Tuesday, May 28, 2013

Ada kelas la hari ni..

Purpose datang kelas..
Kurang rajin nak pergi kerja la..
Nak menarik..
Kita ajak bestfriend sekali..

Sunday, May 26, 2013

Kisah Paling HOT today - UAI dan yang ke 3

Screen shoot dari Facebook.. katenyer bernikah lagi dengan anak ketua cawangan pas keramat permai AU1 gombak..
Selamat Pengantin Baru LAGI UIA!

Pejam Celik Dah Setahun?

Cepatnya masa berlalu. Pejam celik pejam celik hari ni dah setahun. Banyak lagi yang tak tercapai dalam masa setahun bersama. Honeymoon? Belum sempat. Anak dah muncul dah. Huhu.. Nak buat macam mana. Orang lain menggangu perancangan asal kami. Tak pe. Bukan nak bercerita sedih hari ni. Perlu germbira dan bahagia yerp!
26 Mei 2012,
Tarikh bersejarah di dalam hidup. Berubah status menjadi isteri kepada encik suami tercinta. Masih tak lupa, betapa sukarnya untuk bersama. Betul kata orang. Kalau dah jodoh tak ke mana. Walaupun ada seketika dia entah ke mana, dan diri ini dengan dunia sendiri, akhirnya kembali bersama juga. Cyberjaya menjadi saksi pengakuan berani mati diri ini menerima dia sepenuhnya di dalam hidup dan Colmar Tropicale menjadi tempat bersejarah di dalam hidup kami.
Hari ini dah genap setahun bergelar isteri kepada encik suami, maaf dipinta diatas kekurangan dan kesalahan yang pernah dilakukan. Nak senarai pun macam malu jek. Biasalah.. Manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Cuma, bergaduh tu bukan cara kita. Mungkin perbezaan usia membuat kita sentiasa bertolak ansur dalam semua perkara. Kan?
Belum difikir apa perkara special untuk dilakukan harini gara gara kapal Virgin Australia,  tengok nanti macam mana sekepas En. Hubby balik kerja.. Anyway, thank you abang for anniversary gift... I love you till Jannah. InsyaAllah..

Thursday, May 16, 2013

After 2 Days MC



2 hari dah cuti dengan tidak sengaja. Hari ni kerja sudah menimbun akibat bercuti ditengah tengah minggu. Semalam bercuti yang dirancang dan hari sebelumnya akibat memang disuruh rehat oleh doktor. 

Sungguh tak merancang untuk MC. Tetapi lutut dan ankle semakin sakit. Sampai satu tahap dia membengkak. Mungkin berpunca daripada kekurangan kalsium selepas bersalin? Atau sebab lain? I rasa ia lebih kepada proses mengandung dan melahirkan yang menyebabkan kekurangan kalsium kepada ibu. 

Yer.. Saya mengaku.. Memang dari dulu saya tak GEMAR minum susu. Sejak kecil mak cakap, saya memang tak minum susu formula. Breastfeeding je sampai 4 tahun. Kemudian, milo menjadi minuman harian dan seterusnya bila dah besar hanya air masak yang saya minum. Tak menggemari jugak air manis means air berperisa. 

Sekarang, tulang pun bermasalah. Bila bersila lama lama memang tak boleh bangun berjalan. Driving lama lama pun bila keluar kereta jalan terhincut hincut. Dan kroniknya, waktu bangun tidur pun akan sakit bila nak mula berjalan. Huhhh.... Try dulu ubat yang doktor berikan dalam seminggu. Kalau tak ok jugak, next week kena pergi x-ray. Wahhh!!! Sebegitu kronik? 

Wednesday, May 15, 2013

3 Month Old Already!


Pejam celik, pejam celik masuk bulan ke tiga. Sekarang berjaga malam dah kurang lah. Cuma Dak Cik ni kejutkan Mummy waktu makan dia je. 2 kali macam tu la dia bangun waktu malam. Tapi dah berlagak macam budak besar. Taknak dah tidur kat bantal dia. Nak share bantal dengan Mummy! Haihhh... Macam mana nak asingkan tempat tidur ni.. Ayah pulak memang suka tidur tidur dengan Dak Cik ni.. Nak gomol gomol dulu sebelum tidur. Lagipun ayah kata, kalau Dak Cik ni tidur sendiri confirm lah Mummy sorang je yang bangun tengah malam. Dia lak siap siap cakap lagi, GOOD NITE SAYANG... hampeh... Nak taknak, menyempit jugak la bertiga.. 

Dak Cik ni panggilan ayah buat Isyraf. Suka betul En. Hubby panggil Isyraf DAK CIK. Tapi Dak Cik ayah ni dah tak kecik sangat. DEBAB! Kaki pun dah kembung. Kelakar pulak tengok. Bila masuk 3 bulan ni, apa yang I nampak Isyraf dah mula faham apa yang kita cakap dengan dia. Dan semakin menjadi jadi tabiat bergayut kat antenna dia bila I tak kerja. 

Kalau hari I kerja tu, elok je dia duduk dengan Makcik dia kat rumah. Menangis bila lapar je. Kalau I ada, mesti nak duduk atas riba je. Sampaikan En. Hubby cakap, 'Sayang, elok je Adam duduk rumah bila you pergi kerja. Tak menangis pun.' Hahahaha.. Budak budak.. Kecik kecik lagi dah pandai protes ibu dia pergi kerja. 


Harini dia kena inject.. Hopefully ok ok je.. Tak demam lah. InsyaAllah...

Tuesday, May 14, 2013

Selamat Hari Guru


Assalamualaikum semua.. Selamat petang.. Bulan Mei dikira bulan yang meriah. Pelbagai sambutan yang datang.. Minggu lepas kita dah sambut Hari Ibu pada 12 mei.. Dan ada lagi satu yang ditunggu tunggu adalah 16 Mei. Setiap tahun, I takkan lupa 16 Mei yang mana hari tersebut adalah Hari Guru..

Pengalaman menyambut hari guru tersangat banyak dan semuanya manis manis belaka. Jasa seorang guru terlalu banyak dan tak patut sekiranya mengabaikan Hari Guru. Hari Guru perlu dirai agar cikgu cikgu gembira setelah berpenat lelah mengajar di kelas.. 

Dulu, ketika bersekolah, I sangat mengambil berat tentang Hari Guru. Awal awal lagi dah menyiapkan hadiah kepada cikgu tersayang. Kalau boleh, semua cikgu yang pernah mengajar I tu, I nak beri hadiah. Tapi kadang kadang waktu kecik kecik dulu, sampai masa nak beri hadiah kat cikgu, tersipu sipu malu la pulak. Hahaha.. Comel je rasa masa tu. Malu nak beri hadiah kepada cikgu sebab selalu tak siapkan kerja sekolah! 

Kerjaya guru ni memang best kalau kita ikhlas menjadi guru. Ada orang yang sentiasa menyayangi dan mendoakan cikgu. Menjadi cikgu outdoor untuk budak budak sekolah angkat Malaysia Airlines pun dah gembira. Apa lagi menjadi cikgu yang mengajar kat sekolah tu hari hari kan? 

SELAMAT HARI GURU...
Kepada semua cikgu.. Tak kisah lah cikgu tu mengajar kat mana. Cikgu mengaji pun tetap cikgu. Cikgu driving school pun cikgu jugak.. 

Buat cikgu yang pernah mengajar Anisah binti Abdullah di Sekolah Kebangsaan Felda Neram Satu, Sekolah Menengah Cheneh Baru, Sekolah Menengah Felda Neram, Malaysia Airlines Training Centre, dan Malaysia Airlines Engineering Training School, jutaan terima kasih kerana mengajar saya hingga menjadi saya yang sekarang. Jasamu dikenang. Dan semoga cikgu semua diberkati Allah SWT. Amin.

Sunday, May 12, 2013

Malaysia Airlines is Hiring - Female Cabin Crew!



We’re Hiring!

Yes, Malaysia Airlines is on the look out for more female cabin crew to join our team!

