Monday, October 31, 2011

Kutu Babi!

Hello....
I dah mengantuk sangat dah ni...
Tapi stresss!!!!!!

Badan gatal gatal bila balik dari Ulu Kenas ni...

Selongkar punye selongkar satu badan, I dah jumpa berekor ekor KUTU BABI di badan ni..
Adush!!
Banyaknyer.....

I tak kisah kalau jumpa kutu babi tu sekarang... Jangan bila dia dah berkampung dua tiga hari kt badan I tu yang tak tahan tu..

Dulu pernah si kutu ktu singgah kat mata.. Bengkak tu mata I...


Haihhhh....
Apa la...
Macam mana ni..
Next month nak kena pergi seminggu lak...
Berapa puluh ekor kutu babi agaknya yang akan dinggah kat badan I?

Sunday, October 30, 2011

Alamak! Kerja Mengikut Shift Bermula di ASU...

Hai korang.. 
Macam mana kerja yang ada shift ek? 
risau pulak.. 

Dah la shift. Lepas tu di ASU pulak tu..

Opsss!! 
Korang mesti tak tau ASU apa.. Aircraft Support Unit.. Sekarang ni I kena praktikal kat sana pulak.. Sana tu merujuk kepada airport KLIA ok.. Kalau korang selalu naik flight dan perasan ade maintenance crew kat bawah tu, itu lah kerja I bermula esok.. 

Rasanya kalau ikutkan type aircraft, I kerja kat Domestic punye flight la.. Tapi tak mustahil in charge akan hantar ke kapal besar besar kat bay international tu.. Tengok jela macam mana...

Takut la.. Cuak.. Tak biasa la dengan situasi sebegitu.. Sebelum ni cuma dalam hangar je.. Kerja yang relax dan tak rushing.. Bila kat ASU, semua kena cekap la.. Kapal berhenti pun bukan lama.. Dan tak boleh la bekerja sesuka hati.. 

Takut la.. Takut kena marah kot kot la lembap buat kerja.. Huhuhu... Korang tolong doakan I tak dapat masalah besar besar ok sepanjang praktikal kat ASU ni.. Dah la penat baru balik dari Ulu Kenas.. Haih... Tidur jelah dulu.. Bagi cukup rehat..

 Good Nite korangggggg.................

Friday, October 28, 2011

Trip ke Ulu Kenas

Hai... 
ini live update.. 
hihi..

mood malam ni, happy happy serta berhati hati.. 

Sebenarnya I dalam perjalanan ke Kuala Kangsar ni.. Menghadiri Pre Camp sempena Malaysia Airlines Adventure Camp 2011 (MAC 2011)  yang bertempat di Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar Perak.

Sebelum semua peserta pergi pada 20 November ni, biar la kami sebagai organizer dulu pergi camping kat sana. Baru adil dan saksama kan? Biar kami usha dulu.. Agak agak membahayakan ke apa, nanti kami cuba cari yang terbaik.. 


Bagi sesiapa yang ingin menghantar anak anak untuk menyertai MAC 2011 ni masih sempat untuk mendaftarkan anak anak anda.. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 November 2011. Dah dekat dah ni.. CEPAT..CEPAT.. CEPATTTTT!!!

Terbuka kepada semua yang berumur 10 tahun hingga 17 tahun tau..

Kalau korang rasa tak nak bebudak membazir cuti mereka dengan aktiviti yang tak sihat, baik hantar pergi kem yang Malaysia Airlines anjurkan ni.. Sekurang kurangnya, dapat mengajar mereka berdikari selain ENJOYYYYYY!!!!!

apa lagi.. cepat la daftar.....

MAS Adventure Camp 2011

Klik untuk besarkan imej


Assalamualaikum.. 
Pada tahun ini, dengan membawa nama Malaysia Airlines, sekali lagi akan mengadakan MAS Adventure Camp 2011 yang bertempat di Hutan Lipur Ulu Kenas bermula dari 20 November 2011 hingga 24 November 2011.

Seperti tahun sebelumnya,MAC hanya terbuka kepada kakitangan Malaysia Airlines. Pada tahun ini, pihak Malaysia Airlines ingin memberi peluang kepada adik adik diluar sana untuk menyertai MAS Adventure Camp 2011 bersama sama anak kakitangan Malaysia Airlines dalam usaha mendekatkan lagi kakitangan dan orang luar.

Tempat untuk peserta luar adalah TERHAD!

Jadi kepada yang berminat, cepat cepatlah hantarkan emel ke farhan.syedi@malaysiaairlines.com untuk mendapatkan borang penyertaan atau hubungi 017-6552572 atau 013-4167996 untuk maklumat lanjut.


Bayaran yang dikenakan untuk setiap peserta adalah RM190 termasuk makan minum disepanjang kem, insurans, dan pengangkutan. 

Dengan mengikuti MAC 2011 ini, para peserta akan berpeluang menaiki kereta api, melakukan aktiviti di dalam hutan di samping melawat ke tempat tempat yang menarik di negeri Perak. Ada lagi aktiviti lain???
yup! ada.. Tapi sertai dulu baru tahu.. ;-)


Syarat-syarat penyertaan:
  • Terbuka kepada semua pelajar berumur 10 tahun hingga 17 tahun. 




FELDA Residence Hot Spring and Spa

I selalu pergi Trolak.. Tapi ni first time pergi Felda Residence Hot Spring ni.. Pergi pun sehelai sepinggang. So, takdenye I pergi merasa air panas tu. Just berjalan jalan bawak bebudak on weekend.


Bebudak... Seronok la mandi manda.. Air dengan diorang mana boleh dipisahkan.. Kalau diikutkan, kat situ memang menarik.. Air panas pun memang panas sampai boleh masak telur bagai.. Cuma I je tak pergi ke situ.. Menjaga bebudak mandi.. Lagipun  bercampur aduk dengan kemalasan melampau untuk berjalan.. Hihihihi...

Kalau diikutkan, I tak berapa konfiden dah dengan jalan masuk ke Hot Spring tu. Agak jauh ke dalam perkampungan FELDA.. Cuma dengan bantuan Maps dari iPad buat I tak sesat.. 

Harga untuk masuk ke tempat tu berbaloi jugak la.. Dan masa I pergi haritu, sangat ramai orang. Mungkin sebab weekend kot.. 



Tapi I nak pergi semula la.. Nak tidur kat situ pulak untuk beberapa malam.. Setiap resort dia ada private jakuzi kan? Air pulak disalur terus dari punca air panas kat situ.. Menarik tu.. Tak payah la sesibuk mandi beramai ramai kat kolam luar tu.. 


Thursday, October 27, 2011

Sekali Lagi ke Kota Tinggi

Ayya...

Dah dekat sebulan dah Nisa nikah, tapi hari ni baru dapat publish gambar kawen dia ngan Faizal.. Kalau dah terbaca entry sebelum ni, korang tahu kenapa I agak lama tak melayan blog..

Sekarang baru la free sikit lepas semua hal hal penting yang perlu diuruskan dah selesai. Alhamdulillah.. Sedih tu sedih jugak bila teringat.. Tapi kena la redha.. Ajal maut itu ketentuan Allah. Dah tertulis di La Mahfuz. Kita sebagai hamba, perlu menerima Qada' dan Qadar.

Jadi, nak cerita pasal Nisa la. Menceriakan kembali suasana dan mood sendiri..


Nisa dah kawin.. Turn I, Insyaallah.. Semoga segalanya berjalan lancar. I kenal Nisa sejak hari pendaftaran masuk METC. Dialah room mate, dialah bestfriend bila duduk di METC. Takkan la bila dia kawin I tak sampai kan..


Kenduri dia kat Johor jela I pergi. Shah Alam punya majlis tak dapat la pulak pergi atas hal yang tak dapat dielakkan.. Sedih jugak.. Tapi takpe.. Rumah dia, I sampai..

Nisa, Faizal....
Semoga jodoh kalian kekal ke akhir hayat dan dikurniakan anak anak yang comel..
Amin...




Perkenalan Seketika Membawa Kabar Duka

Beberapa bulan yang lepas, berpeluang mengenali dia.. Pertemuan pertama memang mendebarkan hati. Takut dan risau tentang padangan pertama tentang diri ni.. Tetapi, berbekalkan semangat dan dorongan insan tersayang aku berjaya mengadap dia buat pertama kali..

Kemudian, setelah beberapa ketika dan peristiwa membuat kami akrab seperti tiada jurang pemisah. Syukur.. Alhamdulillah.. Aku diterima dengan senang oleh dia.. Begitu juga aku yang senang sekali mempunyai dia..

Kenangan manis yang tak boleh dilupakan rasanya di sepanjang Ramadhan lalu.. Selalu berbuka bersama sama.. Membantu menyediakan juadah berbuka.. Dan yang paling bangga sempat belajar menyediakan makanan kegemaran insan tersayang.. Indah sungguh...

Cuma, disebaliknya terdetik sayu di hati dan gugur jua air mata bila ada suara berkata dia sedih kerana tak pernah mendapat sebarang tanda mata sejak beberapa tahun lalu.. Ya Allah.. Aku dah belikan apa yang dia inginkan itu.. Aku dah sediakan.. Cuma tak terhulur.. Ketika ke Bandung, aku dah belikan bahagian dia.. Tapi.. Kenapa tak terhulur buat dia? Kenapa.... Apa hikmah disebalik semua ni? Sungguh.. Aku sedih...

Dalam keadaan tak sangka, perkenalan yang belum mencecah 6 bulan, aku kehilangannya buat selama lamanya.. Bukan cuma aku.. Dunia sudah kehilangannya.. Syukur Ya Allah.. Aku sempat mengenali dia.. Dan tempatkanlah dia di kalangan hambaMu yang beriman.. Amin...

Mengimbau kenangan Rabu 12/10/11 lalu..

