Monday, March 31, 2014

Kisah Check Up di Hospital UMRA Seksyen 13

IAl kisahnya.. Pada awal awalnya rasa macam nak pilih Hospital Umra la untuk bersalin kali ni. Since masa Isyraf plan nak bersalin kat Umra tapi terbersalin kat Hospital Kemaman. Tetapi ada sesuatu yang tak best berlaku. 

Waktu first time check up kat Hospital Umra masa tu 27 minggu. Since sebelum ni cuma pergi KK Shah Alam Sesksyen 7 je. dan tak pernah miss. Check up 27 minggu di Umra everything well done. Takde masalah ragu ragu dan happy jela eventhough menunggu lagi lama daripada check up kat government! Yang ni memang tak boleh cakap apa. Government sejam dah siap. Umra, 2 jam tu menunggu je. Hai la... Ibu mengandung menunggu di atas kerusi yang tak berapa nak selesa, takde tempat bersandar. Mau patah pinggang. Eh.. Takpe.. Sabar.. 

So, muncul la check up untuk next 2 weeks. Since dah mengandung 7 bulan ni kan. Mestilah check up 2 kali sebulan. Firstly kat kaunter, "awak datang memang ade check up ke hari ni?" erk!! dia takde record yang bagus ke untuk keep track sape yang patut datang hari ni? berkatalah aku di dalam hati.. Never mind. Siap ambik berat dan urine test, tiba tiba ada sorang nurse cakap, "kejap lagi ikut saya naik atas ye. Nak buat CTG." 

Masa tu terus pergi dekat En. Hubby dan tanya soalan bodoh.
"Abang.. Nape sayang nak kena buat CTG? Kan baru 29 minggu. Bukan 39 minggu pun." 
"Sape suruh?" 
"Nurse tadi tu la. Nanti dia panggil untuk ke tingkat atas buat CTG."

Ok.. duduk lagi.. Sambil sambil tu bukak la fon, google something.. Semua dalam internet cakap CTG selalunya akan dibuat pada minggu 36 ke atas. Dah tu.. Aku ni 29 minggu ape kes? Eh.. Aku ni anak kedua dah. Takde la bodoh sangat tak tahu pasal CTG. Mood dah geram dan boring dah. Takpe.. Sabar lagi..

Tunggu sampai nak patah pinggang, tiba la masa nurse tadi tu panggil untuk ke tingkat atas. "Puan, sila ikut saya. Doktor suruh puan buat CTG kat bilik atas." Sampai kat bilik atas, dia pass pass pulak I kat nurse yang jaga kat bilik tu. Dengar jugak.. Ko la buat.. Eh.. Patient ko.. Ko jelah.. Tapi aku kat bawah.. Ko kat sini. Ok fine.. budak kat bilik atas la yang buat. Dia pasang segala alatan kat perut, then dia tanya.
"akak.. Akak pregnant berapa minggu?"
"29 minggu dik" 
"patut perut akak kecik. Akak yang mintak buat CTG ke? Selalu orang buat CTG masa 37 minggu."
Muka En. Hubby terus berubah dan boring. Me too!! 
"Tak.. akak disuruh ke sini dan buat CTG. Dan akak pelik, kenapa buat CTG."

Teruslah budak tu call ke tingkat bawah dan tanya bla bla bla.. 
"Kak, akak tak payah buat. Akak boleh turun bawah. Nanti jumpa doktor."

Fuhhhh.... 
Tak profesional langsung!!! Takpe.. Sabar.. 

Then, menunggu lagi.. Waktu tu terus terang cakap kat En. Hubby, I taknak bersalin kat sini. Whatever reason, I takkan datang sini lagi. Hari ni last. I sanggup pergi Hospital Sungai Buloh if semua yang kat Shah Alam ni takde. I bukan cerewet dan memilih. Tapi base on experience, hospital government lagi bagus. Ini kita dah menunggu 2 jam. Jumpa doktor pun belum. Kalau KK Shah Alam, waktu macam ni I dah sampai KLIA dah. Dah masuk office dah. Ini, doktor pun tak jumpa lagi. Bayar mahal tapi service slow. Govenment, tak pernah bayar 1 sen, tapi 2 jam tu dah siap segala benda dah. 

