Friday, September 30, 2011

Semua Orang Suka Graduation Day, Tapi Saya Rasa Tak best!

Assalamualaikum...

dah lama tak mengadap laptop ni untuk update blog.. Kerja seorang Apprentice sangat la banyak. Sama macam kerja seorang engineer lah jugak.. Sebenarnya bertarikh 111011 nanti adalah hari gaduasi dalam Bahasa Melayu nyer.. Bertempat di Hangar 6, KLIA.. 

Segala jemputan untuk ibu bapa DCA yang uruskan.. Bunyi memang macam gah je.. Dato Seri Najib dah inform yang dia free pada hari tu dari 3.00 petang sampai 4.30 petang.. Majlis yang akan berlangsung 1 jam 30 minit la agaknya.. 

Graduation Day kami ni dah lama dah asyik postpone jer.. Sebab nak kena follow schedule PM kan..PM yang nak datang kan.. Suka je dia datang.. Dah 2 kali pun PM datang kat METC.. Sampai gambar kitorang sambut PM datang METC pun TV3 guna buat tunjuk orang MAS nak berpiket.. Haish... Takde gambar lain ke..... Cuma yang tak sukanya ada pulak la insan insan yang gelabah nak mati kan.. Siap mengajar cara nak jumpa PM.. Nak salam macam mana.. Nak cakap macam mana..Haihhhh.. Gelabah betul la manusia itu.. 

Dia je yang gelabah tu.. Sebab first time dalam hidup dia nak jumpa PM.. Urmmm.. Dah la cara mengajar kitorang tu macam la first time involve benda benda gitu.. Kitorang dah banyak kali jumpa PM since dia tak jadi PM la.. So jangan la anggap kitorang ni sengal, bodoh yang nak kena ajar macam macam itu dan ini.. Buang masa aje la.. PM dah kenal muka kitorang satu satu.. Since 5 tahun lepas masuk METC dah selalu sangat la kena gi mengadap PM.. Anda yang baru kerja berlagak dengan baju putih LAE sedangkan tak pernah pegang title LAE ni jangan la nak buat kitorang macam orang tak pandai.. serius buang masa.. 

Sebenarnya graduation kami tak nampak pun apa kelebihan selain dari faktor politik.. Nak meraih undi orang FELDA kot.. "SERAMAI 96 ORANG ANAK FELDA BERJAYA MENJADI JURUTERA PENYELENGGARAAN KAPAL TERBANG".. Mungkin itu la yang keluar Buletin Utama pada 111011 nanti.. Tak pun paper pada 121011 ni.. lepas tu dicanang canang pulak gaji kami 5000.... 10 000... oh! tidak... Hakikatnya dengan basic license yang ada, kami belum lagi menjadi engineer. Apprentice seperti kami tetap gaji RM800 ditambah elaun dobi RM50 ditolak tolak pulak KWSP, Koperasi, dan lain lain tinggal la RM700.. 

huh!!!
Dah lali dah dengan penipuan di Akbar sisipan FELDA yang semua orang kat FELDA dapat tu.. 

huuhhhh!!!
tertekan!

Ya Allah.. Tak sanggup nak Grad sebab bila balik kampung nanti semua orang akan cakap... waaa.. dah jadi engineer kapal terbang.. gaji sepuluh ribu sebulan.. kalau nak cakap semua tu tak betul, mesti orang cakap, tipu la  tu.. kedekut nak belanja.. 

Serius Graduation Day tu tak best! 
Tak macam korang yang Grad kat universiti tau.. 
Grad kat universiti tu best..

Kitorang punye,
tak besssssstttt!!
tolong...

Jauh lagi perjalanan kalau nak dapat gaji RM10 ribu kalau dekat company I sekarang. Kena collect approval banyak banyak dan OT banyak banyak serta kerja untuk beberapa tahun baru boleh dapat tau..

Dan masih jugak berdoa segala isu di antara MAS, Air Asia, serta kewujudan Sapphire tak mengganggu establishment kitorang memandangkan aircraft type license kitorang nanti B737-400 yang mana Sapphire tu akan menjalankan operasi untuk narrow body.. 

oh! tidak..
rumours tu sebenarnya tak lama lagi menjadi kenyataan kan?

Friday, September 23, 2011

Nak Kemek Kemek Muka Chu!

Nak kemek kemek muka Chu!

adush!!
itu la dia... apa yang tak diikut tak di layan, memang dia suka kemek kemekkan muka I..

macam mana dapat 'kemek' tu wallahu alam... dia rasa bila dia letak tangan kat pipi i kiri kanan, macam jadi kemek kot.. pape ajelah wafiy...



ini wafiy... memang dia suka kemek kemek muka I bila tak dengar cakap dia.. ini la jugak manusia yang paling cerewet dalam dunia I... cerewet dalam segala hal.. especially bab makan. kalau ayam, drumstick je.. kalau nasi, yang panas berasap je.. banyak la.. 

pastu kan.. 

Di tengah tengah musim raya haritu, boleh pulak dia mintak makanan kegemaran dia di kala orang lain sibuk nak makan menu raya.. Adush.... Mana nak cekup kedai western food kat Kuala Terengganu musim raya.. Diorang pun tutup, nak beraya..

Tapi...
Budak kecik ni tetap tuntut jugak sampai dapat.. Kalau tak, tak senang la hidup semua orang dan tak boleh tidur malam la semua orang.. I bukan taknak bawak dia pergi makan.. Tapi I penat sangat sangat dah seharian beraya...

Tapi......
Terpaksa la jugak...

Syukurrrrrrr......

I ada sorang sepupu yang baik hati.. Dia yang tolong bawak pergi ke Killiney semata mata nak makan Chicken Chop.. Lagipun, masa raya tu, itulah satu satu kedai yang bukak dan tak ramai orang..



Huh........
Lega.......

Kalau tak kena kemek kemek lagi la muka I..



Tapi yang tak boleh blah tu, siap makan je Chicken Chop sepinggan, terus ajak balik tak menyempat dah.. Sebab mengantuk nak tidur..



Sampai orang lain yang temankan dia pun tak sempat nak makan... Cousin I jugak lah masuk dalam kereta temankan dia tidur sementara orang lain siap makan...



Sampaikan,
Before balik ke KL aritu, siap panggil cousin I ni, Abang Chicken Chop! Adush Wafiy.... Suka hati ko jerk!

Wednesday, September 21, 2011

Kad Raya Best!

Tahun ni cuma 1 je kad raya yang I dapat.. Itu pun dah menggedik gedik kat blog Eyriqazz.. Terima kasih sebab menghulurkan kad raya.. Happy tol bila dapat.. PasTu bila balik rumah, mak cakap ada satu kad raya lagi..


Wah!! Sape pulak yang bagi tu.. Ada jugak eh orang ingat kat I rupenye.. Hihihi... Tapi bila mak bagi, ceh... Bukan untuk I sorang.. Untuk 1 family rupenya.. Saje je mak nak bagi anak mak harapan berbunga bunga kononnya ada orang ingat kat anak mak bila musim musim raya gini... Huhhh!!!!



Walaupun untuk 1 family, I rasa best jugak la.. Sebab I dapat kad raya dari PM!

Monday, September 19, 2011

Gambar Sape nih?

Whatsapp...

Memang mengeratkan lagi silaturrahim antara I an kawan kawan lah.. Mana taknya.. Kejap kejap bunyi notification.. Ramai je yang ingat kat I yer.. Ajak bersembang..

Tapi....

Bila dah bersembang, kadang kadang bergosip jugak disamping menjadi twmpat nak luah perasaan kat kengkawan..tengah tengah kerja, tapi tak sempqt nak jumpa..

Macam Anifi, banyak banyak bersabar eh... Dugaan je semua tu... Kitorang kan ada..

Tapi si siapa lak yer, no name mention... Sibuk je nak suruh I teka gambar siapa..


Aak agak korang kenal tak ini siapa....



Alaaaa... Tengok betul betul la gambar ni......


Dapat tak capture siapa?


I pun tak tahu diorang ni ambik dari mana.. Ada la tu salah seorang kawan I ni ambik masa kt tempat kerja.. Memandangkan kat sebelah kanan tu ada bahu apprentice..

Korang ni!!!!
Menyemak je nak suruh I teka...

Sunday, September 18, 2011

Sekitar Raya 2011 - Tak Best Mana

Gambar I tak banyak nak compare gambar orang lain... Sebab.... Hanya I yang tahu... So tak payah upload banyak banyak la.. menyemak je...

Takpelah...
I letak jugak...
walaupun tak banyak...





