Thursday, December 29, 2011

BBQ dan Steamboat

BBQ dan Steamboat.. 
Combination yang sangat best.. Tapi... Untuk mencari tempat yang best susah la jugak.. 

Tempat yang I dan kawan kawan selalu pergi sekarang ni adalah Island BBQ Steamboat.. 

Kenapa ek??

Dekat... 
tu jelah main point dia.. Tapi Kelip Kelip pun dekat jugak.. Tapi I tak pernah pergi pun kat situ.. 

Cuma Jumaat lepas I dan kawan kawan makan I dah pergi ke Kafe D'Manggis.. Orang kata sedap sangat kat situ.. Lagipun dah kawan kawan pun banyak kali mengajak untuk mencuba di tempat lain selain Island BBQ Steamboat tu.. 


Okaylah.. Pergi je D' Manggis.. Siap buat reservation tu.. Maklumlah.. Sentiasa ramai orang. Susah pulak tu untuk dapatkan meja kalau nak walk in.. Tak nak ambik risiko, siang siang lagi dah buat reservation untuk malamnya.. 

Berusahalah I ni dari Sepang balik ke Shah Alam.. Semata mata nak ke Kafe D'Manggis.. Nak jugak rasa bila orang kata sedap.. 

gambar tak cantik sebab guna iPad je..

Bila tengah tengah makan, rasa tak sedap pun.. Bahan bahan yang di marinate tu tak sedap.. Masin la.. So, part BBQ kitorang malam tu failed.. Dengan perasaan taknak membazir RM20 yang perlu dibayar, I pun makan steamboat jela.. Daging daging BBQ pulak I makan dengan nasi goreng untuk mengurangkan rasa masin tu.. Dah la I tersangat sangat lapar.. Makanan masin pulak.. Memang mematikan selera I terus. 

Sambil sambil melihat mereka bertiga makan, mulut I dah bising bising kat diorang.. 

Kenapa orang ramai je datang? 
Island BBQ Steamboat lagi best..I taknak dahla datang sini.. Dahla jauh.. Tak sedap pulak tu.. Tempat nak membakar je besar kalau nak bandingkan dengan Island BBQ Steamboat. Makanan pun sedap lagi kat sana..

Diorang bertiga tu tak marah dengan mulut I yang bising bising tapi mengiakan je apa yang I cakap..

Lepas ni, I dah tak nak makan kat D'Manggis.. I nak makan kat Island BBQ Steamboat je.. Tempat best cantik dan sedap! Walaupun baru dibuka, tapi best lah.. 

gambar hiasan - dinner BPKC

Tuesday, December 27, 2011

Durian Trip - Projek Cuti Hari Natal


Dah lama pulak tak menunggang motor.. Kat rumah baba ngan mama bole.. Diorang tak marah pun.. Lagi suruh ada la.. Best! Ahad lepas, tak tahu apa nak buat.. Jadi, kami plan lah menziarah DArul Hikmah lagi.. Dulu dah pernah datang buat aktiviti kat sini.. Tetapi tak pernah bermimpi untuk datang lagi. Sesuatu yang tak disangka.. Silaturrahim dan keakraban terjalin dengan pemilik Darul Hikmah. Rumah anak anak yatim dan miskin yang terletak di Gopeng ni menjadi satu tempat untuk melepak dihujung minggu.. Andai kata anda teringin juga melihat kehidupan anak anak di sini, mama baba sangat mengalu alukan kedatangan korang.. Jika ada rezeki yang lebih, boleh jugak kalau nak menyumbang kepada mereka.. Tak perlu banyak.. Cukup sekadar membeli sebiji bola kalau tiada duit yang beribu ribu.. Anak anak di sini sangat menghargai jika anda menyumbangkan bola sepak. Kerana diorang sangat suka bermain bola! lagipun, mama cakap, kalau tak benarkan mereka bermain di padang bola, nanti diorang berperang didalam bilik.. Haih.. Anak anak..



Sekarang ni, masih lagi musim durian.. Memang happy la kitorang. Dah memaksa Acap panjat pokok rambutan. Pergi ke rumah kawan mama mengait buh pulasan, memang suatu yang mengembirakan la buat Paan. Orang Shah Alam yang tak pernah ada kampung. Kami yang lain dari kampung. Takde lah teruja sangat. Cuma dapatlah melepaskan rindu untuk balik kampung. Hihihi.. Lagipun kat rumah I sendiri bukan musim buah lagi.. Sewaktu musim durian dulu, I tak boleh nak balik sebab kelas..


Ini adalah mama.. Puan Jamaliah namanya.. Tapi memang dipanggil mama ajelah.. Dia menyambut kami datang haritu pun dengan makanan yang sedap sedap.. Uwaaaa...Rindu dah tempoyak aritu. Nanti nak buat lah.. Yang paling penting, durian dari Gopeng ada lagi.. Nak pergi makan sekaranglah... Kejap lagi nak pergi kerja..Daaaaa...

I Love U but U Love Him

owh.. NO!!

I takde kaitan didalam tajuk di atas.. Saje jer.. Teringat kat cerita Twilight pulak.. InsyaAllah I akan kekal menyanyangi En. Hubby I hingga nyawa terpisah dari badan walaupun kadang kadang I selalu terasa dan berkecil hati.. Biasa lah.. Itu adat kan bergaduh dan bermuram durja.. 

Tetapi, 
I terfikir tentang soalan seorang teman.. 

Anisah, apa pendapat ko bila seorang perempuan menyanyangi dua lelaki dalam satu masa dan cinta kedua dua lelaki tersebut?

Ha!! 
Kan I dah cakap, takde kena mengena dengan I dan jugak tajuk kali ni. 
Whatever....

I tak tahu teman I itu bercakap tentang siapa.. Dan I tak bertanya.. 

Jawapan I terjawab dengan soalan semula.. 

Yeke dia sayang?

Apa yang dia pandang pada kedua dua lelaki tersebut? 

Dia Tak cukup dengan satu ke? 

Atau dia terasa sunyi bila lelaki pertama busy sehingga memerlukan lelaki kedua untuk menemani dia diwaktu sunyi? 


Hmmm...
Kadang kadang tidak perlu menyalahkan perempuan, tetapi lelaki pun ada mengalami situasi macam ni.. Kadang kadang tidak tahu dimana punca tetapi muncul insan ketiga di dalam hubungan.. Jadi, tanya hati.. Pilih satu daripada dua.. 

Lelaki boleh memilih hingga empat.. Tetapi perempuan perlulah setia kepada satu lelaki jika ingin mendapatkan kebahagiaan.. 

Monday, December 26, 2011

Hujung Minggu I akan Paksa Dia ke Saba Restaurant





Dulu susah sikit nak sampai sini. Duduk Shah Alam.. Jadi takde kerja la nak pergi Cyberjaya semata mata nak makan kat Saba Restaurant. Sedap tu memang sedap la.. Semua orang pun selalu duk cakap pasal kedai ni jugak kan.. 

Bila memindahkan diri ke Sepang, bolehlah menyinggah ke Cyberjaya untuk makan makan.. Biasanya kalau kawan kawan I akan makan Manith Lamb. Macam nasi yang dalam gambar kat atas.. Tapi I suka order roti macam dalam gambar tu. Layan je makan.. 

Tapi kan, selalunya makanan yang ke tiga mesti lupa nak snap gambar.. Syok sangat duk makan kot! Pun boleh la.. ~~~~


Opss!!
I nak share satu rahsia ni.. Kalau I nak pergi sini, mesti refer google map.. Sebab I sangat confuse jalan jalan dia.. Semua tempat nampak sama jer.. Shhhhhhh....... Jangan bagitau orang tau yang I tak tahu jalan.. Jadi, kalau korang tak tau, buat la macam I.. Google jela.. GPS pun bole la korang... 


Projek Cuti Hari Natal

Photoshoot lagi??? 

gila gambar betul la perempuan ni.. 

EH.....
BUKAN!!

Harini cuti.. Macam I dapat tiga hari. Sama macam u all jugak kan.. So bila En. Hubby dah balik kampung, I pun mencari la aktiviti dengan kengkawan.. Takkan la nak duduk rumah sorang sorang dengan rasa bosan.. Tak boleeehh... Tak bagus untuk minda. hahaha..

Jadi, hari ni... I pergi Perak lagi. Dengan 1 misi.. Semalam dah siapkan segala bekalan.. Harap mencukupi dan dapat membantu.. Insyaallah.. Amin...

Hari ni keluar berlima.. Misi utama adalah Sungai Itik, Gopeng.. Tapi check point kami kat sini..


Ya Allah.. Cantiknya.. Lata Kinjang.. Pertama kali sampai ke sini.. Tapi tak bermandi manda pun.. Cuma ambik gambar.. Lagipun ini bukan tujuan utama pun.. Tujuan lain yang menunggu lagi best! hihi..

Dah banyak sangat gambar yang diambik, nak jugak la tempek kat sini.. Jangan marah ek.. 






Sebenarnya harini anniversary I dan En. Hubby di Colmar Tropicale.. Trip harini boleh kira menutup sedih jugak la kan En. Hubby sebab kita tak dapat together pada hari ni. Nak buat macam mana.. Ada benda lagi penting dari I. Sabar jelah.. 

Kita happy kot cara lain.. =)




Thursday, December 22, 2011

Iskh!! Dia Ni Kan..... Perangai macam ni pun ada jugak..

Demam yang melanda semakin teruk je. Ubat dah dapat.. Itu pun salah kasi kot.. Cakap pasal salah ni, Geram je dengan doktor tu.. I demam, sakit kepala dan selesema.. Tapi kenapa I dapat ubat demam dengan batuk??? Erm.. Sape boleh jawab?? Ubat batuk tu boleh mengurangkan selesema dan sakit kepala ke? Tak pernah tahu pulak.. Whatever....

 Tapi kan, jumpa doktor ni buat I geram jugak. Doktor yang I jumpa semalam jela.. Ada ke patut, nak berlagak depan pesakit.. Dah nak manopous ke tengah period pain???

 Kisahnya..

 Miss Anisah: doc, arini saya dah tak pergi kerja.. Boleh saya nak dapatkan MC?

Doktor: kalau awak nak MC awak kena jumpa saya siang tadi..

Miss Anisah: saya dah cuba pergi klinik siang tadi. Tapi semua klinik area rumah saya tu tutup. Saya pulak tak larat nak drive jauh jauh sebab sakit kepala. Lagipun saya tak tahu jalan area Nilai ni. Klinik panel pun saya tak tahu kat mana.