Yang part jumpa doktor lagi drama. Nak jumpa doktor sama memang payah la.. Bercinta lagi nak menunggu. Masuk jumpa doktor 5 minit pun tak sampai. Buat muka kerek then suruh keluar. Eh!! Aku bayar kau ok.. Ko buat muka kerek dan macam hinanya aku ni ape hal? Scan baby gaya tak ikhlas, tengok untuk ko sorang. Pastu marah baby songsang lagi di usia 29 minggu. Bila suruh aku duduk kat kerusi, bebel marah aku makan Shaklee. Suruh makan vitamin sintetik yang dia jual. Shaklee tak bagus, overdose lah.. kurang dose lah.. Sedangkan doktor yang sebelum ni siap cakap, continue je dengan supplement Shaklee awak. it's good. Part tu, aku tak ambik kisah. En. Hubby pun cakap. Lain doktor lain pandangan dan prinsip. Yup! I faham.. Tapi tak payah nak condemn aku yang base on buku pink record, takde masalah langsung. 

Dah baby suka pusing pusing, nak buat macam mana. Bukan boleh control pun kedudukan baby dalam perut. Kalau semua orang boleh control, takde la pulak perempuan kat dunia ni besalin cesear sebab songsang. Tak perlu nak risau dan marah sangat la baby songsang. Kalau takdir dia songsang, ceaser jelah. Sedangkan orang baby normal pun boleh tiba tiba songsang waktu nak push. Ini pulak lambat lagi nak keluar dia duk main main kat atas. Tak pernah la jumpa doktor macam kau ni. Marah patient sebab baby songsang pada 29 minggu.. Doktor marah patient pegi urut kat bidan sebab songsang tu ade la. Haihh.. Manusia... 

Takpelah.. haritu last la pegi Hospital Umra. Walaupun En. Hubby nak sangat suruh bersalin kat situ. Senang. Dekat dengan rumah. No.. No.. No.. Jauh ke Hospital Kemaman lagi pun i sanggup tau dari layan perangai manusia pelik kat hospital tu.. 

I continue je check up kat KK Shah Alam.. Nanti bila dah sampai masa nak bersalin, hantar je I kat Hospital Sungai Buloh. Duit you reserve nak bersalin tu kita simpan la untuk hari hari sesak nanti. Daripada bazirkan beribu ribu tapi suck, baik pergi government yang kita tahu tak boleh nak expect perfect sebab terlalu ramai rakyat Malaysia yang tak mampu nak ke private. 

1st GIVEAWAY by PUAN HUSNA

Assalamualaikum.. 
monday blues untuk mulakan kerja.. So nak join GA Puan Husna la. Join pun untuk suka suka je. 

Jom korang pun join sama. Syarat pun takde la susah mana. Simple saje. Puan Husna cuma mintak kita beri sedikit cadangan bagaimana untuk dia improve blog dia. Fuh.. Nak bagi cadangan, blog sendiri pun simple mimple ajek..

Dear Puan Husna, 
Saya nampak kat blog awak takde label, Bagi saya dengan adanya label, nanti senang la pembaca blog awak refer cerita berdasarkan label. Tu jelah.. Have a nice day Puan Husna.. 


TARIKH TUTUP : 14 APRIL 2014

Tuesday, March 18, 2014

Embun Seri Beauty & Spa Promotion Sempena Bulan Hari Wanita


Badan I tengah penat penat macam ni, rasanya alangkah best kalau dapat buat relaxing treatment kat Embun Seri Beauty&Spa ni. Encik hubby, mau sponsor tak? Isterimu kepenatan ni. Kerja.. Travel.. Jaga anak. Bawak anak.. heee...