Salah satu sebab I tak berminat bergambar, sebab kes baju raya..

Tapi takpe.. I dah pergi Nilai Square dekat dengan rumah baru I, dah beli kain kain untuk menggantikan baju raya yang hampehhhhhh dari Zul & Ana Tailor..

I dah suruh Tailor I kat kampung dah jahitkan.. Tailor yang Dah jahit baju I sejak I kecik cinonet lagi..

Saturday, September 17, 2011

Tersebak di petang raya...

Kisah di petang raya...

Sehari sebelum raya.. Semua satu family sibuk di dapur.. Yang sangat tak sangka dan cayalahhhhh... Tabik spring jugak.... Semua abang abang membantu di dapur.. Hebat! Itu adalah diluar kebiasaan seorang abang.. Hahaha... Bila di tanya, kenapa membantu di dapur?? Bosan.. Tak tahu nak buat apa di luar.. Al Maklumlah.. Channel TV kat umah parents tak best sangat.. I pulak terlupa bawak balik card Astro yang macam macam channel boleh tengok.. Nasib ler...


Bila dah di petang raya, mestilah dah siap masak macam macam menu bagai.. Dari menu Terengganu hingga ke Jawa. Tahun ni semua wajib ada la bila semua pulang beraya.. Except sorang abang yang beraya di rumah mertua.. Tak kesahlah walaupun dua tahun berturut turut dia beraya di sana. Dah mertua dia tak sihat.. Kena consider lah....


Di samping memasak, tempahan ketupat palas pun mesti disiapkan sebelum waktu berbuka.. Dah janji dengan customer sebelum berbuka semua tempahan siap.. Ok la.. Memang siap pun dengan bantuan anak anak mak... I paling banyak tolong.. Tolong makan ketupat palas.. My febret!!


Pastu, nak dijadikan cerita yang buat I tersebak di petang raya tu. Dalam banyak banyak tempahan tu, Ayah Wan pun ade tempah jugak.. So I call je dia suruh datang ambik kat rumah. Sebab tak sempat lah pulak nak buat kerja kerja delivery kan petang petang gitu.. Bila dia dah datang ambik, I bagi la sekali lauk pauk yang I dah siap masak sket untuk Ayah Wan berbuka.. Tapi yang menyayat hati tu bila Ayah Wan pandang je I, terus dia cakap, Arif dah takde.. Kamu takde la kawan nak beraya tahun ni.. Huhuhuhuhu... Tersebak dan terus masuk dalam umah dan menangis... Kenapa Ayah Wan cakap macam tu.. Sedih la.. Tahu la Arif dah meninggal. Tapi kena tabah kan.. Sedih tu memang la sedih bila kawan sejak dari kecil tiba tiba meninggal.. I tak pernah lupakan dia sama macam tak lupakan arwah abang abang I...

Hmmmm... Raya tahun ni memang tak best...


P/S : Dua jenis ketupat yang memang menu wajib 1 sepanjang tahun.. bukan tunggu raya je baru makan.. bila nampak daun je mesti suruh mak buat.. hehehe




Thursday, September 15, 2011

Supervisory Course Finished.. Yea!!

hai... 
baru je sampai rumah ni... habis pun Supervisory Course kat Malaysia Airlines Academy (MAA).. 3 hari yang sangat bermanfaat.. 

apa content dia tak perlu la cerita kan.. Cuma best! dapat kenal orang dari department lain jugak.. Diorang tu pun memang best.. Dapat share apa kerja yang diorang buat kat department diorang.. Dapat tambah lagi kawan.. 

Bubye class yang happening.. Nanti jumpe kat luar boleh la tegur tegur.. hehehe.. over all, banyak info yang baru belajar.. seronok!





Padahal, kelas tu wajib attend.. kan requirement nak jadi  LAE..
kah kah kah....


Wednesday, September 14, 2011

Bila Petang Badan Rasa Lemah dan Aktiviti Malas Nak Blogging

Assalamualaikum...

hai.. dah lama dah I tak update blog ni.. Rasa macam korang pun terlupa kat I.. Since after cuti raya I memang sangat sibuk.. Departmental Visit, Course, Assessment, Rumah Baru, Rumah Lama.. Banyak benda nak kena fikir.. Sampai laptop pun tak terusik...

