Saturday, April 25, 2015

Selamat Pengantin Baru Nik Anuar dan Nur Syafiqa

Selamat Pengantin Baru Nik Anuar dan Nur Syafiqa.. 

Dah beberapa minggu dah kenduri berlalu. Tapi baru nak blog kan. Busy sangat katanya.. Tapi tetap nak blogkan jugak sebab untuk kenangan. 

Sebenarnya wedding korang ni nyaris dah tak sampai. Sebab terlalu banyak aktiviti. Tapi bila kita berjanji dengan perkataan InsyaAllah, Allah permudahkan perjalanan dan perancangan kitorang. 

Tiba tiba sehari sebelum kenduri En. Hubby decide untuk balik melawat ayah kat kampung since ayah dah beberapa hari tak sihat. 

Alang alang balik kampung, dapatlah singgah Felda Bukit Goh untuk menghadiri majlis perkahwinan Nik Anuar dan Nur Syafiqa. 

Majlis sangat simple tapi meriah diadakan di dewan Felda Bukit Goh. 

Anyway my batchmate, 
Selamat menempuhi alam rumah tangga. Bergaduh, berselisih faham itu biasa, tetapi jangan terlalu remehkan keadaan. 

Semoga cinta kalian sampai ke Jannah, dan dikurniakan anak anak yang comel. Ameen.. 

Friday, April 24, 2015

Adik.. Mummy Tak Suka La

Adik.. Mummy tak suka la.. 
serius mummy adik tak suka.. 
Nape eh adik?
Mummy tengok adik macam semacam je.. 


Tapi.. 
Mummy tengok budak lain macam okey jekk.

adik je..
Tak omeyyyy...

Iskh.. Tak suka la.. 


Eh.. Mummy tak suka ape ni? 
Tu.. Mummy tak suka tengok toncang dua adik.. Macam tak kena.. Huduss la dik.. 



Mummy lagi suka macam ni.. Toncang pokok kurma.. 


Malam tadi ayah cakap.. Sabar ye dik.. Jap lagi rambut adik panjang.. tak la adik nampak selebet sangat.. 

Eh... Ayah lagi excited ni simpan rambut adik panjang panjang.. 

Opss!!!











Wednesday, April 15, 2015

Happy Birthday to Nazim

Happy Birthday to Nazim. Firstly, sedekahkan mama Al Fatihah dulu. Apa apapun ingat tau kat mama. Rajin rajin sedekahkan Al Fatihah. Kalau bukan anak anak mama, siapa lagi yang nak bacakan Al Quran buat mama. 

Buat Wan Muhammad Nazim, 
Semoga menjadi anak soleh. Hormati orang tua. Rajin rajin ke sekolah dan khatamkan Al Quran tahun ni yer.. 




As per request.. 

Mummy, 
nanti birthday Acim, Acim nak kek sonic. 


Kalau ikutkan plan asal, bukan kek edible image. Nak buat kek macam Adam. Ada seketul sonic kat atas kek. Tapi Toy r Us dah takde jual Sonic. Huhhh... 

Tak tahu nak beli sonic kat mana, end up mintak la permission En. Hubby buatkan kek edible aje.. 

Alhamdulillah.. Dia sangat happy.. Siap letakkan muka dia sekali kat atas kek, lagi dia suka.. Thank a lot to Kak Far. As usual.. You lah pembuat kek tegar untuk anak anak i. Lagipun semua kek yang Kak Far buat, tak pernah mengecewakan. 


Kali ni kita order Salted Caramel. Tapi kek dalam gambar ni dah nak glide.. Caramel kat tengah tu dah buat hal agaknya.. Ambik tengah hari, potong kek malam, memang caramel nak lari la.. Takpelah.. Rasa dia tetap tak berubah.


Ini 3 beradik yang tak boleh nak pisah sekarang. Mesti ada masalah kalau hilang salah sorang. Dah la cuti sekolah abang dua orang ni kena balik kampung mama. Haru biru la mummy nak melayankan karenah Adam.. 

Owh.. Tak habis habis Adam mengaku tu kek birthday Adam.. Helloooo.... Berapa kali setahun birthday Adam ni?

Monday, April 06, 2015

Biasa Dia Buat Kerja macam ni

Biasa dia buat kerja macam ni. Tapi biasa dia buat dengan makcik dia.. Mommy cuma selalu mendengar aje cerita dari Acik. 

Adam ambik telur dalam bakul, ambik sudu, ambik mangkuk.. Nak acak katanya. Banyak la memasaknya Abadam.. 


Satu hari, mommy penat balik kerja.. Tak sedar bila dia ikut dari belakang. Kita stop dekat meja air nak minum air.. Rupanya dia laju ke wet kitchen ambik telur kat sana. 

Sedar je dah bunyi pekk!! Biasa la.. tak syak pape.. Penat kot baru balik. Nak minum air dulu puas puas.. Tiba tiba pusing belakang... Nah!! telur sebijik kat atas lantai.. Tuan angkara buat kerja dah hilang dah ke depan. 

Huishh.. Bertuah sungguh anak mommy sorang ni.. Nak marah? Tak...

Panggil dia datang.. tapi tak muncul muncul... Takut kena marh since mommy singa.. Tapi mommy tarik dia datang dapur suruh duduk dan ambik gambar. 



Nah ayah!! 
Ni kerja anak ayah arini.. Saje nak bagi extra work kat mommy untuk mop lantai.. 

Tau la lantai tu kotor.. Tapi tak payah la pecahkan telur semata mata nak suruh mommy mop lantai.. Yer.. Mommy tahu.. Dah lama mommy tak sental Basic H kat lantai umah kita tu.. Mommy busy.. Hikhikhikhik


Movie Kedua Adam Isyraf

Ini kisah mommy yang teringin nak tengok movie sebenarnya. Lagipun saja nak bawak si abang balik sekali sekala rasa terisi cuti sekolah dengan kami. Selama ni kami agak cuak untuk pergi tengok wayang. 

