Thursday, March 26, 2015

Farid Nisa Reception : Nur Arfa Batik Open Hall

Sebelum ni dah buat satu entry waktu malam pernikahan. 

Kali ni nak story cerita hari Reception Farid dan Nisa.

Lokasi memang strategik. Tepi Sungai Ibai.. Angin bukan setakat sepoi sepoi bahasa. Memang kuat. Beberapa kali terbalik stand pintu gerbang. End up tak payah la pasang.. 

Open Hall Noor Arfa Batik ni memang takde masalah kepanasan tetamu dan pengantin. 

Cuma rasa macam kelam kelibut je. Kitorang prepare menu kat rumah. Masak masak, lepas tu hangkut ke sana. Mak memang tak mau pergi la kat dewan. Kitorang adik beradik je yang bersemangat. 


End up, nak naik ke pelamin, kitorang aje yang nak mengiring diorang. Rasanya pembahagian tugas semua dah betul. Part nak pegi naik pelamin je tersasul sikit. Memang la sepatutnya part family kitorang. Tapi masing masing kepenatan memasak agaknya. 

Tapi tak kisah kan.. Kawin tetapi dah kawin.. Yang penting majlis meriah, makanan cukup, kitorang semua masak sedap. Tak gitu? 

Lagipun ramai yang malas nak berdiri tengah panas kan.. Memandangkan Terengganu sangat kering tanpa hujan. 



Tapi sampai sampai je kat dalam dewan, terkejut.. Anak mummy rupanya yang duduk bersanding atas pelamin.. Pengantin pun tak sempat nak naik pelamin. Dua beradik ni dah sibuk kat atas tu.. Geram kot.. Tengok pelamin yang sangat sweet. Habis alas karpet orang bersepah. 


Ini satu gambar yang boleh kami abadikan. Nak kumpulkan semua memang mustahil. Dapat la kumpul 1/9 dari family kot.. Tak lengkap langsung tapi ada la jugak.. Group family photo memang payah kalau family besar sangat. Tambah pulak waktu kenduri kawin. Orang ni nak jumpa sedara ni. Orang tu nak jumpa sedara kat sana. Mak ayah pulak langsung tak datang sebab malas nak tukar baju cantik. Haaa.. Alasan baik punya mak kasi.. 





Ini sikit gambar nak tempek kat entry ni. Buat kenangan. 






Tuesday, March 24, 2015

Pernikahan Farid dan Nisa, Last Person Between Us

Yang ni last between us. 

Antara sepupu sepupu, kitorang ada 3 orang yang sebaya. Macam biasa, perempuan kawin dulu tu standard. So ai la tu. 

Second, Zakaria yang mengikut jejak. 

Setelah sekian lama menunggu, Akhirnya Farid dah menamatkan zaman bujangnya 18 Mac 2015. Lama jugak aku tunggu ko ni kawin. 

Kitorang bertiga boleh di kategorikan sangat rapat dan persaingan sihat memang sentiasa berlaku di antara kami. So bila Farid yang kawin, kena buat macam masa Zakaria kawin la.. Seminggu Annual Leave. Biar sama dan adil. 

Majlis pernikahan dilakukan di Masjid Raja Cendering. ( nama glemer)
Masjid Jamek ape eh nama betul dia.. Tak ingat.. 

Majlis dilangsungkan kat masjid je. Lagipun berdekatan dengan rumah kami dan pengantin perempuan juga. Yang tak bestnya, ni la first time ai jumpa Nisa. Iskh.. Dah la nama sama.. Tapi sorok sorokkan pulak. 

Yang dulu dulu bukan main kenalkan sorang sorang.. 

Malam tu majlis berjalan sempurna.. Dihadiri oleh saudara mara terdekat dan jiran tetangga je. Itu pun nak penuh jugak 1 masjid. 

Sampai makanan pun tak cukup. Dengarnya umi halau pengantin pergi makan kat kedai je kan malam tu? Umi memang sempoi.. 





Ini gambar berempat untuk buat my dearest Asmidah jeles.. Dia otw dari KL malam tu.. Kalau dia ada, cukup la korum kami the sistas. So Alyah wakilkan amimi yer.. 


Last, 
tempek je gambar ai yang gemsss.. 
Biar kasi stress lebih.. 


Jom kurus!!

Monday, March 23, 2015

Farah dan Aruddin, Semoga Cinta Kalian Sampai Syurga

Selamat Pengantin Baru buat Farhah dan Aruddin. Semoga cinta jarak jauh kalian berdua akan kekal hingga ke Jannah Firdausi. 

Sorang di Tawau, sorang di Subang.. Hujung minggu fly ajelah yer untuk berjumpa.. Tak susah pun. Cuma yang penting hati masing masing kena percaya dengan partner. kan? 

Berusaha susun jadual kasi cantik supaya tak miss kenduri korang ni.. Nak pegi Tawau kang costing pulak.. So awal pagi keluar dari rumah mertua, pergi angkut anak anak pulak kat Dungun, tapi lambat jugak sampai ke Sungai Isap Damai. Tak sempat nak jumpa kawan kawan yang lain. 

Takpelah.. Takde rezeki.. 

Ni satu gambar kenangan dengan pengantin. Adam je takde. Sebab anakku itu sudah comot main masak masak dengan makanan kat meja. 

Monday, March 16, 2015

26 CPUV Running?

26 CPUV Running?? Biar betul. Macam tak percaya.

Ya Allah Nuffnang ni. Rasa macam nak pengsan.. Banyaknya CPUV.. 26 jalan serentak.. Ini yang rasa sayang nuffnang lebih lebih dan rase menyesal bila tak update blog ni..

Dah banyak sangat, macam tak mau la screen shoot.. Menunjuk pulak kang.. Anyway, Thank you Nuffnang.. Baiknya hati!!


Meh nak belanja sikit gambar 2 orang berebut botol susu.. Kisah si adik dah habiskan susu si abang. Padahal abang baru sempat seteguk dua. Tinggal jap botol susu nak pegi main. Sekali pusing, dah licin!

Tuesday, March 10, 2015

Macaroni Cheese Versi Lebihan

Bila teringin makan western, boleh la ajak En. Hubby layan.. 

Bila teringin makan makanan Padang.. Memang dia alu alukan.. 

Bila teringin makan pasta.. Sorry.. Tekak ai tak terima katanya.. 

Cesss.... Tak mo layan langsung kalau ajak makan spaghetti ke dan segala Italian food. Kalau nak masak pasta kat rumah pun tunggu hari dia takde kat rumah la.. Kalau tak, kena buat dua menu pulak. Pasta dan nasi.. Memang suamiku tekak nasi budu dengan ikan singgang. 

Tak yah mengeluh.. Tu menu senang kacang. Campak campak aje.. Siap!! Tekak ni bosan dah makan menu dia tu.. Sampai tahap bila buat lauk tu je, isterimu makan nasi ngan kicap ajo.. Tak lalu la makan ikan singgang. Jemu.. 

Tapi dia boleh berselera tambah nasi dua tiga pinggan sebab cicah budu yer.. 

So memang suka la menjelajah kedai pasta dan masak pasta dengan kawan kawan. Dah kat rumah macam tak sesuai aje nak masak.. 


So last week, di port terbaik kitorang masak la segala jenis pasta dan pizza yang kami teringin. Memang selalu buat kerja giler giler ni dengan 1 grup ni. Gambar mereka hidden dan lokasi rahsia.. Poyo lak kan.. 


Yang penting, hari Jumaat aje boleh buat. Masa rehat yang panjang. Rasanya gambar gambar pizza dan pasta pun tak tersnap sebab dah macam pirana je masing masing kosongkan perut dari pagi sebab nak makan puas puas. Yang bestnya sharing RM15 seorang dapat makan macam RM50 sorang kat kedai. 

Dan lebihan lebihan masak tu semua dah surrender. Kekenyangan dan tak larat dah. So ai yang rase kesian la pulak dengan segala macaroni dan sprinkle tu.. End up.. ambik loyang.. Susun susun lebihan topping pizza, lebihan kuah spaghetti, gaul gaul rata dan tabur cheese yang ada, masuk je oven.. 

Dan ini hasilnya.. 

Satu Anisah yang bawak balik.. Satu Suria yang bawak balik.. 


Nasib baik anak anak suka. Tak macam ayahnya.. Seloyang tu ok la.. Kenyang perut anak anak. Dan yang pasti, mereka suka sangat. En. Hubby? Tak sentuh pun.. 

Tak kisah.. Tak kecik hati.. Dah tau bukan taste dia.. 

Cuba bagi dia ayam/daging goreng kunyit macam kat kedai thai, sayur lemak kacang panjang dengan telur dadar dan budu, mesti dia laju je ke meja makan.. 

Owh suamiku.. kita berbeza citarasa.. 


Okay.. ni muka ngantuk kenyang sebab makan banyak.. 

No wonder la gemuk.... 


Monday, March 09, 2015

Wedding Anniversary Giveaway NaelofarHijab


Syarat syarat mudah je.. Cuma Klik banner untuk join. 




KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN PADA 12 March 2015 sempena anniversary aini. TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 11 March 2015 Jam 11.59 malam.




TAG :
  1. http://awansayatasana.blogspot.com/
  2. http://duniamrsrongoks.blogspot.com/


Benjolan di Kepala Bayi Baru Lahir

Hari ni saya nak berkongsi tentang benjolan di kepala bayi baru lahir. Ada beberapa faktor yang menyebabkan kepala bayi yang lahir benjol. Salah satu ialah kaedah kelahiran vacuum and forceps.

selain itu, benjolan di kepala ini dikategorikan sebagai 'birth trauma'.

Birth Trauma atau trauma ketikat kelahiran dipanggil Cephalhematoma iaitu hemorrage (pengumpulan darah) yang terjadi diantara tengkorak dan periosreum bayi yang baru dilahirkan.


Disekitar tempat benjolan tersebut tidak keras. Bila ditekan dengan jari ia seolah olah mempunyai cecair dibahagian dalam. Ia tidak keras seperti benjolan ketika terhantuk.



Eh... kenapa ai bersemangat sangat cerita pasal benjolan di kepala bayi baru lahir ni?

Sebenarnya pengalaman ni ai dan suami alami sendiri ketika melahirkan anak kedua.







Jujurnya, ai tak perasan pun kepala Alyah benjol. Dia dilahirkan dengan rambut yang lebat. So memang terlindunglah benjolan tu.

Lagipun situasi kami yang kelam kabut. Kelam kabut?

Ha.. Ai dan suami memang kelam kabut untuk second baby ni. Wife nak bersalin, husband nak exam. Siap boleh cakap kat prof, saya nak kena warded arini ke? Pagi esok husband saya nak exam. Huhuhu... Kenapa sekarang? 

Hingga Prof Siti marah.. Eh.. Nak bersalin normal ni bukan boleh tunggu tunggu ke pilih pilih. Dah Allah tetapkan anak awak nak keluar. Hihihi..

Anyway, Prof Siti memang terbaekk... Pukul 8 ai bersalin, pukul 8.15 pagi dia halau my hubby pergi ofis untuk sit exam, pukul 9 exam start, pukul 1 dapat result dah PASS... Double Triple happiness kate kaw!


Back to story line.


TERDAPAT BENJOLAN PADA KEPALA BAYI YANG BARU LAHIR

Second Day after deliver, Prof Lim day datang ambil baby Alyah ke bilik rawatan untuk buat full medical check up dan ambil injection. So, bila dap at result everything is okay but only her head glide a vacuum baby. but it's not a problem. it will be okay from time to time.

Me : Hah?? (risau)

Then doctor explain semula. baru la tak jadi cuak.

Bejolan di kepala yang dialami Alyah hanya meliputi bahagian luar tempurung kepala. Ia tidak melibatkan bahagian dalam tengkorak kepala yang boleh mengganggu sistem saraf. Benjolan ini adalah sel darah beku yang terkumpul akibat kedudukan ketika di dalam rahim sama ada tersepit atau tertekan dengan badan ibu. Itulah explanation daripada Prof Lim.

SO, MACAM MANA UNTUK BAGI BENJOLAN ITU HILANG?

Tak ada cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan benjolan. Tetapi ia akan hilang sendiri dari masa ke semasa.

BERAPA LAMA MASA YANG DI AMBIL UNTUK BENJOLAN ITU HILANG?

Ia bergantung kepada keadaan bayi sendiri. Ada dikalangan bayi mengambil masa hingga 2 tahun untuk hilangkan benjolan.

BAYI MERASA SAKIT ATAU TERGANGGU KE TIDAK DENGAN BENJOLAN ITU?

Bayi tidak akan rasa apa apa dan tidak ada apa kesan buruk tentang perkembangan bayi.





Segala penerangan daripada Prof Lim tu buat ai rasa okay... Tak perlu risau. Tak payah fikir. Heee..

Tetapi selepas seminggu balik rumah, benjolan itu makin membesar dan makin jelas walaupun berselindung daripada rambut Alyah yang banyak. Daripada mood tak fikir dan tak risau, tetiba ai pun risau la semula. Sebab daripada orang tak perasan hingga orang datang melawat pun perasan. Means it's growing up!

Pening memikirkan dan tak tahu apa nak buat melainkan tiap tiap masa duk usap kepala Alyah dan berselawat serta bacakan Al Fatihah serta sapu ke tempat benjolan itu.

Dalam pada masa sama, ai nak juga cukur botak rambut anak ai ni. Walaupun bertekak dengan En. Suami sebab dia taknak cukur. Just nak potong pendek je. Nak raya la katakan. Tak mahu anak dia raya botak. Lagi lagi dengan ada benjolan tu. Nak cover la katakan. Bagi ai, ade ku kesah???

End up, En. Suami cuma potong rambut Alyah pakai mesin, tapi bila En. Suami pergi kerja, ai ambil shaver, shave sikit sikit rambut Alyah sampai botak. Haaa... En. Suami kena la dia pasrah. Sebab past is past okay...

Tapi sebagai ibu, ai tak perasan pun dengan apa yang berlaku. Cuma sehari lepas shave, husband balik kerja dia tegur, sayang.. you letak apa kat kepala Alyah? Me, Kenapa? He, Nampak dah surut dah benjolan dia. Dah tak macam semalam semalam. Me, Yeke? Terus cepat cepat buka Gallery phone compare gambar semalam dan real harini.

Aah!! Dah berbeza almost 50%!! It's amazing!!! Benjolan itu hilang hanya dengan botakkan rambut Alyah.. Tak sampai 48 jam pun, benjolan tu dah menyurut. Dan benjolan completely hilang selepas 3 hari rambut dicukur.



So, no wonder kita perlu cukur rambut bayi baru lahir completely. Kalau kita tak ada apa apa masalah dengan bayi, mungkin kita tak tahu kepentingan cukur rambut bayi. Bila dah berlaku kat ai, ai faham lah kenapa nak kena cukur rambut. Tapi ada sesetengah orang, sayang nak buang rambut bayi tu. Sebab lembut.. Lepas cukur pulak, rambut yang tumbuh tu dah keras. Tak sama lagi dah..

Ini kisah pengalaman ai tau. Mungkin kalau ia berlaku kat korang, result dia tak sama. Maybe perlu bertanyakan doktor. Macam ai, memang lahir lahir je doktor dah check dan doktor yang bagitahu. Ai mungkin tak perasan kalau doktor tak bagitahu. Heeeee...

Apapun, menjadi ibu itu sangat indah hokeyyyy.....


Ni Alyah yang latest. Sihat walafiat anak mommy. Dah pandai memanjat dah pun.






Sunday, March 08, 2015

We Love You, We Miss You



We lost dear friends and colleagues, and we remember them today, everyday. 

Always in my heart. 

MH370 8 March 2014

Saturday, March 07, 2015

Entry Santai Di Hari Sabtu



Morning.. Selamat berhujung minggu semua.

Entry santai santai di pagi Sabtu sambil menunggu En. Hubby pulang dari pasar..

Pagi ajelah boleh bersantai.. Tengah hari nanti nak keluar ke Banting. Memenuhi undangan majlis pertunangan Ajib dan Ain.

Then petang kita ke Bangi.. Macam biasa, En Hubby nak main bola.. Bola lagi....

Friday, March 06, 2015

Mini Giveaway by Hani Rahman







Syarat-syarat :-
1. Follow blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest
2. Add FB Hani Rahman & G+ Hani Fadhlina Abdul Rahman
3. Buat entry, buh banner kat atas tu & backlink ke entry nie ...
4. Tinggal kan link entry korang kat entry nie jer ...

Hadiah :-

Top up RM10 × 2
Review blog/produk × 3




* Khidmat random.org akan digunakan ...
* Senarai peserta akan diupdate ...




Mari ler ramai-ramai memeriahkan suasana ... Caranya mudah sahaja ... Jangan lupa singgah jalan-jalan kat SiNi & Join contest kat SiNi

Pengalaman Menggunakan Implanon - Bulan Ke 3

Sebenarnya saya masih lagi pening dan kompius dengan implanon dan kitaran haid. Tapi abaikan je. Jangan difikir. Kang stress aje.

Harini saya nak bercerita pengalaman sepanjang tiga bulan menggunakan implanon. Saya dah bercerita sebelum ni di entry INI dan INI tentang implanon jugak.

Dah tiga bulan menggunakan implanon, benda yang paling confusing adalah waktu datang bulan. Mungkin entry entry sebelum ni ditulis dalam keadaan stress, mungkin ada luahan dan perasaan sedih serta terkilan di situ. Kali ni, saya nak menulis dengan mood yang sabar dan relax relax jer.. Poyo kan?

Pada sebulan pertama menggunakan implanon, darah langsung tak berhenti hinggalah sebulan kemudian jumpa dengan Dr. Razana di Seksyen 13 untuk mintak suggestion. Then dapatlah pil untuk hormon supaya darah berhenti.



Alhamdulillah.. Pil Norcolut yang doktor berikan tu memang berkesan. Selepas seminggu pengambilan secara konsisten, darah berhenti. Kalau tahu, awal awal lagi pergi jumpa Dr. Razana. Tapi confuse. Itu darah nifas ke darah disebabkan effect implanon. Tu teragak agak nak jumpa doktor.

Selepas tiga minggu mengambil pil Norcolut tu darah ada semula. Seriuk cuak. Eh.. Pil dah tak berkesan ke? So jumpa semula dengan doktor mintak nasihat dia. Then bila scan check semua, dah confirm. itu adalah period. Means hormon dalam badan ni dah kembali normal.

Cuma pesanan dia, kalau darah yang keluar waktu tu lebih daripada waktu normal period, doktor sarankan untuk ambik semula Norcolut tu. Alhamdulillah.. After 7 hari, darah berhenti. Which is normal as before.

Cuma...
Cuma lagi...

Bulan ke tiga ni, tiba tiba ada darah.. Okay.. Datang bulan.. Tapi 3 hari je dah abis? Owh.. blur jap.. Dahla awal jugak. pastu 3 hari abis.. pastu... Dah tak mau explain.. Detail sangat pulak nanti kang.. Yang penting rasa confuse dan jadi was was..

Owh... tak suka la macam ni.. Rasanya nak kena consume GLA kot ye tak? GLA kan memang membantu untuk menstabilkan hormon dan buat period teratur. Selama ni pandai duk consult orang je. Rasanya dah sampai masa untuk makan GLA agar hormon dalam badan saya pula yang stabil.

Okaylah.. Tengok nanti bulan ke empat macam mana pula.. Kang ada masa saya share..




