Sunday, August 24, 2014

#throwback : Ketika Bertiga - Manila

Teringat pulak bila duk tengok Kusinero Cinta. Masa ni  ikut En. Hubby main bola kat Manila. Eh.. main bola pun sampai Manila? Macam la star sangattt..

Manila mungkin best. Tapi 3 hari tak sempat untuk explore Manila. Hari pertama flight delay. Sampai tengah malam. Dan rasa nak marah sebab landing kat remote bay.. pemalas punye orang sana. Kapal nak lay over situ, passenger pun kena turun situ.. Jauh beza dengan KLIA.

Hotel, The Herritage. Duk situ sebab airlines rate dan jumpa kawan kawan pun senang. Crew semua stay situ. Tetiba terjumpa kawan lama waktu breakfast. Dan ai jugak dah bagi inspirasi untuk dia kawin. Mau taknya.. Sepanjang masa duduk Malaysia tak jumpa. Tapi Manila jugak buat kami berjumpa. First time jumpa waktu belajar.. Second time jumpa ai dah ada anak! Terus dia cakap, 'aku belum kawin...' Hahaha.. lucu lah ko Acap..

Manila.. overall Manila menarik dan rasa macam mau pergi lagi. Sebab nak shopping.. hehehe

Saturday, August 23, 2014

22 Ogos 2014 - Hari Malaysia Berkabung untuk MH17

Semalam, 20 orang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa MH17 dh selamat dibawa pulang dan di kebumikan di kampung halaman masing masing. Sayu.. Pilu.. Dan pelbagai perasaan yang hadir apabila kami warga MAS bersama sama berada di Kompleks Bunga Raya untuk memberikan penghormatan terakhir. 

Tiada yang perlu diulas panjang, melainkan doa dan Al Fatihah yang mampu dihadiahkan kepada mereka. Semoga mereka semua tenang di sana dan tabahlah wahai semua ahli keluarga mangsa. Salam takziah.