Doktor: itu bukan MASALAH saya. Kalau awak nak MC, awak kena cari panel terdekat siang tadi.

Miss Anisah: saya dah pergi.tapi klinik di Salak Tinggi semua tutup.. saya sakit kepala, badan saya menggigil gigil, macam mana saya nak drive jauh jauh untuk cari klinik. Saya tunggu la kawan saya balik kerja baru saya pergi klinik.

Doktor: itu bukan MASALAH saya kalau awak tak boleh pergi klinik. 

Miss Anisah: macam ni la doktor, saya bukan nak sangat MC, saya boleh je ambik EL.. Tapi saya nak surat doktor untuk mudahkan saya ambik EL. Tolong bagi surat.. Lagipun memang saya berniat nak EL je dari siang tadi. Tapi saya datang sini sebab nak ubat.

Doktor: mengikut rekod awak ni, awak baru lagi datang buat rawatan.

Miss Anisah: iyer doktor.. Baru baru ni saya jatuh. Kaki saya sakit. Dan saya pergi klinik bukit jelutong. Ada apa apa masalah?

Doktor: sebab tu saya taknak bagi MC..

 Miss Anisah: .............( lol~)

 [macam la aku MC sebelum ni kat bukit jelutong tu.last aku pergi klinik sebelum sakit kaki pun 6 bulan lepas..whatever la doctor.tak ketagih mc la..]

 Bila balik rumah, I baru perasan, ubat yang I dapat tu UBAT BATUK??!! Mana ubat SELESEMA???? Sengal la doktor..

Tuesday, December 20, 2011

Teruknya....

Dah demam...

Uhhhhhhh......

Friday, December 16, 2011

Bila Emak Tak Percaya..

Bila emak tak percaya.. Apa yang mampu dikatakan lagi... Again.. I'm speachless..

Perasaan hati berbolak balik.. Sedih dan termenung.. Mengenangkan situasi ini. Sebagai seorang anak yang tak berapa gemar nak bercerita tentang perjalanan hidup harian secara detail kepada ibunya, kerana emak tetap tidak akan faham tentang perjalanan hidup anak emak ni..

Apabila emak mempersoalkan kepada diri sendiri tentang budaya kerja, saya cuba menerangkan dari A hingga Z. Dan, harapan saya, emak faham.. Apabila semalam emak bertanya kepada kawan baik melalui telefon, anak emak terasa seolah olah emak ragu ragu dengan penjelasan anak emak berikan selama ini..

Emak menganggap anak emak hari hari merayau berjalan enjoy untuk menghabiskan duit?! Ya Allah emak.. Duit saya bukan banyak untuk melakukan itu semua. Duit gaji cuma cukup untuk makan, sewa rumah dan transport pergi kerja balik kerja je.. Tambah dengan beban hutang lagi yang nak saya bayar.. Kenapa la emak rasa yang saya ni berfoya foya dan tak jujur dengan emak tentang budaya kerja saya?? Jujur saya ingin katakan di sini, saya sangat sedih bila emak tak percaya..

Dah penat anak emak ini terangkan.. Semenjak bekerja di KLIA, anak emak ni bekerja mengikut shift. Tiga bulan je pun saya macam ni.. Saya perlu praktikal di front liner sebelum saya establish.. Di sini ada pelbagai shift pattern.. Sebulan setengah yang lepas, saya mengikut MR2 team, emak.. 2 hari kerja siang, 2 hari kerja malam dan 2 hari saya cuti.. Timing pulak varies dari 8 hingga 12 jam.. Saya perlu mengikut jadual yang orang lain juga ikut.. Macam mana lagi saya nak terangkan kat mak... Sedangkan sebelum ni saya dah Terangkan pun..

Sekarang ni pulak, saya dah tukar ke team lain.. Team ASG.. Kerja seminggu siang dan seminggu malam.. Timing lak fixed dari 7.30 sampai pukul 5.. Tak kira la malam ke siang.. Jadi, mak janganlah marahkan saya kalau mak call pukul 12 tengah hari sewaktu minggu saya kerja malam.. Kalaulah saya tak tidur waktu tu, bila lagi saya nak tidur... Emak janganlah marahkan saya tidur tengah hari dan saya tak makan dan minum.. Waktu malam, waktu bekerja, pandai pandailah saya cari makan kalau saya lapar.. Itupun bukan saya merayau pergi entah kemana mana. Paling jauh pun tempat saya makan bila waktu kerja cuma di terminal je. Itu pun mak boleh kata saya ni kuat berjalan jalan?

Saya tahu, berdosa seorang anak mengeluh tentang emak.. Tapi, keadaan macam ni buat saya sedih dan saya berjauh hati.. Dah saya ikut cakap emak untuk memilih kerjaya macam ni.. Sekarang, budaya kerja saya pulak emak nak persoalkan.. Macam mana ni mak.. Saya bukan seperti 4 anak emak yang lain. Diorang semua bekerja ikut office hour. Cuma saya je yang bekerja shift.. Dan tolonglah faham..

Saya tak balik ke rumah Rawang jugak.. Sebab terlalu jauh. Kalau saya balik boleh berehat, tidur dan tak buat apa apa tu, okay lah.. Tapi mana boleh macam tu. Setakat cuti saya yang cuma terasa seperti satu hari setengah tu, saya perlu balik ke Rawang kemudian keluar ke mana mana dan badan saya tak boleh rehat.. Esok lusa saya jugak yang sakit.. Haih...

Kalau saya berkecil hati, tak ada sorang pun yang tahu. Semua nak menyalahkan saya.. Saya pun ada perasan jugak wahai keluargaku sayang....

Tuesday, December 13, 2011

Pengarah Besar FELDA diarah cuti 8 bulan - speechless!!

Sorry tau kengkawan bila I agak lambat update tentang berita ini.. Maaf dipohon yerp.. Bukan lambat update di blog.. Tetapi agak lambat mengetahui tentang berita ini.. Sejak akhir akhir ini, tak berapa membaca dan surfing.. Sebab tu la tak mengetahui tentang perkembangan semasa..

Macam looser kejap.huhuhu.. Tapi bila mengetahui tentang apa yang berlaku, serius terkejut tapi bila difikirkan balik, biasa la... Huhuhuhu...

Tak perlu tulis panjang panjang, dan tak perlu jelaskan kenapa I speechless.. Kalau korang tak tahu lagi cerita ni, boleh la ke Malaysian Insider untuk membacanya...

Saturday, December 10, 2011

MAS Adventure Camp 2011 by Mira Munshee - Day 5






Day 5 – 24 Nov 2011

It was our last day. We woke up a little bit late, just to enjoyed the few last hours in the camp. We packed our bags, cleaned out the tent and went to the hall to performed Subuh prayers. After that, we had our last breakfast together. We were told we will be leaving at 10 am. After breakfast, Cikgu Fuad called us and taught us how to take off the tent. He did a demo and well, it was easy, much more easier compared to putting up the tent. We worked as a team, and finally, finished taking off the tent, wrapped it and put it in its bag. We collected rubbish around the campsite, cleaned everything that needs to be clean and last, we gathered at the dataran for some last photoshoot together. This time, we are going back to KL with bus. So two buses waited for us outside the camp, and we waved the last goodbyes to Ulu Kenas, Kuala Kangsar. The girls are in the same bus, accompanied by Cikgu Elma, Cikgu Amie, Cikgu Burhan and Cikgu Hafidz. First, we stopped at Masjid Ubudiah which was at the centre of Pekan Kuala Kangsar. We took a lot of pictures together and then we moved to our next destination, which was a row of stores that sell ‘labu sayong’. ‘Labu sayung’ are probably Kuala Kangsar’s proudest trademark. We did some shopping and then we started with our journey. In the girls’s bus, we watched ‘Van Helsing’, half of the movie, everyone were asleep and we woke up when we arrived at Tapah for lunch and Zohor prayers, that was around 2.15 pm. After lunch, we continued our journey to Kuala Lumpur and finally, reached KL around 5.40 pm. The parents were waiting at KL Sentral and everyone is glad they are back, one piece, safe and sound and with lots of experiences and knowledges that can be use in the future. We gained tons of new things, new friends and we came back with a whole new person. Thank you MAS Backpackers Kembara Club, thank you MAS Airlines and thank you MAC 2011. This is indeed one of the experience I will never forget and I will cherish it forever.






posted by: Mira Munshee

Friday, December 09, 2011

First time dapat tengok!

Agak tak sia sia la balik kampung hari tu.. Dapat melihat permandangan yang sukar untuk dibuktikan benar!! Hahahaha... 

Sungguh DURHAKA punya adik.. 
Lalalalala.. 

Okay lah.. 
Sepanjang 23 tahun dah hidup ni, jarang jugak berjumpa big bro I. I tinggal di Kuantan.. Big Bro tinggal di Kuala Terengganu. Bila cuti baru la dapat jumpa.. Dia adalah seorang guru.. Tetapi tak bergaya macam seorang cikgu la.. Tak smart mana pun.. Hohoho.. Dia ada satu habit, tak suka pakai jam.. 

So, 
dalam umur 23 tahun ni, tak pernah la si adik melihat big bro dia memakai jam.. Al maklumlah.. berjumpa pun kadang kadang.. Tapi, I sangat sayang Big Bro ni.. Kadang kadang boleh jadi kebanggaan jugak la. Hihihihi.. Lagipun dia jugak la sumber kewangan tambahan I. Lalalalala...

Baru baru ni telah berlangsung pulak JAMBOREE INTERNATIONAL TERENGGANU.. Dia pun kira kira orang penting la.. Tapi I tak berminat nak bercerita tentang jamboree tu.. Para Pengakap semua dah tahu.. Apa yang I nak banggakan sangat sangat sangaaaaaaaaattt................

Big Bro I pakai jam.. Nak tau tak.. betapa susahnya I nak nampak.. First time dalam hidup I tau I nampak haritu.. Sebab tu I nak blogkan jugak.. hihihi

Inilah abang kebanggaan.. I suka menyusahkan dia..

Erm... Ada jugak ke pengakap yang kecik macam si kecik ni?  

p/s: Thanks jugak big bro... dapat merasa naik kereta mahal. hihihi.. Banyak jugak souvenir JAMBOREE yang I dapat.. Lalalalalala.... 

