Tuesday, July 31, 2012

8 Weeks?

8 minggu? Maknanya 2 bulan. 2 bulan tu lebih kurang 60 hari. 60 hari berapa jam eh? Dah malas nak kira.. Tak baik tau malas malas bulan puasa. Masa bulan puasa ni kena la lebih rajin. Tapi...

Takde tapi tapi!

Erm.. So apa yang significant dengan 8 minggu ni? Menghitung hari untuk apa? Puasa pun just another 19 days.. InsyaAllah boleh habiskan.. Walaupun setiap hari puasa dihabiskan dengan pelbagai ujian ujian yg tak pernah dirasai sebelum ni..

Eh.. Apa ni melalut.. Apa yang nak cerita sebenarnya. Tak tahu ni 8 minggu yang menarik ke tak. Ada ke orang nak ambik kisah? Ada ke orang nak tahu. Entah entah ada orang yang akan fikir bukan bukan daa~

Sebenarnya hari ni genap 8 minggu pregnant. Dan yang paling terseksa bila segala alahan dah start since 7 weeks of pregnancy. Pening.. Muntah.. Loya.. Complete package lah datang sekali. Kalau ikutkan my friend, dia memang tak kasi berpuasa. Risaukan keadaan baby. Dan mummy jugak la. Tapi I nak jugak puasa. Alhamdulillah.. Masih tak tinggal lagi buat masa ni. Harap harap sihat dan mampu bertahan hingga akhir Ramadhan.

Yang sedihnya, dah la terasa nak makan macam macam benda. Tapi sekali lalu jela. Within 2 hours akan muntah semua sekali jugak. So berbuka cuma layan buah buahan dan air, bila malam baru mencari biskut cicah teh o... Sedih...

Okay lah.. Tak larat dah. Sekarang pun menyelinap kat office En. Hubby tengah rasa pening dan loya.. Dia pergi meeting, wife dia curik tulang.. Serius tak mampu nak kerja dalam kapal.. Lupakan aircraft buat seketika..

Monday, July 30, 2012

Teringin nak berbuka kat luar

Rasa sekarang macam malasnya nak blogging dan blogwalking. Sebab ramai orang duk post menu berbuka diorang je. Arghhhhh... Tertekan..

I? Bukan tak boleh berbuka kat luar. Boleh je. En. Hubby akan kata YES saje. Tapi membazir jelah. Kalau setakat I yang berbuka cuma dengan buah buahan.. Makanan lain tu cuma singgah seketika dan keluar balik? Urmmmm....

Tapi serius tertekan tengok makanan korang makan.. Korang post.. I pulak rasa nak makan macam macam. Tapi........................:-(

Friday, July 27, 2012

Tazkirah 7 Ramadhan 1433H

Tazkirah Pagi Jumaat 7 Ramadhan 1433h~

Imam al-Ghazali ada menyebut enam perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat;

1.Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;

2.Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;

3.Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;

4.Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;

5.Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;

6.Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Imam al-Ghazali menyarankan perkara yang wajib kita ikuti untuk menghentikan sikap suka mengumpat, antaranya ialah;

*Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
*Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang;
*Hendaklah berasa malu apabila memperli kecacatan orang lain. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Thursday, July 26, 2012

2 Kali Mimpi Nasi Minyak

Apakah makna semua tu? Malam tadi tidur dalam keadaan penat. Kekurangan tenaga. Yelah.. Ramadhan yang sungguh menguji kekuatan mental dan fizikal.. Tapi tempuhi jelah dengan sabar.. Lebih lagi, PASRAH....

Tapikan dalam tidur tu bermimpi nak makan nasi minyak. Siap request nak kuah gulai ayam yang pekat sikit. Taknak yang cair cair sangat. Amboi....

Pagi tadi bila bangun bersahur, termenung jap memikirkan mimpi.. Mimpi ke? Ke bila yang aku mintak macam tu? Ermmmm... Confuse... Realiti ke? Mimpi ke?

Kemudian, pagi ni buat kerja kurang bagus sikit.. Tidur selepas subuh.. Yup... Tidur.. Kerja? Ponteng... MC lah... Dalam tidur tu, mimpi lagi. Yup... Nasi minyak lagi... Kenapa mimpi mintak nasi minyak? Rasa nak makan in reality ke? Tak de pulak rasa?

Ke memang betul betul nak makan ni? Pukul 8 pagi pun dah rasa kebulur.. Tu dah bersahur tu.. Haihhhh.... Next week mintak mak buat Nasi Minyak la untuk berbuka.. Huhu..

Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan paling mencabar!

Alhamdulillah.. Syukur, berjaya jugak berpuasa 4 hari. Hari ni, hari ke-5 masih mengharapkan kuat hingga berbuka. Tapi dah beberapa hari meninggalkan terawih. Terasa sayang sangat dan menangis mengenangkan tak mampu nak mengerjakan solat terawih. Tapi apakan daya. Untuk bertahan sampai berbuka pun dah lemah longlai. Sedih..

Tak sangka.. Tahun ni terpaksa berjuang habis habisan pulak untuk berpuasa. Kalau kurang kesabaran, mungkin dah berbuka. Tapi tak nak.. Nak cuba jugak berpuasa sampai habis..

Ya Allah... Kuatkanlah imanku, sihatkanlah tubuh badanku, cekalkanlah hatiku untuk berpuasa pada Ramadhan tahun ini. Amin....

Monday, July 23, 2012

Kesabaran hati juga ada tahapnya..

Disaat perasaan yang tonggang terbalik ni, diuji lagi dengan perangai perangai manusia yang pelbagai jenis. Bagaimana hati ini nak menahan dan melawan segalanya dengan iman? Kadangkala iman sering tercalar akibat perangai manusia.

Sudah lumrah hidup, setiap manusia ada sifat yang pelbagai. Mana mampu untuk melayan sifat dengki. Mana tahan untuk menutup mata dan telinga dengan si pendengki? Mungkin sehingga saat ini hati masih lagi boleh dibutakan dengan insan yang bergelar Sang Pendengki dan Sang Busuk Hati. Tetapi sampai bila?

Rasanya jalan terbaik, abaikan insan begitu dan lupakan mereka buat selamanya. Tidak rugi kehilangan orang berperangai busuk jika kita sentiasa mengejar kesabaran dan sentiasa bersikap positif.

Benar.... Ramadhan dan Syawal bulan kemaafan dan keampunan. Tetapi, kenapa perlu berperangai busuk jika aku tidak pernah menghiraukan dan mengganggu hidup kalian?

#Ramadhan 2 - Tuntutan Ramadhan

Saturday, July 21, 2012

Friday, July 20, 2012

Ramadhan Datang Lagi

Sekejap je masa berlalu.. Rasa baru je lagi habis puasa tahun lepas. Esok dah nak berpuasa lagi. Tapi kita patut rasa seronok. Banyak amalan yang kita boleh buat dalam bulan puasa ni.

Tapi... Rasanya lagi ramai yang tak sabar tunggu Ramadhan sebab nak pergi Bazar Ramadhan.. Masa ni la nak cari kuih muih yang jarang jumpa, makanan yang sedap sedap... En. Hubby pun dah siap cakap, kita nanti pergi beli kat PARAM kat Stadium Shah Alam eh.. Banyak makanan best kat sana.. Aduh... Sediakan duit jela kalau macam ni..

Tapi macam berfikir, dah ready ke mental fizikal nak puasa ni? Harap harap kuatlah semangat untuk habiskan puasa 30 hari tahun ni. Jangan ada masalah yang timbul.. Insyaallah...

Buat semua, selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga kita semua tidak mensia siakan Ramadhan yang datang tahun ini.. Penuhi dengan amalan dan kemerkatan...