Pastu baru baru ni pulak rasa badan asyik panas dan tak larat je bila petang.. Seram sejuk jugak.. Macam tak sihat je.. Uish... tak mo ler demam.. Korang doakan I tak demam ok.. Sekarang ni tengah buat Supervisory Course yang mana wajib untuk jadi LAE.. 

Apa lak LAE? 

LICENSE AIRCRAFT ENGINEER

tu la dia...


seriously, 

i memang rasa tak larat.. tapi nak kena kuat jugak la semangat untuk attend apa yang I patut attend.. So, di musim musim orang lain sibuk beraya, open house sana.. open house sini, I tak sempat pun nak join.. Gambar gambar raya pun takde tayang 1 pun kat sini.. Tak dan la.. Nanti nanti la.. sekarang ni tengah berperasaan malas.. macam mane?? 


ke nak jugak gambar raya? 

i tunjuk diorang jela yer...
lagipun camera 2 3 penuh dengan muka diorang jer...



Wednesday, September 07, 2011

No Idea

Assalamualaikum..

Morning korang.. No Idea.. Memang takde idea.. Huhuhu... Maybe sebab dah lama kot tak mengupdatekan blog ni kot.. Busy memang busy.. Malas pun ye gak.. Laptop pun still tak keluar dari bag nyer.. Tuannya pulak, busy memanjang.. Course.. Visit.. Course.. Visit... Baju practical boleh campah jauh jauh dulu until October.. Rimas pun ye gak.. Hari hari dengan office attire yang menyusahkan seseorang yang beruniform di bidang aviation... Nape??? Tak banayk baju lah nak rotate!

Hohohoho..

Serabut... Seserabut entry yang di tulis...

I tengok orang lain semua dah sebok tayang entry raya diorang.. I belum ade mood lagi la.. Benci dengan baju bajuan lagi.. Nak lupakan jela kesah raya 2011 ni.. Huh! Tak nak show pape.. Bole tak????

Huhuhuhu....

Dah takde idea dah... Bukan.. Nanti bile ada idea, kang entry ni jadi entry rojak lak kang...

Smile always everyone...

Thursday, September 01, 2011

Gigi dan Ubat Gigi... Bekerjasama Lah!


Selalunya I tak pernah cerewet untuk memilih apa apa pun ubat gigi.. Pada pendapat I, semuanya tu sama je. Fungsinya tetap sama.. Untuk membersihkan gigi. Janji, rasanya tak pelik la.. Sebab nanti, rasa ubat gigi yang pelik pelik selalunya akan buat I muntah.. hehehe... 

Akhir akhir ini..

Semenjak semua harga barang meningkat.. 

I pun cuba la cut cost kat mana mana yang boleh.. Lagipun dah bertekad dengan diri sendiri, sesak macam mana sekalipun di tengah bulan, jangan cuba meminta duit dari parents. Katakan tidak sama sekali.. Jadi, mana mana yang boleh potong tu, potong jela.. Cuma jangan katakan tidak kepada Olay sudah la.. Itu memang tak boleh.. Dah mahal macam mana sekalipun, tetap tak tukar kepada jenama lain.. Tak sanggup biarkan muka berjerawat. Hohoho...

Bila dah berarah ke misi JIMAT, ubat gigi pun I tukar.. Dari Colgate ke Darlie.. Harga beza tak banyak.. Cuma Darlie lagi murah daripada Colgate yang I guna.. Lagipun, terpengaruh dengan hadiah hadiah Darlie tu.. Mug la.. Mangkuk la.. 

Kemudian, gusi berdarah.. Kenapa eh? Pergi la Dentist, check gigi buat scaling semua.. Tetap berdarah jugak.. Tak tahu dah apa nak buat, gosok gigi selalu, tukar berus gigi pun selalu.. Tak terfikir pun ubat gigi tu penyebab.. assume semua ok je.. 

Sedar tak sedar masa seminggu balik rumah parents.. Kat sana, diorang guna Colgate.. Gusi I takde lak berdarah sepanjang stay kat sana.. Gigi I dah la stok berdarah tiba tiba je.. Bukan masa makan ke gosok gigi.. Ikut sedap rasa dia ke berdarah sampai I pun rasa tak best.. 

Sekarang, I dah tukar menggunakan Colgate semula selepas sedar Darlie tak boleh menjadi kawan I.. Huhuhu.. Sesetengah orang memang alah terhadap sesuatu benda.. kan?