MAS Adventure Camp 2011 by Mira Munshee - Day 4





Day 4 – 23 Nov 2011


It was our second last day at the camp, we woke up early, like always and it was raining. Bliss from heaven. We performed our Subuh prayers with Ustaz and the rest. Because it was raining, we continued with ‘Ceramah Kerjaya’ first before continuing with yesterday’s activity. This slot was handled by Cikgu Salleh. He is one of MAS cabin crew, like Cikgu Hafiz. But he is more senior and more experienced. He told us everything about MAS’s crew, how to be a stewardess/steward, how to talk like them, how to groom like them. Foremost, he gave out informational talks and I learnt a lot from him. Cikgu Hafiz wore his steward uniform and he looked rather dashing in it. Now I know, being a steward is a serious work and it is not as easy it would be, although we will get lots of benefits from it, like travelling around the world and visits other countries. After we finished with the slot, we were given time to prepared for Zohor and Asar prayers and after that, we were sent off to continued to finish all yesterday’s activities, ‘river crossing’ and ‘abselling’. It was my turn to do the ‘abselling’ and yes, I was extremely nervous and terrified, mostly because of the height. Cikgu Fuad gave some encouragements and yes, I did it. I overcome my fear of height, Alhamdulillah :D After everyone was done with ‘abselling’, teachers informed us to changed clothes for ‘water games’. Everyone were pretty much excited. We played games by the river, three groups, we have to fill in the holey barrels with water till the ball comes out. It was tricky because first, there’s holes everywhere around the barrel! And second, the teachers splashed and threw water at us every single second. It was hard and not a group succeed. After the game finished, we had some real fun and we played ‘water war’ in the river. Water splashing everywhere, everyone was trying to get revenge from the teachers. It went on for like 10 minutes and then Cikgu Fuad asked us to stopped and changed clothes. We prepared early because tonight was our ‘Performance Night’. We had dinner and performed Magrib and Isyak prayers, we gathered at the hall. Cikgu Sallleh was given the honor to be the emcee for tonight’s event. He was a great emcee by the way. Each group were given a task to perform a drama based on what the teachers had asked to. Alongside with our performances, the teachers also did some sketchs. They acted on stage, mostly based on US. They tried to resembled what we did, what we are throughout the camp. Honestly, those were the best performances ever. Cikgu Burhan made a great actor and well the rest of the teachers, they made me tears because I was laughing non stop. But of course, everything have to come to an end. We did prize giving ceremony and lastly, all the teachers went on stage and they recited a few of their speeches. Their speeches touched our hearts, especially Cikgu Shuhaimi, Cikgu Hafiz, Cikgu Elma and of course, Cikgu Paan’s. Cikgu Paan cried while he was singing. He had to stop singing because he can’t control his emotions. That made me cried harder. At that time, we all know, we never wanted to leave the camp. But everything has it ends. And that night was the end of our great memories together.







Posted by: Mira Munshee

Thursday, December 08, 2011

Rombongan ke Rumah Aliya


Aliya.. Mengikut alamat yang diberikan, rumahnya terletak di Banting Selangor. Tak jauh dari rumah I pun. Sepang dan Banting. Berjiran.. 

Rombongan ini kira kira 15 orang. Bukan nak meminang atau ada kenduri kawin yerp.. Ini rombongan khas daripada cikgu cikgu MAS Adventure Camp 2011. Kenapa rumah Aliya terpilih? 


 Tengok la gambar di atas. Itulah yang dah berlaku kat Aliya sewaktu menyertai kem baru baru ni.. Menurut doktor, kaki Aliya retak. Mungkin akibat terjatuh sewaktu jungle tracking hari tu.. 

Aliya,
semoga cepat sembuh yer.. Dah terpaksa pergi Istanbul dengan kaki bersimen.. Haih.. Berat la kapal terbang nanti. Hihihihi...


Terharunya!

Sangat terharu.. 
Cuma itu yang mampu diluahkan.. Baru dua kali berjumpa tetapi keakraban dan kasih sayang itu tak mampu diluahkan dengan kata kata.. 

Pertemuan di Permai Rainforest Resort Kuching Sarawak pada Mei yang lalu sungguh membuatkan perasaan ini membuak buak untuk mengarang pada ketika ini.. Apakah perasaan seseorang apabila terasa diri sangat dihargai..? Sungguh terharu kan....

(ini adalah entry yang sangat terharu. memang banyak perkataan terharu)

Insan yang I gambarkan sekarang ini adalah Mira. Dia lah insan yang membuat I dan kawan kawan I terharu sangat. Petang ni, sewaktu berehat rehat dengan niat tak ingin mengupdate blog walaupun dah lama tak update, tiba tiba terus bersemangat nak menulis. 

Mira.. 
Kaulah segalanya sayang... 

Setelah membaca tulisan Mira, terus rasa rindu kat dia.. Walaupun waktu Kem Penyayang dulu I tak wujud disitu, tetapi Kem Pintar yang memperkenalkan kami. Tulisan INI dah menceritakan segalanya tentang perjalanan kem itu dan tulisan INI juga yang membuatkan air mata menitis ke bumi.. 

Teringat sewaktu bulan puasa lepas, sanggup ke Batu Kikir semata mata untuk berbuka puasa walaupun meredah hujan dan traffic jam. Mulia sungguh hati insan INI yang ikhlas menjemput kami ke rumah.. Dan jangan lupa Cikgu Paan.. Tolong tunduk nak masuk simpang rumah Mira yer!!!

