Tuesday, March 10, 2015

Macaroni Cheese Versi Lebihan

Bila teringin makan western, boleh la ajak En. Hubby layan.. 

Bila teringin makan makanan Padang.. Memang dia alu alukan.. 

Bila teringin makan pasta.. Sorry.. Tekak ai tak terima katanya.. 

Cesss.... Tak mo layan langsung kalau ajak makan spaghetti ke dan segala Italian food. Kalau nak masak pasta kat rumah pun tunggu hari dia takde kat rumah la.. Kalau tak, kena buat dua menu pulak. Pasta dan nasi.. Memang suamiku tekak nasi budu dengan ikan singgang. 

Tak yah mengeluh.. Tu menu senang kacang. Campak campak aje.. Siap!! Tekak ni bosan dah makan menu dia tu.. Sampai tahap bila buat lauk tu je, isterimu makan nasi ngan kicap ajo.. Tak lalu la makan ikan singgang. Jemu.. 

Tapi dia boleh berselera tambah nasi dua tiga pinggan sebab cicah budu yer.. 

So memang suka la menjelajah kedai pasta dan masak pasta dengan kawan kawan. Dah kat rumah macam tak sesuai aje nak masak.. 


So last week, di port terbaik kitorang masak la segala jenis pasta dan pizza yang kami teringin. Memang selalu buat kerja giler giler ni dengan 1 grup ni. Gambar mereka hidden dan lokasi rahsia.. Poyo lak kan.. 


Yang penting, hari Jumaat aje boleh buat. Masa rehat yang panjang. Rasanya gambar gambar pizza dan pasta pun tak tersnap sebab dah macam pirana je masing masing kosongkan perut dari pagi sebab nak makan puas puas. Yang bestnya sharing RM15 seorang dapat makan macam RM50 sorang kat kedai. 

Dan lebihan lebihan masak tu semua dah surrender. Kekenyangan dan tak larat dah. So ai yang rase kesian la pulak dengan segala macaroni dan sprinkle tu.. End up.. ambik loyang.. Susun susun lebihan topping pizza, lebihan kuah spaghetti, gaul gaul rata dan tabur cheese yang ada, masuk je oven.. 

Dan ini hasilnya.. 

Satu Anisah yang bawak balik.. Satu Suria yang bawak balik.. 


Nasib baik anak anak suka. Tak macam ayahnya.. Seloyang tu ok la.. Kenyang perut anak anak. Dan yang pasti, mereka suka sangat. En. Hubby? Tak sentuh pun.. 

Tak kisah.. Tak kecik hati.. Dah tau bukan taste dia.. 

Cuba bagi dia ayam/daging goreng kunyit macam kat kedai thai, sayur lemak kacang panjang dengan telur dadar dan budu, mesti dia laju je ke meja makan.. 

Owh suamiku.. kita berbeza citarasa.. 


Okay.. ni muka ngantuk kenyang sebab makan banyak.. 

No wonder la gemuk....