In this weekend’s papers will be a nice, colourful and very attractive advert on our recruitment drive, nationwide, for female cabin crew. These adverts will appear in the following newspapers:


a.     On Saturday 11 May 2013          - The Star and Daily Express Sabah

b.    On Sunday 12 May 2013            - Mingguan Malaysia and Harian Metro

c.     On Saturday 18 May 2013          - Borneo Post Sarawak

Walk-in interviews will be conducted on 18 and 25 May and 8 June 2013 in BKI, KCH, KUL, PEN and Malacca.

For more details, check out our websitewww.malaysiaairlines.com<http://www.malaysiaairlines.com>.

Help spread the word around to family and friends! Malaysia Airlines is Hiring – Female Cabin Crew!

Thank you!

Roziyah Yahya
Manager, Recruitment
Human Resource Operations












P/s: I spread this info sebab hampir setiap hari orang google 'how to be Malaysia Airlines Steward/ess'.. Apa tunggu lagi, ready your resume and go for walk in interview...


Happy Mother's Day!

To all Mama, Mommy, Ibu, Emak, Umi... 
Be a great Mommy and daughter to your mothers too...

Happy Mother's Day!!!

Sunday, May 05, 2013

Isyraf pun tengok Iron Man 3!

Masa dapat tahu Iron Man 3 akan muncul suatu ketika dulu, I lah orang paling sedih masa tu.. Sebab masa tu, apabila dicongak congak, Iron Man keluar waktu I berpantang. En. Hubby dah kenakan I dah. You duduk rumah, I pergi tengok Iron Man. Kan orang berpantang kena duduk rumah.

Dan apabila Iron Man 3 keluar, lain pulak ceritanya.. I dah habis pantang dan anakanda pun dah agakagak behave berada di dalam panggung.. Siapa kata orang ada anak kecil tak boleh masuk panggung? I bolehhhhhh... En. Hubby cakap, bawak jerrr... Kalau menangis, U keluarlah sekejap.. Nanti U masuk semula. Baikkk!!! Arahan diterima tuan...

Tetapi sesuatu yang tak dijangka.. Anakanda sangatlah comel perangainya dan mummy nya boleh menonton tanpa sebarang gangguan.. Isyraf tak meragam. Sekali sekala berbunyi mintak susu.. Terbaiklah sayang..

Agaknya protection untuk Isyraf dah cukup bagus.. Selimut yang tebal.. Ear protection yang bagus supaya dia tak terkejut dengan bunyi yang kuat dan BF yang cukup daripada mummy.. Haha...

Kalau macam ni selalu, ada chance la Isyraf berjalan jalan ke oversea hujung tahun ni.. Tak payah mummy tinggalkan sayang.. Kan ayah kan..





Selamat mengundi..

5 Mei 2013
Selamat mengundi kepada semua.. Mengundi itu pasti dan ia adalah rahsia....

Saturday, May 04, 2013

FB!

Dikala semua orang sibuk nak ke Bandung, den tak boleh pulak nak berjalan dengan anakanda kecik ni..

Souviner pun jadi lah.. Thank you my niece..

Ayu Insyirah mencari rakan blogger?

Muahahaha..
Dah lama tak buat kerja kerja macam ni..
Saje je memeriahkan blog petang petang minggu ni..
Join Ayu Insyirah la kejap..



Dari Instagram Ke Blog - WAI

Mummy bercuti hari ni.. Memang takde kerja dan bosan bila ayah pulak pergi kerja.. Jom bergambar dengan Isyraf di Instagram..







Thursday, May 02, 2013

First Date After Having a Baby

1st May 2013..
Takde gambar bertiga.. Mummy terlupa sebab seronok sangat berjalan di Ikea. Lagipun Labour Day.. Ramai sangat orang berjalan jalan..

So, untuk first date, kami lepak kat Nando's je selepas penat jalan jalan di Ikea.. Thank you En. Hubby bawak Mummy dan Isyraf jalan jalan... Sampai penat anak Mummy ni ketidoran..