Monday, March 09, 2015

Benjolan di Kepala Bayi Baru Lahir

Hari ni saya nak berkongsi tentang benjolan di kepala bayi baru lahir. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kepala bayi yang lahir benjol. Salah satu ialah kaedah kelahiran vacuum and forceps.

selain itu, benjolan di kepala ini dikategorikan sebagai 'birth trauma'.

Birth Trauma atau trauma ketikat kelahiran dipanggil Cephalhematoma iaitu hemorrage (pengumpulan darah) yang terjadi diantara tengkorak dan periosreum bayi yang baru dilahirkan.


Disekitar tempat benjolan tersebut tidak keras. Bila ditekan dengan jari ia seolah olah mempunyai cecair dibahagian dalam. Ia tidak keras seperti benjolan ketika terhantuk.



Eh... kenapa ai bersemangat sangat cerita pasal benjolan di kepala bayi baru lahir ni?

Sebenarnya pengalaman ni ai dan suami alami sendiri ketika melahirkan anak kedua.







Jujurnya, ai tak perasan pun kepala Alyah benjol. Dia dilahirkan dengan rambut yang lebat. So memang terlindunglah benjolan tu.

Lagipun situasi kami yang kelam kabut. Kelam kabut?

Ha.. Ai dan suami memang kelam kabut untuk second baby ni. Wife nak bersalin, husband nak exam. Siap boleh cakap kat prof, saya nak kena warded arini ke? Pagi esok husband saya nak exam. Huhuhu... Kenapa sekarang? 

Hingga Prof Siti marah.. Eh.. Nak bersalin normal ni bukan boleh tunggu tunggu ke pilih pilih. Dah Allah tetapkan anak awak nak keluar. Hihihi..

Anyway, Prof Siti memang terbaekk... Pukul 8 ai bersalin, pukul 8.15 pagi dia halau my hubby pergi ofis untuk sit exam, pukul 9 exam start, pukul 1 dapat result dah PASS... Double Triple happiness kate kaw!


Back to story line.


TERDAPAT BENJOLAN PADA KEPALA BAYI YANG BARU LAHIR

Second Day after deliver, Prof Lim day datang ambil baby Alyah ke bilik rawatan untuk buat full medical check up dan ambil injection. So, bila dap at result everything is okay but only her head glide a vacuum baby. but it's not a problem. it will be okay from time to time.

Me : Hah?? (risau)

Then doctor explain semula. baru la tak jadi cuak.

Bejolan di kepala yang dialami Alyah hanya meliputi bahagian luar tempurung kepala. Ia tidak melibatkan bahagian dalam tengkorak kepala yang boleh mengganggu sistem saraf. Benjolan ini adalah sel darah beku yang terkumpul akibat kedudukan ketika di dalam rahim sama ada tersepit atau tertekan dengan badan ibu. Itulah explanation daripada Prof Lim.

SO, MACAM MANA UNTUK BAGI BENJOLAN ITU HILANG?

Tak ada cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan benjolan. Tetapi ia akan hilang sendiri dari masa ke semasa.

BERAPA LAMA MASA YANG DI AMBIL UNTUK BENJOLAN ITU HILANG?

Ia bergantung kepada keadaan bayi sendiri. Ada dikalangan bayi mengambil masa hingga 2 tahun untuk hilangkan benjolan.

BAYI MERASA SAKIT ATAU TERGANGGU KE TIDAK DENGAN BENJOLAN ITU?

Bayi tidak akan rasa apa apa dan tidak ada apa kesan buruk tentang perkembangan bayi.





Segala penerangan daripada Prof Lim tu buat ai rasa okay... Tak perlu risau. Tak payah fikir. Heee..

Tetapi selepas seminggu balik rumah, benjolan itu makin membesar dan makin jelas walaupun berselindung daripada rambut Alyah yang banyak. Daripada mood tak fikir dan tak risau, tetiba ai pun risau la semula. Sebab daripada orang tak perasan hingga orang datang melawat pun perasan. Means it's growing up!

Pening memikirkan dan tak tahu apa nak buat melainkan tiap tiap masa duk usap kepala Alyah dan berselawat serta bacakan Al Fatihah serta sapu ke tempat benjolan itu.

Dalam pada masa sama, ai nak juga cukur botak rambut anak ai ni. Walaupun bertekak dengan En. Suami sebab dia taknak cukur. Just nak potong pendek je. Nak raya la katakan. Tak mahu anak dia raya botak. Lagi lagi dengan ada benjolan tu. Nak cover la katakan. Bagi ai, ade ku kesah???

End up, En. Suami cuma potong rambut Alyah pakai mesin, tapi bila En. Suami pergi kerja, ai ambil shaver, shave sikit sikit rambut Alyah sampai botak. Haaa... En. Suami kena la dia pasrah. Sebab past is past okay...

Tapi sebagai ibu, ai tak perasan pun dengan apa yang berlaku. Cuma sehari lepas shave, husband balik kerja dia tegur, sayang.. you letak apa kat kepala Alyah? Me, Kenapa? He, Nampak dah surut dah benjolan dia. Dah tak macam semalam semalam. Me, Yeke? Terus cepat cepat buka Gallery phone compare gambar semalam dan real harini.

Aah!! Dah berbeza almost 50%!! It's amazing!!! Benjolan itu hilang hanya dengan botakkan rambut Alyah.. Tak sampai 48 jam pun, benjolan tu dah menyurut. Dan benjolan completely hilang selepas 3 hari rambut dicukur.



So, no wonder kita perlu cukur rambut bayi baru lahir completely. Kalau kita tak ada apa apa masalah dengan bayi, mungkin kita tak tahu kepentingan cukur rambut bayi. Bila dah berlaku kat ai, ai faham lah kenapa nak kena cukur rambut. Tapi ada sesetengah orang, sayang nak buang rambut bayi tu. Sebab lembut.. Lepas cukur pulak, rambut yang tumbuh tu dah keras. Tak sama lagi dah..

Ini kisah pengalaman ai tau. Mungkin kalau ia berlaku kat korang, result dia tak sama. Maybe perlu bertanyakan doktor. Macam ai, memang lahir lahir je doktor dah check dan doktor yang bagitahu. Ai mungkin tak perasan kalau doktor tak bagitahu. Heeeee...

Apapun, menjadi ibu itu sangat indah hokeyyyy.....


Ni Alyah yang latest. Sihat walafiat anak mommy. Dah pandai memanjat dah pun.






4 comments:

Saniah said...

cute nya dia dengan tocang tu hihihi,, alhamdulillah dah jadi seperti sediakala,,baru tahu pasal benjolan ni,, thanks sharing,,,

Saniah said...

baru tahu pasal benjolan tu boleh hilang bila bercukur,, thanks sharing

adkdayah said...

dapat ilmu baru hari ni :) thanks kak anis

Unknown said...

assalamualaikum... firstly thank sbb share info nie. sy br bsalin 3 hari, baby warded sbb nafas laju, n sy perasan kt kepala baby ade benjol yg same mcm ank awk, sy n husband takut jugak, sbb 2 lg ank sy x de pulak benjol kt kepala, bila 3rd baby ade benjol jd takut pulak. anyway thanks so much sbb share info nie...😸😸