Saturday, February 28, 2015

IOI City Mall

First time bawak anak anak pergi masa Tahun Baru Cina haritu.. Second time ai pergi sebab dah pernah lari sekejap lunch hour semata mata mencari Apple Store nak beli cable for ipad.

Tapi ya ampun.. Ramainya orang pergi kat situ.. Kalau ikutkan macam tiap tiap minggu lalu je tepi IOI City Mall tu. Tapi sekali tu kakak ipar bersuara. Nanti kita pergi sini ye.. Owh.. Bila my sister in law cakap macam tu wajib lah pergi. Kena fulfill permintaan baby sitter for my kids.. Kena buat dia happy dan layankan permintaan dia since ai dah tinggalkan anak anak tiap tiap hari kat dia.

Seriously anak anak memang suka. Sebab? ade train yang kat tingkat atas tu untuk diorang naik. Dah nama anak Wankay yang sorang tu obses dengan train. Pantang la nampak train. Mesti excited!


Pusing pusing kat situ, sempat la rembat 2 3 helai baju sorang untuk anak anak. Dah boleh start kumpul kumpul baju raya. Since nak prepare untuk anak anak yang ramai dan tak mau dah buat macam last last year. Last Minute! Nanti jadi asal boleh je.. Harga tak pandang..

Kan tahun ni tahun untuk saving dan kumpul emas. Perlulah bijak berbelanja.. Lagipun dengan keadaan MAS yang tak tahu apa lagi masa depan staff. Perlulah berfikir panjang.

Okay.. Esok dah masuk March. Bulan yang mendebarkan untuk semua warga MAS. All the best for all ya.. Kita tak tahu apa dan macam mana nasib kita. Okay.. Enough. Kang tersedih dan berdebar debar pulak. Chill!! Surat hujung bulan kot..





Happy blogging!!!


Sertai Giveaway Sempena Adam Isyraf Turns 2!!!

Entry ni sebenarnya mommy yang terlebih excited. Anak bujang mommy dah nak masuk 2 tahun. Sekejap je masa berlalu. 13 February nanti genap lah usia anak kesayangan mommy Adam Isyraf yang mommy suka panggil Abadam. Singkatan kepada Abang Adam.

Pelbagai peristiwa untuk melahirkan Adam Isyraf. Naik ambulans, menunggu berjam jam di kerusi baru dapat wad, dah warded 5 hari tapi tak keluar keluar, En. Suami ajak lari dari hospital sebab nak suruh pegi private, macam macam lah.. Bagi mommy, itu sangat LAWAK!

So sempena Abadam turns 2, mommy nak buat giveaway untuk semua blogger. Hadiah dia, adalah barangan Shaklee. Memandangkan kerana Abadam mommy berkenalan dengan Shaklee, menjadi pengguna tegar Shaklee dan terus melangkan lebih jauh dengan Shaklee, rasanya takde masalah untuk menjadikan barangan Shaklee sebagai hadiah Giveaway mommy. Berminat tak?

Buat yang masih tak kenal Shaklee, masa ni la mommy nak bagi peluang merasai keberkesanan Shaklee.. Eh.. Promote pulak.. Ampun.. Giveaway aje ni.. Ikhlas sempena birthday Abadam!

Cuma, giveaway mommy ada syarat sikit lah. Harap kepada yang sudi join, boleh ikut syarat yang mommy kenakan.


Syarat syarat
1.Follow 2 blog mommy
2.Buat SATU entry yang bertajuk "Adam Isyraf Turns 2 Giveaway!". Letakkan sekali banner di atas dan backlink ke entry ni.

3. Tinggalkan link entry korang di ruangan komen entry ni untuk mommy refer yer. 

4. Pemilihan pemenang akan dilakukan menggunakan www.random.org

5. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 Februari 2015 hingga 28 Februari 2015 11.59 malam.

6. Senarai peserta akan diumumkan pada 2 Mac 2015.

7. Senarai pemenang akan diumumkan selewat lewatnya 5 Mac 2015.

Senarai Hadiah 





Friday, February 27, 2015

Terima Kasih Nuffnang

Terima kasih Nuffnang yang baik hati.. Sebenarnya dah lama tak bukak Nuffnang. Suka tengok duit berkumpul kat situ dan tak cash out. Nanti nak raya la baru cash out. 

Malam ni bila ipad dah dapat kat tangan since Adam tidur, tiba tiba tergerak nak bukak Nuffnang.. Banyak rupanya ON GOING campaign. Wahhh.. Saya seronok. 

Terima kasih Nuffnang yang baik hati. Esok tambah la lagi campaign CPUV kat blog saya yer..

Anak Sembilan Bulan Mommy

Hari ni 27 Februari, genap 9 bulan dah anak mommy. 11 Mac nanti kena gi cucuk kt KK Shah Alam. Jangan nangis yer anak sembilan bulan mommy. 

Anak sembilan bulan mommy ni memang sangat aktif. Berbeza langsung dengan Adam Isyraf. Perempuan memang begitu agaknya la kan? 

Waktu nak makan memang paling huru hara. Dia tak boleh duduk diam langsung kat baby chair. Mesti bangun berdiri kat atas kerusi dan nak panjat meja! Sampai mommy makan sebelah suap nasi sebelah tangan lagi pegang kaki Alyah sebab taknak bagi dia bangun. 

Tapi malam tadi mommy ada idea. Bagi Alyah duduk atas baby chair, bagi pinggan, letak nasi, letak lauk semua, suruh anak sembilan bulan takde gigi mommy ni makan sendiri. Haaa... Baru dia duduk diam! Siap bertambah pulak tu nasi dia.. Padahal pukul 7 malam dia dah dinner bubur dia. Tapi pukul 8.30 malam dia supper pulak dengan nasi biasa.

Sampai tiap tiap hari balik kerja, bila dukung dia, terasa macam berat Alyah bertambah hari hari.. Tak kisah la dia mok mok ke bam bam ke waktu ni. Jap lagi dah berjalan dah melasak, jadi macam Abang Adam. Dah lebih 6 bulan berat maintain 12kg. Timbang rosak agaknye berat tak naik.. Kihkihkih..

anisah abdullah

Wednesday, February 25, 2015

Cari Hadiah Birthday Anak Kat Groupon Je?

Last week En. Hubby tanya, nak beli hadiah apa ni untuk Najmi dan Najwa? Alahai.. Birthday diorang dah lepas sebulan, baru nak fikir apa yang nak dibeli? Kuciwa hati anak kalau tahu hadiah pun belum beli lagi.. 

Hadiah Adam pun belum beli lagi.. Konon nak beli basikal la kat anak anak katenye. Tapi kedai basikal pun tak nampak lagi. Kesiannn... Mungkin masa birthday Alyah nanti kot baru beli hadiah untuk semua?

Hadiah Najmi dengan Najwa ni En. Hubby memang dah pening dah. Cuti sekolah nanti nak balik jumpa diorang kat kampung. Tapi hadiah tak tahu nak beli apa. Kang kesedihan pulak diorang. Tapi sebenarnya ai memang dah plan nak belikan Beats je untuk Najmi. Memang sesuai dah Beats tu untuk dia. Tapi hadiah Najwa memang ai tak tahu nak beli apa.

So apa lagi, Groupon kan aje hadiah Najmi.. Dah nama shopper online tegar, Mysale, Groupon, amazon tu memang tempatku bershopping lah. Kalau pegi kedai, blur jap, Nak cari apa ye? 


Lagipun harga dia murah.. Tak payah la nak cari latest sangat, funtion dia sama je.. Lagipun buat apa beli yang mahal kalau dah ada tempat boleh beli lagi murah? Bukan bermaksud tak ikhlas nak belikan hadiah tau. Cuma sekarang kena bijak membeli.. 

Dah tu settle sudah hadiah untuk Najmi. Hadiah Najwa pulak En. Suami masih jugak tak tahu. Dulu Najwa pernah la request nak basikal lipat. Kebetulan, siap je check out barang Najmi, ternampak basikal lipat kt Groupon jugak. Terus je En. Suami nak check out kan basikal pulak satu lagi. Amboi!!


