Friday, February 13, 2015

Selamat Hari Lahir Adam Isyraf

10.40 malam
Hospital Daerah Kemaman, Terengganu.


Mummy bertarung nyawa melahirkan anak pertama mummy selepas melalui macam macam dugaan. Mencabar tau melahirkan bayi di hospital yang tak plan pun nak check in dan keadaan Public Holiday yang kekurangan staff hospital dan patient ramai yang nak warded. Semua itu kenangan indah yang takkan dilupakan.

Hari ini, genap usia 2 tahun. First Birthday mummy ayah decide untuk tidal samba since Adam tak fathom lagi waktu tu. Tahun ni, awal awal lagi dah mintak kek Thomas kan? Malam ni ambik kek yer dekat Untie Faryna. Mummy beri kepercayaan untuk untie Faryna deco kek Thomas Adam.

Takde harapan lain buat seorang ibu melainkan ingin melihat anak membesar sihat sempurna, menjadi insan berguna hingga mummy menutup mata.

Di usia Adam 2 tahun, Adam dah mempunyai adik Alyah yang kini 8 bulan lebih. Tapi Adam bagus kan? sayang adik. Kadang kadang je Adam geram sikit. Itu normal..

Mummy sayang anak anak mummy. Mummy sayang Adam.. Mummy sayang Alyah. Semoga anak anak mummy menjadi anak anak soleh solehah hingga ke akhir hayat.

Selamat Hari Lahir Adam..



Sayang kamu,
Mummy



No comments: