Thursday, June 19, 2014

Pengalaman Bersalin di UMSC

Sebelum ni, tak pernah tahu pasal UMSC. Sehinggalah bersembang dengan seorang jiran apabila reccee nak bersalin kat mana. Terasa susah pulak duduk Shah Alam ni. Hospital untuk bersalin tak best sangat.

First time ke UMSC waktu tu dah masuk 32 minggu. Kalau tahu lebih awal, mungkin pergi check up kat sana lebih awal. Bayaran taklah mahal. RM 73 per check up. Pergi klinik lain pun lebih RM80. Cuma, apa yang nk kena sacrify sikit, masa la.. Perjalanan ke UMSC, jauh.. Jammed dan waktu menunggu untuk jumpa Prof agak lama. Biasa lah kan. Servis bagus mesti ramai yang datang. Bila ramai orang, memang la lama menunggu.

Tapi yang best kat situ, nurse friendly. Prof. Siti, sure la baik.. Dan yang paling selesa, semua perempuan. Tak segan sangat. Cuma, dengan Prof. Siti, dapat buat check up waktu petang jela, which is ai dgn En. Hubby suka. Tak mengganggu kerja kami. Kalau pagi, leceh dan susah la sikit untuk En. Hubby cuti nak temankan check up. Silap silap ai kena pergi sorang macam check up kat KK Shah Alam.

Sepanjang beberapa kali check up di UMSC, rasanya macam takde la masalah sangat. Cuma parking jela susah sikit. Limited space for parking area. Tapi itu bukan la satu masalah besar kalau datang berdua. En. Hubby cari parking, ai settlekan registration. So takde la membazir masa. Part menunggu tu tak boleh nak cakap apa la. Kena banyak sabar dan datang on time mengikut time appoinment. Tu yang paling penting. 

Bila waktu nak bersalin paling best. Since kami tak biasa sangat dengan Wad Bersalin PPUM, dan tak pernah ke sana, memang lucu la. Bila Prof. Siti cakap kena warded hari ni jugak dan ai berdegil tak nak, time tu la baru pergi survey kat mana lokasi. Tapi tak pergi sampai ke Wad UMSC pun. Sampai emergency area je. Dan dan jelah pukul 4 pagi tengah rasa sakit contraction tu baru terhegeh hegeh mencari. Yang ai tahu mesti naik ke tingkat 3. So bila dah sampai tingkat 3 tu ai tanya jela nurse yang terserempak waktu tu.. Takde la susah nak mencari. Tapi kalau sakit sangat sangat baru nak mencari tu bahaya. Kes macam ai ni, dah berjangkit dengan En. Hubby. Take it easy and relax..

Overall, puas hati la bersalin di UMSC walaupun sebelum ni berdrama siap nakgi hospital government. Ai ok, En. Hubby yang sedih nanti kalau ai bersalin kat government. Looks like dia unfair dengan ai pulak ke? Hurmm... Susah tu. Kos pun lower than our budget, less than 3k.. So ok la..




12 comments:

mama_saly said...

slamat berpantang..tahniah ya..

mamamia said...

Salam..

Nak tanye 3k tu termasuk baby n ape ye??brape hari kt sna?? Dlu anak 1st pn mama bersalin sana..tp emergency csect la.Kna 7k utk 3h2m..huhu kali ni mmg nak try normal

Anisah Abdullah said...

Salam mamamia,
3k tu termasuk cost bersalin dan pedritricians. Tu pakej 2h1m je.. Sbb normal kan.. Dgn prof siti zawiyAh ni max cost 3.6k utk normal.
Itu termasuk epidural la.Sy baru2 ni 2.9k dan start check up dgn dia waktu 8m pregnant.

Montana said...

alhamdulillah semuanya selamat itu yg paling penting.

Mia Liana said...

alhamdulillah.. selamat semuanya...

p/s: terima kasih sudi join. blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/07/senarai-url-blog-6.html

nana said...

Terima kasih atas this sharing. Saya memang mencari latest info pasal delivery di UMSC dan tak banyak pula yang saya dapat untuk tahyn 2014.
Memang bercadang untuk pilih Prof Siti dan saya mmg kena ambil epidural. Happy sgt dpt info from this blog! Thanks and hope you n baby are doing great insya Allah :)

Hana said...

Salam.. Nak tnya.. Cost tu untuk single beded ke? Boleh check up weekend tak situ? Anyway congrats on ur newborn..

Almas Afrida Ramli said...

salam...nak tanya..kalau deliver kt umsc husband boleh masul labour room tak?

NurulShah said...

Salam,

Suami d benarkan masuk dlm labour room ker?

Anisah Abdullah said...

kat umsc asben boleh masuk ke labour room. dia boleh ada kat situ all the time.

raden ajeng kartini said...

Salam Anisah. Tumpang tanya. Anisah bersalin di UMSC kan? Bukan UMMC(PPUM) kan? Sebab tadi terbaca post ANisah tulis pergi cari wad bersalin PPUM, confuse sikit hehehe.

Anisah Abdullah said...

yup di UMSC, untuk monthly check up, klinik doktor memang di bangunan UMSC. bila bersalin, tempat dia di PPUM wad bersalin. nanti ada 1 wing untuk UMSC area. ada opposite dengan wad pediatrik