Tuesday, June 21, 2011

Rumah Buruk Wan

haip!!

sorry sangat sangat lama tak update.. 
lately ter'busy' pulak.. 

actually last weekend I takde kat KL.. Ade event kat Perak.. so tak sempat la nak online ke update pape memandangkan line internet pun takde kat area situ..

Sadis...

Momantai... 
hehe.. 
cuma beberapa hari jek..
Tapi dalam kesibukan jugak, I lupa nak bertanya kabar dengan my parents.. 
Sorry.. 
memang tak sempat.. 

Pagi tadi call la kejap bila otw pergi kerja.. 
tup..tup.. ada banyak cerita best yang tak best nak dengar.. 

yang lain tu biarlah dikongsi bersama family... 
tapi yang sadissssss saaaaaangat tu bila 'istana hinggap' a.k.a. RUMAH BURUK WAN yang cucu cucu panggil dah kena landa ribut.. 

bukan RUMAH BURUK WAN je.. rumah mak long dan jiran jiran pun kena jugak.. Nasib baik la mak ada ayah ada kat Cendering masa tu.. boleh la settlekan cepat cepat bumbung yang dah terbang...

RUMAH BURUK WAN tu almost 100% kayu.. memang rumah tu dah lama since i tak lahir lagi.. buruk buruk pun kitorang semua suka duduk situ bila balik Cendering.. Sebab utama dekat dengan pantai lah.. pagi pagi lepas Subuh je terus nak mandi laut.. bukan reti sabar pun kalau dah balik kampung.. tu buat semua orang excited bila balik Terengganu.. Anak anak buah lagi la... kalau boleh, every week nak balik RUMAH BURUK WAN. sebabnya kat sana je takde orang nak marah main pasir dari pagi sampai petang.. hehehe... 

gambar lama ni.. sekarang pokok kelapa cuma tinggal 2.. 


Alamak!! 
rindu nak balik Cendering la pulak!!

Tolong!!!!

Tak dapat tolong.. I nak balik sampai Cherating je weekend ni. huhuhu...

Ni gambar yang anak buah I upload kat FB dia.. 







nampaknya bagus gak kena ribut.. baru la ayah tukar bumbung lama tu dari atap bata zaman orthodox jadi bumbung versi new era.. hahaha..  

Saturday, June 18, 2011

Sambil Menunggu...

Assalamualaikum... 
haip!!

lamanya tak update.. Serious, memang sangat busy.. Maklumlah, ada event weekend ni.. Tu tak sempat nak drop pape kat sini.. ini pun sambil menunggu my friend pick up untuk pergi ke Gopeng jap lagi.. 

anyway, 
Doakan perjalanan kami berempat selamat pergi dan pulang okeh.. Orang lain dah gerak dah tadi. Kami je lambat sket sebab menunggu seorang team mate.. Semoga perjalanan kali ni akan mendapat keberkatan dariNya.. Amin.. 

Apa I nak buat kat Gopeng???

TUNGGU.... 

nanti I citer.. hehehe

sekarang, time menjenguk blog korang.. 
nak tau jugak apa citer korang ni.. 
so, kalau nak I jenguk sekarang, cepat cepat drop comment kat chatbox okeh!
hehehehe

Monday, June 13, 2011

Monday yang 1001 cerita..

huuuhhhh....

PENAT...

SANGAT PENAT...

apepun, 
hari ni memang bukan Monday yang best sangat.. 

cuma, 
thank you my hubby benarkan I ikut pergi sampai Bangi petang tadi..

even dia tau, 
I tak cukup tido sebab semalam langsung tak tido.. 
pastu, 
Rabu ni I ade exam yang mana I tak study sangat pun lagi..

but now, 

SELAMAT MALAM DUNIA.....

Samsung Galaxy S II

last Saturday, after balik dari wedding Nurlin I pergilah merayau dengan kengkawan kat Sunway Pyramid.. Takde la merayau sangat dengan takde motip okeh!

I dalam misi membantu sorang budak nak beli smartphone. Dah pusing pusing Digital World kat Sunway Pyramid tu, I dah tak berminat nak beli pun kat dalam tu.. Semua tak ori. So dengan bangga buat decision, jom pegi cari Authorized Dealer SAMSUNG. Bukan apa, I memang tak suka lah beli yang tak ori ni.. Pape pun mesti nak yang ori punye.. Senang dan boleh gune dengan confindent! hehehe.. 

