Sunday, October 31, 2010

My Sunday Story Again!

after keluar dari Pavi, memang tak tau nak pegi mana. i memang takde plan gila gila langsung untuk merayau hari ni.. seriously no idea at all..
i dunno why, selalunye akan keluar je idea yang entah ke mana mana.. but not for today. huhu..

then, my friend ask me 1 place for have a lunch.. huh!! lagi la tadok idea!! 

dekat highway, UTARA ke SELATAN??
itu pun i tak boleh nak decide.. 
huhu..

finally, masuk DUKE, hala ke TIMUR..
uish...
takkan nak balik Kuantan kot.. 
mau i MC hari isnin if anta i sampai rumah...
hehe..

ok lah.. 
lunch kat Bukit Tinggi.. 
takde keje betol.. 
tapi takpe.. layan je.. 
bukan i drive.. 
haha..
ini je menu kami.. kat KL banyak..tapi takpe.. ubah selera..
his!
mine!


haa...
tapi seronok jugak, all da way ke Bukit Tinggi i dapat tengok wajah kegembiraan orang orang Kelantan balik kampung..
ramai betol..
sampai ke lewat petang pun ade lagi yang baru balik..
agaknye,
if Terengganu menang kat final, orang Terengganu macam tu tak eh balik kampung??
btw,
Congrats to Kelantan's Footballers..

actually, before i pegi makan, sempat jugak bersiar siar.
Damn!!
terseksa giler..
arini, gatai kaki pakai high heels..
then tak plan pegi tempat camtu..
so i terpaksa jalan dengan sangat berhati hati takut jatuh tergolek macam filem Hindustan sampai bawah bukit.
huhu..
nasib baik balik rumah tak rasa sakit kaki..
kalau tak, berendam la kakiku dalam air suam malam ni..
huhu..

so korang layan la sedikit gambar orang over confident panjat bukit pakai hi heels eh.. 
berjaya tu beb!
hehe..

i tertinggal kat belakang, sebab jalan lambat...
 
mana boleh laju laju.. takut jatuh..sape nak sambut?? Prince Charming takde..huhu
so, kaki itu pun terpaksa jalan slow slow kena tunggu i..hehe

 


sempat ke Botanical Garden tu..dah la kat bawah cerun bukit..

bunga tu sama tak dengan tudung i??


ok lah..da abes da jalan jalan for today.. 
my Happy Sunday..
jangan tanya tau i pegi dengan siape..
yang penting i memang tak fit langsung panjat bukit tadi.
tapi masih berjaya la..
lalala~~
and u..
i tau u baca, jangan senyum sorang sorang kat ofis eh.. 
as long as u happy, i pun happy temankan u jalan jalan hari ni..

Wah!! Di Pavilion tadi..

alamak!!!
menyesal pulak pegi Pavi tak bawak Aqil Wafiey..
tapi nak buat macam mana..
pegi tak plan..
huhu...
acceli, plan baek punya!!

Fiey, 
tengah hari tadi Achu pegi Pavi, semua Ferrari fav Afiey ade kat situ..
Achu snap gambar je untuk Afiey..
Sorry sayang..

bang, tumpang tayang gambar abang yang Anisah curi2 ambik tadi..
hehe..


yang ni roadtax dia RM50 je?? 
untuk sehari ke setahun??
aku nampak yang lain semua RM8000 lebiy..
confuse aku..



masa nak balik tersama sama keluar dengan Ferrariers la pulak!
DAMN!!!
seorang perempuan bertudung drive one of da Ferrari.. 
nak Ferrari jugak la macam ni..
huhu..

Saturday, October 30, 2010

5 Perkara Ke Syurga Bersama Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

 
Bila Jumaat, selalunya akan pegi merayau lah bila semua kaum Adam ke masjid untuk solat Jumaat.. 
al maklumlah break time yang agak lama..
but instead of keluar makan dan merayau di hari Jumaat, kitorang tukar agenda sket..
dengar ceramah!
wow..
jarang dibuat ni..lain la zaman remaja masa duk Ara dulu..
bukan tak nak.. cuma tak berkesempatan.. 
bila ade kesempatan, apa salahnya..rite??
tak salah untuk melakukan kebaikan..
tak susah pun..
yang penting, niat..

 apa yang ustazah cerita eh.. ingat2 lupa da kot..

hehe..

iskh!!
mana boleh lupa..
rugi tu bila lupa ilmu yang diturunkan..

Jumaat ritu, ustazah bercerita tentang 5 perkara ke Syurga. 
  1. Menahan diri dari menyakiti orang lain.
  2. Mengatakan kebaikan.
  3. Memasukkan kegembiraan ke hati orang Muslim.
  4. Memulakan ucapan dengan salam dan muka berseri seri.
  5. Berjabat tangan.
Huraian dia sangat panjang.. nantilah..bila bila free boleh la cerita pulak.hehe...

Lancer vs. Inspira









NOTE: 
Sesiapa yang berminat dengan Proton Inspira, boleh la contact me.. :-)

Gelak Sendiri..Membaca Garis hidup mengikut angka kelahiran

hehe..
bosan pagi Sabtu..
bermain kuiz di Facebook..




Membaca Garis Hidup Sesuai Angka Kelahiran


apa yang di tulis kat situ ek??

okeh..tulis balik..

Dear Anisah Abdullah, Angka Garis Hidupmu adalah 5, yang artinya:
Minat dan kemampuannya banyak, petualang, dan progresif adalah beberapa gambaran bagi mereka yang angka garis hidupnya 5. Anda tidak suka rutinitas, sehingga pekerjaan sehari hari yang harus langsung diselesaikan bukan untuk anda. Selalu berusaha mencari jawaban bagi misteri kehidupan, anda ingin selalu bebas, independen, dan tidak ada ikatan.

Noted: muahaha..petualang itu ape?hihi..
menurut Kamus Dewan Edisi Ke 4, petualang

1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 
2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba meng­halangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 
3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman.

so, 
untuk suka suka kat sini, ada tak kebetulan yang betul betul sama? kita buat research.. start from first sentence.hehe...

1. Minat dan kemampuannya banyak, petualang, dan progresif
  • minat ape ek? kecantikan? mampu buat ape yer? drive laju2 dan race bile ade orang cucuk cucuk?haha..pantang dicabar! petualang jugak la tu kot..progresif jugak tu.hihi..

2. Tidak suka rutinitas??
  • haha..it's so me.. tapi banyak benda dalam hidup seharian adalah rutin.. pasrah!

3. Berusaha mencari jawaban bagi misteri kehidupan, anda ingin selalu bebas, independen, dan tidak ada ikatan.
  • hehehe..misteri kehidupan? biarlah misteri...kuikuikui... bebas, independent dan tak ada ikatan tu memang 'like' lah! 
  • Anisah, tak suka dikongkong, uhh...menyampahnye bila ada orang nak control hidup i..rimas lah.. suka hati i la nak buat apa, yang penting tau jaga diri.. lalala~~


hah!!
kuiz garis kehidupan tu cuma kebetulan dengan diri i ye.. 
kebetulan yang hampir sama!!


Thursday, October 28, 2010

tak makan pun kecoh la korang ni..

haih..
malam ni rasa macam sangat sangat bosan..
berchatting pun asyik kena marah je dengan prangai baru..
bukan perangai la..
tp sumtimes akan berlaku sindrom ilang selera makan bila berada di rumah..
jangan la marah andai tak memahami..
sy akan makan, andainya sebelum malam dan berteman.. 
teruk perangai..ngada ngada lagi..
huhu..
incik fadh, saya da baca tentang diet Rasulullah tu.. paham..
incik minhat, if nak suruh sy makan, temankan..
cik nurul, nak marah orang, jaga kesihatan diri sendiri dulu ye..
farid, if nak suruh makan jugak, datang jemput sy di waktu petang after sy abis keje, 
tapi sy tahu, itu impossible bila anda bekerja..