Mira, 
Kak Nisa harap kita akan terus keep in touch sampai bila bila walaupun susah nak berjumpa. Bila tengok gambar kat bawah ni, waaaaaa.........RINDUNYER!



Sunday, December 04, 2011

Pramugari dan Cikgu..


Pramugari...
Dan juga pramugara. Atau lebih tepat lagi adalah 'cabin crew'. Satu ketika dahulu, minda ini pernah diracuni dengan keburukan kerja seorang pramugari.. Sewaktu itu di sekolah. Di dalam kelas. Sewaktu di sekolah menengah.. 

Masih ingat dan terngiang ngiang bagaimana persepsi cikgu yang disayangi memandang rendah dengan kerjaya 'cabin crew'. Ketika itu, sewaktu di Tingkatan Empat. Cikgu yang disayangi memperlekehkan kerjaya seorang pramugari. Katanya, kerja sekadar menghidangkan teh atau kopi.. Bertanya penumpang inginkan jus apa untuk diminum.. Kemudian, mendapat jumlah gaji yang besar. 

Ketika itu cikgu mempersoalkan apakah bezanya kerja seorang pramugari dengan pelayan restoran. Tak ada beza.. Sekadar bertanya pelanggan apa menu yang dikehendaki. Cikgu tetap ingin memperlekehkan pramugari. Sehingga kini, masih lagi teringat kata kata cikgu dan kadang kadang berfikir. Kenapa ketika itu dia ingin memburukkan kerjaya pramugari. Adakah cemburu dengan pramugari yang selalu terbang ke merata tempat. Singgah ke negara negara yang menarik. Yang sukar bagi orang lain untuk sampai kerana kos yang tinggi?

Tak Faham..

Setelah kini aku dewasa, serta mengerti setiap tugas pramugari dan cikgu.. Kini aku ingin membetulkan persepsi cikgu tentang tugas seorang 'cabin crew'. Mereka bukan sekadar menghidangkan makanan kepada penumpang di dalam kapal terbang. Mereka tidak seperti pelayan di kedai makan. Tetapi banyak lagi kerja lain yang mereka perlu buat disepanjang perjalanan. Realiti pada mata kasar, memanglah menghidangkan makanan. Kebajikan, keselesaan dan ragam penumpang juga perlu diuruskan oleh 'cabin crew'. Apa jua kecemasan di dalam penerbangan, mereka juga perlu selesaikan.

Apapun kerja setiap orang lakukan, selagi ia rezeki yang halal, tak perlulah kita memperlekehkan dan mempersendakan mereka. Setiap kerja dan kerjaya itu sebenarnya mempunyai kelebihan masing masing. Apa yang penting, apabila kita melakukan kerja, keihklasan itu perlu ada bagi memastikan setiap kerja yang dilakukan itu berakhir dengan baik. 


Saturday, December 03, 2011

Keyword Nuffnang Minggu Ni..


I tak pernah pun terfikir nak story tentang keyword Nuffnang sebelum ni.. Sekadar tengok jela kat account Nuffnang.. Tapi lain pulak hari ni.. ANISAH OF MALAYSIA AIRLINES???

Anisah mana tu? Takkan la ada orang cari I dengan keyword macam ni kot? 

Musykil.. 

Nanti I nak check la kat Memo ID, siapa lagi ANISAH kat company I ni.. 

hohohoho..

Friday, December 02, 2011

Car Wash Giant Shah Alam Mengong!


Gambar tu je yang senyum.. Happy.. Lah pulak.. 
Myvi dalam gambar pun bukan Myvi I.. Cuma sama. Whatever...

I memang bengang giler dowh!
Car Wash tu memang sial lah.. 

Story dia macam ni.. I nak pergi basuh Myvi Lagi Best yang memang tak berapa nak best ni semalam.. (Memang performance dia tak best nak compare arwah BKP..sob..sob..sob..) Tapi takpe lah.. Ini je yang mampu dibeli setelah pemergian BKP. Back to story.. Semalam I nak basuh la Myvi Putih Comey tu kat kedai. So pergi jela Giant Shah Alam sambil I nak masuk shopping kat Giant. 

Tetapi, nak dijadikan cerita yang nak buat I bengang, Cina kat car wash tu macam nak tak nak jer layan I. Sebab I cuma nak basuh dan vacum je kereta tu. Cina tu pulak nak suruh I polish sebab dia kata dah kotor.. Kereta I cuma kotor sebab kena air hujan jela. Bukannya perlu di polish pun. Bila I cakap I taknak polish dia terus blah tanpa cakap apa apa.. Mau la pulak I tak bengang! 

Apa?? 
Lu ingat I akan dengar cakap u? 
I tak terdesak pun nak basuh kereta la.. 
Setakat RM150 tu bukan I tak mampu.. 
Tapi I memang takde niat untuk polish kereta tu langsung kat car wash sial u tu.. 

Kalau u memang taknak cuci kereta I, cakap je U taknak basuh kereta I. Tak perlu blah bodoh sial macam tu je. Sampai bila bila pun I takkan pergi kat car wash u ok. Ramai lagi orang bukak car wash dan berhati mulia. Tak perlu I nak membazir duit bagi kat orang macam sial je perangai dia.. Setakat Seksyen 13 tu, banyak lagi car wash.. Terus je I blah dari Giant dan tak shopping apa apa.. 