Macam macam fikir. Kang anak menangis kang dalam wayang, buat bising ganggu orang lah, menjerit nak balik lah.. Macam macam fikiran negatif sebenarnya. 

Tapi kalau tak try mana la nak tahu. Satu hari tu, siap breakfast kat Sri TTDI, ai ajak la En. Hubby singgah Space U8.Kononnya ajak dia tengok PUMA Adidas Clearance Sale. Dah sampai, tibe tibe bagi cadangan, Jom tengok movie?!

Mula mula En. Hubby macam risau. Kang Alyah menangis kang? Kang Adam buat onar kang? Alaa.. Kita tak cuba, kita tak tahu.. 

So ape lagi.. Beli ajelah tiket. Kalau ade masalah nanti kat dalam panggung, kita blah ajelah.. 

Adam sesungguhnya excited. Entah ape dia nak buat dan nak pegi mane tak tahu. Tapi ambik gambar sana sini.. 


Mungkin jugak dia happy sebab dapat toys dari DIY. Hahaha.. Nasib baik toys tu tak tercicir kat dalam panggung. Sebab waktu movie habis, semua pakat keluar je. Langsung tak ingatkan mainan dia tu.. 


Dah sampai bawah, baru teringat dan tanya En. Hubby. Tak pasal En. Hubby naik atas semula mintak permission daripada budak budak yang jaga kat situ nak masuk cari toys.. 

Adoi!!


Friday, April 03, 2015

Salam Jumaat

salam jumaat baca al kahfi


Minggu ni terasa macam cepat je.. Ingatkan Khamis.. Rupanya dah Jumaat. Minggu yang teragak sibuk rasanya. Sampai macam rasa tak cukup sehari. 

Tapi baguslah esok dah Sabtu. Boleh la berehat rehat kat rumah memandangkan En. Suami pun takde aktiviti bola yang menyebabkan ai perlu ikut. 

Maklumlah.. Last week tak sempat nak rasa hujung minggu sebab sibuk dengan MH Sport Karnival kat Subang. Anak anak pun tak cukup kasih sayang mommy dia agaknya.. Ciannye anak mommy yer.. 

Badan penat.. Sakit belakang. Sakit belakang ke? Entah.. Payah nak explain. Dah 8 hari sakit sebab tersalah tidur. Pergi klinik pun tak jalan. En. Suami nak kena belanja ai spa sehari kot. Baru ok.. Nak driving pun susah.. Nak bangun dari tidur pun seksa. Sabar jela kan..

So self reminder, jangan lupa makan supplement. Badan awak tu tak cukup nutrisi. Kalsium kurang. Makan kurang sebab nak diet.. Supplement jangan tinggal yer.. 


Thursday, April 02, 2015

Sumbangan Pertama Saya Untuk GST

Kalau tengok kat Facebook ramai yang post, resit pertama GST la.. Barang pertama GST la.. Berapa diorang sumbangkan untuk GST la.. Dan macam macam.

Ai belum lagi keluar pergi shopping mall or mana mana tempat yang GST. Cuma harini beli roti kena bayar RM2.65 la pulak.. Roti saya beli harini kena bayar extra la.. 

Apa yang saya rasa? 

Kena sediakan bag syiling dengan duit 5 sen la banyak banyak lepas ni. Sebab banyak pulak barang yang beli ade extra 5 sen. Maksudnya.. GST memang membantu duit 5 sen ni menjadi lebih penting dalam hidup semua rakyat Malaysia. 

Hihihihihihihi




Wednesday, April 01, 2015

Tips Menyusu : Banyakkan Susu Dengan Teknik Power Pumping Dan Bagaimana Cara Melakukan Power Pumping

Hari ini saya ingin berkongsi tips untuk ibu ibu menyusu.Tip ini penting buat ibu ibu yang sedang mengalami kekurangan susu badan dan sedang berusaha untuk meningkatkan pengeluaran susu badan semula. Power Pumping selalunya amat berkesan membantu ibu ibu meningkatkan pengeluaran susu. Tapi bagaimana cara untuk melakukan teknik Power Pumping? Kalau tersilap cara, mungkin tak berjaya.


Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping? 

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu 
  • Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan 
  • Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc. 


cara melakukan power pumping


Cara-cara melakukan Power Pumping 


  • Untuk Single pump / hand expression
    • Pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama 1 jam. 
  • Untuk Double Pump
    • Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. 

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.


Tips umum mengepam

  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati dan minda akan membuahkan hasil yang lebih :) 
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya 
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan 
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam 
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu 
  • Pam setiap 2-4 jam sekali 
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :) 
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :) 

cara melakukan power pumping









Happy Breastfeeding!!

Salam 1 April

1 April.. Pagi pagi buta lagi dah kecoh. Mau tak kecoh.. GST dah bermula. Sana cakap.. Oii.. Airport pass pun naik harga.. Parking kereta pun kena oi.. Under services la kawan kawan.. Redah ajelah.. Ke arah lebih baik katanya......

Parking saya free.. Airport pass saya dah buat yang 2 tahun punya.. Tak terasa lagi.

Cuma April apa yang ada dalam list saya?



1. Wedding Nik Anuar
2.  Preparation for birthday Nazim.
3. Pergi hantar baju raya kat tailor.
4. Takde lagi..

April ni tak la sibuk mana. Cuma biz Shaklee dan biz kerepek aje yang buat saya busy tak update blog agaknya.

Haihh... (tak baik mengeluh tau)