so, 
jangan bising ye bila sy tak makan..
nnti bile sy ade selera, sy makan banyak banyak k...
sy masih gemok seperti dalam gambar lagi even sy mengalami sindrom xslera nak makan skali pun di waktu ini..
hehe

Bertunang?

glupp!!
huh...

semalam, orang tu berpangkat ayah call..
bla..bla..bla..
suddenly,
anisah, i heard u nak bertunang..?
dengan siape? bila?

hah?? uish.. abah dapat cerita dari mana ni?
tak penah pun anisah cakap pasal nak tunang..
abah pandai pandai la buat cerita..
saje la tu..nak kenakan orang..

takde la.. abah da lama tak dengar cerita dari anisah..
mana tau kot kot da bertunang ke..

adoyai!
ke situ pulak dia..

abah...
orang lain pun skali, anisah tak penah pikir pun untuk bertunang dalam masa terdekat ni..
yang tengah duk risau ni, 48 task nak abeskan before 31 December. cane tu??
haih....

i'm sorry...

hye my deari followers.. 
tak mampu nak blogwalking ke page korang la ari ni.. 

petang tadi bercita cita malam baru nk blogwalking.
tapi lari plan pulak...
so x mampu nak update blog dengan sesuatu yang menarik.. 
cume mampu menaip sedikit untuk meminta maaf kerana tidak menjenguk korang..

sorry..sorry..sorry...
i try esok k..
petang tadi seronok melayan video "Most Extreme Airport" je yang tak sempat nak tengok kat Astro aritu..
malam ni  my friend ajak keluar makan pulak.. 
haih...
anisah ambik dinner!!
whoa~~~~

ok la..
gud nite.. 
da ngantok..
assalamualaikum...

Tuesday, October 26, 2010

Cerita Luahan Hati...

kadang kadang, terasa seolah olah berlakon di pentas sendiri.. terlalu banyak perkara yang tersimpul di dalam fikiran. nak diluahkan, tak tau pada siapa. nak bercerita, takut ada yang berkecil hati, nak berdiam, hati sendiri yang terluka.. sekarang, untuk menghiburkan hati sendiri, hiburkan hati orang lain ajelah dulu.. suka membuat orang tersenyum walaupun hati sendiri berduka.. sekurang kurangnya biarkan orang tersenyum, kita akan senyum sekali.. kenapa perlu berkata putus harapan andai harapan itu sudah lama terkubur.. tak perlu bertanya andai tidak sudi mendengar.. tak perlu berkata sombong jika diri sendiri sombong.. tak perlu mendekat andai hati ini disakiti. tak perlu sentiasa mengambil berat andai harta yang diimpikan.. tak perlu datang kalau hanya sekadar memerli.. tak perlu bercakap manis andai sekadar mengambil kesempatan.. cukuplah.. jangan menghargai sesuatu apabila ia bukan lagi milik kita...jangan mula menyesal setelah aku membawa diri. jangan berharap kepada sesuatu yang tak pasti. setapak aku berundur, perjalanan kita tidak akan seiring lagi.. selangkah aku ke hadapan, sesuatu yang baru akan aku kecapi.. tak guna menunggu bulan yang takkan jatuh. pandang kehadapan, tempuh sesuatu yang baru. mungkin hari esok mampu mengubah sebuah kehidupan. kepada Allah tempah mengadu, kepada Allah jua tempatku berserah.. bukankah roda kehidupan telah ditetapkan sejak Azali?


MissAnisah [26102010:1929Hrs] :
seseorang menghubungiku ketika Cerita Luahan Hati ditulis. Damn! kantoi tentang perasaan ku ketika  ini.. entry ini sengaja publish waktu tengah malam, mengikut mood yang semakin suram..

Orang yang suka makan nasi ayam lagi romantik dari orang yang suka makan nasi goreng ayam?

erm..
tertarik dengan status FB kakakku terchenta.. 

Dr. Fazley cakap,
Orang yang suka makan nasi ayam lagi romantik daripada orang yang suka makan nasi goreng ayam???

errkkk... 
betul ke? 
ada orang setuju??

