Wednesday, January 23, 2013

Mimpi mengarut..

Yang, semalam abang bermimpi alien.. Bergabung dengan cowboy yang dalam cerita lama lama.. Siap gaduh gaduh perang perang..

Of course la I gelakkan En. Hubby. Mimpi yang tak masuk akal tu.. Ade mimpi lawan lawan dengan alien.. Macam la ade alien yang tidur kat sebelah.. Opss!

Jawapan I, mimpi tu sebab you dah lama tak tengok cerita cowboy kot.. Cerita yang I download pun you tak sempat tengok.. Busy la katakan.. Audit situ.. Audit sini...

Tapi ada mimpi yang semalam you tak tau.. Mimpi I lagi best..

Memandangkan I agak control pemakanan sekarang ni, sebab baby dah chubby.. Berat dah 1.8 kg, so waktu makan dah berubah dah belajar berlapar. Akibatnya, pukul11.30 malam tadi, baru nak lelap mata selepas siapkan hal anak anak, terus rasa lapar! 11.30 malam! En. Hubby of course suruh turun makan.. But me, tak mo.. Baby dah chubby macam mummy, mummy taknak la turun makan lepas tu tidur..

Akibatnya, sepanjang malam I mimpikan makanan... Yang I paling ingat, I mimpi sebakul kuih koci.. Sedap pulak tu kuih koci tu.. Dan yang paling tak boleh blah, I berada kat rumah arwah nenek kat Cendering.. Eh.. I dah lama tak balik sana. Dah lama tak jejak ke dalam rumah tu. asyik balik duduk rumah sendiri jek. Dan.. Dah dua tiga malam jugak I bermimpi I duduk dalam rumah tu.. Ape petanda yer? Wallahu alam..

Kemudian, mimpi tu bersambung lagi.. I mimpi makan koleh lemak pulak.. Ni mesti kes Najip Ali sebut masa kat Maharaja Lawak haritu! Tapi dalam mimpi tu.. Koleh lemak tu sedap sangat! Haihh... Memang tak jumpa la Koleh Lemak kat Shah Alam ni.. Mana den nak cekau ni?

Banyak lagi makanan yang muncul semalam.. Tapi 2 menu ni buat I teringat sampai sekarang.. Aduhhhh...... Dah la pukul 4 pagi termimpi McD. Siap terfikir nak bangun time tu jugak nak pergi cari McD Breakfast.. Kuang kuang kuang...

Tak senonoh betul perangai Mak Yong ni.. End up, pagi ni... Masuk kerja lambat sikit pergi cari Stall Nasi Lemak dulu.. Ambek ko! Nasi Lemak Rendang Daging lagi Mummy belasah.. Puas ati mak!

Tuesday, January 22, 2013

33 Weeks of Pregnancy

Sejak memasuki fasa 8 bulan, I mengalami selesema yang belum baik sampai ke hari ni.. Uwaaaaaa.... Sedih sedih... 2 hari MC dah dapat dan tak larat dah nak mengadap doktor untuk dapat MC lagi.. Segala ubat ubatan, memang soktor tak suggest lah. Doktor yang risau baby I akan kuat tidur dan tak banyak bergerak..

Alternatif, i minum madu setiap malam.. Tipu..... 2 kali jek I minum madu.. I minum madu tualang sebelum tidur. Effect, satu malam I tak boleh tidur sebab asyik terbangun untuk buang kahak.. Means, madu itu memang effective tetapi I yang tak tahan dan akibatnya, YOU'RE GROUNDED SAYANG. TAK PAYAH PERGI KERJA KALAU DAH SATU MALAM YOU TAK TIDUR. Alamak!!!!!

Alamak! Lah sangat, dalam hati yea! Tak payah pergi kerja.. Boleh duduk rumah bergembira. Tapi orang selesema tak segembira orang demam.. Orang demam boleh tidur aman damai.. Orang selesema, tak boleh nak tidur pun...

Dan hari ni, masih kecewa.. Aircond di office sangat sejuk selepas diorang service last week. So, selesema lagi di office, balik rumah ok sikit.. Uwaaaaaa!

Opsss! Dah 33 minggu, mummy pun dah tak sabar nak tunggu baby mummy keluar melihat dunia.. Kita asyik bergaduh je malam malam waktu mummy nak tidur. Waktu mummy nak tidur, waktu itu la sayang nak bermain kat dalam perut.. Sayang dah besar.. Susah untuk kita berdua nak menyelesakan diri waktu malam.. Waktu scan, still taknak tunjuk muka kat mummy dan ayah.. Sanggup tutup muka dengan tangan.. Jangan notty notty la sayang... :-)

Monday, January 07, 2013

Wan Kecik?

Petang semalam terasa sangat moody. Entah.. Tak tau punca.. Bila si Ayah balik lambat pergi main bola dekat Nilai pun rasa nak marah je.. Tapi cuba cool.. Buat semua kerja rumah.. Mengemas.. Memasak... Gosok baju kerja untuk seminggu.. Huuhhhh... Stress....

Mungkin bila tak sihat, Mummy perluan ketenangan, tempat yang sunyi... Nak rehat tak nak dengar bunyi yang bising.. Tapi sangat sukar dicari bila berada di rumah.. Perlu ke check in hotel untuk dapat feel macam tu???

Bila tak sihat.. Terus moody.. Bila moody rasa nak marah orang.. Bila orang bising rasa nak mengamuk.. Haihhhh.... Ini pembawakan budak ke?

Tapi, Alhamdulillah... Bangun pagi rasa lega dah.. Mungkin sebab dah cukup rehat. Walaupun tidur malam malam tak lena sangat. Asyik terjaga.. Tak tau pulak apa punca.. Mungkin dah dekat dekat bersalin kot.. Banyak sangat berfikir.. Yeke?

Pastu, bila dah sampai ofis, check email, ada email lucu daripada ayah? Mungkin ayah tak rasa lucu langsung... Tapi Mummy rasa nak gelak guling guling.. Description Maybank2u ayah.. "Duit baju Wan Kecik"

Ayah.... Anak ayah bukan nama Wan Kecik.. Tak kiut.....

Anyway, thanks En. Hubby.. Ingatkan semua barang baby mummy punye self sponsor je.. Thank you!

Peristiwa di Saba Restaurant

#Mengidam

Actually I dah lama mintak nak makan kat sini. Penat dah mengajak En. Hubby pergi makan Nasi Arab. Tapi ade je yang buat kami tak sampai.. Kalau diikutkan, kecewa jugak. So, haritu, bila dia ada football match dekat Bangi, terus la I booking kat Saba Restaurant. Tak kira.. Kalau tak buat macam ni, sampai sudah I takkan dapat makan.



Pergi la kami dengan kakak sekali.. Booking... Ok.. 9.00 pm.. Kami sampai awal. About 8.45 pm.. Meja ok.. Dah ready.. Tingkat atas.. Nice.. Tak serabut dengan orang.. Weekend. Ramai sangat orang. Mesti serabut kalau kat bawah. Order.. One by one... Good! Semua makanan sampai one by one.. Boleh makan satu satu. Good.. Tapi, makan punye makan sampai licin, setitik air pun tak sampai.. Order cuma Air Tembikai 1 jug.. Simple. Bukan 7 orang dengan 7 jenis air.. Itu dah memudahkan kerja mereka dah. Setengah jam tak sampai, kitorang mula bertanya. Hairan...

Orang yang datang lagi lambat pun dah dapat air.. Kami yang dah nak habis makan ni, still tak dapat. I pggil waiter elok elok cakap elok elok, still tak dapat.. Panggil lagi.. Siap pesan, kalau lambat, hantar la Air Mineral dulu.. My son need some drink.. I takpe.. Okay.. Bersabar lagi.. 9.45 pm. Still tak de jugak orang hantar air.. Makanan semua dah habis dah..

Then I decide, "abang, jomlah balik. Dah lewat. Kita turun bayar jela yang mana kita dah makan. Suruh diorang cancel air tembikai la dalam bil."

En. Hubby, "u okay ke sayang?"

Me, "I'm okay. Kejap lagi singgah jela petrol pump beli some drink. Malas dah nak tunggu. Lagipun serabut lah dengan orang sebelah bising celebrate birthday."

En. Hubby, " Jomlah.."

By the time kitorang bangun, budak budak yang kerja kat atas tu dah menggelabah la. Laju dia turun bawah pergi kaunter air cakap "customer mengamuk!!!"

Actually i am talking nicely and slow down my voice so that other customer didn't know anything was was happen.. I tahu.. Orang ramai. Taknak mengganggu orang lain yang tengah makan. Tapi ada yang perasan lah kot. Bila tiba tiba, ramai staff dekat kaunter, manager datang jumpa kami, say sorry bagai.. Ulang ulang and try to explain.. Lepas tu, semua tu I pass to my husband jelah. Malas nak layan. I cuma nak bayar dan balik.

Tapi diorang cakap, itu kesalahan pihak diorang, taknak amik any payment from us, dan bagi 2 botol mineral water dan some goodies.. For me, bila kita makan, mestilah bayar. Susah nak jawab kat akhirat kelak. Makanan tu menjadi darah daging. So I bertegas nak bayar tapi manager Saba tetap sabar kot. Bertegas tak mau amik duit dari kami..

Malam tu, free lah mak buyung makan dengan family kat Saba Restaurant. Haihh... Rasa segan lah pulak nak pergi makan lagi. Tapi I suka makan kat situ. Nantilah.. I pergi lagi.. Harap harap masa I pergi lagi tu diorang tak ingat dah muka I. Malu la.. Pergi makan free haritu...

Friday, January 04, 2013

Sehari Di Putrajaya

25 Disember 2012
Sepatutnya nak celebrate anniversary dengan En. Hubby, tapi mak tak kasi balik rumah pulak.. Huhuhu.. Sedih sudah.. Bahaya la driving sorang malam malam. Lagipun awak tu dah penat. Seharian shopping.. Owh.. Shopping.. Melayang duit Mummy... Ayah? Tak keluarkan pun lagi.. Takpe.. Mummy paw Ayah di lain hari dan waktu..

Jadi, 25 Disember, kita bawak buah hati tercenta berjalan jalan.. Ayah dan Emak. Memandangkan mereka berdua tu dalam kerisauan tentang rumah mereka, kami anak anak bawak la mereka berjalan jalan.. Tempat yang mereka nak pergi sangat tu Putrajaya.. Katanya, dah lama tak berjalan jalan kat Putrajaya.. Teringin nak pergi Masjid Besi.. Sape la yang nak bawak aku ni....

Anak anak ade lah.. Boleh je bawakkan.. Tak payah la buat drama dialog dialog sedih.. Kitorang faham.. Hihihihi...

Di awal pagi Krismas, I balik rumah mencari En. Hubby (2 malam bantal peluk I tu takde), tapi dia tak mau ikut pulak. Ade game takraw pulak Crew CSI anjurkan.. Dia memang prefer takraw la.. Last last I just angkut Najwa, follow family I pergi Putrajaya.. Haihh.. En. Hubby.. Dia memang tak suka berjalan tengok keindahan negara sendiri.. Isteri awak ni suka.. So, I tinggal jela U kat rumah yer...

Destinasi pertama, Masjid Putra.. Ulang ulang pergi Putrajaya memang situ jela kan.. Tapi kali ni sebab nak naik cruise.. Dulu I dah pernah pusing Tasik Putrajaya dengan kayak di zaman orang pun tak ingin pergi Putrajaya lagi.. Penat.. Enjoy.. Kali ni naik cruise.. Tak penat.. Dan lagi enjoy!

Harga untuk cruise yang kami naik tu agak berpatutan mengikut pakej.. Untuk maklumat lanjut tentang harga boleh rujuk WEBSITE.. Memandangkan Emak takut nak naik Perahu Dondang Sayang, kami pun belilah tiket untuk BELIMBING SIGHTSEEING CRUISE BOAT.. Sebab budak notty a.k.a Wafiy pun takut jugak.. Menarik je bila naik cruise.. Boleh keluar jugak untuk bergambar.. Siap ada khidmat photoghrapher lagi dengan bayaran RM10 untuk 1 gambar 6R.



Budak Notty
Untuk 45 minit menaiki cruise tu rasa berbaloi dan menarik jugak untuk aktiviti bersama family di hari cuti.. Bawak mak ayah berjalan jalan.. Buat diorang happy.. Cuma sorang jela yang sadisss... Presiden VOG ni monyok je tak boleh ride naik Awana.. Hahaha... Padan muka.. Dah bagi chance dah ride hari Ahad.. Selasa ikut la kitorang.. Hihihi... Eh... En. Hubby I tak pulak.. Yang tu lain kes.. Itu tak pernah bercampur dengan jiran.. So memang patut tinggal kat rumah untuk hidup bermasyarakat dan mengenali jiran tetangga.. I? I berkenalan dengan jiran jiran ikut Facebook jer.. Hihihi...



Dua perempuan yang tinggalkan suami di rumah ;)
Bila dah dekat waktu Asar, pergi je bersolat kat Masjid Sultan Mizan, memandangkan itu tujuan utama pergi ke Putrajaya.. Yea! Tercapai hajat ayahanda kami nak bersolat disitu... Alhamdulillah.. Tak rasa terkilan kami anak anak bila dah dapat menunaikan satu permintaan..



Satu lagi yang belum.. Pulau Pangkor.. Erk! Tu tunggu baby keluar dulu lah yer Embah Aki.. Baby pun nak ikut jugak!


semua nak pakai baju sama. pening!