Friday, January 30, 2015

MTB KLIA Parking Rate

Hari ni nak poskan rate parking atau bayaran caj parkir di MTB KLIA. Sekarang parking KLIA dah banyak. Dah ada untuk long term parking dah. cuma not covered car park la. Nanti saya postkan rate dia. 

Hari ni cuma boleh kongsikan kadar bayaran di MTB KLIA. Eh.. Confuse ke MTB yang mana satu? Airport yang first. Bukan KLIA 2.. Nanti pergi KLIA 2, saya snap picture untuk parking rate KLIA 2 ye.. 


Sekarang ni, korang jangan susah susah dan risau takut kena cas mahal untuk long term parking. Di KLIA dah ada Long Term Parking area yang ade connection by Shuttle Bus untuk ke KLIA dan KLIA 2. Bayaran cuma RM32 sehari. 

Thursday, January 29, 2015

Terima Kasih Sahabat Yang Sweet

Comel souvenir yang saya dapat kali ni.. Kalau perempuan yang pergi holiday, dapat la hadiah yang macam ni. Kalau lelaki, biasanya fridge magnet atau tshirt. Tapiade jugak request nak fridge magnet tu. Suka buat koleksi kan.. 

Anywat terima kasih Caca. Jeles pulak korang pegi buat food hunting ke sana.. Bila yer Anisah dan Wankay nak jalan jalan ni? 

gajah beratur


Wednesday, January 28, 2015

Implanon Menjadi Pilihan Untuk Merancang Keluarga

Apakah Implanon?
Implanon adalah salah satu kaedah untuk merancang keluarga. Ada lagi kaedah lain seperti pil perancang, kondom, IUCD dan ape ye? Heee... Lupe..

Okay.. I bukan nak mengajar cara atau kaedah merancang keluarga hokey.. Nak ceritakan pengalaman je..

Begini, setelah di survey, di tanya dan disiasat, rata rata kos untuk memasang impanon sejak September 2014 sudah meningkat. Mostly, klinik swasta perlukan kos RM700 ke atas. So, takde choice lain, memandangkan Kerajaan Malaysia melalui Klinik Nur Sejahtera atau LPPKN menawarkan implanon berharga RM500 untuk 3 tahun pemasangan. So, saya pilih la yang lagi murah dan tujuannya sama.


Dulu, sebelum September 2014, kalau tak silap harga implanon di LPPKN hanya RM380 or less? Tak ingat. Yang confirm sekarang memang harganya RM500.

Untuk pemasangan di LPPKN, saya suggest, pergi je ke LPPKN Jalan Raja Laut Kuala Lumpur untuk orang orang disekitar la. Jangan pulak orang Kedah nak turun KL semata mata nak pasang implanon. Heee..

Bukannya apa, implanon perlu dipasang ketika haid dan ada hari hari tertentu. Oleh kerana LPPKN Kuala Lumpur boleh buat appointment tiap tiap hari, sebab tu saya suggest korang ke situ je.

Saya merancang nak pasang implanon ni dah agak lama. Tapi macam macam hal yang timbul. Waktu ada haid, LPPKN Shah Alam slot dah penuh la, bukan hari doktor datang la, itu la.. ini la.. Bla bla bla.. Call LPPKN Putrajaya pulak, "puan, doktor cuma datang hari isnin je ke sini untuk pemasangan implanon. Kalau puan nak ambil injection, anytime puan boleh datang". Eh.. Macam itu pulak..

So setakat yang saya pergi, bagi nak pasang implanon, Shah Alam hari Rabu, Putrajaya hari Isnin. Jalan Raja Laut hari hari. Cuma, apa apa hal pun, mesti buat appointment dulu. Tak boleh pakai redah je.. Kang kena tegur secara berhemah kang.. Nombor telefon, boleh je google.. Mr. Google akan membantu anda. :-)

Tapi dah pasang implanon ni apa pulak kesan? Nanti saya ceritakan kesan implanon kepada saya ye.. Panjang sangat cerita kalau nak sekalikan kat sini..




Tuesday, January 27, 2015

8 Bulan Sang Puteri

Tak ada apa yang boleh dikatakan oleh seorang mommy kalau mempunyai sepasang anak yang sihat dan hidup bahagia melainkan syukur Alhamdulillah.. Mempunyai Sang Putera dan Sang Puteri adalah satu kebahagiaan yang tak dapat diperbandingkan.

Hari ni Alyah Insyirah genap berusia 8 bulan. Sekejap je masa berlalu. Cuma mommy yang selalu kerja balik lambat, kadang kadang stress, tak sengaja terlepas emosi kat 2 anak kecil ni. Mereka anak syurga. Berdosa sebenarnya memarahi insan kecil. Usia mereka hanya waktu untuk disayangi dibelai belai dan turuti kemahuan mereka.

Yes!! mereka mahu mommy ada dengan mereka sepanjang masa. Itu tak boleh nak nafikan. Anak 8 bulan mommy ni pun dah pandai. Mintak nak ikut mommy pergi kerja.. Datang merangkak rangkak kat kaki sebab nak ikut. Owh.. Bersalahnya hati ni nak tinggalkan mereka hari hari.

Takpe. Impian mommy suatu hari memang nak duduk bermalas malas kat rumah dengan anak anak mommy je pun. Penatlah travel hari hari. Mommy nak bermalas malas tapi income masuk. Bermalas yang terer la.. Bukan goyang kaki takde faedah. Rugi hidup macam tu..

Eh.. meluahkan perasaan pulak kat sini.. Harini abibi ayya dah 8 bulan. Semoga anak mommy sihat dan ceria selalu. Cepat cepat besar.. Baru Abang Adam tak boleh nak buli. Heee... Tak banyak pulak gambar Baby Alyah Abang Adam ni..

Monday, January 26, 2015

Aktiviti Wajib Hari Jumaat - DownTown KLIA

Jumaat lepas kami tak masak masak.. Takde la rajin sangat nak memasak tiap tiap minggu. Sekali sekala je memasak kat tempat kerja ni. Hujung bulan je mungkin?? Tak jugak.. Bila teringin nak makan, tapi tak jumpa kedai berdekatan, kami plan la aktiviti masak masak.. 

Minggu lepas kami makan di Chinese Restaurant di Downtown KLIA. Kalau diikutkan harga makanan kat situ agak berpatutan dan portion makanan dia besar. Small size tu sebenarnya untuk 4 orang. 

Minggu ni tak ramai. Shift ni tak cukup korum la kalau kira. Sebab tu jugak la kami tak memasak. Order ikut selera masing masing dan add on mana mana yang rasa nak makan lagi. 


Suria sebenarnya teringin sangat nak makan kat sini. Kami layan je.


Wajib order. Beancurd in hot plate.


Shark Fin Soup.  Okay.. Jujur.. First time saya makan. Dan saya tak suka! Nak awet muda, memang tak pilih la Shark Fin ni.. Rela telan Collagen Powder Shaklee. Lol..


Ni menu orang diet. Avoid nasi katanya. Pape jelah Suria. Kami telan je nasi. Padahal saya pun diet gak. 


Ni muka orang kenyang. Mau tak kenyang.. Sorang makan habis RM42. 


Muka sendiri pun nak jugak. Hehehe.. Jumaat nanti ke mana yer? Macam nak cuti je.. Minggu ni busy la katanya. Prepare for Senang Fest. Jemput datang ke booth kami di nombor 78 ye!!!

Sunday, January 25, 2015

2 Hari Lagi Nak Birthday 8 Bulan

Petang ni mata mommy sibuk mengadap laptop. Dan biarkan je Alyah merayau sekitar ruang tamu. Biasa lah.. Budak ni yang Cikmie panggil anak beluncas sebab tak lekat lebih 2 minit kalau nak pegang dia. So mommy biarkan jelah Alyah merayau. 


Tiba tiba mommy rasa pelik. Kenapa diam je takde bunyi suara. Mesti ada buat sesuatu ni. Sebab dia dah terlepas keluar. Paling risau kalau dia mengutip apa apa yang ada atas lantai. Tapi rasanya dah takde apa apa since sebelum letak dia bermain, dah siap sapu sapu dulu. 

Rupa rupanya ini kerja dia..


Dia bangun berdiri bergayut kat pagar. Uish... Satu kejayaan ni.. Sebab budak ni tak pandai merangkak. Cuma pandai merangkak askar. Hahaha.. Ayah panggil merangkak askar. Dah la duduk tanpa support pun tak pandai lagi. Ke dia yang malas duduk sebab suka merayau? Entah.. Mommy pun tak observe sangat. Heeee... 

Bila dah macam ni, agak bahaya dah. Memang mata mesti rajin bekerja la untuk perhatikan budak ini. Tapi ia pencapaian terbaik jugak. Belum 8 bulan, belum ada gigi dah pandai berdiri.. 

So, nak selamat sebab mommy sibuk berkerja di depan laptop, mommy kena la masukkan Alyah ke dalam walker. Duduk dalam walker paling selamat. Confirm tak jatuh dah. 


Tapi, bising la.. ada orang jerit jerit la pulak nak keluar.. Ampun dik... Mommy letak adik sekejap je..

Friday, January 23, 2015

Steamboat Office Made Waktu Lelaki Lelaki Mendengar Khutbah Jumaat

Master Mind : Suria dan Rozanna
Dijayakan oleh 8 isteri orang. 
Kos yang dikeluarkan : RM50

Duduk bekerja di KLIA ni kadang kadang terasa bosan jugak. Hari jumaat, tempat shopping KLIA 2, tempat makan KLIA 2, tak pun KLIA. Nilai atau Putrajaya tu tempat paling jauh la boleh pergi. Itu pun confirm balik lagi lambat daripada orang bersolat jumaat cuma di  Pusat Muktamar MAS. Tapi nak buat macam mana.. tempat yang masih dalam pembangunan. 

So Jumaat minggu lepas, kitorang plan la untuk masak steamboat di lokasi paling strategik. Kerlas gitu.. Bukan masak pun, panaskan periuk, celur celur je.. Jimat berbaloi baloi. Kalau makan kat kedai RM30++ tu wajib untuk seorang. Tapi bila beli bahan bahan sendiri, tersangatlah jimat. 


Lagipun, baru baru ni kawan makan steamboat kat kedai, bila balik rumah terus muntah muntah dan cirit birit. Ohh... Tak sangguplah lalui situasi macam tu. 

Sebenarnya aktiviti macam ni boleh mengeratkan silaturrahim jugak. Makan makan, sembang sembang dan bercerita hal sendiri. Kadang kadang, waktu kerja mana la nak jumpa. Opsss!! Kami tak gossip pasal orang lain yer.. Tak gemar cerita tentang orang. Cerita tentang anak anak je ok.. 



Tapi minggu ni kitaorang keluar makan yer.. Habiskan duit 3 kali ganda daripada kos buat steamboat.. Bazir bazir.. Shark fin punya pasal.. 

Terima Kasih Nuffnang!!!

Terharu betul Nuffnang ni. Dah la tak banyak post entry sangat. Tiba tiba tergerak hati nak bukak Nuffnang. Rupa rupanya banyaknya nuffnang bagi.. So nak kena rajin rajin update la ni. Mesti Nuffnang lagi bermurah hati nak bagi kan? 

Semoga banyak lagi CPUV lain sangkut kat blog saya ye..



Thursday, January 22, 2015

We are busy partner

Dah lama tak bergambar berdua. Sibuk sangat ke?

Sorang sibuk bola..
Sorang tak tahu nak sibuk ape..
Sibuk dengan anak anak la..

Ajak berdating, selalu ade yang menghalang..
Owh.. Sangat sedih..

Bila nak dating?
No comment.. Jawapan klise..

Bila nak ada vacation?
Tak tahu.. Every year burn kan FOC ticket.

Kita duduk rumah cantikkan rumah jelah ye. 
Itu boleh jugak happy kan diri sendiri.

Banyak nak pakai duit ni bila cakap nak cantikkan rumah. : )




Tuesday, January 13, 2015

Pra Sekolah - Excited sangat Abang Zamir ni.