Monday, July 16, 2012

Secret Louisiana Restaurant - Last Gathering Before Ramadhan











Satu meja panjang telah ditempah terlebih dahulu dengan request 'lake view'. Dengan I sendiri menetapkan tarikh hari ini untuk makan makan. Itupun selepas men'survey' beberapa flight schedule cik cik Flight Attendant dan kawan kawan yang bekerja shift. Dan mintak maaf lah kat sorang tu yang tengah fly ke mane entah sampai tak dapat nak join. Sape suruh jadi steward. Hihihi.. 

terima kasih yang bergunung gunung kat cik gunung yang bersusah payah buat booking terlebih dahulu. Dan terima kasih jugak kepada kawan kawan yang sudi memeriahkan gathering hari ini. Walaupun ramai yang tak datang, tapi setengah kerat yang ada pun dah cukup menghuru harakan segala pelayan di restoran tersebut. 22 orang dengan sekurang kurangnya 2 pinggan seorang dan ramai je yang lebih daripada itu! 

Dasyatnya korang boleh makan spaghetti berpinggan pinggan.. Tapi memang sedap dan berbaloi baloi.. RM17.80 nett per person and eat all you can. Dengan 7 menu spaghetti yang sedap sedap rasa macam nak lagi! Dan tadi rasa macam I makan semua yang ada dan semua sedap! sampai ada orang makan Pesto 2 pinggan.. Erk! sape tu?? No name mention.. Lalalala.. 

Tapi rasa macam tak sabar nak tunggu next gathering la pulak.. Ayyook!!










Nota kaki:
Kepada sesiapa yang meragui status halal restaurant ini, jangan risau.. Just datang dan mintak SIJIL HALAL tersebut dari owner dia. Dia akan tunjukkan. Memang HALAL dan tak meragukan.. :-)

Sunday, July 15, 2012

Eeiiuuuuu!!!! Tak Nak makan Calamari dah la....

SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.
Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gu si, lidah serta pipinya.
Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.

Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah juga terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.

Ayat Orang Ganu Baru Nok Blajo Cakak Key L

1.Eee...Banyaknya Nyamak.. Berberang2...

2. Akak.. Tulun Rebus Tela 3Butir..

3. Bro..Tulun Beli Air..Belan2 Gi Kedai Tu...

4. Bang, Nak R0kak Sebatang...

5. Tengah G0reng Ikan, Menepus Pulak Ikan Ni...

6. S0rry.. Saya Tak Sengeleng Lalu Kat Sini...

7. Kenapa La Tak Royat Awal2, Kalau Tak B0leh Saya Tulun...

8. Cantik Pokak Bunga Ni, Kalau Buleh Nak Se...

9. Abang Nak Beli Coklat Seringgit, Buat Samah-Samah...

10. Lamanya Tak Gerak Sampah, Daun2 Berkuban Anyar...


P/S: mase kecik kecik dulu penah gak dengar orang cakap macam ni.. Anyway, meh sini nok kabo.. Anisah bangga jadi orang Tranung.. Heeee...

Saturday, July 14, 2012

Bila Nak Honeymoon ni Hubby?

Tengok orang lain best je tunjuk gambar gambar pergi honeymoon dengan hubby masing masing. I bukan excited nak pergi honeymoon nak tunjuk gambar kat blog atau Facebook. Tapi I teringin untuk spend time together and doing everything together. Bukan bermakna selama berkahwin ni tak pernah pun spend time berdua. Tipu la kalau cakap takde. Cuma inginkan vacation berdua yang takde sesiapa tahu dan sesiapa mengganggu. Tapi bila?

Nanti kalau dah ada baby tak merasa la untuk honeymoon.. Tu dikatakan family vacation la pulak kan.. Dalam hati ada jugak perasaan sedih. Tapi.. Apa boleh buat.. I need to sacrifice.. Tapi serius sedih jugak...

