Saturday, March 31, 2012

Qaid, Be Strong Baby!

Assalamualaikum...
Selamat pagi Sabtu.. Hujan turun renyai renyai di Bandar Baru Salak Tinggi pagi ni.. Sepanjang seminggu tak update blog.. Dan macam macam perkara berlaku.. Kabar duka menjadi perbualan utama sepanjang minggu ini..
Semalam dapat lagi berita.. Qaid.. Di Hospital Pantai Bangsar.. Memanglah.. Secara jujurnya belum lagi berjumpa Qaid sepanjang dia lahir.. Tetapi, kehadiran berita tentang dia selalu diceritakan Nadwa.. Kami tinggal bersama suatu ketika dulu... Biasalah.. Anak sendiri belum ada.. Mestilah excited nak berkongsi cerita anak sedara..
Hari ni Qaid di hospital.. Sejak beberapa hari lepas.. Qaid Sakit?? Terkejut tu memang ya.. Mulanya, Qaid cuma muntah muntah susu.. Kemudian muntah muntah dia dah keluar warna yang pelik dari biasa.. Di klinik, macam biasa lah.. Infection.. Bila dah admitted di hospital, buat x ray, baru tahu apa yang berlaku... Kedudukan perut Qaid tak seperti orang normal.. Semakin hari, perut dan paru paru tak boleh membesar akibat tak cukup ruang.. Alahai... Sedihnya dengar apa yang di tanggung Qaid saat ni..
Tambah lagi papa Qaid kerja kat laut.. Sekarang tengah tunggu flight dari China nak balik ke sini.. sekarang pun tengah tunggu papa Qaid balik untuk buat surgery. Harap harap petang ni Abang Zam sampai la Malaysia.. Kami semua nak tengok Qaid sihat...
Apapun, tahniah Qaid yang tetap ceria walaupun paru paru Qaid cuma 1 je yang berfungsi secara normal.. Insyaallah nanti auntie datang tengok Qaid kat Pantai.. Qaid mesti terus ceria dan kuat tau...
Takziah jugak nak diucapkan kepada Syahida @ Bume pemilik http://ciktembume.blogspot.com/ di atas pemergian ibunda tercinta awal minggu lalu.. Semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan hambanya yang solehah.. Insyaallah.. Al Fatihah.. Anisah pun belum call Bume lagi sebab taknak mengganggu Bume yang tengah sedih.. Mengikut berita yang disampaikan, mak Bume takde sakit yang kronik pun.. Bila waktu dan ketikanya sampai, kita yang lemah tak mampu untuk melawan suratan.. Cuma doa dikirimkan untuk yang pergi..

Monday, March 26, 2012

Jubah Ready Stock Untuk Di Jual

sedang mencari jubah dengan design terkini? Jom tengok koleksi di sini... Koleksi terkini akan sentiasa di kemaskini... 

JUBAH ZAINAB - RM 85
terdapat dalam 2 corak
BELANG MAROON
BELANG KUNING


JUBAH DIOR - RM89

JUBAH DIOR - RM89

JUBAH DIOR Close-Up
JUBAH DIOR terdapat dalam 3 warna - 
COKLAT
HITAM 
PINK GELAP


JUBAH RIFA - RM75

Terdapat dalam 3 warna 
KELABU
PINK GELAP
HITAM



JUBAH RAHMAT - RM80

JUBAH RAHMAT - RM80

untuk tempahan, sila call Mardya - 0132702487




Friday, March 23, 2012

Kemalangan Dekat Ara Damansara tadi...

Arini ada kelas kat SZB, bila balik tadi jammed dekat 'fly over' Ara Damansara.. Tiba tiba ternampak ini dari jauh...


pelik... macam mana lori ni boleh position macam ni? tengok gambar dekat sikit....


owh... ada tiga kenderaan.. lori, wira dan van.. jalan makin jam dah.. memandangkan semua orang dah balik kerja.. ramai jugak yang berhenti untuk tolong? ke tengok? yang penting, rakyat Malaysia prihatin..

bila kereta ke depan sikit i nampak satu lagi... yang kat bawah ni..



gambar dah tak clear sangat.. dah zoom dari BB, kereta pun tengah bergerak.. yang penting i bukan driver hari ni.. itu boleh tangkap gambar..

