasak kat tempat kerja ni. Hujung bulan je mungkin?? Tak jugak.. Bila teringin nak makan, tapi tak jumpa kedai berdekatan, kami plan la aktiviti masak masak.. 

Minggu lepas kami makan di Chinese Restaurant di Downtown KLIA. Kalau diikutkan harga makanan kat situ agak berpatutan dan portion makanan dia besar. Small size tu sebenarnya untuk 4 orang. 

Minggu ni tak ramai. Shift ni tak cukup korum la kalau kira. Sebab tu jugak la kami tak memasak. Order ikut selera masing masing dan add on mana mana yang rasa nak makan lagi. 


Suria sebenarnya teringin sangat nak makan kat sini. Kami layan je.


Wajib order. Beancurd in hot plate.


Shark Fin Soup.  Okay.. Jujur.. First time saya makan. Dan saya tak suka! Nak awet muda, memang tak pilih la Shark Fin ni.. Rela telan Collagen Powder Shaklee. Lol..


Ni menu orang diet. Avoid nasi katanya. Pape jelah Suria. Kami telan je nasi. Padahal saya pun diet gak. 


Ni muka orang kenyang. Mau tak kenyang.. Sorang makan habis RM42. 


Muka sendiri pun nak jugak. Hehehe.. Jumaat nanti ke mana yer? Macam nak cuti je.. Minggu ni busy la katanya. Prepare for Senang Fest. Jemput datang ke booth kami di nombor 78 ye!!!

No comments: