Thursday, March 26, 2015

Farid Nisa Reception : Nur Arfa Batik Open Hall

Sebelum ni dah buat satu entry waktu malam pernikahan. 

Kali ni nak story cerita hari Reception Farid dan Nisa.

Lokasi memang strategik. Tepi Sungai Ibai.. Angin bukan setakat sepoi sepoi bahasa. Memang kuat. Beberapa kali terbalik stand pintu gerbang. End up tak payah la pasang.. 

Open Hall Noor Arfa Batik ni memang takde masalah kepanasan tetamu dan pengantin. 

Cuma rasa macam kelam kelibut je. Kitorang prepare menu kat rumah. Masak masak, lepas tu hangkut ke sana. Mak memang tak mau pergi la kat dewan. Kitorang adik beradik je yang bersemangat. 


End up, nak naik ke pelamin, kitorang aje yang nak mengiring diorang. Rasanya pembahagian tugas semua dah betul. Part nak pegi naik pelamin je tersasul sikit. Memang la sepatutnya part family kitorang. Tapi masing masing kepenatan memasak agaknya. 

Tapi tak kisah kan.. Kawin tetapi dah kawin.. Yang penting majlis meriah, makanan cukup, kitorang semua masak sedap. Tak gitu? 

Lagipun ramai yang malas nak berdiri tengah panas kan.. Memandangkan Terengganu sangat kering tanpa hujan. 



Tapi sampai sampai je kat dalam dewan, terkejut.. Anak mummy rupanya yang duduk bersanding atas pelamin.. Pengantin pun tak sempat nak naik pelamin. Dua beradik ni dah sibuk kat atas tu.. Geram kot.. Tengok pelamin yang sangat sweet. Habis alas karpet orang bersepah. 


Ini satu gambar yang boleh kami abadikan. Nak kumpulkan semua memang mustahil. Dapat la kumpul 1/9 dari family kot.. Tak lengkap langsung tapi ada la jugak.. Group family photo memang payah kalau family besar sangat. Tambah pulak waktu kenduri kawin. Orang ni nak jumpa sedara ni. Orang tu nak jumpa sedara kat sana. Mak ayah pulak langsung tak datang sebab malas nak tukar baju cantik. Haaa.. Alasan baik punya mak kasi.. 





Ini sikit gambar nak tempek kat entry ni. Buat kenangan. 






No comments: