Wednesday, February 18, 2015

Happy Chinese New Year To All Friend

Sekolah dah mula bercuti dan ramai yang pulang ke kampung. Kitorang? Tak ke mana mana. Puan Azura la ni punya pasal. Tiba tiba tukar plan. Huh.. So rasanya cuti Chinese New Year ni kitorang menjelajah shopping mall je kot untuk shopping baju raya anak anak.

Baju raya? En. Suami nak shopping sekarang.. Senang.. Nanti kalau dah nak puasa nak raya, macam macam alasan anak anak beri sebab nak cilok puasa. Padahal shopping sekarang sebab nak murah. Shopping nanti lepas 1 April dan tambah 6%. Kikikikikiki..

Eh.. lari topik. Tajuk Happy Chinese New Year To All Friend tapi cerita pasal shopping raya..


Anyway, untuk semua yang menyambut Chinese New Year esok, Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Dan buat kawan kawan yang menggunakan kesempatan sempena cuti yang panjang ni untuk pergi holiday, enjoy your holiday, orang yang memandu ke kampung, hati hati di jalan raya. 

Saya yang bekerja hari ni??
Happy sakan.. Driving dari Shah Alam ke KLIA 45 minit. Dah lama tak dapat feel cepat sampai ofis ni.. Biasa 1 jam setengah baru sampai.. 

Happy happy semua orang yer.. 





Happy Chinese New Year 2015!!!

No comments: