Wednesday, November 30, 2011

Ayu, Zailan Wedding






Ayu...
Tak kenal la.. 

Achik.. 
Semua sedara mara cuma kenal dia dengan nama Achik.. Even me, tak pernah ambik tahu apa nama sebenarnya dia.. Memang sejak kecik lagi panggil Achik dan lekat la sampai ke tua kot.. 

I balik kampung Sabtu lepas sebab menghadiri wedding dia la.. Satu satunya sepupu yang sebaya bersamaan jantina.. hohoho... I mempunyai ramai sepupu yang sebaya.. Tetapi, kebanyakannya lelaki.. So, bila sepupu perempuan yang kawin, memang teringin sangat sangat la nak tengok. hehehe... 

Apapun, tahniah diucapkan kepada kedua mempelai.. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.. 

MAS Adventure Camp 2011 by Mira Munshee - Day 1















Day 1 – 20 Nov 2011

I went to KL Sentral and met with the other contestants. It was great seeing new fresh faces. We registered and were brought up to the first class’s waiting lounge. After a while, the parents were asked to come down and leave us with the teachers. Cikgu Fuad distributed us with animal’s names for our group. So we have 10 groups, 4 groups of girls and 6 groups of boys. We had lunch and continued with briefing about how to solat in the train and how to take wuduk using the water spray they provided for us. We were scheduled to leave at 3 pm but the train was delayed for an hour. So we gathered in front of KFC and waited for one hour, took turn to go to the toilet and everything. Finally, the train came and we boarded and left Kuala Lumpur. The train ride was alright, the guys can’t stop making noises and stuff but we had fun and I get to watched sunset on the train :) We arrived at Kuala Kangsar around 8 pm, it was dark outside and it rained but that did not stopped us. We took two buses and departed to Ulu Kenas, where our camp was held. It took around 20 minutes to reach there. We arrived and we went to the hall, had our first dinner and Cikgu Fuad gave some introductions with the teachers in charge and a few ground rules in the camp. Then we were sent off to the tent. We set up our sleeping spots and then it rained. And the tents were leaking. Rain came in the tent and everyone, mostly girls, were screaming and yelling for the teachers ._. At last, Cikgu Hafidz came with plastic mat and the girls were brought to the surau. That was the end of our first night in MAC.




posted by: Mira Munshee

Tuesday, November 29, 2011

Laaa.. Kena Kerja Malam ni?

Laaa.. Kerja ke malam ni??

Sungguh malas nak bersiap rasanya.. I dah cuti sejak 19 November lagi.. Tiba tiba kena kerja malam? Malasnya....

Ada sesiapa nak gantikan I tak pergi baiki kapal terbang malam ni?? Tolong.. Kerja sampai pukul 5.30 pagi esok jer.. siang esok tidur la..

MAS Adventure Camp 2011 - Barisan Kerah Tenaga

hallu.. 
morning... 

opss!! 
Assalamualaikum.. 

I baru balik dari percutian ke kampung ni.. Mood; masih lagi ala ala terengganu kiter.. keropok lekor dijadikan breakfast, nasi dagang dan serunding dari Pasar Payang..hehehe.. Best pulak tak payah penat penat driving 8 jam.. Firefly ada untuk terbangkan I ke kampung.. Seronok sangat ni. Lagi seronok bila tiket pun di sponsor.. haih.. Naik lemak lagi la.. Mintak sponsor je kerja..



Seperti yang dijanjikan, I nak meneruskan update tentang MAC 2011. Mesti ramai lagi readers I kat sini tak tau apa tu MAC 2011.. Ini adalah program tahunan Kelab Kembara Backpackers MAS (BPKC) dengan kerjasama Kelab Sukan MAS. Selalunya kem sebegini diselang selikan dengan kem kem lain seperti Kem Penyayang dan juga Kem Pintar. 

