Sunday, April 14, 2013

Kembali Bekerja

Esok kerja!

Honestly,
Tak sabar nak pergi kerja selepas bercuti awal sebulan dari jangkaan.
Tak sabar mengadap kerja yang bertimbun selepas tinggalkan kerja sesuka hati kepada Office mate.
Tak sabar nak interview orang baru balik umrah.
Tak sabar....

Tapi hakikatnya,
Macam mana yer nak tinggal anakanda seharian kat rumah dengan kakak?
Menangis tak Adam Isyraf?
Rindu tak dia dekat Mummy?

Owh...
Sudah pasti Mummy yang sayu nak melangkah keluar pergi kerja esok. Confirm menangis.. Sama seperti first day kerja kat KLIA haritu kot. T_T

Saturday, April 13, 2013

Pejam Celik Dah 2 Bulan

Kata ayah, Adam anak manja.
Kata mummy, Isyraf kuat merajuk.
Kata tok wan, bulat bulat muka ayah dia.
Kata embah aki, kecik lagi.. Tak pandai nak pegang.

Adam ke Isyraf ke orang panggil anak mummy, tak kisah. Kedua duanya bermaksud yang bagus. Ayah panggil Adam, mummy panggil Isyraf.

Manja?
Yelah.. Nak melekat je dengan mummy. Dekat mummy ada antenna. Takde interference yang boleh buat anak mummy menangis..

Kuat merajuk?
Yup! Mummy tinggal kat katil sorang sorang pun boleh menangis dan merajuk sampai tak nak pandang hingga puas pujuk baru nak layan mummy. Mummy umpan susu mummy pun tak layan kalau dah merajuk kena tinggal mummy pergi mandi.

Bijak betul budak budak sekarang.

Day 1



muka terkena jaundis
A month



2 months


Ya Allah,
Sesungguhnya kadang kadang aku rasa masih bermimpi yang aku telah mempunyai anak sendiri. Indah sungguh ciptaanMu. Berkatilah kehidupan kami sekeluarga. Dekatkanlah kami dengan ajaran ajaranMu yang baik. Amin..







Thursday, April 11, 2013

Misi Mencari Baby Carrier, Jumpsac Juga Akhirnya

Keperluan ke kehendak ke nak bergaya? Tak tahu la I tergolong dalam kategori mana. Tapi I nak jugak baby carrier. Terdapat pelbagai jenis, corak dan harga dipasaran. Sampai buntu sekejap untuk memilih.

Pada mulanya I dah membuat keputusan untuk membeli Moby Wrap untuk my little boy. Bila duk google tengok tengok review pengguna, I tertarik dengan Boba Wrap pulak. Boba Wrap ni strechable dan lagi selesa. Cuma harga lebih mahal berbanding Moby Wrap tu.



Malangnya, dalam proses untuk membeli secara online tu, tak tau la apa masalah kat website dia, I tak boleh proceed dengan pembelian Boba Wrap tu. So, I hold jela dulu niat untuk membeli wrap anak I. Fikir fikir, biar jelah. Tak payah lah. Tapi bila dah ke hulu ke hilir duk kendong anak ni, rasa payah la pulak. Time nak shopping lagi susah nak capai capai barang. Kembali la semula niat I nak membeli wrap.

Disebabkan pelbagai faktor, En. Hubby sangat prefer I bershopping online. Banyak masalah bila nak ke kedai. Tak nak serabutkan diri dia dan terutamanya diri I sendiri, I pun teruskanlah misi shopping online I mencari baby carrier. Tetapi, terasa macam nak berpaling tadah sudah dengan wrap. Rasa macam tak practical la pulak. Fikir punya fikir, bila my baby boy dah agak besar, for sure dia tak nak dah masuk dalam wrap. En. Hubby pulak, nak ke dia kendong anak dia dengan wrap? So, taknak la membazir untuk sesuatu yang agak mahal.

Sebelum deliver lagi, my officemate dah suggest beli Jumpsac Orbit. Pada pendapat dia very useful dan easy. Dengan dia yang menguruskan sendiri 2 anak nak kehulu ke hilir, dia cakap, Jumpsac Orbit memang membantu la. Padahal dulu I tak terlintas pun nak beli Jumpsac Orbit ni.. Tapi semalam, selepas beberapa hari menilik nilik website Jumpsac, akhirnya I pun terjebak memilih Jumpsac sebagai my baby carrier. Walaupun harganya lebih mahal berbanding Boba Wrap mahupun Moby Wrap, tapi I rasa dia lebih practical, cepat dan En. Hubby pun tak segan silu nak guna..


Dan tak payah susah susah mereka bergaduh nak menolak stroller kalau keluar dengan anak anak yang lain. Hahahaha





Tuesday, April 09, 2013

#Pantang Day 45 - Mengidam Chicken Chop




Hari yang ke-45, consider pantang lagi ker? Mestilah.. Kan berpantang 100 hari. Tapi bab makan dah boleh cilok sikit.. Al kisahnya Mummy dah mengidam kembali.. Rasa nak makan Chicken Chop.. Nak Chicken Chop jugak..

So dengan mengada ngadanya mintak kat En. Hubby.. Jom kita keluar dinner.. Celebrate berjaya pantang. Nak makan Chicken Chop. Dekat dekat rumah pun tak kisah. Janji Chicken Chop. Wah... Demand! I ingat En. Hubby bawak makan area Bukit Jelutong jela.


Tapi tiba tiba bawak pergi ke restaurant yang kami selalu dating dulu dulu la pulak. Ouchh... Romantik.. Dating dengan anakanda kami sekali.. En. Hubby dah siap booked meja yang nak memudahkan I tidurkan Isyraf agar kami dapat makan dengan gembira.


Memang Isyraf tidur nyenyak betul. Agaknya nak bagi chance kat Mummy dia menikmati Chicken Chop yang lazat ni.. Memang dapat makan tanpa gangguan la.. En. Hubby macam biasa la dengan steak. Mana boleh dipisahkan.


Thank you En. Hubby layan orang mengidam Chicken Chop lepas bersalin. Heee.. I love you.. Tapi malam tu takde Chef Zubir pulak kat Laman Grill. Tak dapat jumpa.