Monday, April 06, 2015

Movie Kedua Adam Isyraf

Ini kisah mommy yang teringin nak tengok movie sebenarnya. Lagipun saja nak bawak si abang balik sekali sekala rasa terisi cuti sekolah dengan kami. Selama ni kami agak cuak untuk pergi tengok wayang. 

Macam macam fikir. Kang anak menangis kang dalam wayang, buat bising ganggu orang lah, menjerit nak balik lah.. Macam macam fikiran negatif sebenarnya. 

Tapi kalau tak try mana la nak tahu. Satu hari tu, siap breakfast kat Sri TTDI, ai ajak la En. Hubby singgah Space U8.Kononnya ajak dia tengok PUMA Adidas Clearance Sale. Dah sampai, tibe tibe bagi cadangan, Jom tengok movie?!

Mula mula En. Hubby macam risau. Kang Alyah menangis kang? Kang Adam buat onar kang? Alaa.. Kita tak cuba, kita tak tahu.. 

So ape lagi.. Beli ajelah tiket. Kalau ade masalah nanti kat dalam panggung, kita blah ajelah.. 

Adam sesungguhnya excited. Entah ape dia nak buat dan nak pegi mane tak tahu. Tapi ambik gambar sana sini.. 


Mungkin jugak dia happy sebab dapat toys dari DIY. Hahaha.. Nasib baik toys tu tak tercicir kat dalam panggung. Sebab waktu movie habis, semua pakat keluar je. Langsung tak ingatkan mainan dia tu.. 


Dah sampai bawah, baru teringat dan tanya En. Hubby. Tak pasal En. Hubby naik atas semula mintak permission daripada budak budak yang jaga kat situ nak masuk cari toys.. 

Adoi!!


1 comment:

adk dayah said...

comey jer adam..nasib dia x buat perangai yer akk hehe