Tuesday, February 16, 2016

Adam Isyraf Turns 3 - 13 Februari 2016

Dari hujung tahun lepas dah inform.. 
"Mommy, nanti Adam nak kek Doraemon tau masa birthday Adam."
Amboi.. Kecik kecik dah pandai request. 

Cuma Birthday Adam Isyraf tahun ni kita tak boleh nak celebrate on time since kita balik kampung. Tapi bila kat kampung, boleh buat celebration beramai ramailah kan. Lagi seronok.. Lagipun Februari ni bermula dengan birthday mak, kak zura, abang mie dan Adam.



As usual, dah ada trusted baker yang boleh buatkan kek untuk kami, awal awal sebelum balik kampung lagi dah cakap nak kek deco Doraemon. Cuma perisa kek last minute baru decide nak Pineapple Carrot Cake. Senang.. Semua dah tak lalu nak makan kek coklat ke.. kek yang selalu makan. So order je carrot cake yang sememangnya my favourite. 

Lagipun masa celebrate kat Kuala Terengganu dah order Red Velvet daripada cousin yang kerja di Delicous. 

Jadi, inilah kek Doraemon untuk melayankan permintaan anakanda Wan Adam Isyraf. Berusaha mommy mencari lilin di sekitar Shah Alam sebab tak nak rosakkan kepala Doraemon yang kiut tu.. 


Tapi Adik Alyah mana boleh lari dari benda benda extreme cute seperti cake doraemon ni. So tak berjaya pun untuk ambik gambar Birthday Boy sorang sorang.. 



Buat anakanda kesayangan mommy dan ayah, SELAMAT HARI LAHIR yang ke 3. Mommy doakan mommy akan dapat melihat anak mommy di mata hingga ke akhir hayat mommy. Semoga anak mommy menjadi anak soleh. Dengar pesanan orang tua. Hormat semua orang dan berjaya dunia akhirat dengan menjadikan agama Islam sebagai pegangan utama. Amiin..





Friday, January 01, 2016

Selamat Tinggal Malaysia Airlines

Selepas 3 tahun di Malaysia Airlines Engineering Training Centre (METC), 1 September 2009 adalah hari pertama memegang Nombor ID Malaysia Airlines. Secara rasminya menjadi pekerja tetap Malaysia Airlines. Sebelum ini di METC mendapat sponsor penuh dari FELDA untuk belajar menjadi Aircraft Engineer.



Sejak 1 September 2009, setiap hari bangga dengan menyarungkan baju berlogo Malaysia Airlines. National Carrier. Walaupun waktu itu masih lagi seorang apprentice yang bergaji RM700, tetap bersyukur walaupun kadang kadang tengah bulan mintak duit kat mak ayah.

Tetapi selepas 2 kejadian kehilangan kapal terbang, Malaysia Airlines mula goyah. Mula timbul khabar khabar angin untuk menstruktur semula organisasi Malaysia Airlines. Jadi detik penghujung Mei 2015 adalah detik mendebarkan dan mencemaskan apabila seluruh warga Malaysia Airlines perlu menunggu surat datang ke rumah pada 3 Jun 2016 melalui Pos Laju.



Ada diantara kami yang mendapat 'Garden Leave' selama 3 bulan di atas alasan berisiko tinggi melakukan sesuatu perkara merbahaya jika masih berada di tempat kerja untuk 3 bulan terakhir. Saya dan suami memang meneruskan sisa sisa hari terakhir di tempat kerja. Kerja setiap hari menimbun dan tak seperti nak berhenti kerja pada 31 Ogos 2015.



Jujur dari dalam hati, kehilangan kerja bersama Malaysia Airlines memang membuatkan kami semua menitiskan air mata. Sepanjang bekerja bersama rakan rakan di bahagian Cabin Interior Maintenance,   banyak pengalaman suka dan kurang duka. Malangnya di dalam proses pengstrukturan semula department kami ditutup terus. Jadi kami satu department kehilangan kerja termasuk boss. Hanya tinggal kurang 10 orang diserapkan ke bahagian lain.



Bila diingatkan semula kenangan bersama Malaysia Airlines, tiket FOC memang jarang digunakan kerana En. Suami susah untuk mendapat cuti panjang untuk kami mencari peluang travel ke luar negara. Cuma sempat menggunakan beberapa tiket ke Indonesia Manila dan beberapa tempat di dalam Malaysia. Alhamdulillah.. Dapat jugak peluang melihat tempat orang.



Hari ini dah 3 bulan berada di rumah. Alhamdulillah.. En Suami sudah mendapat kerja. Tetapi kawan kawan masih ramai menganggur. Saya sudah mendapat kerja baru. Jaga anak di rumah sepenuh masa dan menjadi driver hantar dan ambil anak sekolah.

Owh.. lupa nak bercerita tentang CDC. Career Development Centre tu. Macam tak menampakkan hasil yang sangat memuaskan pun. Saya memilih entrepreneurship program. Hurm.. Macam takde nampak ape kelebihan pun. Perlu bergerak sendiri la jugak untuk berbisnes. Cuma dapat skill buat account je dari mereka. Untuk kawan kawan yang memilih untuk mencari kerja, masih jugak tak dapat kerja. Berusaha sendiri jelah untuk mencari kerja. Semoga kita semua berjaya ye..



Selamat maju jaya kepada rakan rakan yang masih terus berkhidmat di Malaysia Airlines Berhad (MAB). Semoga korang terus berkhidmat dengan cemerlang ye. Semoga kita akan berjumpa lagi di lain waktu. InsyaAllah.. 



1 September 2009 - 31 Ogos 2015








Friday, August 28, 2015

A Last Day

Salam Jumaat Buat Semua.

A Very Last Day before 31 August.

Kami semua decide nak buat clearance semalam. Tetapi tak berjaya. Overwhelming di KLIA. So hari ini kami bersama sama boss memilih Malaysia Airlines Academy nak menyerahkan segala benda yang perlu diserah.


Hikmah Jumaat, semua urusan dipermudahkan. Rezeki dapat surrender pass dan exit form sama sama dengan our HOD (Aircraft Interior Maintenance) En Sururi.. Terima kasih untuk semua tunjuk ajar dan teguran. cool and great humble boss ever!! proud been part of your team ^__^




Allahumma Solli 'Ala Saiyidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallim



Let's Moving Forward.

Monday, June 01, 2015

Congrats Marsitah Din dan Rizwan

Congrats Marsitah Din dan Rizwan. Akhirnya percintaan korang dari zaman METC sampai juga ke jinjang pelamin.

Bertarikh 30 May 2015
Bertempat di Masjid Sultanah Nur Zahirah Marang Terengganu

Waktu majlis akad nikah tak pergi pun. Terlupa sebenarnya. Padahal duduk kat rumah tengah seronok bermalas malasan dengan mak.

Resepsi pula dibuat di Dewan Tertutup Noor Arfa Batik. Yang ni memang la tak lupa sebab balik kampung memang bertujuan untuk ke Majlis Ex Housemate ni.

Punya la seronok bergambar di Piccabooth by Piccabooth Official. Sampai hampir terlupa nak bergambar dengan pengantin. Tak senonoh betul. Piccabooth Apeng ni memang best!



Jakun pun ye jugak. Sebab firsttime jumpa piccabooth. Walhal Apeng pengasas piccabooth kat Malaysia ni. Maklumlah waktu ai kawin dulu benda benda macam ni belum wujud. Kalau tak mesti ai dah hire korang untuk memeriahkan majlis. En. Hubby pun sporting melayan bila dia dengan piccabooth ni Apeng punya.

Anyway, good job Piccabooth.






Tahniah Marsitah dan Wan. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Tak sabar tunggu korang ada baby. Mesti comel comel macam korang.




Saturday, April 25, 2015

Selamat Pengantin Baru Nik Anuar dan Nur Syafiqa

Selamat Pengantin Baru Nik Anuar dan Nur Syafiqa.. 

Dah beberapa minggu dah kenduri berlalu. Tapi baru nak blog kan. Busy sangat katanya.. Tapi tetap nak blogkan jugak sebab untuk kenangan. 

