Friday, January 23, 2015

Steamboat Office Made Waktu Lelaki Lelaki Mendengar Khutbah Jumaat

Master Mind : Suria dan Rozanna
Dijayakan oleh 8 isteri orang. 
Kos yang dikeluarkan : RM50

Duduk bekerja di KLIA ni kadang kadang terasa bosan jugak. Hari jumaat, tempat shopping KLIA 2, tempat makan KLIA 2, tak pun KLIA. Nilai atau Putrajaya tu tempat paling jauh la boleh pergi. Itu pun confirm balik lagi lambat daripada orang bersolat jumaat cuma di  Pusat Muktamar MAS. Tapi nak buat macam mana.. tempat yang masih dalam pembangunan. 

So Jumaat minggu lepas, kitorang plan la untuk masak steamboat di lokasi paling strategik. Kerlas gitu.. Bukan masak pun, panaskan periuk, celur celur je.. Jimat berbaloi baloi. Kalau makan kat kedai RM30++ tu wajib untuk seorang. Tapi bila beli bahan bahan sendiri, tersangatlah jimat. 


Lagipun, baru baru ni kawan makan steamboat kat kedai, bila balik rumah terus muntah muntah dan cirit birit. Ohh... Tak sangguplah lalui situasi macam tu. 

Sebenarnya aktiviti macam ni boleh mengeratkan silaturrahim jugak. Makan makan, sembang sembang dan bercerita hal sendiri. Kadang kadang, waktu kerja mana la nak jumpa. Opsss!! Kami tak gossip pasal orang lain yer.. Tak gemar cerita tentang orang. Cerita tentang anak anak je ok.. 



Tapi minggu ni kitaorang keluar makan yer.. Habiskan duit 3 kali ganda daripada kos buat steamboat.. Bazir bazir.. Shark fin punya pasal.. 

No comments: