Tuesday, September 23, 2014

Killer Question

Me : abang.. Sayang gemuk lagi kan?
Wky : biasa la.. Anak dah 2. Nak kurus macam mana lagi. Badan I pun dah naik. 
Me : ala.. Abang hari hari main bola. Lunch time pun tak makan. So sayang gemuk lagi kan?
Wky : Biasa jelah.. 
Me : Takpe.. Sayang turunkan lagi jadi 50kg..




That means, 14 kg more to go. How?

Anisah boleh buat.. Ape ade hal.. Senang je.. 4 bulan dah lebih 15 kg hilang.  Lagi 4 bulan, boleh la tu 15 kg lagi.

En. Hubby memang dia biasa je. Jaga hati sangat..

gambar inspirasi

Monday, September 22, 2014

Buah Hati Pengarang Jantung Mummy

Rasa sekejap sangat masa berlalu. Rupanya dah semakin besar dah anak anak mummy. Kepetahan Adam Isyraf bercakap, aktifnya dia, sampai buat kadang kadang hati yang dihasut cuba untuk marahkan anak. 1 tahun 7 bulan. Apa yang adam belum pandai? Nak tiru gaya mummy pump susu pun pandai! hishh... Malu mummy.. 

Paling best, pantang nampak duit RM1 kat mana mana, confirm mintak.. Sebab? 

Mummy.. aKool mi.. aKool.. (mummy, nak matkool mi..matkool)

Sungguh hantu aiskrim. Ikut siapa? Entah.. Waktu mengandungkan dia memang tiap tiap petang mummy wajib beli Solero kat stesen minyak sebelum sampai padang bola. Kalau hari mengada sikit, Waffle aiskrim A&W yang mummy mintak kat Ayah. That's why Adam Isyraf mummy sangat suka aiskrim agaknya ya??

Wabak matKool memang mummy tak boleh handle dah. Mengigau tengah malam pun boleh mintak aKool in stead of nak susu sebenarnya. Oh...Anak... Bunyi motor kat luar rumah pun cakap aKool.. Padahal bukan selalu pun beli matKool kat motor india yang jual kat taman tu. Selalu Mummy dah belikan siap siap sebekas aiskrim kalau pergi giant ke SpeedMart. 

Hai lah anak syurga.. Comelnya kamu.. Serba serbi pandai. Sampai mummy pun tak larat melayan. Buli adik pun sangat pandai. Kaki selalu naik atas perut adik. Konon acah acah nak pijak. Test pitching mummy yer. Tinggi mana nak jerit. Sabar jelah ye Alyah Insyirah. Besar nanti jadi bestfriend tau.. 


Sunday, September 21, 2014

Cabaran Blogging Day 2 : 5 Cara untuk Memenangi Hati Saya

Assalamualaikum.. 
Menyahut lagi cabaran hari ke 2. 
5 Cara untuk memenangi hati saya. Mungkin boleh tanya Hubsy kot. Ke En. Hubsy pun tak tau nak jawab? haaa... Kalau En. Hubsy pun tak boleh jawab, kena denda ni. Belanja makan seumur hidup dan bawak you wify ni pergi Milan untuk shopping. Hahahaha... 

Okay, back to the challenge. 



  • Cara #1
    • Bukan menggunakan duit - Nak memenangi hati ai bukan dengan mengeluarkan duit pun. cukup dengan kejujuran dan keikhlasan. Sebab ai boleh hilang respect kat orang jika dia menggunakan kuasa duit untuk ai ikut cara dia. no.. no.. no.. 
  • Cara #2
    • Berterus terang - Ai suka kalau orang berterus terang dengan ai. Tak perlu nak berselindung. Hipokrit tu. Sebab ai akan avoid kalau orang tu hopikrit. 
  • Cara #3
    • beri bunga - ai suka bunga. Bila dapat bunga, ai rasa macam berbunga bunga je. 
  • Cara #4
    • Bawak pegi ke tempat yang cantik dan tenang - Ai suka pergi ke pulau pulau. Sebab melihat pantai dan ombak memberi ketenangan dan membuang segala masalah. Serius!! I need refreshment. Lama sangat tak holiday. I need a vacation...
  • Cara #5
    • Tepati janji - saya tak suka kalau orang berjanji tetapi buat buat lupa akan janji. Sebab bila berjanji, saya akan ingat dan saya sangat marah kalau janji tinggal janji. Sob.. Sob.. Sob...

Saturday, September 20, 2014

Cabaran Blogging Day 1 : Gambar Terbaru dan 5 Fakta Menarik Tentang Saya


Assalamualaikum..
Menyahut cabaran 30 hari non stop blogging ni. Al maklumlah.. Liat bebenau nak update blog. Cuba menjadi seorang istiqamah ni untuk update blog. Tapi cari punya cari, ini rupanya gambar latest saya. Hari Malaysia Berkabung. Ini saya bersama sama rakan setugas dalam majlis memberi penghormatan terakhir untuk mangsa MH17.

Masa ni tengah panas, tanpa mekap dan gemuks.. Hee... Gemuks pun nak mention.

okay, apakah fakta fakta yang menarik ingin saya kongsikan tentang saya?

  1. Saya ni seorang yang penyabar. Tapi semenjak ada anak ni tak cukup sabar pulak jadinya. Macam mana tu? Asyik nak menjerit je kerja. 
  2. Lepastu saya ni suka memendam perasaan. Walaupun marah sangat dekat orang, tetap berlagak cool dengan orang tu. Paling teruk pun, cara saya melepaskan perasaan dengan menangis dan menulis. Sebab tu saya ada blog. Tempat meluahkan perasaan. Dan saya tidak pulak menghilangkan stress dengan makan. Sebab tak rasa pun makan tu akan menyelesaikan masalah. 
  3. Saya tak ada hobi. Yup!! Ini sangat fakta. Saya takde hobi yang spesifik. Sebab waktu lapang saya takde. Macam mana nak mempunyai hobi. Selalunya bila free saya cuba tengok TV. Tapi tak pernah habis pun satu cerita. 
  4. Cuma saya suka camping. Tapi suami dah menghadkan aktiviti camping. Alasan, dah ada anak, takkan nak join kawan kawan camping lagi? Owhh.. Hubsy.. Tolonglah.. Camping bawak anak la pulak. Tapi dia tak agree.. Sabo jelah.
  5. Paling fakta. Saya suka Online Shopping. Dah almost masuk categori Online Shopper Tegar. Sampai puting susu anak pun beli online je. Paling teruk, bila pegi shopping mall, tak pandai nak shopping. Malas nak pusing pusing pun ye jugak. Teruknya.....
Okay, Done!

Friday, September 19, 2014

Nanny's Pavilion : Recommended cafe in KLIA 2

Macam biasa, Friday is Cheating Day for sape sape yang berdiet dan Jumaat hari makan! Me, Kaksu kononnya diet. Tapi ibu ibu mengandung, memang depat tak diet. Makan dengan Syokk punya.. 

Kami ni sangat menggilakan pasta. Dah try Pastamania dekat KLIA 2 ni, tapi dua kali masuk Pastamania, tetap kecewa. Makanan dia ok. Cuma failed kat service ja kot. Kami ni kalau makan sedap tapi service hancus, takpelah.. Cari kedai lain je. Korang pegi lah try makan jugak kat Pastamania tu. InsyaAllah tak rugi.. 

Dan ada lagi satu kedai yang rasa macam nak lompat lompat je kalau cakap, harini kita ade hal la kat KLIA 2. Sape nak ikut??? Dah la sekarang KLIA 2 tu macam seronok je nak pegi. Lagi lagi bila fikir. Sedapnya pasta.. Sedapnya makan kat Nanny's Pavillion.. Serius Sedap. Tak tipu. Sedap la untuk area KLIA ni. Orang luar dari KLIA tak payah la cakap banyak, sebab tau kat luar dari KLIA ade banyak lagi kedai pasta yang sedap dan jauh lebih murah. 

Cuma ni boleh la recommend kat korang kalau ter'stuck' dalam KLIA 2 tu lama lama dan perlu isi perut yang berbunyi bunyi. Tak menghampakan la.. 

Refer gambar ada beberapa menu yang kami makan.. Tengok jelah. Nama semua lupa dah. Yang penting semua rasa sedap.