Kat Groupon ni banyak jugak choice basikal. Macam macam ada.. Duit je takde.. Pastu dia fikir, macam mana nak bawak balik basikal ke Dungun? Ala.. pikir susah pulak dia ni.. Buat delivery terus ke sana ajelah. Tak perlu susahkan diri sendiri penuhkan kereta. 

So satu lagi hadiah settle. Cuma hadiah birthday Adam, Nazim dengan Nadzrin la belum lagi settle.. Pening mommy pikir. Apa la hadiah nak beli untuk anak anak ni.. 

Cuma teruja jugak la shopping kat Groupon kali ni, katanya delivery after 10 days. Tapi semalam, dah sampai dah barang. 3 hari after purchase aje? Whoaaa...

Monday, February 23, 2015

1st Giveaway myhoneyy.blogspot.com


Jom join Giveaway myhoneyy.blogspot.com.. mana tahu kot kot rezeki nak dapat Kinetic Sand. 



Adam tak pernah main Kinetic Sand ni. Kalau dapat, menarik jugak tu. Boleh la merasa. Nak main pasir pantai, kena tunggu cuti sekolah. 



GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

HasrulHassan.com

Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia.



Hadiah-Hadiah

  • Hadiah GA - Keychain Bandung, Tas Imut Bandung, Fridge Magnet dari Bandung, Indonesia - 7 Pemenang
  • Hadiah Subkontest - Buku Urus Bisnes dengan Google, Buku Buat Duit dengan Affiliate beserta hadiah iringan cenderahati dari Bandung - 3 Pemenang

Pemilihan Pemenang

  • Giveaway - Dilakukan menerusi pemilihan peserta secara Random.org. 7 peserta akan dipilih.
  • Subkontest - Dipilih berdasarkan top 3 peserta yang memberikan trafik tertinggi ke blog ini mulai 15 Februari hingga 31 Mac 2015. Penilaian akan dibuat menggunakan Google Analytics.Semua pemenang akan diumumkan selepas 31 Mac 2015, dan saya akan hubungi menerusi email untuk urusan pengeposan hadiah. Jadi, pastikan anda isikan nama dan email yang betul di dalam borang penyertaan disertakan. 

Semoga berjaya.

Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #13 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

FEBRUARY GIVEAWAY BY MELLYA AND FRIENDS

Assalamualaikum.. 
Hari ni bukak blog saya kena tag pulak rupanya dengan cik adik blogger Puyi. Puyi nak ambik SPM tahun ni. All the best dik.. 


Hadiah sangat menarik tau!!



  • giveaway yang akan berlangsung bermula dari tarikh 15 Februari hingga 15 March 2015.
  • Berpeluang memenangi hadiah berupa product Shaklee Osteomatrix dan buku mini menjemput rezeki, bookmarks, topup/reload, Choco Rice, sweater comel dan lain-lain !

Instagram : anisah88
Tag : Khaty Aiman

Wednesday, February 18, 2015

Happy Chinese New Year To All Friend

Sekolah dah mula bercuti dan ramai yang pulang ke kampung. Kitorang? Tak ke mana mana. Puan Azura la ni punya pasal. Tiba tiba tukar plan. Huh.. So rasanya cuti Chinese New Year ni kitorang menjelajah shopping mall je kot untuk shopping baju raya anak anak.

Baju raya? En. Suami nak shopping sekarang.. Senang.. Nanti kalau dah nak puasa nak raya, macam macam alasan anak anak beri sebab nak cilok puasa. Padahal shopping sekarang sebab nak murah. Shopping nanti lepas 1 April dan tambah 6%. Kikikikikiki..

Eh.. lari topik. Tajuk Happy Chinese New Year To All Friend tapi cerita pasal shopping raya..


Anyway, untuk semua yang menyambut Chinese New Year esok, Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Dan buat kawan kawan yang menggunakan kesempatan sempena cuti yang panjang ni untuk pergi holiday, enjoy your holiday, orang yang memandu ke kampung, hati hati di jalan raya. 

Saya yang bekerja hari ni??
Happy sakan.. Driving dari Shah Alam ke KLIA 45 minit. Dah lama tak dapat feel cepat sampai ofis ni.. Biasa 1 jam setengah baru sampai.. 