Friday, July 13, 2012

Wedding Story - Propaganda Album Cover

Tetiba, En. OP mintak buat album cover sendiri. Alamak! Punyalah tak kreatif customer awak ni tau.. Tapi dia kata, sebagai kenangan.. Buat sendiri lagi bermakna.. Pergh... Nak sentimentel value la pulak.. Eh.. Sentimental lah...

Dalam masa 10 minit mengadap iPad, I decide something simple, no jiwang jiwang, no extra wording and one more time, SIMPLE!

Sebenarnya En. OP kekeringan idea jugak untuk membuat album cover. Sebab tak pernah customer dia mintak potrait album dari dia. Selalunya landscape jer. Mungkin I ni pelik sikit. Yang tak berseni dan tak berfikiran kreatif je yang mintak lain dari yang lain. Hahaha

Akhirnya, ini jelah hasilnya... Simple dan simple. Within 10 minutes editing by me.. Hahahaha



Thursday, July 12, 2012

Sutera Lagi


Kadang kadang teringin nak borong sutera banyak banyak. Tapi bila nak pakai eh.. Kalau kerja ofis, boleh jugak nak beli. Tapi kerja dengan memakai uniform hari hari terasa membazir lak kalau beli sutera. Kadang kadang je akan pakai. Masa raya.. Tak pun kenduri.. Hari hari lain? Erm...

Setiap kali balik ke kampung mesti pergi kedai beli sutera. Orang kirim. Maklumlah.. Sutera Terengganu terkenal dengan kualiti dan design yang menarik. Sekarang pulak, perempuan perempuan tengah gila dengan sutera yang berbatu batu.. Macam macam nama yang diorang letak. Rasa macam tak logik pun ada.

Tapi memang geram je nengok sutera kat kedai tu. Nak beli je semua. Tapi bila nak pakai? Huhuhu.. Serius, design sangat cantik. Kalau dulu cuma corak batik je yang banyak. Tapi sekarang corak corak abstract dah muncul dengan meriah. Itu yang buat I lagi geram tu. I suka corak abstract!

Last last, angkat jugak sepasang untuk raya ni. Material crepe yang senang diuruskan. Tak la bekedut seribu bila pakai. Tapi sekarang, harga mak aih. Semua mahal mahal jer. Maklumlah.. Berbatu batu.. Liplap liplap la katakan..

Haihhh... Tak sabar lak tunggu tailor siapkan baju kurung Pahang I..

Chicken Foldover McD - BUY 1 FREE 1

Agak agak kalau nak berjimat dipertengahan bulan ni tapi nak makan sedap, boleh la serbu McD yer kengkawan. I pada mulanya tak terfikir nak makan McD dah. Nak jimat.. Sekali nampak iklan ni...

Sekarang sedang berfikir fikir.. Tapi macam berfikir fikir nak ajak kengkawan makan kat McD jer.. Foldover! Foldover! Foldover!

Jom! Dari hari ni hingga 25 Julai 2012. Eh... Last day tu sempat tunggu gaji hujung bulan ni tu. Hehehe..

Untuk maklumat lanjut dan kupon, sila la klik SINI yer..

Tuesday, July 10, 2012

Macam Mengidam


Macam dah lama nak makan Megi Goreng.. Bila mintak kat En. Hubby, dia bawak pergi makan kat Bukit Jelutong je. Kat situ tak sedap. Dia suruh I makan kat Cafe 147@METC je.. Sebab memang Beckham buat Megi Goreng Terbaeekkkkk... Tapi I malas.. Crowded dengan orang lain dan smoker. Tak suka..

Tiba tiba terlepak dengan ex-housemate lak.. Nad.. Asna.. Diorang ajak pergi Kapitan Ara Damansara.. Gila rasa macam reunior zaman zaman duduk Sri Ara. Petang petang lepak kapitan selepas jogging. Dah almost 5 years la kawan kawan kenangan tu.. Sweetnye..