Apa lagi.. whatsapp terus kat kawan kawan i yang belum balik kerja suruh balik lambat sket.. overtime ke.. alang alang dah jam teruk ni.. Rupanya Paan dah keluar awal dari I.. Dan dia cakap penunggang motor tu meninggal..

satu lagi kenderaan yang I tak nampak kat situ tadi kereta polis yang rosak teruk.. Tapi Paan nampak kereta polis yang rosak akibat kemalangan ni.. Cerita sebenar kemalangan kat Ara Damansara petang ni yang tengah buat jam teruk untuk orang MAS nak balik rumah sekarang, I tak tahu..

Apa yang I tahu, penunggang motosikal ni dah meninggal.. Staff Airlines ke? Wallahu alam.. Apa perasaan keluarga bila tahu? argghhhh... I dah pernah mengalami situasi ni 3 kali.. abang abang i pun meninggal disebabkan motosikal waktu macam ni.. balik kerja jugak...

tiba tiba teringat kat abang Amran dan abang Latif.. RINDU...


Wednesday, March 21, 2012

Menyelongkar!

Hai... Selamat petang...
Petang petang ni nak mengelongkar!! Tempat sape? Kat mana? Haaa.... First time kat kerusi dia nih.. Nak selongkar sikit apa yang ada..
Alang alang masuk office dia, i nak check sikit.. Kot kot la ada pape yang menarik.. Tak gitu?? dah la petang petang masa semua orang dah balik rumah.. Tinggal kami berdua jer.. Tapi dia kat kapal lah.. I je kat office.. Hihihi....
Tapi.............
Takde apa yang menarik pun nak selongkar.. Ada sampah sikit.. Kertas bersepah sepah.. Opsss!!!! Tersusun di tepi... Buku sebiji...
Tak cun langsung!! Hihihihi... I sebenarnya tak menyelongkar apa apa pun... Duduk je di kerusi sambil mengetuk ngetuk keyboard ipad ni... Menunggu En. Hubby yang terberkerja lebih masa pulak... Kesian dia... Dah tak boleh pergi main bola dah petang ni... YES!!!! I LIKE!!!!!
Mana dia ni? Lama la nak kena tunggu... Nasib baik ada ipad.. Jom blogwalking!! Tinggalkan komen yer untuk I jenguk blog korang...

Monday, March 19, 2012

Bila Petang Mata Dah Tak Boleh Fokus

Lokasi : Office Hangar 5 KLIA
Mood : Curi curi update blog time kerja
Assalamualaikum... Selamat petang...
mengantuknya saat ni.. Tapi kerja sangat banyak lagi.. Padan muka sendiri.. Jumaat lepas cuti.. Hari ni banyak kerja la nak kena buat.. Datang kerja pagi tadi terus boss cakap " kita punya kapal due date Jumaat ni tau!"
Erk! Alamak! Kenapa tiba tiba? Bukan Mei ke? Huhuhu.... Dalam kepala, muncul ayat 'tak boleh balik awal la macam ni.. Adush...'
Sekarang terasa macam kepala pusing pusing, mata berpinar pinar meneliti setiap satu nombor.. Ohh... Landing gear part number, bekerjasamalah dengan mata...toloooooooooongg..... Banyak lagi ni.....

Sunday, March 18, 2012

Mark Your Calendar! Tomorrow is 19th!


Announcement!!
Mark your calendar!
Tomorrow is 19th!!
Hahaha..

Ini la hobi I kalau kat ASU... Tapi gambar ni I ambik bebulan bulan dah.. Esok nak makan ini ke? Tak kot...

Saturday, March 17, 2012

Nak Menunjuk Album Tunang Kiter..

Tajuk pun dah gedik.. So tak yah teruskan membaca dan menonton yer kalau rasa menyampah.. I tak kisah.. Blog ni untuk kepuasan diri sendiri jer.. Tak follow pun tak kisah jugak.. Blog ni sekadar diari.. Leh jadi rujukan sendiri pada masa akan datang gitu.. Ceh!! bajet humble la.. Sudah sudah... Tapi blog ni untuk rujukan sendiri tu betul.. Sebab I ni pelupa orangnya..

Semua gambar ni hasil kerja Al Mulk Photography.. website dia je tak berupdate.. kalau follow FB dia banyak la gambar baru...




Dan ini adalah custom album yang dah siap.. Biarlah apa orang cakap.. Tunang pun ada custom album? Biarlah... Hanya Anisah Paan dan Ezzuan je yang tahu.. Opss!! Wankay pun tau juge...







okay, Dah tunjuk dah gambar tunang kiter.. Gambar En. Tunang kiter je kite tak tunjuk lagi.. Tunggu hari nikah la.. ini kan kite tunang.. Gambar kiter jela.. hihihi 

Sekian, Terima Kasih...

Friday, March 16, 2012

Kuala Kemaman - Beberapa Jam Sebelum Menjadi Tunangan Wankay

Yea!!!! Kuala Kemamangggg.......


 I paling excited nak pergi masa kawan kawan I nak pergi jalan jalan.. Padahal diorang taknak ajak pun.. Al maklumlah... Semua sedara mara kat rumah.. Macam macam persiapan nak buat.. Tapi.... Ada ku kesah??? (sambil keluarkan compact powder yer kengkawan) hahaha...

 Mau tak excited.. Terbayang bayang keropok lekor.. Sata... Otak otak.. Sotong celup tepung.. Itu diorang cakap taknak ajak I? Silap besar la korang.... Lagipun, kalau tak bawak I sesat jela korang.. Hahaha... 

sata

otak otak





Puas hati I dapat makan semua ni.. Hilang terus mood diet bila kat kampung.. Doink!!!

Thursday, March 15, 2012

Promo untuk Chermin Arts sikit Alang Alang I pun Guna Khidmat Diorang

Masa majlis Tunang I haritu, untuk mekap I menggunakan khidmat kawan baik I iaitu Chermin Arts. Nanti untuk majlis kawin pun I tetap akan menggunakan khidmat diorang lagi untuk mekap dan juga hantaran.. Kali ni  memang dah tak boleh nak buat sendiri.. Tak terkejar dah..


Tapi sekarang ni bukan nak cakap cakap pasal majlis tunang I ke majlis kawin I.. I nak tunjukkan hantaran Cik Housemate I bertunang hari tu.. Untuk hantaran dari pihak lelaki a.k.a kawan I jugak, Chermin Arts yang buat. Konsep hari tu pastel dan moden la dengan menggunakan bunga bunga segar.. Kos pulak berapa eh? nanti tanya Chermin Arts jela.. 



sofa tu dah terjun bawah lak.. 





Cupcakes dan Chocolate box tu kitorang tempah dengan Eiyta Chocolate Kota Warisan Sepang. Kek dan coklat dia memang sedap.. Semua hasil bakery Kak Eiyta sedap la.. Sampai kitorang pun dah repeat order dah untuk tart dan cupcakes tu.. hihihi...

Hantaran dari pihak perempuan pulak auntie Farha yang buat.. Simple je.. Tapi bunga dip yang dia buat tu, mahal kowt!
kagum ngan auntie.. buat bunga bunga tu..

i tukang angkat benda ni.. mak aih.. berat nak mati benda 3 ketul ni..

cincin untuk Abdul Munib....

cokelat sedap



simple but nice!

kenang kenangan dengan bakul doorgift sebelum bagi doorgift kat orang

sorang tak cukup kat sini.. sebab tak pakai pink kot!


EeIii!!! Letih jugak dengan APPLICATION ENERGY SAVING MODE kat blog korang ni!

Haip!!!
Nak tau tak? Sekarang ni I tengah dalam mood blogwalking ke blog korang semua.. Tapi menggunakan iPad lah.. Memandangkan lunch time yang masih berbaki ni... Cuma.. Geram sikit lah.. Geram dengan Application yang ada kat sesetengah blog korang ni..
Kat tajuk pun dah ada nama application tu.. "ENERGY SAVING MODE"... Mungkin bagus la letak.. Entah.. I tak pernah ambik tahu.. Cuma application tu dah membantutkan niat I untuk explore blog korang.. Sebab bila lama lama i stay kat blog korang, 'screen hitam' tu muncul.. I pulak tak boleh nak gerakkan cursor.. Mana ade cursor kat iPad kay.... I kena refresh balik untuk view blog korang.. Kalau nak senang lagi i PANGKAH (X) terus blog korang dan bubye!!
Kalau i blogging dari PC ke laptop ke i tak kisah la.. Gerakkan mouse dia ok... Sekarang ni iPad.. Takde funtion itu... So kalau application tu takde faedah, tak payah la letak dah... Susah la...

Tuesday, March 13, 2012

Rindu Nak Kerja Kat ASU lah..

Currently I'm working in the office.. Arghh..... Takmo la speaking speaking omputih ni.. Malas.. Cukup la sembang sembang ngan mat saleh kat sini.... Sekarang ni I kerja di dalam bilik berhawa dingin, berbaju kurung dan ada meja sendiri.. I dah dipinjamkan ke sebuah department dalam company I ni untuk menguruskan sebuah projek..

 Kat sini, I involve dengan orang orang yang lagi senior dan jugak orang orang office yang banyak membantu untuk melancarkan lagi kerja kami di bawah sana.. Sekarang I dapat belajar dan kenal lebih ramai orang.. Bagus untuk kerja I jugak sebenarnya..

Cuma tiba tiba, rindu pulak suasana di ASU.. Kerja malam.. Dapat sebiji kapal sorang untuk dikerjakan.. Eh... Untuk belajar.. Penat penat belajar, lepak kat McD di main terminal.. Tak pun lepak di bawah kapal sambil mengira bintang.. Hohohoho....




Saja post gambar ni.. Ni kat Bay B3... Ada cerita best kat bay ni... Semua orang kalau boleh nak elak dari sendirian di sini.. Hahahahaha.....

Monday, March 12, 2012

Bergegas Ke Felda Neram 1 Kerana Kamu..

Lepas selesai majlis Farha, balik pun dah lewat.. Lebih kurang pukul 1 pagi sampai ke rumah.. Kemudian pepagi  Sabtu lagi dah kena berkemas untuk balik kampung untuk menghadiri majlis Ain pulak.. Dia la bestfriend masa zaman sekolah dulu.. Tapi takde la lama sangat tak jumpa.. Majlis I haritu dia datang..

Cuma weekend lepas complete set event kahwin yang I pergi.. Jumaat majlis tunang.. Sabtu majlis nikah.. Ahad, majlis resepsi.. Tapi orang berbeza la yang bertunang dan bernikah.. Dah la fail jugak I ni.. Sengal pun ya jugak.. Boleh pulak bawak balik sepasang baju je untuk pergi kenduri.. Mana baju untuk majlis nikah.. mana pulak baju untuk majlis resepsi.. Doink! (ketuk kepala sendiri)

Masa majlis nikah tu, plan asal nak pakai jubah.. Tapi disebabkan kesengalan sendiri.. Pakai la baju hijau ni.. Sepatutnya dipakai masa resepsi.. Konon konon pakai lagi sekali esok la.. Takde orang perasan kot.. Lah pulak kan... 

perempuan gediks.. 

Untuk ke majlis nikah tu, I cuba untuk mengajak reramai kawan tapi takde pulak mereka kan.. So pergi bertiga dengan Jue dan Imah jela.. Boleh la.. Janji ada teman.. Tapi gila kitorang tak sesudah la.. Sampai sampai majlis nikah belum start lagi.. Kitorang kerjakan pelamin dulu nak bergambar.. Pantang nampak benda cantik.. Mesti nak menggediks! hihihi...

Imah ni memang lama sangat tak jumpa..

full pelamin + Jue
Tapi dengan pengantin pun sama naik je perangai.. Gila gambar.. Awas ye kanak kanak, jangan tiru kami.. Tak bagus untuk perkembangan minda yer.. Apa apapun tahniah diucapkan buat Ain dan suami.. Sape nama.. Azizi? semoga bahagia bersama hingga akhir hayat yer.. 





Sekeping gambar di majlis resepsi..


Tak boleh tunjuk banyak banyak.. Pakai baju mak..Besar gedompol.. Siap letak safety pin lagi kt kain..huhu