Nasib baik ada grup Whatsapp BPKC yang havoc.. Kembalikan keceriaan I semalam memandangkan En. Hubby busy.. Busy sokmo kan dia tu? Geram aku!

MAS Adventure Camp 2011 by Mira Munshee - Day 3





Day 3 – 22 Nov 2011


Today, we woke up around 4.45 am. Thank you teachers :) We performed Subuh prayers together and were told to gathered at the dataran because we were going to start with our ‘jungle tracking’! Everyone were excited, we gathered according to our own group, Cikgu Fuad was so kind, he and the other teachers gave us sweets and koko crunch in packs. He said a few things like do not litter in the jungle and such. We started with the girls in front, lead by the teacher. Well, the track was tricky and slippery. The hill went up 60 degrees and we hiked very slow, but steady. We stopped at one checkpoint, waited for the boys and continued our way up. This time it was hill up and we had to use all our energy to climbed up. At last, we reached at the top, there was a shack up there, Cikgu Fuad called it ‘kedai mamak’. We waited for the others to arrived, we ate and drank, mostly trying to revive our energy. Then, the drama started. I’m not sure which teacher, informed through the ‘walkie-talkie’ that Cikgu Shuhaimi fell and broke his leg or his back. Everyone kinda freaked out, Cikgu Hafiz ran down the hill alongside with Cikgu Paan. Cikgu Fuad, Cikgu Hafidz, Cikgu Norafiza, Cikgu Zara and Cikgu Anisah were left with us. They told us that we have to come down, as soon as possible. Making the way down was hard, the track were more slippery than before, most of us fell down and slipped but thank God, there were no injury or anything. We reached down at the campsite like 30 minutes later and went gathered at the dataran again. Cikgu Fuad was kinda upset, same goes to Cikgu Burhan. That time I felt so guilty and well, every emotions mixed up. Suddenly, Cikgu Amie was shouting and yelling to Cikgu Elma. I don’t know what was that about but we just listened and stayed in silent. Cikgu Amie flipped out, she barged into her room and packed her bag and stormed off the camp. Everyone were shocked. Cikgu Fuad said a few things then he asked us to grab our lunch and sat at the podium. We went there, ate and Cikgu Hazrul sat with us and entertained us with his stupid jokes. Then came in Cikgu Fuad, grinning and told us, ‘ITU SEMUA HANYA LAKONAN’ and came in Cikgu Shuhaimi and Cikgu Hafiz, smiling, acting like nothing happened. I swear, I was pissed but then I just laughed. I can’t believe how talented all the teachers were, with the actings. After everything cooled down, we took a break and got ready to performed Zohor and Asar prayers. After the prayers, we moved on to more extreme activities, ‘river crossing’ and ‘abselling’. The boys were asked to do the ‘abselling’ whilst the girls were asked to do the ‘river crossing’. Well, the ‘river crossing’ was fun, it was wet, thank you to Cikgu Anisah, Cikgu Hafidz, they splashed water at us. After we’re done with ‘river crossing’, we continued with ‘abselling’. The tower was 4 storeys height and honestly, it looked terrifying. Half of the girls didn’t complete the ‘abselling’ because we ran out of time so they decided to continue it tomorrow. We had tea time and were given time to prepared for Maghrib and Isyak prayers. After prayers, we had kuliah with Cikgu Shuhaimi and after that, we had another night activity which we called, ‘night train’. Each group were asked to be blind-folded and we have to hold a string that connects each one of the member in the group. Then the teacher brought us around the campsite. Remember, we were blind-folded and we had no idea where they were taking us. We walked like blind people, then some of the teachers did some pranks on us. For me, it did worked. I freaked out and I let out a scream and yelled ._. Well it was embarrassing. This activity taught us teamworks and how to communicate with others although we can’t see a thing. Being blind is never an excuse to fail. After the game, most of us were beat tired so we decided to went back to the tent and get our beauty sleep.


posted by : Mira Munshee









Thursday, December 01, 2011

Bagaimana cara untuk mendapatkan tidur berkualiti?

Budaya kerja I sekarang sangat mengganggu kehidupan harian. Sewaktu kerja siang, terasa hidup bermakna. Masih sempat melakukan pelbagai aktivi. Tetapi bila bekerja diwaktu malam, terasa sangat rugi. Waktu siang sudah dihabiskan dengan tidur. Selalunya, bila sampai rumah dalam 7 pagi, hampir seharian digunakan untuk tidur.. Sungguh terasa tidak sempat menikmati siang. Bila bangun dari tidur pun dah petang dan perlu bersiap siap ke tempat kerja lagi.. BOSAN!

Secara jujurnya, I memang tak minat bekerja shift..

Tetapi, bila blogwalking ni banyak juga faedahnya. Boleh mencari pelbagai tips yang boleh digunakan untuk diri sendiri jugak. Sewaktu menjelajah ke blog BEAUTILICIOUS, I ternampak 7 Cara Untuk Mendapatkan Tidur Siang Yang Berkualiti. Wahhh.... ini sungguh menarik ni untuk dipraktikkan ni. Jadi, kepada semua yang mempunyai waktu tidur yang berubah ubah, bolehlah teruskan membaca artikel di bawah ni. InsyaAllah ada faedah yang kita dapat.