Eh.. Ibu mengandung boleh ke pergi? Nanti tanya En. Hubby la.. Untung2 dia sponsor. hehehe... 

Buat kawan kawan, Embun Seri Beauty & Spa Laman Seri Shah Alam sedang mengadakan promosi sempena Hari Wanita. Kalau nak pergi spa boleh la. Call je nombor 013.3388314 untuk apa apa pertanyaan. Dan promosi bulan ni mengikut SMS yang saya dapat macam dalam gambar kat bawah ni..

Thursday, March 13, 2014

IPU Terkini Di Selangor pada 7 Malam


Assalamualaikum..
Harini dah hari ke 6 kita kehilangan 9M-MRO MH370. Keep praying for safety of the aircraft crews and passengers. 

Semua orang risau pasal kapal terbang. Tapi orang Selangor patut risau keadaan jerebu yang semakin teruk!! Bukan jerebu dah I panggil.. Bernafas dalam asap. Imagine, dalam ofis pun terasa kelam. Asap dah boleh masuk dah. Bau dia.. Memang terbaik lah.. Tak lama lagi kesihatan pun semakin 'baik' agaknya. 

Musim panas, kebakaran di sana sini. Setiap hari, perjalanan dari Shah Alam ke KLIA pergi balik wajib redah api. Mana tidaknya.. Area Dengkil dah berminggu minggu dah terbakar. Bomba pun macam dah tak nak balik agaknya kat situ. Padam sana, terbakar sini. Padam sini, terbakar sana. 

Sadismya, petang ni baru perasan, kereta myvi kesayangan I pun dah menjadi mangsa kebakaran. Tadi perasan bonet depan kereta. Macam dah kena cucuh api rokok pun ada. Huuhhhhh... Serius kecewa. Kalau sikit takpe. Banyak kot. Agak agak, boleh mintak claim kat ELITE ke? Kalau cermin pecah confirm la boleh claim. Dah kesan kebakaran terbang melekat kat kereta ni ape boleh buat? Meratap ajelah agaknye kan.. 

Kalau kebakaran tak berhenti jugak dalam seminggu dua lagi. Kereta baru berkilat pun boleh jadi macam kereta buruk la jawabnya. Lemah betul... Jom lah kita warga Selangor mintak Allah turunkan hujan untuk hentikan semua kemarau yang panjang di negeri Selangor ni. Doakan jugak, semoga 9M-MRO MH370 8 March 2014, selamat dijumpai bersama penumpang. Ameen..

Monday, March 10, 2014

Sweet Berapa ye?

Ini kakak yang muka tak makan dek usia.. Dah la lagi kurus dari adik. Tak aci! Eh.. Marah pulak.. Saya gemok bersebab. Nanti akan ku kurus semula..

Actually tai plan pun nak celebrate birthday dia. Kebetulan pulak balik check up, ada orang nak jumpa bagi kad kawin. Takkan la isteri orang nak pergi jumpa suami orang. Tak manis.

So, since dia nak menjemput kami, ajak la pergi ke Summit lunch terus dengan birthday mama. 2 in 1. Package terus. 

Anyway, selamat hari lahir ke 38 kakakku. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik dan doakan saya juga ye.. 





Sunday, March 09, 2014

#prayforMH370 9M-MRO

Lets #prayforMH370 

Sayu sedih dan pilu.. Tidak ada apa yang boleh diperkatakan. Cuma menunggu laporan dari pihak yang lebih berhak melaporkan. 

Sedih juga dengan tuduhan tuduhan sebilangan kecil masyarakat Malaysia yang tidak menjaga sensitiviti keluarga mangsa. Tolonglah hentikan.. 




Thursday, March 06, 2014

Next EDD?


Salam Khamis..
Owh.. ade next EDD??
Yup..