Happy happy semua orang yer.. 





Happy Chinese New Year 2015!!!

Tuesday, February 17, 2015

Alyah Insyirah yang... Memang lagi buas dari Abadam!

Abang dia dah panggil dia Abuah! 

Abuah means buas. Buas? Nakal.. 

Alyah ni totally different dengan membesarkan Adam dulu. Adam dulu, waktu makan boleh duduk atas baby chair sampai habis makan. So takde masalah memanjat meja atau ambil makanan orang kat dalam pinggan. 

Berbeza dengan Alyah Insyirah. Setiap waktu tak pernah duduk diam. Bila atas baby chair, lekat la seminit, lepas tu dah mula memanjat naik atas meja. The best, capai makanan dalam pinggan orang dan suap masuk mulut dia sendiri! 

Dik!! Ko lapar ke? Rasanya dah makan banyak dah. Berat pun memang boleh tahan la berat. Takde sape yang nak mendukung awak kang. Umur belum pun lagi 9 bulan. Gigi takde.. Tapi semua makanan keras semua dia nak makan. 

Malam tadi pulak, entah macam mana. Memang kerja sama baik dua beradik ni.. Si abang mintak mommy bukakkan plastik gula gula.. Tak lama lepas tu, gula gula dah ada dalam mulut adik. No wonder duduk behave je belakang mommy, adik makan gula gula sugus????!!!!

Haihhh.. ni memang betul betul cepat membesar ni.. Tapi gaya budak ni macam dah nak start berjalan je.. 

Habislah!

Saturday, February 14, 2015

Kelas Blogging

Harini telah terjoin kelas blogging bersama Firdaus Azizi pulak. Dah lama berblogging tiba tiba terdetik di hati, aku patut join! 

Bayaran yang berbaloi untuk ilmu yang diperoleh pada hari ni. Bertempat di Faizland, saya menuntut ilmu. 

Okay, tak mau panjang panjang. Nak belajar ni. Kelas belum habis. Daaaaaa




Friday, February 13, 2015

Selamat Hari Lahir Adam Isyraf

10.40 malam
Hospital Daerah Kemaman, Terengganu.


Mummy bertarung nyawa melahirkan anak pertama mummy selepas melalui macam macam dugaan. Mencabar tau melahirkan bayi di hospital yang tak plan pun nak check in dan keadaan Public Holiday yang kekurangan staff hospital dan patient ramai yang nak warded. Semua itu kenangan indah yang takkan dilupakan.

Hari ini, genap usia 2 tahun. First Birthday mummy ayah decide untuk tidal samba since Adam tak fathom lagi waktu tu. Tahun ni, awal awal lagi dah mintak kek Thomas kan? Malam ni ambik kek yer dekat Untie Faryna. Mummy beri kepercayaan untuk untie Faryna deco kek Thomas Adam.

Takde harapan lain buat seorang ibu melainkan ingin melihat anak membesar sihat sempurna, menjadi insan berguna hingga mummy menutup mata.

Di usia Adam 2 tahun, Adam dah mempunyai adik Alyah yang kini 8 bulan lebih. Tapi Adam bagus kan? sayang adik. Kadang kadang je Adam geram sikit. Itu normal..

Mummy sayang anak anak mummy. Mummy sayang Adam.. Mummy sayang Alyah. Semoga anak anak mummy menjadi anak anak soleh solehah hingga ke akhir hayat.

Selamat Hari Lahir Adam..



Sayang kamu,
Mummy



Thursday, February 12, 2015

Perginya Seorang Tok Guru. Al Fatihah buat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Al Fatihah..

Kematian itu pasti. Hanya kita yang tidak tahu bila Allah akan menarik balik nyawa yang dipinjamkan. Perginya pada malam Jumaat yang barokah. Subhanallah.. Cantiknya perjalanan yang Allah aturkan.

Perginya seorang tokoh ulama yang tiada gantinya.. Khusnul khotimah orang-orang terpilih.