Ain da 22 Tahun.. Err..Aku Pun Dah 22 Tahun 5 Bulan Lepas.huhu


Harap Ain Hepi sokmo dan jangan lupakan Anisah!!!

taknak wish panjang panjang da..
previous entry da ade..
hoho

Sunday, October 24, 2010

Why tomorrow is Monday???

bestnye kalau hari hari tu Ahad. boleh lakukan pelbagai aktiviti.. 
macam hari ni..
i've got colorful Sunday..
seronok betul.. 
dari pagi dengan cerita pagi.. 
petang dengan karipap Ain..
malam bersosial lagi..
hehe..

rase macam tak nak keje la..
nak life yang macam ni je..
everytime, ade income..
tido pun ade income, gi dating pun ade income.
haih...
seronok ler gitu..

tapi, 
boleh ker?? 
macam awal bulan je yg cenggini..
haha..
tapi bukan ke pendapatn sekali sebulan tu da mampu untuk cover hidup 2 bulan?
haha...
ape aku duk merepek ni? 
kui..kui..kui..

yang penting hari ni hepi la..

even esok Monday..
pelbagai ragam..
Monday blues la.. 
liat bangun gi keje la.. 
macam macam lagi la..
sebenarnya i nak cakap i hepi jgk!!!
esok...

25 oktober!!!

HAPPY BIRTHDAY AIN!!!!!!!!


SORRY SAYANG.. 


LUPE SANGAT SANGAT NAK BELIKAN HADIAH TADI..


ANYWAY,

semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.. apabila umur makin bertambah ia tak bermakna kita semakin tua. tetapi kita makin dewasa untuk berfikir. untuk membuat segala keputusan.. untuk menilai sesuatu kejadian.. semoga tabah dalam apa jua yang dilalui. kalau nak pape, anisah sentiasa ada untuk membantu.. kalau nak boifrend tak mampu ler anisah nak kasi ye yang.hehe..

acceli i lagi tak sabar nak makan kek mak Hanis Zalikha esok even da makan New York Cheese Cake tadi.
auntie Nani Rostam, esok kami pegi ambik..
hehe...

My Sunday Story..


just a short update, 
thank you so much!

Saturday, October 23, 2010

ketam nipah penawar denggi..

 ini adalah ketam nipah.. hidup dia mesti la di habitat dia..haha..
 ni dua ekor ketam nipah.. jap lagi dua ekor ni akan dimasukkan ke dalam periuk untuk di masak oleh chef kita iaitu, Kak Long saya..hehe

tapi nak masak untuk makan ramai ramai takde la 2 ekor je ye..
masak le banyak sket, ape susah...

di sini saya sertakan resepi untuk memasak sup ketam nipah.. 
menurut Abang Long, resepi ni dia dapat daripada tauke Restoran Oren kat Chendering tu..
 sekarang, ketam ketam ni kena masuk dalam periuk. tunggu sampai masak ye.. 
nanti bole la makan!
 rupa ketika sedang mendidih..
 da masak, bole la makan sesuka hati..
agak agak susah nak makan, ketuk je dengan lesung batu..
tak pun gi ambik hammer gi..
 ni la rupa pengantin baru dan Ira, dengan sup ketam dan alu lesung.
 best ek korang besantai makan sup ketam kat depan umah..
tak pe..tak jeles pun..huhu...
sup ketam ni amat mujarab untuk mengubati sesape yang terkena denggi..
anisah pun da penah masak untuk kawan kawan yang terkena denggi..
al maklum lah, sepanjang blajar kat METC, tak sah kalau dalam sesebuah rumah tu takde yang kena denggi..
denggi macam sinonim dengan bebudak METC.. 
sebab Ara Damansara memang port strategik la untuk nyamuk aedes!
sesape yang tinggal kat Ara Damansara, jaga la kebersihan rumah anda ye...
kami mempunyai banyak pengalaman di sana..
orang yang tinggal kat tempat lain pun kena jaga jugak tau..

khidmat masyarakat di petang sabtu..
lalalalala~~~~

blog korang yang berlagu lagu...