Thursday, March 05, 2015

Cara Saya Hilangkan Selesema Pada Bayi

Malam ahad lepas tengok Alyah macam selesema. Alahai anak.. Esok mommy nak kerja. Jangan tidur malam adik buat hal nangis nangis tak boleh tidur pulak yer. Dah la hari Isnin. Tak boleh nak apply adhoc leave dik.



So apa mommy buat, sebelum tidur mommy boost Vitamin C intake la.. Hari hari biasa memang la mommy makan sebiji sehari di awal pagi. Since Alyah selesema, dan syukur baby comel comel mommy masih lagi breastfeeding, mommy makan la 3 biji Vitamin C sebelum tidur.

Apa yang berlaku? Esoknya balik kerja, kakak cakap sepanjang hari Isnin tu banyak sangat hingus Alyah keluar. Macam macam kaler. Hijau coklat semua ade.. Kakakku tak tahu. Adiknya mengambil extra dose Vitamin C sebenarnya.

Tapi mengikut observation, mommy tak puas hati lagi dengan selesema Alyah ni. Still ada dan tak kering. Lagipun kadang kadang dia loya macam nak muntah. Rasanya ada kahak lagi dalam tekak dia.

So tiga malam berturut mommy makan 3 biji Sustained Release Vitamin C tu sebelum tidur. Sebenarnya malam tadi pun makan juga. Dah masuk empat malam dah. Tapi yang bestnya, mommy dengan ayah bukan hirau pun anak dia selesema lagi ke tak. Pasal kitorang cuma ada lebih kurang 4 jam je sehari untuk berbual. So banyak topik lain nak dibualkan. Lupa nak tengok anak selesema lagi ke tak..

Tapi kami ada kakak yang sangat prihatin lagi penyayang. Kakak yang bagitau, Alyah dah tak selesema. Dah kering dah segala hingus dia hari ni. Means semalam. Hari Rabu.

Tiba tiba asben tanya,
"yeke? buat macam mana?" 

Selamba ajelah mommy jawab.
"tiap tiap malam ai makan Vitamin C 3 biji sebelum tidur. Selalu makan pagi pagi je. Dengan harapan, imun booster tu masuk melalui breastfeeding ke badan Alyah."

"Yeke? Power la Vitamin C. Nanti abang makan Vitamin C jugak la kalau selesema."


Eh.. Bukan dah penat ke isteri kesayangan abang ni suruh makan??? Papejelah bang.. Study.. Esok QA panggil untuk Oral Exam.

All The best!!

Wednesday, March 04, 2015

Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha


Assalamualaikum
Salam sejahtera

Jom join segmen simple cikgu.
Tujuan adalah untuk mengeratkan silaturrahim..
15 blogger akan dimasukkan dalam bloglist cikgu sepanjang MAC dan APRIL
Jangan lepaskan peluang ye ;)

http://www.cikgufarha.com/2015/03/pencarian-bloglist-mac-april-cikgu-farha.html

Cara mudah je:-
1. Buat entry khas bertajuk "Pencarian Bloglist Mac-April Cikgu Farha"
2. Tinggalkan link anda di ruangan komen entri ini sahaja
3. Copy coding yang disediakan.



SIAP!! Senang je kan?? Hee jom join...
Segmen akan berlangsung selama 5 hari bermula 2 Mac - 7 Mac.
Pencarian secara Random menggunakan khidmat robot Random.com

"Salam Ukhuwah. Jom Terjah"


Pemenang Adam Isyraf Turns 2 Giveaway

Bismillah.. 

Assalamualaikum.. 
Hari ni saya nak umumkan pemenang untuk Adam Isyraf Turns 2 Giveaway. Seperti yang dijanjikan, saya akan umumkan pemenang sebelum 5 Mac 2015. 

Sila semak nama korang kat SINI

Tahniah kepada semua pemenang. InsyaAllah, lain kali ada rezeki lebih, saya akan buat lagi. 



