Thursday, August 15, 2013

Raya Day 4 - Mersing Trip #WeddingAin


Firstly, saya nak interprem dulu mummy! yer.. Mesti la gambar awak dulu.. Ayah? Taknak cari publisiti. Katenyerr.. Budak demok ni almost 8 kg dah. dah masuk 6 bulan. Tak larat nak mendukung dah sekarang ni.. 

Back to Raya story, 
hari ke-4, 
kami sekeluarga pergi ke Mersing. except kakak kakak. Diorang stay kat rumah sebab anak buah yang paling kecik tak sihat. Kami pergi pun balik hari. Fuhh.. Punya la penat. Tapi layankan.. Ada wedding di musim raya kan.. 


Tahniah Ain dan Din. Tak sempat nak berborak panjang. Kesuntukan masa. Datang sekejap sangat. Lagipun bagi chance kat pengantin layan tetamu lain dulu. Nanti jangan lupa datang ke rumah yer. Kenalkan suami awak tu dengan sedara mara.. 


Lawa awak kat atas pelamin.. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Amin.. Tahun depan saya doakan awak beraya dengan si kecik yer. =)


Last sekali, 
kami sekeluarga bergambar kenangan dengan pengantin baru. Separuh dari ahli keluarga yang boleh menghadiri majlis. Kalau tengok kat instagram, dah jumpa gambar ni. Mak budak yang sibuk layan budak demok yang tak duduk diam masa nak bergambar. 

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya - First Day #Dungun

Assalamualaikum.. 
Selamat Hari Raya.. 


Aduh.. Lama sangat blog makcik ni tak berupdate. Busy jela sepanjang Ramadhan. Hari ni baru sempat menjenguk blog yang dulu sayang, yang kini kejap jenguk, kemudian lama tak menjenguk. Bulan puasa sangat banyak kerja dengan segala hal. 

Hari ni baru masuk kerja selepas sebelas hari bercuti raya. Lama? Memang lama.. memandangkan sepanjang bulan puasa tak berkesempatan langsung untuk balik berpuasa dengan mak ayah. 

Tahun ni mengikut giliran kena beraya di rumah keluarga arwah isteri En. Hubby. Suasana? Meriah sangat di malam raya apabila semua orang berpesta mercun. Cuma bila part makanan, tak sama la seperti kat rumah mak.. kat rumah mak ade ketupat, rendang, lemang.. Terasa la menu hari raya.. Tapi kat sana, takde.. Macam takde mood raya sangat.. Takpelah.. Lain rumah lain caranya.. 


Bergambar kenangan dengan anak anak dan nenek mereka.. Isyraf je yang tak pandang kamera.Tapi comelnya anak mummy ni pakai baju melayu. Muat muat je Tok Ngah dia jahitkan.. Terima Kasih!! Next year jahitkan lagi baju melayu Isyraf yer...