Sebenarnya wedding korang ni nyaris dah tak sampai. Sebab terlalu banyak aktiviti. Tapi bila kita berjanji dengan perkataan InsyaAllah, Allah permudahkan perjalanan dan perancangan kitorang. 

Tiba tiba sehari sebelum kenduri En. Hubby decide untuk balik melawat ayah kat kampung since ayah dah beberapa hari tak sihat. 

Alang alang balik kampung, dapatlah singgah Felda Bukit Goh untuk menghadiri majlis perkahwinan Nik Anuar dan Nur Syafiqa. 

Majlis sangat simple tapi meriah diadakan di dewan Felda Bukit Goh. 

Anyway my batchmate, 
Selamat menempuhi alam rumah tangga. Bergaduh, berselisih faham itu biasa, tetapi jangan terlalu remehkan keadaan. 

Semoga cinta kalian sampai ke Jannah, dan dikurniakan anak anak yang comel. Ameen.. 

Friday, April 24, 2015

Adik.. Mummy Tak Suka La

Adik.. Mummy tak suka la.. 
serius mummy adik tak suka.. 
Nape eh adik?
Mummy tengok adik macam semacam je.. 


Tapi.. 
Mummy tengok budak lain macam okey jekk.

adik je..
Tak omeyyyy...

Iskh.. Tak suka la.. 


Eh.. Mummy tak suka ape ni? 
Tu.. Mummy tak suka tengok toncang dua adik.. Macam tak kena.. Huduss la dik.. 



Mummy lagi suka macam ni.. Toncang pokok kurma.. 


Malam tadi ayah cakap.. Sabar ye dik.. Jap lagi rambut adik panjang.. tak la adik nampak selebet sangat.. 

Eh... Ayah lagi excited ni simpan rambut adik panjang panjang.. 

Opss!!!











Wednesday, April 15, 2015

Happy Birthday to Nazim

Happy Birthday to Nazim. Firstly, sedekahkan mama Al Fatihah dulu. Apa apapun ingat tau kat mama. Rajin rajin sedekahkan Al Fatihah. Kalau bukan anak anak mama, siapa lagi yang nak bacakan Al Quran buat mama. 

Buat Wan Muhammad Nazim, 
Semoga menjadi anak soleh. Hormati orang tua. Rajin rajin ke sekolah dan khatamkan Al Quran tahun ni yer.. 




As per request.. 

Mummy, 
nanti birthday Acim, Acim nak kek sonic. 


Kalau ikutkan plan asal, bukan kek edible image. Nak buat kek macam Adam. Ada seketul sonic kat atas kek. Tapi Toy r Us dah takde jual Sonic. Huhhh... 

Tak tahu nak beli sonic kat mana, end up mintak la permission En. Hubby buatkan kek edible aje.. 

Alhamdulillah.. Dia sangat happy.. Siap letakkan muka dia sekali kat atas kek, lagi dia suka.. Thank a lot to Kak Far. As usual.. You lah pembuat kek tegar untuk anak anak i. Lagipun semua kek yang Kak Far buat, tak pernah mengecewakan. 


Kali ni kita order Salted Caramel. Tapi kek dalam gambar ni dah nak glide.. Caramel kat tengah tu dah buat hal agaknya.. Ambik tengah hari, potong kek malam, memang caramel nak lari la.. Takpelah.. Rasa dia tetap tak berubah.


Ini 3 beradik yang tak boleh nak pisah sekarang. Mesti ada masalah kalau hilang salah sorang. Dah la cuti sekolah abang dua orang ni kena balik kampung mama. Haru biru la mummy nak melayankan karenah Adam.. 

Owh.. Tak habis habis Adam mengaku tu kek birthday Adam.. Helloooo.... Berapa kali setahun birthday Adam ni?

Monday, April 06, 2015

Biasa Dia Buat Kerja macam ni

Biasa dia buat kerja macam ni. Tapi biasa dia buat dengan makcik dia.. Mommy cuma selalu mendengar aje cerita dari Acik. 

Adam ambik telur dalam bakul, ambik sudu, ambik mangkuk.. Nak acak katanya. Banyak la memasaknya Abadam.. 


