Monday, July 01, 2013

PRELOVED : WIRE TAILOR MANNEQUIN FOR SALE


Preloved - RM100 exclude postage
Condition 8.5/10
COD area Shah Alam Putrajaya Sepang

Interested? Do contact me anisah.bb@gmail.com

SOLD

Salam Julai.. salam Ramadhan

Sekejap je masa berlalu. Dah tau tau harini dah bulan 7. Minggu depan dah masuk Ramadhan. InsyaAllah kuat menempuh Ramadhan akan datang. Breastfeeding? Bukan alasan untuk tidak kuat.. Hehe..

Memandangkan Isyraf pun dah almost 5 bulan, dah banyak perkara baru yang dipelajari.. Meniarap? Tu bila dia terpaksa je dia akan berusaha. Kalau tidak.. Nanges je mintak riba.. Kesian la makcik dia.. Hari hari kena buli.. Mummy? Hari tak kerja la Isyraf buli. Tapi bila hari tak kerja, pantang mummy pakai tudung, confirm menanges suruh angkat. Adoi! Cepatnye budak sekarang belajar..

Semalam mummy demam. Huh.. Tetiba je demam teruk. Rasa macam dah agak lama tak demam. Sejak bersalin tak pernah demam pun lagi. Tapi stress jugak bila demam. Kesian kat Isyraf la. Dia memang tak nak langsung susu botol bila waktu malam. Mummy pulak tak larat nak bangun. Ayah cuma bangun support mummy jela bangun bagi susu. Ayah? Apa dia nak buat? Peluk peluk mummy, end up, dia tertidur.. Haihhh... En. Suami.. Nasib baik malam ni rasa macam dah sihat banyak. Cuma kepala masih lagi berdenyut denyut. Haih.. Dugaan... Jangan rasa sakit sakit dan lenguh sendi lagi lah time tidur.. Seksa jek..

Hopefully bangun pagi esok, dah kuat dah boleh pergi kerja. Insyaallah...