Tapi, 
I bukan beli Galaxy S II yerp.. yang tu mane kuar lagi.. I pergi beli GalaxyTab je.. Dah budak tu nak Tab sangat.. Almost 2 jam I menempek muka kat SAMSUNG tu nak beli Tab (lama kan? ape aku buat ntah.. nak ngorat, mamat tu Cina..erm..ade la.. rahsie...), datang sorang perempuan tanya mamat kat kedai tu.. ' saya nak tengok Galaxy S..bla..bla..bla..(panjang conversation dia).. Tiba tiba I dengar (padahal dari awal lagi aku pasang telinga), Galaxy S II best tak? 

Haaa....I yang dah lama menempek kat situ terus menyampuk..(tak tau malu kan?)

Kak.. Kak.. Akak nak beli Galaxy S eh.. akak jangan la beli dulu.. akak tunggu Galaxy S II je.. tadi saya dah guna.. best kak.. kawan saya buat review phone tu.. gambar dia cantik.. RAM dia 1Gb.. bla...bla..bla.... (macam gaya sorang promoter aku cite kat akak tu), last last akak tu dah cancel beli Galaxy S.. TERUS ORDER GALAXY S II!!
hehehe... 
pandai tak I menghabiskan duit akak tu? 
hahaha... 

tapi serius la, Galaxy S II memang best la..  cuma I ni tetap BB user forever.. I tetap suka Torch sampai bila bila.. hehehe... 


Galaxy S II yang I pinjam dari Mr.Piratz.. 

Sampai sanggup berhenti makan masa kat umah Nurlin semata mata nak main phone baru yang canggih ni.. lalalalala....

Kalau korang nak try phone ni or mintak review, contact la Mr.Piratz.. Dia classmate Cat.A masa kat METC dulu..

Sape suka main Angry Birds? jom download Angry Birds Rio Full version jom!

sekarang ni kat mana mana pun boleh nampak Angry Bird fenomena.. Tak kira lah kat mana pun.. Yang paling dahsyat lagi 2 daripada 3 komputer kat avionic line 6 tu dah jadi tempat diorang main Angry Birds.. Lagi lagi lah bila BlackBerry pun dah ada Angry Farm.. Dahsyat sungguh korang ni main game yer? 

Honestly i pun suka main game jugak.. Tapi sekarang tak banyak masa jek.. Kang kalau I main game, blog tak update, buku pun entah kemana la.. oppss!!! Payah la gituu...

Pasal Angry Birds Rio ni, game dia macam mana eh? 

Camni, dia lain sket dari Angry Bird biase.. Game ni korang kena lepaskan burung yang ada kat dalam sangkar, pastu kena jugak lawan monyet.. Ape lagi ek? mana boeh citer.. Korang download la sendiri.. Pastu gi main sendiri.. Amacam? 



kemudian.....
after korang dah download dan nak aktifkan, sila klik link sini untuk langkah seterusnya... Agak detail lagi tapi lepas ni, boleh la main Abgry Birds dengan riang gembira... 
hehehe....

apa perasaan korang bila nak pegi kerja tiba tiba kereta kena block?

malam tadi semalaman I boleh tido..takpela..itu silap I la pegi nescafe masa on the way gi Trolak.. 

Tapi yang menjadi tekanan serta emosi masih tak stabil ni bila I nakgi kerja awal pagi ada pulak manusia dajal yang park kereta merata. Kalau ikutkan hati yang takde ihsan belas, I pecahkan je cermin kereta orang tu.. 

Tapi iman dan sabar tu masih ade lagi walaupun tak banyak.. Kalau tak, mesti orang tu kena cari duit la nak gantikan cermin..

Kita hidup ni kan, jangan la menyusahkan orang.. Kalau agak agak nak bangun lambat, jangan park kereta tu sampai menyakitkan hati orang.. I ni nak pergi keje pukul 7..

Tapi I tetap akan cari la owner kereta WVD 627.. Siap ko! 


Bukan Abang Nara sorang je sedih, Saya jugak!!

tadi masa on my way to Trolak, I surfing la dari phone.. terpandanglah post Abang Nara.. terus klik untuk mengetahui lebih lanjut.. Ape lagi.. bukan cerita pasal bebudak AF tu.. ini kisah yang sangat menyayat hati.. Honestly, i sangat kesiankan Jimmy Shanley.. 

menurut blog Abang Nara, 
ini yang Jimmy luahkan..



INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.


pada pandangan seorang perempuan, I memang tak sanggup meninggalkan orang yang dicintai macam tu je. walau bersedih atau marah sekalipun, i tetap akan cuba menyelesaikan cara baik.. Walau apapun, buat Jimmy Shanley, I doakan yang terbaik untuk you.. Semoga Allah bukakan jalan yang mudah bagi menyelesaikan apa yang berlaku.. Mudah mudahan Allah akan memberkati doa anda..Amin...