Dan yang paling penting, I dapat makan Megi Goreng Kapitan yang rasa sama macam kat Cafe 147@METC. Sedapnye... Mungkin I akan memaksa En. Hubby pergi Kapitan lagi kalau rindu Megi Goreng Ane Kapitan buat.. Jumpa Nisha.. Nisha nanti bagi diskaun.. Hahaha..

Gila membesar dengan Kapitan aku ni dalam 5 tahun ni.. Yang penting dah dapat makan Megi Goreng yang diidamkan.. Maklumlah.. Kat rumah tak boleh makan megi... Sob.. Sob.. Sob....

Oppss! Terbuat Onar.

Huhuhu.. Firstly, jangan marah tau.. everything is okay now. I fixed it already. Tapi kelam kabut, kelibut, cuak, nak nanges jugak la. Bajet macam terer. Sekali buat silap daa.. Mana la tau, sebelum ni buat macam kacang je nak kupas kulit. Kali ni bersusah payah pulak. Ni semua sebab orang orang jahat kat atas dunia ni yang suka mencuri. Tau tak, nanti kat akhirat Allah akan soal.. Kenapa nak buat jugak? Dah rata rasa jiran I ni berbangsa Melayu.. Tak takut ke nak menjawab di Padang Masyar nanti?  Kereta besar.. Rumah sama besar.. Tapi kerja mencuri..

Huhhh... Nak menaip pun terasa macam penat. Beberapa jam bekerja untuk menyelesaikan kesilapan. Nasib baik En. Hubby terus pergi main bola petang ni. Kalau balik rumah dulu confirm dah kantoi ngan dia. Obvious la tak kena marah. Cuma kena bantai gelak tu for sure la rasanya.. Bajet terer.. Huhuhu*blushing*

Eh.. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Macam ni kisahnya.. Semalam, tiba tiba terperasan Dlink Router untuk unifi tu sedang bekerja keras mengelip ngelipkan lampunya sewaktu balik rumah waktu lunch. Hairan la.. Macam ada orang guna. Walhal, semua laptop is OFF. TV pun OFF. Ayat senang dia, takde sesiapa dalam rumah ni yang sedang menggunakan internet lah. Hari ni, akibat tak sihat pada mulanya, selepas meeting tadi terus balik rumah. Nampak benda sama lagi yang berlaku. Ini tak boleh dibiarkan ni.. Kena bertindak!

Unfortunately, En. Hubby dah hilangkan semua password, detail tentang unifi dia. Biasalah.. En. Hubby.. Tak boleh nak cakap lebih dah. Apa yang dia rasa tak penting, mana nak disimpan. Dah bersusah payah nak call Unifi. Tapi best.. Dia panggil Miss Anisah in stead of 'puan' even I cakap I ni wife kepada En. Hubby. Lalalalala... Bila dah tukar menukar password tu, DOINK! silap buat pulak.. ter'reset' internet punya password. Bukannya wifi.. 

WHAT SHOULD I DO!!! 
about 15 minutes jugak pening gitu je.. Nervous tu mesti la. Kang En. Hubby balik, still tak boleh guna. Mati la.. Dah la En. Hubby sangat memerlukan internet bila kapal dia sudah berlabuh di dalam hangar. Google.. Google..Google.. I  berjaya! Tapi bila dah siap, dapat local connection je.. Aduh.. Apa lagi ni.. Huhuhu... 

Akhirnya, pasrah jugak.. Call Unifi lagi sekali. Cik Unifi guide jelah.. Sekarang dah settle.. Yang penting sebelum En. Hubby balik.. Tapi yang lagi penting, sebelum Dejavu Di Kinabalu start. Yea!!

Jom tengok Ammar dan Nadira jom!





p/s: Entry pertama diterbitkan menggunakan laptop baru I. Baru berkesempatan... Sob.. Sob.. Sob..