Excited pulak Chu nak post gambar cucu kesayangan Wan dan Embah Aki ni pergi sekolah. Orang lain tak berpeluang ke Pra Sekolah, Al Muzammir sekolah kat kampung, ada peluang nak masuk pra. Sebenarnya si kecik ni dah sekolah 2 tahun. Ini tahun ke 3 dia bersekolah. 2 tahun di Tadika, rasa kesian la pulak tahun ke 3 pun masih di Tadika.. 

Rezeki, dapat ke Pra Sekolah. Tapi yang bestnya Alifah Ilyana pun sibuk nak ikut bersekolah. 





Rajin rajin pergi sekolah yer. Rajin rajin buat kerja sekolah jugak. Nanti dapat nombor 1, Chu bagi upah. 

Monday, January 12, 2015

Kiriman Berries Tart Untuk Kami?

Untung betul.. Order Cream Puff untuk En. Hubby, tiba tiba masa COD dapat 1 kotak extra. Eh.. Kotak ni untuk siapa kirim? Biasa la.. biasanya waktu COD mesti ade Kak Faryna kirimkan order orang lain jugak. Rupanya kali ni, order Cream Puff dapat Berries Tart Special.



Special? Mestilah. Tak order pun tapi dalam delivery tu ada. So kitorang anggap la ia sebagai hadiah kepada peminat setia hasil air tangan Kak Faryna.. Memandangkan dia dapat straight A's dalam exam UPKK haritu.. Dan result pun dapat pagi sebelum terima tart. Suka betui dia..

Wah.. Bangga kami semua.. Tahun ni UPSR, kami tunggu Aina dapat straight A's jugak tau.. Heee....




Dah nak lembik baru potong.. Banyak sangat menu sampai tak larat nak makan.. 

Tuesday, January 06, 2015

Sekitar 2014, Kali Ni Kita Update Tentang Bola Je..

Memandangkan dia addict dengan bola sepak, so ai takde mood nak buat conclusion tentang aktiviti ai sepanjang 2014. Sebab banyak yang terbatal, plan rosak sebab dia nak main bola.. So mood 2015, tak payah plan apa apa, duduk rumah diam diam, kalau teringin nak jalan jalan, pergi sendiri tapi duit dia keluarkan. Hahahahaha... Padan muka..

Takde la.. mood ai tahun ni kembangkan empayar Shaklee dan tambahkan family iAchive Group. Tak rugi habaq hang kalau join iAchive..

Eh..Lagi tajuk pulak.. Di sini adalah kisah bola yer.. Bukan kisah bisnes.. First, kita letak muka budak comel yang tak pandang camera dulu.. Lepas tu baru masukkan gambar gambar ayah budak ini pulak.


Letak gambar suami main bola.. Macam gempak sangat je. Takde pun gempak. Gaya je lebih.. 
















Ok.. ini cuma suku dari event bola yang dia attend ye.. Mane la tak stress kadang kadang.. Tapi takde la stress mana.. En. Hubby main bola, ai pergi la rumah family. So sama sama hilang takde kat rumah. Heeee....

hidup jangan stress.. Kita buat apa yang kita suka, dan cipta mood happy.. Kan mudah kehidupan tu? Biarlah En. Hubby dengan bola, ai? merayau la dengan anak anak.. Tapi sampai kat AEON Rawang jela.. Dah itu yang paling dekat. Kesian!


Monday, January 05, 2015

Happy Birthday Abang Ipar

Happy Birthday Abang Ipar. Happy birthday yang ke berate yer? 1976.. Take bleh nak post gambar dia tahun ni. Segan la pulak. Tua tua ada kek untuk birthday.. 

Eh.. Bukan tiap tiap tahun semua orang ada kek ke? Tapi tahun ni, nak potong pun segan. Ape da...

Untuk abang ipar, kakak kita pilih chocvanilla cake. Macam biasa. Order dengan ofismate dia je. @farynamansur. Kek home made custom made yang kita boleh pilih taste macam mana yang kita nak. Kali ni nak yang light je topping pun nipis nipis je. Cuma kinder bueno terlebih yer.



Anyway, Selamat Hari Lahir Abang Ayie.. Semoga rezeki tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Dan semoga Branch Banting achive target yer tiap tiap bulan. Nanti boleh belanja kitorang makan selalu..