Sunday, June 12, 2011

Congrats to Yoe and Nurlin

satu lagi couple dari METC dah selamat diijabkabul..

this couple memang true love la..
since awal masuk METC dan kekal ke gerbang perkahwinan.
cewaaaahh!


gambar tu curik saja..memandangkan busy dengan kerja lain..
lagipun, camera tak bawak. hehehe..


Ni partner I untuk pergi wedding semalam.. Last minute kitorang berdua ter'single'... Sadis!

Orang lain semua bersama partner diorang..

Nurlin, Yoe.....

kami ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU..
semoga kekal ke akhir hayat..

erm.. tak yah panjang panjang la..
Nurlin tengok video jela nanti.. kami da bergabung ngan geng cameramen.


erm...
beberape jam sebelum solemnization...
misi menyiapkan hantaran...
by Chermin-Arts!


untuk majlis Nurlin, I dah meng'offer'kan diri membantu Chermin-Arts menyiapkan hantaran.. Kalau korang nak kawen ke tunang ke... contact la Chermin-Arts.. Nanti I tolong sekali.hehehe.. Harga pun berpatutan jek..

FYI, I pun buat preparation jugak tau untuk wedding diorang ni..
Tengok!!


Haa... ni pun Chermin-Arts yang buatkan.. Kalau korang rasa rasa nak pakai inai untuk majlis korang nanti boleh je contact.. Cakap je nak design yang macam mana.. Kang crew dia lukis la..

Macam I yang tak mo over gitew... simple simple jek untuk wedding Nurlin.. hehehe...
but, I loike!

Nurlin di malam solemnization...





ini,


I lak menyebok nak posing... After dah siapkan semua hantaran untuk Nurlin... Untuk tengok satu persatu hantaran Nurlin ni, nanti Chermin-Arts post kat blog diorang..hehehe...

tata~

Husband and Wife

HUSBAND : when i got mad at you,you never fight back..how do u control your anger? 



WIFE : i clean the toilet bowl. 



HUSBAND : how does that help?



WIFE : Because i use your tooth brush. 


HUSBAND : Whatttt tttttt....

Hari Ini Dalam Sejarah

terlebih dahulu I agak berkecil hati jugak masa mula mula dapat cerita ni.. Bila I call mak, dia cakap baru je balik dari Mersing sebab sepupu I kawin.. Waahh.. Sampai hati sungguh tak bagitau I sepupu I kawin dan diorang ke sana.. tapi takpe.. Sabar jela.. anak diaorang ramai. mungkin lupa untuk inform yang bongsu.. 

Anyway, 
Tahniah buat Joe dan isteri.. I masih tak kenal lagi isteri dia. huhuhu.. Insyaallah satu hari nanti I akan ke Mersing jumpa family kat sana. Buat kalian, semoga bahagia dan ceria selalu hendaknya.. Semoga perkahwinan kalian akan kekal bersama hingga ke akhir hayat.. 


Sebenarnya... 
Ada lagi sejarah yang tak boleh dilupakan ni.. Semasa mak ayah ke Mersing hari tu, diorang singgah Endau tau.. Ini kisah memang I pun tak pernah tahu.. Diorang ajak abang pergi cari rumah yang mereka pernah tinggal 50 tahun dahulu.. 


Waaahh!!
Amazing!! Masih ada di tapak asal dan masih kukuh.. Sebenarnya I tak pernah tahu pun tentang rumah Endau ni.. Yang I tahu, semasa zaman muda ayah seorang nelayan dan tinggal di Johor.. Tak sangka rumah yang dah ditinggalkan untuk pulang ke Cendering berpuluh puluh tahun dulu masih ada di tempat sama..



Ini kawasan depan rumah.. Mungkin 50 tahun dulu sangat cantik.. Sekarang, macam ni lah tempatnya..

Tapi I tetap geram dan sedih bila ingat balik diorang pergi Mersing tak ajak I. Dahla last I pergi Mersing masa abang Minhat kawin. Dah lama tu.. 


Takpe.. Nanti I ajak hubby I buat trip pergi Mersing jumpa pakcik I.. Serius rindu nak jumpa orang orang kat Mersing..

Wednesday, June 08, 2011

teringat..


alangkah indahnya ciptaan Allah..
teringat petang yang damai menyaksikan keagungan ciptaanNya.. 

hari ini, aku rindu untuk berada di situ lagi.. 