hmm..petang ni cuma melepak kat rumah aje lah..dengan harapan mampu bertahan sampai ke pagi esok untuk tidak keluar rumah! hoho..
al maklumlah, bukan reti duduk rumah sangat pun kalau weekend cenggini..
al kisah bila duduk rumah, mesti la ber online berjam jam..
sambil sambil online, mesti la blogwalking ke blog korang korang.. 
acceli i ni suka jadi 'silent reader' je yer.. tak reti la nak comment comment sangat..
cuma kadang kadang je tinggalkan comment kat chat box..huhu..

tapi yang tak seronok bile blogwalking ni bile tersampai kat blog korang yang ade bunyi lagu.. sorry yer.. memang i tak berape gemar sket la.. maybe mencacatkan pendengaran lagu dari laptop i sendiri.. sorry ye bloggers, selalunye, bila jumpa blog yang ade lagu yang keep playing, i akan cepat cepat click 'X' kat tepi atas belah kanan ye.. bukan i tak nak jenguk korang, cuma kadang kadang, rimas la..

i tak salahkan korang pun untuk letakkan lagu..blog korang, korang punya suka la kan..tapi telinga i  yang tak boleh terima.. i bukan la sampai tahap tak jenguk blog korang langsung.. bila nak baca entry korang tu, terpaksa la tekan button 'mute' kat speaker laptop i.. semata mata nak baca ape yang korang post tau.. 

anyway, keep blogging my beloved blogger.. ada latest entry, nanti i baca..

Thursday, October 21, 2010

KISAH AMING GI SEJID

Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.

Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..

Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.

Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.

Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.

Wednesday, October 20, 2010

Kelebihan Surah Al-Kauthar


  • Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. Ia bermaksud sungai di Syurga.
  • Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
  • Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
  • Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika Baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:
  1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah mudahan Allah SWT akan makbulkan doa kita.
  2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.
  3. Jika sering sakit mata seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10 kali pada mata.
  4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali, mudah mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  5. Jika kita baca 1000 kali, rezeki kita akan bertambah.
  6. Jika kita rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kalim Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

I Love i-City Contest


hi..dah lama tak join contest kot..
tapi suddenly Cik Nurul tag untuk contest i City ni..
mula mula tak nak join pun sebab kunjungan ke i-City yang lepas tak boleh nak 'show off' sangat gambarnya.. ade cerita disebalik itu ya Cik Nurul..
hehe..

but,
last nite tiba tiba lagi,
ain ajak jalan jalan..
takde arah tujuan pun.
lastly,
sampai i-City..
hehe..

Cik Nurul,
dengan tak berbekalkan LUMIX, Anisah sampai ke sana..
adoyai!! jugak la..
so redah jela dengan camera fon..
so,
dengan kualiti camera fon,
Anisah menyahut saranan Cik Nurul untuk join contest
Cik Enna..

to Cik Enna,
Anisah nak join 2 2 kategori..
untuk suka suka je..
if Cik Enna nak bagi anisah jadi winner,
Alhamdulillah..
:-)

Category A:

Category B:

Cik Enna,
i love i-City...dengan keindahan lampu LED bewarna warni yang mampu membuat saya tersenyum dikala kedukaan, yang mampu mengubah tangis menjadi senyuman, keseluruhannya, keindahan i-City jelas mengubah satu perasaan! aku cinta i-City...

now, readers, i tag all of u to join!

Tuesday, October 19, 2010

When suddenly i got a test!

erm..
just short update,
dunno what should i write,
no idea sum more..
headache..



erk.....
need to prepare for EACA test also on this Saturday..
i must achieve Level 4 for Reading, Listening, Speaking and Writing..
huh!




so,
tune to English mode now!

If you don't like your job, just be glad that....

You are not an Electrician in China..

or,
a plumber in Hungary..

or,
a delivery service employee in Asia..

or,
a deodorant tester in Germany..

or,
a Zoo keeper in America..

or,
a Horse Whisperer in England..

or,
a Ditch Digger in Poland..

or,
what is really shitty job...














5

4

3

2

1






a mobile toilet!!



Just be thankful for your job!