"Allahummagh firlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu anhu.."
"Ya Allah ampunilah dia..berilah rahmat..sejahtera dan maafkanlah dia"
"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.” - (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)


Salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tak lupa juga pada siang tadi Datuk Hasbullah Awang juga telah kembali ke Rahmatullah.

Marilah kita sama2 mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dirahmati Allah Taala..
Al fatihah..

Thursday, February 05, 2015

Kesan Penggunaan Implanon

Hari tu, saya ada menceritakan pengalaman dan kos yang saya keluarkan untuk menggunakan Implanon. Kali ni, saya akan kongsikan kesan penggunaan implanon ke atas saya.

Kalau duk Google, ramai orang mencari kesan penggunaan Implanon. Jujurnya, setiap perempuan yang memilih Implanon sebagai kaedah merancang keluarga akan mengalami kesan yang berbeza beza.

Saya sendiri juga banyak mencari maklumat tentang kesan penggunaan Implanon terhadap wanita. Eh... Ada ke lelaki yang nak pakai implanon? Lol..

Kalau diluar negara, memang banyak blog dan forum yang membincangkan kesan yang dialami mereka. Ada yang tidak mendapat haid langsung sepanjang menggunakan implanon, ada yang mengalami tempoh haid yang panjang sehingga lebih 3 minggu. Hingga ada diantara pengguna implanon menulis 'implanon is the best family planning sebab takde chance untuk melakukan s*** sebab haid tak berhenti henti.'

Scary jugak sebenarnya baca penulisan diorang kat luar negara. Bengang kot. Bayar mahal tapi memberi kesan lain.. Eh.. Tapi kalau nak pasang implanon kat UK free je rasanya.. Kat Malaysia je berbayar dan LPPKN je murah. RM500. Tapi takut tak takut, waktu baca kesan implanon tu, saya dah siap pasang implanon dan sudah mengalami masalah! Sehingga ada 1 masa yang rasa sedih sebab kesian kat husband, rasa nak bukak semula implanon.

Dicongak congak dan merenung balik masa depan dan kos, saya dah habiskan RM500, takkan lepas sebulan setengah saya nak keluarkan balik susuk tak nak anak ni kat klinik dengan kos RM100. Tu kos kat LPPKN yer nak bukak cas RM100. Klinik swasta mungkin lebih mahal.

teruja bila sampai ke LPPKN Putrajaya, tempat saya follow up sekarang. 

Apa kesan yang saya alami?

Sebenarnya saya memasang implanon selepas 6 hari keguguran. Owh.. saya takde cerita kat mana mana dan its so long story. Unexpected pregnancy. Tu cerita mudah.

Saya takut hal macam ni berulang, jadi taknak tangguh lagi dah pasang implanon. Terus je pasang. Waktu tu darah mestilah ada lagi. Syarat penting ye nak pasang implanon. Mesti masa berdarah. Ayat... Tak boleh blah!

Cuma yang tak bestnya, darah tak berhenti sampai sudah walapun dah lebih 40 hari. Sepatutnya, orang gugur biasa 14 or 15 hari kering lah darah. Tapi saya dah lebih daripada darah bersalin dulu.. Almost 2 bulan dah pasang implanon darah tak berhenti macam hari ke 2 ke 3 period. Means banyaklah!! Seriously kesian kat husband. Diri sendiri ok je..

Fikir fikir sampai stress jugak, saya decide, saya perlu mencari ubat untuk menggantikan hormon yang dah hilang akibat implanon. So, decide pergi Klinik Razana di Seksyen 13 Shah Alam since dah pernah ikut husband pergi situ. Nak bercerita tak segan sangat dengan Doktor Razana.

Alhamdulillah, selepas consultation dengan Razana, dia bagi pil hormon untuk hentikan darah akibat kesan penggunaan implanon. Syukur sangat sangat, ubat tu berkesan. Darah yang superb banyak tu boleh berhenti selepas 4 hari mengambil ubat yang Dr. Razana suggest. Now?! I am happy. Heee...

Nasihat? Depends kat orang lah. tengok kewangan kita sendiri. Sebab family planning pun mempunyai kos jugak. Buatlah pilihan bijak.. Heee..