For second pregnancy ni tak pernah lagi diceritakan kat sini. Tak sempat nak bercerita. Rasanya kali ni memang tak plan sangat untuk menambah ahli keluarga. Tapi rezeki yang Allah beri kat kita tu, kita perlu terima dengan hati terbuka. Bayangkan.. Ramai orang yang nak sangat sangat rezeki anak. Tapi tak dapat pulak. Kita yang dapat ni perlulah bersyukur. Kita tak tahu apa yang Allah dah tetapkan untuk kita.

Bayangkan di usia Adam Isyraf 1 tahun 3 bulan dah dapat adik. Macam mana nak melayan ke dua dua nanti. Alhamdulillah.. Encik suami memang seorang yang sangat membantu. Segala urusan Adam Isyraf, dari awal pagi sampai tidur malam dia uruskan. Mummy adalah tempat Adam Isyraf gomol gomol dan muah muah je. So takde la berat dan terbeban jiwa mummy dalam menjaga Adam Isyraf. 

Jujurnya, esok cukup 7 bulan pregnancy, tapi satu benda pun tak prepare lagi untuk second baby. Dah buat 3D scan. Dah tau lelaki ke perempuan tapi macam tak berapa nak percaya. Hahaha.. Boleh ke macam tu? Baju baju Adam Isyraf pun tak boleh nak turunkan kat adik. Sebab dia still pakai baju dia waktu dia dalam pantang dulu.. Kejam mak dia!! Eh.. Takde la kejam.. Tapi memang beli baju besar. Dia memang muat sampai hari ni. Lagi lagi badan yang tengah susut akibat melasak ni. 

Kesimpulannya, memang adik dia nak kena shopping baru lah. Kalau kain bedung kain barut ke selimut tu boleh la diturunkan. Baju ajela nak kena baru. Tapi takpe. Small matter. Esok ade Baby Fair kat SACC. Akan ku ke sana!

Wednesday, March 05, 2014

Proses Mencari Selipar

Haih.. Mummy dah pening mencari alas kaki anak ni. Sampai harini masih tak jumpa yang sesuai untuk anak mummy. Nak harapkan ayah yang cari, memang tahap kerajinan ayah sangat 'tinggi' la. Kalau suruh ayah main bola, laju la dia. Ajak pegi cari selipar ke kasut, memang ayah buat tak dengar je. Takpe.. Tunggu ye Isyraf. Kang kita paksa ayah bawak kita pegi shopping. Nak pergi berdua, macam mummy yang tak larat. Nanti mummy paksa ayah. 

Bukan susah sangat nak beli selipar ke kasut. Nak bagi dia pakai kasut, nampak sangat formal. Nak bagi selipar pulak tak jumpa lagi yang fit. Muat masuk kaki, saiz besar. Ngam ngam panjang kaki, tak muat masuk kaki lak. Kaki anak mummy ni kembang. Sepupu dia pun panggil kaki kodok. Haih.. suka hati korang je kan panggil kaki anak Chu ni kaki kodok.. 

Weekend ni kita jalan jalan ye dik. Cari kasut ke sandal ke yang sesuai dengan adik.. 


Tuesday, March 04, 2014

Bila Anakanda Terkena Infection

Last Thursday.. Mummy terpaksa EL. Anakanda dah flat habis akibat cirit birit dan muntah. Pada awalnya muntah je. Keesokkan harinya dah cirit birit. Tak tahu punca. Doktor cakap mungkin tersilap makan. Tapi Adam Isyraf dah tak makan sangat sejak dua menjak ni. Hanya banyak susu dan buah buahan je. Nasi pun reject. So infection makan apa tu susah la mummy nak trace. Lagipun abang abang dia kt rumah tu makan macam macam. Silap silap suap jugak kat si adik ni di belakang mummy. Macam abang abang dia tak biasa buat. 

Sadis pulak tengok budak kecik ni. Dah makin kurus. Orang baru nak jalan pun ya jugak. Mana nak gemuk lagi dah..