Satu hari, mommy penat balik kerja.. Tak sedar bila dia ikut dari belakang. Kita stop dekat meja air nak minum air.. Rupanya dia laju ke wet kitchen ambik telur kat sana. 

Sedar je dah bunyi pekk!! Biasa la.. tak syak pape.. Penat kot baru balik. Nak minum air dulu puas puas.. Tiba tiba pusing belakang... Nah!! telur sebijik kat atas lantai.. Tuan angkara buat kerja dah hilang dah ke depan. 

Huishh.. Bertuah sungguh anak mommy sorang ni.. Nak marah? Tak...

Panggil dia datang.. tapi tak muncul muncul... Takut kena marh since mommy singa.. Tapi mommy tarik dia datang dapur suruh duduk dan ambik gambar. 



Nah ayah!! 
Ni kerja anak ayah arini.. Saje nak bagi extra work kat mommy untuk mop lantai.. 

Tau la lantai tu kotor.. Tapi tak payah la pecahkan telur semata mata nak suruh mommy mop lantai.. Yer.. Mommy tahu.. Dah lama mommy tak sental Basic H kat lantai umah kita tu.. Mommy busy.. Hikhikhikhik


Movie Kedua Adam Isyraf

Ini kisah mommy yang teringin nak tengok movie sebenarnya. Lagipun saja nak bawak si abang balik sekali sekala rasa terisi cuti sekolah dengan kami. Selama ni kami agak cuak untuk pergi tengok wayang. 

Macam macam fikir. Kang anak menangis kang dalam wayang, buat bising ganggu orang lah, menjerit nak balik lah.. Macam macam fikiran negatif sebenarnya. 

Tapi kalau tak try mana la nak tahu. Satu hari tu, siap breakfast kat Sri TTDI, ai ajak la En. Hubby singgah Space U8.Kononnya ajak dia tengok PUMA Adidas Clearance Sale. Dah sampai, tibe tibe bagi cadangan, Jom tengok movie?!

Mula mula En. Hubby macam risau. Kang Alyah menangis kang? Kang Adam buat onar kang? Alaa.. Kita tak cuba, kita tak tahu.. 

So ape lagi.. Beli ajelah tiket. Kalau ade masalah nanti kat dalam panggung, kita blah ajelah.. 

Adam sesungguhnya excited. Entah ape dia nak buat dan nak pegi mane tak tahu. Tapi ambik gambar sana sini.. 


Mungkin jugak dia happy sebab dapat toys dari DIY. Hahaha.. Nasib baik toys tu tak tercicir kat dalam panggung. Sebab waktu movie habis, semua pakat keluar je. Langsung tak ingatkan mainan dia tu.. 


Dah sampai bawah, baru teringat dan tanya En. Hubby. Tak pasal En. Hubby naik atas semula mintak permission daripada budak budak yang jaga kat situ nak masuk cari toys.. 

Adoi!!


Friday, April 03, 2015

Salam Jumaat

salam jumaat baca al kahfi


Minggu ni terasa macam cepat je.. Ingatkan Khamis.. Rupanya dah Jumaat. Minggu yang teragak sibuk rasanya. Sampai macam rasa tak cukup sehari. 

Tapi baguslah esok dah Sabtu. Boleh la berehat rehat kat rumah memandangkan En. Suami pun takde aktiviti bola yang menyebabkan ai perlu ikut. 

Maklumlah.. Last week tak sempat nak rasa hujung minggu sebab sibuk dengan MH Sport Karnival kat Subang. Anak anak pun tak cukup kasih sayang mommy dia agaknya.. Ciannye anak mommy yer.. 

Badan penat.. Sakit belakang. Sakit belakang ke? Entah.. Payah nak explain. Dah 8 hari sakit sebab tersalah tidur. Pergi klinik pun tak jalan. En. Suami nak kena belanja ai spa sehari kot. Baru ok.. Nak driving pun susah.. Nak bangun dari tidur pun seksa. Sabar jela kan..

So self reminder, jangan lupa makan supplement. Badan awak tu tak cukup nutrisi. Kalsium kurang. Makan kurang sebab nak diet.. Supplement jangan tinggal yer..