Monday, June 06, 2011

nak lepas gerammm!!!!!

currently kat Nilai 3 melayan family shopping.. honestly I memang suka datang sini.tempat dia luas sangat dan panas.. I prefer pergi Jalan TAR la kot.. 

Tapi semua kain pasang untuk raya da siap siap shopping kat Bandung.so datang sini semata mata melayan family.. 

Yang bestnya saat ni, I kat dalam kereta tengah tunggu diorang shopping.. sambil tu tunggu nak parking.. elok ada sorang uncle nak keluar, I reverse sket bagi uncle tu keluar, by the time I nak masuk parking, ada sekor perempuan Cina yang datang dengan wrong way terus masuk parking yang I tunggu almost 5 minutes..

Memang perempuan Cina ni nak cari dengan I yang memang tengah HOTTT!!!!!!! 

Dengan muka selamba, dia terus keluar dari kereta dan kunci kereta, terus blah!!!! SIAL!!!!

Kalau u all nak tau, ni la kereta dia..
Rasa nakgi calarkan je..


Holiday End..bubye PNB Ilham Resort


cuti dah 3 hari.. hari ni balik KL..waaa..seronok betul bercuti.. macam tak payah kerja lak kan.. anyway, thank u my sister.. dah sponsor holiday bulan ni.. family day ini la yang dah buat i postpone sydney trip..takpe..takpe... nanti pergi diam diam ke sane.. hahaha...

RJ Ayam Penyet Kopitiam





jujurnya, I lagi suka ayam penyet kat semenanjung.. tak oily sangat dan lembut.. Entah la.. Tak kena dengan selera kot.. hahahaha

Misi Terubuk Masin dan Kek Lapis Berjaya!

misi utama kat bandar KCH nak beli kek lapis dan juga terubuk masin. lepas check in kat Pullman, takde maknanya kami tunggu lagi, keluar gi makan then terus gi ke Waterfront nak naik bot 50 sen gi seberang..


mau cari kek lapis dan ikan terubuk!!!
hehehe...



 lokasi pilihan, KEDAI KEK LAPIS DAYANG SALHAH..




Ikan terubuk lak, tak kesah.. ikan tu asal dari laut jugak..
hohoho

sampai kat kedai kek lapis, makan dulu kenyang kenyang..
eh...
rasa jela..
then baru la pilih nak beli yang mana satu..

tapi hasilnya,
waaaaaahh!!!!!!

BOROOOOONNGGGG!!!


Sunday, June 05, 2011

Kem Pintar MAS 1 Malaysia - Explore Race

just nak tunjuk budak budak punye kerja bila di Check Point 5 diorang kena buat task ni...

sungguh creative!!
















time i jaga kat Check point 4.. lagi best..mandi kolam je kerja.. 
so takde la gambar. hehehe

____________________________________________________

then, malam terakhir tu ada Malam Persembahan dari semua pelajar dan juga guru..
mana gambar eh masa persembahan? 
tak jumpa lagi.. 
video lak tak ambik lagi dari Kak Elma.. 
so takleh la nak share..
huhuhuhu..

apapun, malam terakhir tu jugak la kami tak boleh nak tidur sebab uruskan bag budak budak untuk balik dan nak kejutkan diorang seawal 3 pagi.. sangat kesian... tapi apa boleh buat... jarak kem ke airport mengambil masa 1 jam. diorang kena lah bangun awal untuk berangkat pulang.. 

selesai uruskan pelajar ke airport, pukul 6.30 pagi baru la I boleh tidur after 24 jam tak tidur.tapi takpe.. bukan selalu pun.. boleh qada tido lagi.. 12 tengah hari baru kami pulak nak check out dari Permai Rainforest untuk menginap 1 malam di Pullman... 

boleh shopping kat Kuching!

dinner kat Gazebo - misi escape dengan buah hati..

Hai..selamat petang...
Yes!!! dapat internet source lg..mau suka..I punye internet Blackberry sangat membantu bila duduk Ilham.. just dapat GPRS... Letih!!

Maknanya misi escape dari suasana bising dalam apartment sangat berbaloi.. lepak Gazebo dengan wifi..hehehe.. walaupun I tak lapar sangat tapi makan jugak.. Menu malam ni beehoon Singapore.. Not bad dan murah...



Malam ni bawak sorang buah hati.. boleh bawak ramai ramai..pening nanti dan takde privacy.. hahaha..

Jemput makan meh... opsss!!! korang, jemput tengok I makan okeh...