Tuesday, August 31, 2010

Finally! (part II)

wuhuu!!
ace teka tibe tibe wujud part two gamaknye yer?
huhu...

pegi makan lagi skali??
nope!!
takde keje nakgi redah jamm bulan bulan pose ni ke OU lagi skali..
kalo nak makan pun ace tunggu pas raye ke..
sonok sket bejalan..

alahai...
kalau ikut previous entry nak je buat jadi secret sape yang teman pi makan ritu..
tapi,
hmm...
tak bule...
tak bule...
ade orang tertanye tanye tapi tak nak bertanye..
ye la..
tak mo secret secret da..

acceli,
ritu pegi dengan ex boyfie..
gefrend dia, jgn duk meradang ke merajuk k..
kami hanya kawan dan teman seperjuangan je..
past is past!
tak salah kan jadi kawan bile clash..
lagipun tak suke la musuh2..
kang nak keje nampak muke ko jugak.
silap2 haribulan kene keje 1 team ngan ko jugak..ingat nak ajak incik MBK,
tapi dia salu cakap,
dia tak suke makan makanan lagu ni..
hmm...
so taknak ler pakse..
walaupun cenanye nak je ajak dia..
tibe tibe ade orang nak ikut..
dats y la i pegi dgn dia..
so,
takde rahsie rahsie dah!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tibe tibe,
teringat gambo ni..
hehe...
kat
Fish & Co
jugak!
hepi sokmo k!!celebrate korang punye anniversary and berbuka pose..
ye dok??
semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...
semoga cepat cepat makcik umi dan paksu pergi meminang cik syahida a.k.a tembume!


ayah saya...

title ni sangat merunsingkan hati dan fikiran..
ayah tak sihat..
bulan puasa ni makin teruk lak kesihatan ayah..
saya risaukan keadaan dia.
rasa nak je berada disamping dia sepanjang masa..

3 hari di rumah ritu tak cukup.
berat sangat hati nak tinggalkn mak ngn ayah kat rumah bile keadaan camni.
tadi kak mie bagitau ayah makin teruk..
nak balik rumah..

Ya Allah,
aku memohon kepadaMu,
sembuhkanlah ayahku dari sakit..
jauhkanlah dari penyakit yang tak diingini..
Amin..

Saturday, August 28, 2010

Tazkirah Ramadhan

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...



UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

Friday, August 27, 2010

Cerita Luahan Hati

kadangkala apabila teringat kamu,
aku sedih...

kerana lelaki,
aku kehilangan teman yang sebaik kamu.
apa salah aku?
berlaku jujur tetapi ini balasannya..
bukankan jujur itu benar?
bukankan bohong itu dusta?
tapi kenapa ini balasan kamu buat aku?
kenapa?
kamu benci aku?

aku tidak pernah rasakan diri aku cantik untuk memikat lelaki..
aku tidak pernah menggunakan kurniaan Allah ini untuk menundukkan lelaki..
aku adalah aku..
dan aku tidak mudah untuk menerima sesiapa dalam hidupku..

jika kamu ingin tahu,
hidupku hanya untuk ibuku..
ayahku..
kakakku..
abangku..
dan.. anak anak mereka..
aku syukur dan hidupku lengkap dengan mereka..
mereka buah hatiku..

rakan rakan..
mereka mengisi ruang ruang kosong sepanjang aku berjauhan dari buah hatiku..
aku gembira mempunyai rakan..
aku juga gembira mengenali kamu..

tetapi aku telah kehilangan kamu..
aku kecewa..
bukan ini yang aku pinta..
aku tak ingin teman yang datang untuk seketika,
dan pergi buat selamanya hanya kerana lelaki..

aku kecewa sewaktu aku terdengar jelas butir bicaramu burukkan aku kepada insan lain..
tetapi aku tetap bersabar..
aku sayangkan kamu..
aku sayangkan persahabatan kita..