Di saat itu aku sedang menulis sesuatu di salah satu entry blog ini.. Panggilan telefon daripada en hubby sudah cukup mengejutkan.. Diwaktu bekerja.. Jarang kami berkomunikasi di telefon kecuali tentang hal yang penting..

Ya.. Berita yang disampaikan memang sangat penting dah mengubah segalanya..

Kemalangan... 
Satu perkara yang memang susah aku nak terima... Sejarah kemalangan keluargaku 2 kali menjadi tragedi.. Sangat sayu mengenangkan peristiwa itu.. Dan kali ini seperti itu juga.. Seorang daripadanya pergi mengadap Ilahi.. 

Ibu kepada En Hubby.. Ibuku jua.. 



Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah, Tempatkanlah Saodah bersama hamba hambaMu yang beriman. 
Amin..

Aku redha dengan pemergian yang sangat mengejutkan itu dan sedar ujianMu itu hanya untuk menguji hambaMu yang lemah. 

Wednesday, October 26, 2011

Stop Blogging

Masa dah membataskan kebebasan ai nak Online.. Bukannya takde source internet.. Tetapi ai memang tak sempat nak meluangkan masa untuk blogging.. So dengan terpaksa ai memang kena stop blogging..

Haih... Bukannya lepasni ai kena stop blogging... Sebenarnya sejak akhir akhir ni.. Entry sebelum ni pun publish beberapa ketika sebelum ai menjadi sangat sibuk.. Dalam masa yang singkat ni terlalu banyak peristiwa yang belaku..

Dalam sekelip mata!

Segalanya dah berubah..

Yang penting, apa yang ai selalu ingatkan diri ai, yang pergi tetap pergi.. Yang ada perlu bersedia untuk segalanya..

Thursday, October 13, 2011

First time sampai Johor Bahru, Receptionist Suggest Senibong Cove.. I like!

tak kerana Nisa dan Faizal, takku sampai ke JB agaknye.. hohoho... dah 23 tahun dah hidup, negara orang dah pergi, JB tak pernah pun sampai.. last week ai pun sampai la kat JB nun.. Mula mula dah nak batalkan niat nak pegi JB dah bila penat driving punye pasal. Tapi bila fikir fikir, terus jela dengan niat asal.. 

Destinasinya ialah ke JB sebab attend wedding Nisa la kat Air Tawar 3.. Nak lepak kat Kota Tinggi macam bosan pulak.. Kalau pergi Desaru, baik balik Terengganu.. So pergi la JB.. Jalan jalan.. Cuci mata.. Tengok tempat orang.. Asyik tengok Shah Alam Subang Sepang Nilai je.. Sekali sekala pergi la jauh sket.. hohoho...

Macam biase, ai ni memang selalu berjalan pakai redah je.. Takdenye buat reseach dulu ape ade kat situ, mana menarik, mana yang patut pergi.. Main terjah jer.. So, sesampai kat hotel, tanya la receptionist hotel tu.. Mana tempat makan best? Maklumlah..sampai pun dah dekat Maghrib..

Dia suggest, Senibong la.. makan seafood.. okeh.. SET! ai sampai after Maghrib.. 

Dengan bantuan Google Map dari iPad2, ai Google la semua benda.. betul ke tempat tu.. macam mana rupe dia.. sebab my friends pun takde cerita lak makan makan kat situ.. Orang JB tak cakap pun kat ai kat situ best.. 

Hampeh tol kengkawan ai.. 

So, bila sampai, terkejut jugak la.. Ini ke tempat dia.. menarik sangat.. Facing Singapore.. makan fresh seafood. Menarik!


So, 
Ini je yang ai order.. 



ai pun tak tau nak pilih kedai mana. Memandangkan kedai pun jual benda sama je.. Redah jugak la.. Tapi ai pilih kedai yang paling friendly jemput customer.. Sebab ai memang particular sket dengan service diorang.. hahaha... 

Hasil dia, TIP TOP!!

SERVICE BEST+MAKANAN BEST = PUAS HATI





Wednesday, October 05, 2011

Hasil Kutipan Tol

lain negeri, lain adatnye yer.. adoyai.. insyaAllah I punye takde la sampai macam ni.. 5 lapis tol nak sampai ke pelamin.. 

Bila bestfriend yang kawin, mesti la seronok kan.. Cuma sedih sket bila masa nikah dan berinai tak dapat datang atas sebab yang tak mampu nak diluahkan.. 

apapun.. sampai juga ke rumah mummy lagi untuk wedding anak bongsu mummy.. 

hah!!
ini hasil kutipan tol ai tau.... 

dah boleh jadi penjaga tol yang berjaya ni.. 




hambek ko Faizal... 
3 ai dapat... 


apa apapun....


Selamat Pengantin Baru buat Faizal dan Nisa semoga kalian akan kekal bersama hingga hujung nyawa.. Amin.. 





Mana gambar korang eh.. 
jap nak cilok from Facebook korang... 
memandangkan camera sendiri tak di godek godek lagi.. 
hihihi

letak je gambar ni memandangkan ai takde kat situ.. 

SEDIH!