Hasil daripada kajian oleh universiti Harvard dan universiti Athens, ia menunjukkan bahawa sekiranya seseorang tidur siang tidak melebihi daripada 90 minit, ia mampu untuk membantu meningkatkan kekuatan otak, menguatkan kesihatan mental, dan mengurangkan risiko penyakit jantung untuk lelaki. Dibawah disenaraikan 7 cara untuk anda mendapatkan tidur siang yang berkualiti.

Setkan alarm- Tidur siang sekitar antara 60 hingga 90 minit akan merehatkan mata anda dan ia turut membantu untuk meningkatkan daya ingatan. Tetapi, sekiranya anda tidur melebihi daripada 90 minit, anda sudah memasuki kitaran tidur yang baru dan ia tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada anda. Malah, ia juga mungkin akan menjadi punca untuk menyukarkan anda tidur pada waktu malam.

Pilih waktu yang tepat- Jangan sesekali anda tidur siang dalam masa 3 jam daripada tidur anda yang sebelumnya. Ini adalah kerana ia akan mengganggu waktu tidur anda pada waktu malam. Waktu paling sesuai untuk anda tidur siang adalah antara pukul 1-3 petang.

Suhu- Ketika anda tidur, suhu badan akan menurun, jadi gunakan selimut untuk mendapatkan tidur yang selesa. Tetapi awas, pastikan anda tidak terlajak waktu tidur siang anda melebihi 90 minit.

Cahaya- Cahaya mampu untuk menghalang anda daripada tidur. Untuk mendapatkan tidur siang yang berkualiti, cuba elakkan daripada terkena cahaya.

Tempat yang sunyi- Tidur siang adalah untuk mengembalikan tenaga anda semula. Pastikan anda tidur di tempat yang tenang untuk mengelakkan gangguan ketika proses pemulihan tenaga.

Tidur dalam keadaan yang rileks- Kebiasaannya orang yang tidur siang lebih tidak teratur berbanding tidur pada waktu malam. Tetapi, untuk mendapatkan kelebihan yang secukupnya ketika anda tidur siang, anda perlu untuk mengaturkan tidur anda sama seperti tidur malam. Sebelum anda tidur siang, pastikan anda sudah rilekskan badan-badan dan otot-otot anda untuk berehat.

Tetapkan penjadulan tidur siang- Untuk mendapatkan tidur siang yang berkualiti juga perlukan penjadualan yang baik. Ia tidak seharusnya mengikut keadaan. Tetapi ia adalah sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan disebabkan faktor tugasan lain atau sebagainya.


Kesimpulannya, tidur siang dan tidur malam adalah perkara yang sama. Tetapi apa yang membezakan keduanya adalah faktor masa. Tidur malam seharusnya lebih panjang berbanding tidur siang. Pastikan tidur siang anda tidak melebihi daripada 90 minit!!

MAS Adventure Camp 2011 by Mira Munshee - Day 2







Day 2 – 21 Nov 2011

We woke up early, thank you to Cikgu Amie, Cikgu Anisah, Cikgu Norafiza of course. We did Subuh prayers together and teachers did some exercises just to freshen us up. We had breakfast after that, ‘meehon goreng’ and teh o’ panas. After breakfast, we had this slot with the cabin crew, Cikgu Norhafiz. He is one of the MAS Cabin Crew so he is in charge for first aid and medical throughout the camp. He did some talks on CPR that stands for Cardio-Pulmonary Resuscitation. He showed us how to apply CPR, when and how to use it and introduced us to DR ABC technique. D stands for Danger, R stands for Responds, A stands for Airways, B stands for Breathing and lastly, C stands for Circulation. Mostly, I did understand all these because I learnt in PE class. So it’s easier and I understand it more after Cikgu Norhafiz explained and did some demonstrations in front with the students. Then he taught the ‘Heimlich Manuever’ which we can use whenever a person is choking. We had some bonding laughters, thank you to Cikgu Hafiz’s acting skills. I’m not sure what we did after the slot but Cikgu Fuad gave us time for us to settled in our bags and things in the tent. We cleaned the tent and put our things where it belonged. Around noon, we had lunch and performed Zohor and Asar jamak qasar with the rest. After performing our prayers, we gathered at the podium next to the jungle for our Opening Ceremoy. While waiting for the VIP to came, Cikgu Fuad taught us how to tied ropes, different kind of ties with the help of Cikgu Paan, Cikgu Hafidz, Cikgu Azizi, Cikgu Hazrul and others. After the opening ceremony, we had tea time and we were told to get ready for Magrib and Isyak prayers. After prayers, Cikgu Shuhaimi continued with Maghrib’s lecture and some talks. Around 9, Cikgu Paan told us to gathered by the podium again, for our night activity. Each group were given a candle stick and a piece of paper, listed in there were the teacher’s names. Our mission was to get every teacher’s signature while carrying the candle stick, hoping that it will not light off. It was rather tempting and we were so patience with the game. We walked around the campsite, searching for the teachers. Honestly, we didn’t really memorized the teacher’s names and yes, they did switched their name tags but at last, we succeed! Although there were two names left but we didn’t make it to the finish. We sweat a lot, we were tired but we had so much fun. And that night was the first night we slept in our own tent! It was rather cool :> and fun because you get to sleep with your best friend. It’s like having a sleepover. In the woods accompanied by the sound of crickets and rain. It was peaceful :)




posted by: Mira Munshee