Monday, March 02, 2015

Cuti Sekolah, Kita Pun Cuti Sekali

Thru Whatsapp

Abang, cuti sekolah nanti Farid kawin. Nak cuti seminggu terus ke nak balik Selasa? 

Diam je.. tiba tiba En. Suami yang call.

Cuti you banyak ke sayang? Boleh ke balik Seminggu?
Eh.. Cuti ai belum guna pun lagi yang tahun ni. Pakai yang tahun lepas je selama ni..  
So dapat la buat conclusion kami nak cuti seminggu macam cuti sekolah bulan 3 ni. Okay.. hatiku melompat lompat riang hokey..

Dapat balik kampung seminggu. What do you feel? Memang senyum tak berhenti. Dalam kepala dah macam macam aktiviti yang dirancang. Eh.. Balik Cendering kot.. Macam macam aktiviti ade. Padahal cousin nak kawin. Tapi listed dalam kepala 1/10 je melibatkan aktiviti orang nak kawin walaupun boleh la diibaratkan kakak pengantin..

Eh.. ko cari orang lain ye buat jadi kakak pengantin ko.. Ai nak berjimba.. Tak pun, ai ajak you sekali berjimba. Mati gue kalau bakal pengantin yang baca. Kui..Kui..Kui..

So En. Suami, meh sini isterimu listkan apa yang dia nak buat sepanjang cuti.

Satu, ai tak mau tidur kat Dungun. 1 malam cukup la tidur kat Bukit Bading. selebihnya kat Chendering tau. Sebab lepas Subuh everyday nak mandi laut. Tak mau mandi petang petang.. Ramai orang. takde privacy.

Dua, ai dah lama tak balik kampung lepak dengan makcik makcik ai masak makan ramai ramai sampai jiran jiran tanya, ade kenduri ke?? Eh.. Tak.. Sebenarnya family kitorang besar. Kalau masak kat dapur tak padan. So kitorang masak rewang rewang kat luar. Rewang? Jawa ke Terengganu ni?? Owh.. Bekwoh..

Tiga, ai nak bawak anak anak ai jalan jalan melawat Kuala Terengganu.. Kesian.. Lahir je kat Terengganu, keropok pandai makan, tapi tak cukup blend lagi jadi orang Terengganu..

Empat, ai nak shopping. So bawak semua debit/kredit kad yer. Penting tu dalam semua urusan di Pasar Payang. Maybe ai nak angkut sutera dua tiga pasang buat raya dan sedikit ole ole untuk kawan kawan.

Lima, lupa.. Sepupu ai kawin kan, Tak boleh list banyak sangat. Ade 3 event tu dia buat. So memerlukan banyak masa..

Takpelah ye En. Suami. Kalau you rasa tak dan je nak kejar aktiviti ai ni, don't worry, you duduk rumah.. Tidur..Ai berjalan dengan kakak kakak ai.. Yang penting cuti sekolah ni ai boleh balik kampung dengan gumbira..

Okay.. tak perlu tulis sampai 10. kang ade yang kena reject kang. So on the spot ai bagitau nanti yer..

Nah.. Pakai google map kejap je sampai kampung..


Don't Worry Farah.. Wedding you, ai tak lupa.. 21 March kat Kuantan.. Nanti kita muah muah yer..
 

No comments: