Friday, March 06, 2015

Pengalaman Menggunakan Implanon - Bulan Ke 3

Sebenarnya saya masih lagi pening dan kompius dengan implanon dan kitaran haid. Tapi abaikan je. Jangan difikir. Kang stress aje.

Harini saya nak bercerita pengalaman sepanjang tiga bulan menggunakan implanon. Saya dah bercerita sebelum ni di entry INI dan INI tentang implanon jugak.

Dah tiga bulan menggunakan implanon, benda yang paling confusing adalah waktu datang bulan. Mungkin entry entry sebelum ni ditulis dalam keadaan stress, mungkin ada luahan dan perasaan sedih serta terkilan di situ. Kali ni, saya nak menulis dengan mood yang sabar dan relax relax jer.. Poyo kan?

Pada sebulan pertama menggunakan implanon, darah langsung tak berhenti hinggalah sebulan kemudian jumpa dengan Dr. Razana di Seksyen 13 untuk mintak suggestion. Then dapatlah pil untuk hormon supaya darah berhenti.



Alhamdulillah.. Pil Norcolut yang doktor berikan tu memang berkesan. Selepas seminggu pengambilan secara konsisten, darah berhenti. Kalau tahu, awal awal lagi pergi jumpa Dr. Razana. Tapi confuse. Itu darah nifas ke darah disebabkan effect implanon. Tu teragak agak nak jumpa doktor.

Selepas tiga minggu mengambil pil Norcolut tu darah ada semula. Seriuk cuak. Eh.. Pil dah tak berkesan ke? So jumpa semula dengan doktor mintak nasihat dia. Then bila scan check semua, dah confirm. itu adalah period. Means hormon dalam badan ni dah kembali normal.

Cuma pesanan dia, kalau darah yang keluar waktu tu lebih daripada waktu normal period, doktor sarankan untuk ambik semula Norcolut tu. Alhamdulillah.. After 7 hari, darah berhenti. Which is normal as before.

Cuma...
Cuma lagi...

Bulan ke tiga ni, tiba tiba ada darah.. Okay.. Datang bulan.. Tapi 3 hari je dah abis? Owh.. blur jap.. Dahla awal jugak. pastu 3 hari abis.. pastu... Dah tak mau explain.. Detail sangat pulak nanti kang.. Yang penting rasa confuse dan jadi was was..

Owh... tak suka la macam ni.. Rasanya nak kena consume GLA kot ye tak? GLA kan memang membantu untuk menstabilkan hormon dan buat period teratur. Selama ni pandai duk consult orang je. Rasanya dah sampai masa untuk makan GLA agar hormon dalam badan saya pula yang stabil.

Okaylah.. Tengok nanti bulan ke empat macam mana pula.. Kang ada masa saya share..




3 comments:

adkdayah said...

gla ni memang elok ek?

Anisah Abdullah said...

adk dayah,

GLA memang sgt membantu untuk menstabilkan hormon, regular period dan kulit cantik..

Unknown said...

saya baru pasang implanon.... kalau saya terus je consume GLA ok ke? atau nk tunggu apa implikasi implanon tu dulu?