Wednesday, March 13, 2013

Sabar

Menjadi ibu sesungguhnya perlu,
SABAR
SABAR SABAR
SABAR SABAR SABAR

Dalam situasi aku, status ibu tiri. Perlu lebih sabar dan berhati hati. Mulut.. Tangan dan segala perbuatan perlu dijaga. Lagi lagi dengan anak yng semakin meningkat dewasa.

Seharusnya pergaduhan diantara anak anak tak perlulah masuk campur. Tapi ibu mana yang tahan kalau berjam jam bergaduh disebabkan duit. Haihh.. Kecik kecik lagi dah bergaduh disebabkan duit.

DUIT.. Adik beradik pun sanggup bergaduh. Pisau kat dapur pun sanggup nak pergi ambik. Zaman aku kecik dulu, bila bergaduh adik beradik, dan ibu masuk campur cakap 'mak nak bagi pisau satu sorang bergaduhlah dan bunuhlah kalau dah tak sayang. Mak tak sanggup dah dengar anak anak mak bergaduh.' Waktu tu, terus anak anak mak berhenti bergaduh.

Masalah budak budak sekarang bersemangat pulak nak bergaduh bila disuruh ambik pisau. Budak budak sekarang atau mereka je?

SABARLAH.. aku hanya ibu tiri. Dan jangan terlalu masuk campur. Nanti aku akan menjadi singa yang nak telan orang kalau sabar terhilang dari aku. Bukan senang untuk mendidik anak yang sebelum ni mereka tak pernah ada aku seterusnya nak mengikut rentak aku..

Saturday, March 09, 2013

Hari Pantang Ke 24 - Ex Housemate Kawen

Sewaktu mendapat invitation, dah agak kecewa dah.. Huu... Dekat dengan due ni.. Tapi sedapkan hati lagi.. Tak bersalin lagi kot.. Insyaallah saya datang. Kami sentiasa bersama masa tak kawen lagi dulu. Kecewa jugak sewaktu I yang kawen, dia datang. Waktu tunang, dia jugak yang bersusah payah membantu segalanya.. Tapi waktu dia kawen, mak tengah pantang!

Bila tengah berpantang, obvious lah tak boleh attend wedding. Kalau diikutkan, nak je pergi. Bukan pergi untuk makan makan, tapi dah jugak ada dengan si dia sewaktu hari bahagia.. Si dia pulak, banyak kali BBM mintak datang jugak. Mak kecewa tau..

Jumaat lepas, selamat lah ex housemate I tu menjadi isteri orang. Dah jadi isteri tu, kena rajin yer.. Eh.. Selama ni pun dia rajin jugak.. Semoga sentiasa bahagia dan sabar menempuhi dugaan di alam rumah tangga yer.. Ampun maaf tak dapat nak hadir.. Bengang pulak bila tengok kawan kawan dalam group photo.. Huh!