Saturday, July 07, 2012

Tiada rancangan ke sini

Tetiba, last Thursday ada arahan untuk balik ke kampung.. Honestly, frust menonggeng jugak akibat terpaksa membatalkan segala rancangan asal. Tapi apa boleh buat. Dengar cakap suami. Patuh.... :-)

Dalam tak best tu jadi best jugak la sebab dapat singgah umah sendiri duru. Untung kahwin orang senegeri ni. Dan paling penting, otw balik kampung tu sampai umah parents I dulu. Mesti takkan skip langsung rumah parents I kalau setiap kali balik kampung even nak balik kampung En. Hubby.

So petang ni dah berada kat Dungun. Tak nampak apa yang menarik sangat pun untuk I di sini. Pantai.. Tak secantik Pantai Pandak.. So tak berminat. Duduk jelah sambil menikmati angin petang. Gaya boring~

Esok dah nak balik KL. habis macam ni jelah weekend kali ni.. Ermmmmm....

Tuesday, July 03, 2012

Nutella ready for puasa!

Puasa? Lagi beberapa minggu je nak menjenguk kita. Ganti puasa dah abes ke? Cepat cepat la ganti yer kalau masih ada yang belum disaat genting macam ni..

Puasa kali ni lain sikit la. Dah ada encik suami. Tak boleh la bangun sahur minum air je kan? Mesti kena masak siap siap walaupun cikai.. Boleh ke ni? Kena bolehkan jugak la nanti..

Tadi pesanan I untuk mendapatkan
Nutella dah sampai. Puas hati kalau dapat beli banyak banyak dan sikit murah! Thank you Aizuddin.. Bersusah payah beli dari Labuan. Penat penat balik main rugbi, kena beli pesanan Cik Puan Anisah pulak.

Nutella I yang macam banyak ni dah jadi stok bulan puasa kalau tak lalu nak makan nasi ni! Bestnye.... Tak pun jadi salah satu bahan kuih raya? Eh.. Dah.. Puasa pun belum, nak pikir raya.. Amboi.. Amboi.. Amboi...

Monday, July 02, 2012

Wedding Story : Chermin Arts Lagi..


Majlis perkahwinan I baru baru ni I dah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada team Chermin Arts dalam sesi mendandan dan menggubah hantaran untuk En. Hubby. Sebelum ni, sewaktu bertunang pun I menggunakan khidmat diorang jugak. Alang alang dah biasa dan saling mengenali, I selesa bekerja dengan diorang.. Tak perlu risaukan MUA hilang dihari yang ditunggu tunggu? Photographer tak datang cover event? Macam IndahKarya tu dulu.. Akibat termakan promosi murah, duit pun melayang.. Tak aman la kubur ko nanti yer.. Lepaskan geram jap.. Kesian kawan I..


Pada majlis nikah, I request simple natural tapi glam! So Mr. Cuki a.k.a. my friend dah menconteng muka I dengan jayanya.. Tak tipu.. Memang I puas hati.. Kesian jugak kat dia hari tu, terkejar kejar buat hantaran lagi.. Kemudian lepas Maghrib nak make up pulak.. Tapi okay je.. He done well.. Kan Cuki kan?



Manakala untuk majlis sanding, yang mana I request songket daripada Ieyta Bridal, jadi Cuki pun memilih untuk make up ala ala classic gitu.. First time dalam hidup I memakai lipstick kaler merah menyala.. Kalau tak kerana kawin, I takkan pakai agaknya kaler merah menyala bak saga tu kat bibir I. Boleh tak macam tu?



Dan, terima kasih Chermin Arts jugak dengan mendeko hantaran fresh flower yang cantik buat En. Hubby I yang Cuki gementar tu.. Menurut kata xxx, Cuki takut nak pandang muka dia yer.. Lek la.. Bos kat tempat kerja jer.. Garang pun kat tempat kerja je tau. Kat luar, biasa ajelah.. Hehehe..








Nota Kaki: Berminat dengan Chermin Arts untuk majlis pertunangan atau perkahwinan korang? boleh contact Chermin Arts melalui Facebook Chermin Arts atau call  je 019 3717931.