Monday, May 30, 2011

kerja adalah perkara yang membosankan...

selepas seminggu tak berada di Semenanjung merangkap seminggu juga tak bekerja, tambah pulak badan masih lagi penat, hari ni memang tak rasa nak buat kerja langsung..  

lagi lagi dengan environment baru yang secara jujurnya i tak suka.. bukan tak suka sebab tak berkerja dibawah arahan my hubby, tapi diorang yang tak kenal asyik memandang muka i sehingga i rasa rimas.. jadi, memang patut la i berkurung duduk dalam Avionic Line 6 Crew Room sebab rimas dengan situasi kat luar.. 

kawan kawan apprentices tu i tak kesah la.. dah 5 tahun mengadap muka diorang, tapi, orang orang kat new hangar tu macam baru harini nampak i, then tengok macam nak telan..tapi memang pun diorang tak pernah tengok i kot.. today is my first day kat situ sejak practikal kat MAS.. dulu pernah la.. zaman trainee METC..

serius rasa macam hari ni sangat tak best dan fikir, sampai bila i nak ada di situ? RIMAS!!




anyway, 
pengalaman di KEM PINTAR 1 MALAYSIA sangat menyeronokkan dan Sarawak memang membuatkan i berhabis duit shopping kek lapis!

Saturday, May 21, 2011

Kuching, I come again..

Sekali lagi sampai di bumi Kenyalang..
Bestnyer...
Second time pun still fully sponsored..
Hahaha..
Sangat best...

Kali ni menginap ni Permai Rainforest Resort untuk seminggu..

So layan sunset dari kaki Santubong okeh...

Saturday, May 14, 2011

Hari Minggu Makan Nasi Lemak di Village Park Restaurant


pagi pagi ni macam takde kerja sangat jer... bangun awal awal pagi meredah jalan raya menghala ke damansara uptown makan nasi lemak ayam... haihhhhh..... pagi pagi dah membina lemak da.. ape da anisah....





Tuesday, May 10, 2011

Bestday Girl punya Lunch....


hari ni macam takde selera je nak makan.
so...

makan keropok goreng jela..


Saturday, May 07, 2011

Happy Mother's Day Mom!

Happy Mother's Day  

to

My Mom 

And 

All mother all around the world....

Wednesday, May 04, 2011

Saya Sangat Jealous Dan Dia Sangat Gorgeous!



actually i nak share gambar wedding Anna yang i pergi ke Tangkak Ahad lepas jer.. 
tapi memang Anna gorgeous dan cantek sangaaaaaaaatt!

Walaupun kitorang dikejutkan Anna demam teruk dua hari sebelum nikah, Anna tetap cantek lah... 

Anna,
Selamat menempuh alam baru.. 
Semoga bijak menjaga rumah tangga dan jaga Ateh baik baik tau..
Semoga cepat cepat dapat baby yang comel...
hehehe...

Nanti free free, masak la lebih lebih.. 
Ade jiran nak datang makan.. 
hehehe...







by the way, 
memang i soooooo jealous dengan wedding dia..

turn i???

tunggu lah.. 
doakan yer kawan kawan...

Sekadar Ingin Berkongsi - BESARNYA MAKNA DOA YANG KITA SERING LUPAKAN

Assalamualaikum...
rasa macam agak lama tak update blog.. 
bukannya apa.. sangat sangat malas kalau internet tu slow macam siput.. 
entah ape ape la streamyx ni.. 
nak suruh orang guna Unifi kot.. 
hmmmm... 
malas la eden... 

tak kesah la.. 
petang ni i rasa nak update dan share sesuatu yang menarik buat kita bersama.. 


Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon kepada Allah SWT di dalam solat kita. Tetapi sayangnya tidak semua di antara kita memohon tanpa memahami maksud setiap perkataan di dalam solat. Kita hanya sekadar menyebut dibibir tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..

Apa kata, mulai saat ini, kita mula menghayati ketika kita DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD semasa di dalam solat.. 






Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah

Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)

Diamlah sejenak,

buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka
diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air
hujan ketika kita masih kecil

Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah

Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,

Warhamni (sayangi aku)

Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak
terhitung besarnya

Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak kasih-sayang Allah
yang kita terima

Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup Berturut-turut sampaikanlah
permintaan2 berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu
persatu..

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)

Warfa'nii (angkatlah darjatku)

Warzuqnii (berilah aku rezeki)

Wahdinii (berilah aku petunjuk)

Wa'Aafinii (sihatkan aku)

Wa'fuannii (maafkan aku)

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita hanya lewatkan
begitu sahaja..