tetapi aku tak sangka..
itu pandanganmu untuk aku..
sampai hari ini, aku masih tidak boleh lupakan saat kamu berbicara tentang aku kepada insan lain..
kamu gambarkan aku seorang perampas..
aku menggunakan kecantikan untuk mendapatkan sesuatu..
aku sedih..
aku kecewa..
aku cuba bersabar..
kerana,
aku sayang kamu..

maafkan aku jika setiap perbuatanku,
menimbulkan benci, marah dan iri hati..
aku tak sengaja..
aku tak berniat..

untuk kamu,
pergilah dapatkan apa yang kamu mahu..
aku tak pernah merampasnya darimu..
ambillah jika kamu sangat mahukannya..
aku sanggup berkorban,
asalkan semua insan disampingku bahagia..

Thursday, August 26, 2010

kompius betol..

ha...
ape nak confius sangat..
anisah nak balik jer..
kampung anisah ade dua..
kuala terengganu...
kuantan...

tapi tak kuantan sangat la..
sebab border pahang dengan terengganu..

cume orang asyik nak confius sebab bila beli tiket bas,
ke kuantan..
err...
bukan anisah orang terengganu ke?
pening eh...

don't penim penim lagi okeh..
rumah anisah border pahang dgn terengganu yer..
30 minit ke bandar kuantan,
45 minit ke bandar chukai..

haa!!
so now nak balik kuantan,
umah kat FELDA..
bukan umah kampung kat pantai chendering yer..
kalau balik sane naik flight je.
jauh..
ni cume drive sendiri..
sob..sob..sob..
papai!

nampak tak border negeri tu??
takleh zoom dekat dekat,
kang ter zoom bumbung umah pulak.
lalalala~

------------------------------------------------------------------

ade internet,
boleh update...
kat umah tu takde fixed line..
so memang takde streamyx..

kena berharap kat celcom HSDPA je..
tu pun kalau lah asmidah mau bg pinjam..
huhu...

Saya Berkecil Hati?


hmm..
actually, anisah sangat kecik hati ..
bukan sorang..
tapi 2 orang.
diorang tak sedar pun.

takpelah..
bawak diri yang lara, balik Kuantan jumpa mak ayah..
boleh ubat rindu kat mak ayah.

pasal korang berdua,
takpelah,
saya sedar saya sape.
tak perlu nak jaga hati saya pun kan?

ingatlah,
kalau betul memahami saya,
mesti tahu,
ape erti saya diam,
apa erti bila saya mengelak,
apa erti bila saya cakap saya ok.


Senarai Status Hotel Menghidangkan Buffet Ramadhan







Tuesday, August 24, 2010

S.T.R.E.S.S

petang semalam after kelas,
pegi 1 klinik panel ni.

dah musykil dan risau kesihatan diri,
patutnye doctor tolong la jawab.

tapi segalanya mengecewakan.
dahla redah jamm semate nak pegi klinik,
tunggu turn yang lame jugak..

bile jumpe doctor,
tak sampai 5 minit dia halau keluar??!!

BENGANG GILER!!
tak sempat nak cerita condition badan,
dia dah buat conclusion cakap takde pape..

hoi!!
ko tak nak dengar ke ko nak duit orang tanpa buat keje betol2?

aku tau la, company aku yang bayar.
tapi aku nak tau keadaan aku..
B***H betol la doktor camtu!

semalam memang last aku pegi klinik ko la..
ade banyak lagi panel aku kt sini.
boleh je aku pegi yang lain.

tapi aku memang tak suka pun pegi panel.

next,
tunggu 2 3 minggu lagi,
if makin teruk,
or takde perubahan,
terpaksa menapak ke Ampang Puteri jumpa Doctor Shuib.
redha jela kalau kena bebel kat dia pun.
huhu...
hanya dia yang boleh buat aku puas hati.
harapkan klinik panel,
hampeeh!

yang paling penting kesah 2 tahun lepas aku tak nak ulang lagi.
cukup la skali check in kat hospital.
huhu..

Sunday, August 22, 2010

Flight Simulator Session

Phase 4 B737-400 ni di kire sangat menarik la..
semua benda ikut schedule,
sempat ke Flight Simulator,
aircraft visit,
siap ade extra 2 hari lagi untuk study.
thanks to management by giving us sometimes to study.


oleh sebab entry publish bile phase 4 da habis,
so boleh buat conclusion,
phase 4 is the best among the others (for this moment keh..)..
bukan yang lain tak best tau.
cume ade yang tak cukup masa,
instructor tibe tibe jatuh sakit,
dan macam macam la..


so,
a big thank you to Mr. Affnan klik untuk rujuk sir Affnan's Aquaponics
and
Mr. Azlan.
both of you taught us very well.
cume kami yang kadang kadang ke laut....
huhu..


nak jugak!!

hehe...

best sangat dapat pegi Flight Sim free free ni..
kalau bayar, dokgi la jawabnye..
mane nak cari RM tok 500 sejam oi!

Saturday, August 21, 2010

Finally!

ni macam delay update la untuk korang..
saje je post tetengah ari gini..
biar bagi teliur sket.
hehe..


akhirnya,
da dapat makan makanan yang duk mengidam sejak beberape lame..
asyik tergendala je setiap kali nakgi.
bulan puase baru dapat..

menu aritu,
platter for 2..
sape lagi sorang,
biarlah rahsia..
hehe..
takdak boifrend nak ajak gi berbuka pose,
da terbawak boifrend orang,
so gambar dia tak boleh la tunjuk..
mengamuk kang awek dia..
haha..


plan nak pegi hari laen, tibe tibe exam da delay,
ape lagi,
Selasa ritu meroyan la kejap gi One Utama.
sanggup tu redah jamm..
semata mata nak makan kat sini..
hehe..

ni bandung free untuk berbuka.
sedap!


platter for 2 (grilled)

cenanye tak larat nak habeskan pun 2 orang.
heran tengok orang kat meja sebelah.
banyak tol diorang makan.

platter for 2 yang kitorang ambik tu versi grilled..
bole pilih, grilled ke fried..
yang penting semua makan kat sini sedap la..

ingat ritu nak ice blanded special diorang,
tapi pikir pikir bulan pose,
cancel la..
laen hari..
besau gelas dia,
takut tak larat.
hoho...

haa!!!
kalau orang tanya, fish market ke fish & Co..
my answer,
FISH & CO!!!
kalau nak tau kenape,
gi try sendiri..

Aku dengar pun panas dengan perempuan ni..



ape salahnye cakap sopan sket..
dah la on air..
kot ye pun ko dah taknak kat tunang ko, jangan la buat macam ni..
iskh!
memalukan!

Friday, August 20, 2010

Bubur Lambuk ala Malaysia Airlines

ai...
tak sabar pulak nak berbuka..
bau dia..
yummy..
sedapnye...

nama pun ala ala commercial gitu..

BUBUR LAMBUK ALA MALAYSIA AIRLINES

thank you to Dato' chairman bagi sumbangan kepada staff..

-----------------------------------------------------------------

housemate,
nanti la ye bubur lambuk kampung baru..
anisah balik ambik untuk korang..

tunggu berbuka...=)

assalamualaikum..

hi...
tunggu berbuka ni bole la update blog jap.
lagipun turn ina untuk prepare menu berbuka.
masak sedap sedap je cayunk!

hati sedikit lega untuk melayan hujung minggu..
Phase 4 dah settle pagi tadi.

komen dari diri sendiri..

soalan tadi half senang half susah.
first round tinggal lapan, easiest paper since first phase!
tapi kalau tinggal je soalan yang tak tahu tu bahaye..
so sekarang, just tunggu result jela macam mane..
rase rase cam border line je sekarang ni.
tapi takpe, tawakkal kepada Allah,
percaya pada diri.
huhu..

cuak!


Thursday, August 19, 2010

Hadiah paling Best!!

actually ini dikire delay update la..
kisah BESDAY GIRLda expired da pun lagi..
adoyai..

cume kali ni tak berape best la..
lain hadiah yang di mintak,
lain yang dapat..

kesian sungguh dengan ini budak.achu dapat tahu pun bila ira inform kt facebook.
patutnya call la..
tapi ingatkan dia main main cakap dia patah tangan.
sebab macam hepi je duk online kat fabebook.
rupe rupenye berusaha menaip guna sebelah tangan.
iskh3...
ape la ini budak..

bile bace kat status fb abang, baru tahu kisah sebenar..conclusion,
ira memang nakal. tu memang tahu dari dulu.
tapi bukan nakal yang entah pape, cume nakal budak budak.

lagi satu, memang dia lasak.
main ngan budak budak laki.
bukan tak main langsung ngan perempuan.

dia kurus sangat..
lengan budak wazif ngn ameel pun lagi besar dari ira.
bukan sebab tak makan.
tapi badan dia tak menggemuk.
meninggi je..

ira..ira..
risau achu..

Monday, August 16, 2010

Happy Birthday Sayang!!!

Happy birthday to you...
Happy birthday to you...
Happy birthday to IRA...
Happy Birthday to you...

Ira,
umur dah 7 tahun,
belajar rajin rajin,
tahun ni ira mesti jadi PELAJAR TERBAIK tau..
Achu doakan Ira berjaya dan sihat selalu...
jangan duk main Facebook, Surf Internet dan Game je tau!
kang Achu tak beli hadiah baru tahu.
hehe...
=)

anyway,
Achu cuba tunaikan hadiah yang ira nak.
InsyaAllah....hambik ko...mintak hadiah tak hengat!
-------------------------------------------------------------

Gambar Gambar kebanggaan Keluarga

ni gambar semasa umur 6 tahun.
ape yang sangat aku bangga, ira dan kawan kawan boleh menghafal yasin serta terjemahan.
tak ramai kanak kanak seusia mereka boleh berbuat demikian.
Tahniah kepada Tadika Yayasan Islam Terengganu kerana mempunyai guru yang hebat!

Amaran!!

Kepada semua Facebook Friends,
jangan cuba menghantar komen atau mesej yang berunsurkan lucah atau seangkatan dengannya kepada saya.
Jika anda berbuat demikian, saya akan padam anda dari senarai 'FRIENDS' saya seterusnya 'BLOCK' anda.

Sekian Terima Kasih!

Lagu Rakyat Terengganu

Bila mood nak dengar lagu lagu rakyat negeri sendiri, susah lak nak jumpa.. So, bila dah jumpa ni, teringin pulak nak berkongsi dengan korang semua. Setakat ni, ini je yang jumpa, lagipun tak tahu lagi dah tajuk tajuk lagu lain. Hehe..

Actually seharian anisah mencari lagu lagu ni semua. Mak aih..susah bebenor.. Kenape yer? Sebab tak ramai orang yang ambil kisah tentang lagu lagu ni ke?

FYI, anisah memang sangat sangat suka lagu rakyat Terengganu ni. Dah diri sendiri memang anak Terengganu, so Terengganu tetap di hati..
=)Ini mercu tanda Pantai Pandak. Kampung kelahiran ibu bapa.
Pelbagai sejarah aku dan keluarga di sini.
Ayah dahulunya seorang nelayan.
Segala pahit manis dikongsi kepada anak anak.
Teringat pula kenakalanku bersama sama sepupu..
Sekarang aku cume pulang ke sini bila raya atau cuti panjang.
Kuala Lumpur sangat memerlukanku..
Tapi cube juga at least 3 bulan sekali pulang ke sini..
=(

Okeh,
dah siap pun upload lagu lagu ke MEDIAFIRE.
kepada sesiapa ingin download MP3 lagu lagu rakyat Terengganu,
boleh la klik link kat bawah..
Anisah ikhlas share kepada semua..

  1. Anok Burung Baniong
  2. Anok Udang
  3. Ayun Buai Kokek
  4. Inang Rodat
  5. Itek Gembo Gembo
  6. Kolek Berkolek
  7. Pintal Tali
  8. Ulek Badang
  9. Ulek Mayang
  10. Watimang Landok
  11. Watimang Landok (Faizal Version)
  12. Ya Bani Ya Badang
  13. Ya Dondang

Sunday, August 15, 2010

Kisah Waktu Malam Di Balai

Blog List Ben Ashaari

bile terbaca blog abang Ben pagi pagi terus nak buat entry ni.

Abang Ben, saya nak masuk dalam list jugak..
untuk kategori PERIBADI.
sebab blog saya cume banyak cerita tentang saya dan orang disekeliling saya je..

kepada sesiapa yang berminat,
sila rujuk entri INI ye..

=)



Aku Geram Lagi!



agak agak kejam tak anisah buat camni?
GERAM sangat la dengan lelaki ni..
dah malas nak layan..

dulu mase dia sangat sayang ko, ko pegi cari perempuan lain..
bile ko dah kehilangan dia,
sibuk ko cari aku nak dia balik.
awal awal dulu aku bagi nasihat, ko taknak dengar.
sebok terhegeh hegeh kat budak hingusan tu.
sekarang, padan muka ko!
i'll ensure u won't get her back!

Saturday, August 14, 2010

Luahan Geram!!!


korang nak tau?
anisah geram sangat sangat..
geram dengan sikap ramai orang.
diorang ni macam takde hati, takde perasaan!
buat sesuka hati je..

nak tau kisah ape??
baik korang teruskan membaca..
anisah nak lepas GERAM ni!!

sebenarnya kisah buang bayi!

bukan buang je..

BUNUH!
DERA!
BAKAR!

SEKSA!

CAMPAK!


macam macam cara lagi la..
YA ALLAH..
ape yang ada dalam hati korang eh..
mase pegi buang tu takde perasaan ke?

buat anak korang hebat..

SYOK!
PUAS!


lain kali nak buat sesuatu perkara tu fikir la dulu,
nak buang anak, fikir dulu orang lain yang tak penah ada anak.
susah payah berusaha ke hulu ke hilir,
jumpa doktor sana, jumpa dukun sini..
mak bidan lagi,
semata mata nak anak.
tapi tak dapat jugak.
korang ade anak, pegi buang..
bukan buang je, bunuh jugak..
ape la sikap masyarakat sekarang..

kalau taknak anak, jangan buat seks.
tak bole kawal nafsu??
jangan couple..
masalah orang sekarang, dengan kawan kawan pun jadi..
huuuhh...
tak tahu la ape nak jadi..

sedih la..
hari hari ada berita kes buang bayi..
walaupun kes siasatan buang bayi dah tukar dari Seksyen 31 menjadi Seksyen 302 dan 317,
makin bertambah isu la pulak..

nak je tengok mak bapak yang buang anak anak mereka dihukum mati.

Bandar Bukit Bunga, Tanah Merah

Damansara Jaya

kejadian di Kelantan

semua ni bukannya kes yang baru berlaku di negara kita.
sejak dari dulu dulu lagi.
tapi masyarakat Malaysia dulu takde la sekejam sekarang.
dulu,
bayi yang dibuang siap dibalut bersih dan ditinggalkan di tempat selamat.
siap ada nota lagi,

"TOLONG JAGA ANAK INI"

sekarang,
masyarakat sangat KEJAM!
tak berperikemanusiaan langsung!

ZAZA meninggal

selepas membaca latest entry kt blog abg BEN baru anisah tahu pasal cerita ni..

anisah baru je lagi jadi follower dia memandangkan baru je lagi dengan dunia blogging..
teringat pulak satu entry ZAZA yang memohon maaf kepada semua orang dan ada menyatakan itu mungkin last entry dari arwah..

boleh rujuk SINI.

berita rujuk SINI.

anyway, anisah ingin mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga ZAZA,
serta anisah doakan adik ZAZA yang sama sama terlibat dalam kemalangan akan cepat sembuh.
pelbagai dugaan Ramadhan.

Ya Allah,
ampunilah hambaMu yang lemah ini, serta tempatkanlah ZAZA di kalangan hambaMu yang beriman.
AMIN..

huh..sedihnye...

nape saye rase sangat sedih?
  1. hari ni weekend..ingat nak berpuasa dengan orang orang tersayang..tapi tak boleh..
  2. saya mengidam Fish&Co..tapi takde sape yang nak temankan.
  3. saya kena concentrate kat buku je. exam Phase 4 rabu depan.
  4. saya penat dah bace buku!!!
  5. satu lagi, ade orang balik kampung..saya nak balik kampung jugak. tapi saya tak boleh!!!
alasan.
  1. plan asal saya nak balik puasa kat Rawang. tapi kakak saya kat kampung baru. saya segan nak pegi kampung baru, sebab ramai sangat orang. so, tak boleh tido sane. Diorang tengah sibuk dengan Tahlil arwah Cik Jah.. Semua family abang iparku ade..
  2. dah lame saye nak makan! tapi saye tak nak pegi sorang sorang.. macam LOOSER!! huhu.. ade orang nak ikut, tapi saye yang kena blanje dia. manyak cantek!! duit aku tak banyak untuk blanje ko.. orang yang nak temankan saya lak, asyik cancel je. GERAM!
  3. phase 4, saya rase sangat risau.. saya nak lulus cemerlang kali ni!!
  4. walaupun penat, saya tetap kena bace buku! chayyok!!!
  5. sebab rabu ni exam, saya tak boleh balik kampung.nanti saya tak study.. banyak mase abes kat driving je..huhu..incik..jadi la part time driver saya untuk balik next week..PLESH..............=(
SEKARANG, HATI SAYA TENGAH JELES SEBAB ADE ORANG HEPI KAT KAMPUNG DENGAN FAMILY..
SAYA NAK BALIK KAMPUNG SAYA JUGAK...=(

Mencari Cinta

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalu tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau, boleh gi website

http://www.maskahwin.com/

Insyallah, dapat membantu.

Friday, August 13, 2010

Menu Berbuka 3 Ramadhan


erm... yummy!!!

selama ni tukang masak nasi ayam ku, kak Bie
bile diperantauan,
kena masak sendiri..
pandai jugak saye masak rupenye..
lalalalala~

masak?

haa...
sejak sejak bulan puasa ni anisah rajin lak memasak..
bukannya ape, kat luar tu tak tentu lagi makanan dia macam mana..
kualiti dan kebersihan..

sejak dua menjak yang mana anisah dah insaf dengan makanan kat luar ni,
anisah dah jadi lebih berhati hati.
bukannya apa..
baru baru ni dengan pemergian sepupu sebab breast cancer,
malam tadi lak makcik abang ipar pulak yang pergi disebabkan cancer jugak.
aduh...ngeri betol dengan KANSER ni..

kisah Cik Jah,
arwah sakit sekejap je.
sepanjang hidup, dia sangat jaga bab makan.
selalu exercise jugak..
tapi cancer ni tak kira kan..
kejap je boleh membunuh.
huhu...

serik, ngeri, takut,
semua ada..
dah la dari hari ke hari anisah tangguh nak pegi check up ngan Doc. Shuib..
bukan sebab Ampang Puteri tu jauh..
tapi semua sebab tak boleh skip kelas.
huhu...

Ya Allah..
jauhkanlah aku dari sebarang penyakit yang boleh membunuh.
ujilah aku dengan ujian lain yang tidak berat.
aku tak sanggup.

3 Ramadhan

Assalamualaikum..
hai..cam mane dgn puasa?
anisah teringin balik berpuasa kt umah parents..
tapi tak tau la bile..
huhu..

incik MBK da balik td..
uwaaa!!!!
jeles!!
mak, abah..anisah nak ikot..
tp anisah nak exam..

huh!
takpe..
insyaAllah anisah balik umah mak ayah anisah next week.
hoho~
tapi kena jwb exam dulu nex wik..
adoyai!!


Wednesday, August 11, 2010

My Febret Cookies

haa...
ni kuih raya febret...
memang sedap..
tiap tiap tahun mesti order Teratai Choc ni..
rasa chocolate di luar, chocolate cair ada di dalam..
yummy...
bercerita pun da kecur air liur.
tahun lepas rasa je yang ni.. sedap gak.
so nak order yang ni jugak..
anisah tak tipu, memang semua cookies yang auntie kawan anisah buat ni memang sedap.
kang anisah nak order kat kak long untuk raya ni.

banyak lagi homemade cookies yang dijual.
semua dijamin sedap.
lagipun auntie tu dah over 20 years expert buat Cookies..

kalau korang nak order jugak,
tengok je facebook kak FIRDA.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan...



Ramadhan Al- Mubarak

SEMBAHYANG TARAWIH
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih, Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)

1. Hukum Sembahyang Tarawih:
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang‐orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap‐tiap malam bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunnat dikerjakan di masjid, surau dan lain‐lain tempat sembahyang orang‐orang Islam.

2. Waktu Sembahyang Tarawih:
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang fardhu Isya’.

3. Rakaat Sembahyang Tarawih:
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al‐Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang‐orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada tiap tiap satu kali takbiratul‐ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

4. Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
5. Rukun Sembahyang Tarawih
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.


Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda
Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan:
“Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh
keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa
yang dilakukannya sebelum itu.”
Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim


SEMBAHYANG WITR


1. Sembahyang Sunat Witr
a) Menurut kebiasaan umum orang‐orang Islam di Malaysia menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c) Lafaz niat sembahyang sunat Witr

i‐ bagi dua rakaat yang pertama:

ii‐ bagi rakaat yang akhir:
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca [doa] Qunut pada rakaat yang akhir. Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah disunatkan Sujud Sahwi.

SUMBER:Petikan hadith Mengenai Puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim

Monday, August 09, 2010

Kuih Raya

puasa pun belum, tapi semua orang da busy tanya untuk order kuih raya..
makcik tu punya lagi banyak dari ni...

hmm..
ramai pulak tu..
tapi anisah tak terfikir lagi untuk order kuih.
cuma ade la febret kuih raya yang anisah akan beli.
nanti anisah bagitau kat mana anisah selalu beli kuih.

ada satu kisah di tempat kerja,
masa tu anisah, farah dan nisa cuma nak pergi beli kuih untuk alas perut masa break pukul 10 pagi.
tiba tiba, terjumpa seorang makcik.
makcik tu memang seorang technician kat MAS ni.
tapi dia rajin buat bisnes la..
waaa...
tabik sama ini makcik la..
cume yang tak berapa nak gemar tu bila dia tarik kami bertiga pegi ke tempat dia.
semata mata untuk tengok barang barang yang dia jual.
dah la break tu cuma 20 minit, nak makan lagi, nak layan makcik ni lagi.
haru dibuatnya..

sampai je kat tempat dia, tekejut!
pergh!!!
macam macam..
nak ape??
semua ada..
dari bab order order dalam catalog, baju, tudung, bag, jam...
dan macam macam la..
pening nak melayan makcik tu..
aduh...nasib baik makcik tu tak susun tudung dia jual camni..

kuih raya lak tak payah nak cakap la..
lebih 20 jenis kot yang dia jual.
tapi dia just dealer la.
takdak satu pun dia buat sendiri..


telekong pun ada..

sibuk dia bercerita barang jualan dia,
anisah cuma pikir macam mana nak larikan diri,
farah seronok makan tester kuih dia,
nisa jela yang melayan makcik tu.
kesian...

tapi kami lagi kesian la..breaktime kami dicuri orang.
huhu...

B737-400 Phase 4

Assalamualaikum..
Morning..
hari ni bermula Phase 4 B737-400..
instructor phase ni sama macam Phase 2, Sir Azlan..
Sementara menunggu housemate bersiap, sempat lak nak buat entry ni.
hehe..
Semoga semua orang sihat dan ceria..
Mulakan hari dengan senyuman!!!

no Monday blues okeh!!!