Tuesday, February 16, 2016

Adam Isyraf Turns 3 - 13 Februari 2016

Dari hujung tahun lepas dah inform.. 
"Mommy, nanti Adam nak kek Doraemon tau masa birthday Adam."
Amboi.. Kecik kecik dah pandai request. 

Cuma Birthday Adam Isyraf tahun ni kita tak boleh nak celebrate on time since kita balik kampung. Tapi bila kat kampung, boleh buat celebration beramai ramailah kan. Lagi seronok.. Lagipun Februari ni bermula dengan birthday mak, kak zura, abang mie dan Adam.



As usual, dah ada trusted baker yang boleh buatkan kek untuk kami, awal awal sebelum balik kampung lagi dah cakap nak kek deco Doraemon. Cuma perisa kek last minute baru decide nak Pineapple Carrot Cake. Senang.. Semua dah tak lalu nak makan kek coklat ke.. kek yang selalu makan. So order je carrot cake yang sememangnya my favourite. 

Lagipun masa celebrate kat Kuala Terengganu dah order Red Velvet daripada cousin yang kerja di Delicous. 

Jadi, inilah kek Doraemon untuk melayankan permintaan anakanda Wan Adam Isyraf. Berusaha mommy mencari lilin di sekitar Shah Alam sebab tak nak rosakkan kepala Doraemon yang kiut tu.. 


Tapi Adik Alyah mana boleh lari dari benda benda extreme cute seperti cake doraemon ni. So tak berjaya pun untuk ambik gambar Birthday Boy sorang sorang.. 



Buat anakanda kesayangan mommy dan ayah, SELAMAT HARI LAHIR yang ke 3. Mommy doakan mommy akan dapat melihat anak mommy di mata hingga ke akhir hayat mommy. Semoga anak mommy menjadi anak soleh. Dengar pesanan orang tua. Hormat semua orang dan berjaya dunia akhirat dengan menjadikan agama Islam sebagai pegangan utama. Amiin..





Friday, January 01, 2016

Selamat Tinggal Malaysia Airlines

Selepas 3 tahun di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC), 1 September 2009 adalah hari pertama memegang Nombor ID Malaysia Airlines. Secara rasminya menjadi pekerja tetap Malaysia Airlines. Sebelum ini di METC mendapat sponsor penuh dari FELDA untuk belajar menjadi Aircraft Engineer.



Sejak 1 September 2009, setiap hari bangga dengan menyarungkan baju berlogo Malaysia Airlines. National Carrier. Walaupun waktu itu masih lagi seorang apprentice yang bergaji RM700, tetap bersyukur walaupun kadang kadang tengah bulan mintak duit kat mak ayah.

Tetapi selepas 2 kejadian kehilangan kapal terbang, Malaysia Airlines mula goyah. Mula timbul khabar khabar angin untuk menstruktur semula organisasi Malaysia Airlines. Jadi detik penghujung Mei 2015 adalah detik mendebarkan dan mencemaskan apabila seluruh warga Malaysia Airlines perlu menunggu surat datang ke rumah pada 3 Jun 2016 melalui Pos Laju.



Ada diantara kami yang mendapat 'Garden Leave' selama 3 bulan di atas alasan berisiko tinggi melakukan sesuatu perkara merbahaya jika masih berada di tempat kerja untuk 3 bulan terakhir. Saya dan suami memang meneruskan sisa sisa hari terakhir di tempat kerja. Kerja setiap hari menimbun dan tak seperti nak berhenti kerja pada 31 Ogos 2015.



Jujur dari dalam hati, kehilangan kerja bersama Malaysia Airlines memang membuatkan kami semua menitiskan air mata. Sepanjang bekerja bersama rakan rakan di bahagian Cabin Interior Maintenance,   banyak pengalaman suka dan kurang duka. Malangnya di dalam proses pengstrukturan semula department kami ditutup terus. Jadi kami satu department kehilangan kerja termasuk boss. Hanya tinggal kurang 10 orang diserapkan ke bahagian lain.



Bila diingatkan semula kenangan bersama Malaysia Airlines, tiket FOC memang jarang digunakan kerana En. Suami susah untuk mendapat cuti panjang untuk kami mencari peluang travel ke luar negara. Cuma sempat menggunakan beberapa tiket ke Indonesia Manila dan beberapa tempat di dalam Malaysia. Alhamdulillah.. Dapat jugak peluang melihat tempat orang.



Hari ini dah 3 bulan berada di rumah. Alhamdulillah.. En Suami sudah mendapat kerja. Tetapi kawan kawan masih ramai menganggur. Saya sudah mendapat kerja baru. Jaga anak di rumah sepenuh masa dan menjadi driver hantar dan ambil anak sekolah.

Owh.. lupa nak bercerita tentang CDC. Career Development Centre tu. Macam tak menampakkan hasil yang sangat memuaskan pun. Saya memilih entrepreneurship program. Hurm.. Macam takde nampak ape kelebihan pun. Perlu bergerak sendiri la jugak untuk berbisnes. Cuma dapat skill buat account je dari mereka. Untuk kawan kawan yang memilih untuk mencari kerja, masih jugak tak dapat kerja. Berusaha sendiri jelah untuk mencari kerja. Semoga kita semua berjaya ye..



Selamat maju jaya kepada rakan rakan yang masih terus berkhidmat di Malaysia Airlines Berhad (MAB). Semoga korang terus berkhidmat dengan cemerlang ye. Semoga kita akan berjumpa lagi di lain waktu. InsyaAllah.. 



1 September 2009 - 31 Ogos 2015