Boleh tengok mengikut kategori hadiah yer.. Dan jangan lupa, dah menang tu, sila silalah SMS / Whatsapp / Telegram saya di 019 2759210 dan kenalkan diri awak sebagai pemenang yer. Email tak boleh buat masa ni. Abadam dah disable ipad dan belum berjaya nak reboot ipad tu sebab problem dengan Sophos company. Huuuuuuu......

Tolong sertakan details untuk saya poskan hadiah hadiah korang. Kang kesian pulak, dapat hadiah tapi tak tuntut. Tak mo tau jadi macam tu.. 


11. adk dayah

Hadiah sedang menanti pemenang...

Tuesday, March 03, 2015

Hadiah Birthday buat Adam Isyraf

Mi... ambik ambik ambar.. Ambik ambar pat mi!!


Huhh.. dasyat punya command dia bagi kat mummy. Semata mata nak tunjuk gambar ni kat wan dan embah aki. Wah... Dah pandai nak tunjuk tunjuk barang dia kat embah aki rupenye.. Nasib baik embah aki awak pakai smartphone tau. Boleh la dia tengok ape hadiah awak ni. Kalau dulu dulu, cuma dengar ajelah cerita dari mommy.

Yang tak tahan tu siap boleh posing lagi dengan basikal baru dia. Dah lama dia mintak basikal. So belikan la hadiah birthday Adam Isyraf ni basikal. Lagipun abang abang punya hadiah pun basikal jugak..



Yang bestnya, Adik pun berebut sama. Macam la dia pandai main basikal. Tapi yang best, adik kejar dengan walker. Then adik menang dalam perlumbaan.

Sekian..

Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15


Klik Pada Gambar Kalau Nak Join :)

Syarat-syarat mudah saje :
  • Buat entri yang bertajuk "Segmen Bloglist & Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 " & backlink ke entri ni.
  • Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat side bar [Kawan-Kawan Kite] ) 
  • Like di page facebook [Rafzan Tomomi Story '15
  • Follow Instagram [rafzantomomi
  • Add to Circle Google+ [Rafzan Tomomi]
  • Klik ler iklan Nuffnang di blog ni. :D
  • Lebih senang copy je la link di bawah ni & paste kat entri korang tu :
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
</div>
<div style="text-align: center;">
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://www.rafzantomomi.com/2015/02/segmen-bloglist-blogwalking-rts15.html" target="_blank"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiG_xUwrFQZJPpAGBQMQbcEgE7RefhMxoaR5PATyhyphenhyphenVUgom8C7-sF7k6WhsNuY6JYXSDa7m202blopFCAO4ItOONOJQsDJ1WYbBpD0zabFRg0hoxQD_Ya_T1J11gpPlVGof36fDdE1Svc4/s1600/segmen.png" height="400" width="400" /></a></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<br /></div>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<i>Klik Pada Gambar Kalau Nak Join :)</i></div>
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
Syarat-syarat mudah saje :</div>
<div style="text-align: justify;">
<ul>
<li>Buat entri yang bertajuk <b>"Segmen Bloglist &amp; Blogwalking Rafzan Tomomi Story '15 "</b>&nbsp;&amp; <i>backlink </i>ke <a href="http://www.rafzantomomi.com/2015/02/segmen-bloglist-blogwalking-rts15.html" target="_blank">entri ni</a>.</li>
<li>Follow blog Rafzan Tomomi Story '15 (ade dekat <i>side bar</i> [Kawan-Kawan Kite] )&nbsp;</li>
<li>Like di page facebook [<a href="https://www.facebook.com/rafzantomomistory" target="_blank">Rafzan Tomomi Story '15</a>]&nbsp;</li>
<li>Follow Instagram [<a href="http://instagram.com/rafzantomomi" target="_blank">rafzantomomi</a>]&nbsp;</li>
<li>Add to Circle Google+ [<a href="https://plus.google.com/+RafzanTomomi/posts" target="_blank">Rafzan Tomomi</a>]</li>
<li>Klik ler iklan Nuffnang di&nbsp;<a href="http://www.rafzantomomi.com/2015/02/segmen-bloglist-blogwalking-rts15.html" target="_blank">blog ni</a>. :D</li>
<li>Lebih senang<i> copy</i> je la link di bawah ni&nbsp;&amp; <i>paste</i> kat entri korang tu :</li>
</ul>
</div>
<div style="text-align: justify;">
<center>
<div style="background-color: #f0f0f0; height: 150px; overflow: scroll; width: 350px;">
<br /></div>
<div style="font-color: ffffff; font-family: verdana,arial,sans-serif; font-size: 10px;">
</div>
</center>
<ul>
<li>Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat <a href="http://www.rafzantomomi.com/2015/02/segmen-bloglist-blogwalking-rts15.html" target="_blank">entri ini</a>.&nbsp;</li>
</ul>
</div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div style="text-align: justify;">
<b>15 URL blog</b> akan dipilih <b>(3 dipilih oleh Rafzan Tomomi dan 12 lagi akan dipilih melalui <a href="http://random.org/">random.org</a>)&nbsp;</b>dan akan diletakkan ke dalam page<b> "<a href="http://www.rafzantomomi.com/p/bloglist.html" target="_blank">#BLOGLIST</a>"</b>. <b>TOP 3</b> akan ada <i>special banner</i> dalam <a href="http://www.rafzantomomi.com/p/bloglist.html" target="_blank"><i>page</i> tersebut</a> dan akan muncul di <i>side-bar</i> blog <b><a href="http://www.rafzantomomi.com/" target="_blank">Rafzan Tomomi Story '15</a></b>. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada <b>1 April 2015 (Rabu)</b>. Jom <i>support</i> kawan-kawan :)</div>
<div style="text-align: justify;">
<br /></div>
<div>
<div style="text-align: center;">
<br /></div>
<br /></div>

  • Dah selesai semua diatas, sila Tinggalkan URL Entri korang dekat entri ini

15 URL blog akan dipilih (3 dipilih oleh Rafzan Tomomi dan 12 lagi akan dipilih melalui random.orgdan akan diletakkan ke dalam page "#BLOGLIST". TOP 3 akan ada special banner dalam page tersebut dan akan muncul di side-bar blog Rafzan Tomomi Story '15. Keputusan 15 URL bertuah akan diumumkan pada 1 April 2015 (Rabu). Jom support kawan-kawan :)



Monday, March 02, 2015

Senarai Peserta Giveaway Sempena Adam Isyraf Turns 2!!!

Kat sini saya listkan peserta Giveaway Sempena Adam Isyraf Turns 2. Korang pun boleh la klik link kat bawah tu untuk blogwalking kat blog diorang..


Tapi saje je nak tunjuk Kek Birthday Adam. Kek Red Velvet yang pakai butter cream sebab nak deco Thomas. Kalau takde deco deco, macam biasalah. cream cheese la yang yummy... 




SENARAI NAMA PESERTA

  1. Azlan Bahar
  2. Cik Aisyah
  3. Hajar Rash
  4. khaty aiman
  5. Cik Jelita
  6. Saniah Ahmad
  7. cik karmila
  8. azman Arsad
  9. Yumida Huda
  10. Hikmatul Khasanah
  11. adk dayah
  12. nana liena
  13. Bbwana adienia
  14. Cik Enonimus
  15. Izz Eyda
  16. tiza vico
  17. nana kimie
  18. Muhammad Shahril
  19. Hikayat Seorang Budak
  20. Hani Fadhlina Abdul Rahman
  21. Siti Nariha Ghazali
  22. Awan Samudera
  23. Cik Candy
  24. Nur Azhani
  25. MRS Rongoks
  26. Shyue Kim
  27. nor nazliana
  28. Cik Hani
  29. zamizi jusoh
  30. miya amira
  31. Eilya Maisara
  32. Lightnur Cahaya
  33. Queen Contest
  34. Peminat Setia
  35. Cikgu Norazimah
  36. mama 3farhanah
  37. pxyx xx
  38. Haffizul Iskandar
  39. Niena Annisa'
  40. Meura Fiznie Airah