Kem Penyayang dianjurkan untuk anak anak yatim dan golongan golongan miskin yang mana tidak mampu untuk merasai program seperti di MAS Adventure Camp di atas faktor bayaran yang besar.. Oleh itu, pihak BPKC sentiasa bergilir gilir melakukan aktiviti seperti ini untuk mencari dana bagi menjalankan kem seperti Kem Penyayang. Insyaallah, pada tahun 2012, BPKC akan menjalankan Kem Penyayang untuk golongan tersebut. Cuma pencarian dana serta sumber kewangan untuk mejalankan Kem Penyayang masih tidak memberangsangkan. Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan bagi menjalankan Kem Penyayang amatlah digalakkan dan boleh lah menghubungi kami..

Manakala, Kem Pintar adalah kem yang dianjurkan oleh Malaysia Airlines untuk pelajar sekolah angkat MAS. Pihak BPKC selaku pihak yang hanya menjalankan program seperti kem yang telah dijalankan di Permai Rainforest Resort Kuching Sarawak pada pertengahan tahun 2011. Kebiasaannya, Kem Pintar akan menjadi aktiviti tahunan MAS untuk sekolah sekolah angkat di atas jagaannya disamping BPKC akan menjadi tulang belakang untuk menjayakan program outdoor seperti mana MAS Adventure Camp. 

Sekarang ini dengan rasa berbesar hati ingin memperkenalkan barisan tenaga kerja yang telah menjayakan MAS Adventure Camp 2011 memandangkan kem ini baru sahaja berakhir. 


















Mereka inilah yang sudah bertungkus lumus memastikan kejayaan program serta semua pelajar didalam jagaan yang baik.. Tahniah diucapkan kepada semua.. 

Rasanya untuk menceritakan perjalanan program, saya dengan berbesar hati ingin menggunakan feedback salah seorang peserta yang dengan sukarela telah menulis pengalaman beliau di MAC 2011 sebagai tanda penghargaan serta terima kasih. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di kem yang akan datang..

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa peserta dengan komen komen yang menggalakkan kepada pihak kami.. Andai kata terkasar bahasa, salah silah serta kepincangan disepanjang program berlangsung, harap dimaafkan.. Kepada ibu bapa yang gagal menghubungi kami disepanjang kem, ucapan maaf juga dihulurkan.. area tu memang susah nak dapat signal.. 

kepada semua peserta, 
You're 
AWESOME!!



Saturday, November 26, 2011

GAMBAR : Pre MAS Adventure Camp 2011 - Hutan Lipur Ulu Kenas PART 2

Ini adalah entri untuk sambungan dari yang sebelum ni..


pre camp lagi.. nak tak nak I nak buat ikut sequence jugak.. sebelum post entry tentang MAC 2011, I nak habiskan cerita tentang pre camp.. 


sewaktu pre camp, I dan kawan kawan buat jungle tracking dulu.. masa tu la agaknya I terkena serangan kutu bab*. berpuluh puluh ekor dah hinggap dan mengisap darah I. Sampai saat ni terasa gatal gatal dan parut tak hilang lagi.. Ada petua tak nak hilangkan gatal gatal ni? Help me, please...


tak sampan half way tracking, semua dah pancit! terkejut tengok track yang sangat dasyat tu pun iyer jugak. kalau ikutkan hati I, I mengalah dan berpatah balik.. Tapi atas dorongan kawan kawan, mana boleh mengalah.. Diorang pun pancit jugak.. hohoho..


dan yang ni memang K.O. terus gi jungle tracking...


sewaktu ni, kami semua dah sampai ke puncak.. berbincang bincang tentang track. dah berfikir ingin batalkan je aktiviti jungle tracking untuk peserta kem dan kemukakan plan B dan plan C.hohoho..




di sebelah petang pulak, kami mencuba abseiling di BTN. kena la test dulu sebelum melepaskan peserta. segala equipment bawak sendiri, cuma tapak je kami pinjam dari BTN. Terima kasih...




jangan tiru aksi ini yer.. berselipar melakukan abseiling!



habis da pre camp...
tunggu update MAC 2011 okay..



Friday, November 25, 2011

GAMBAR : Pre MAS Adventure Camp 2011 - Hutan Lipur Ulu Kenas



hihi..
haha..
huhu..

Walaupun MAS Adventure Camp 2011 day menutup tirainya semalam, I tetap nak kongsi gambar gambar disepanjang PRE CAMP sebelum I kongsikan gambar MAS Adventure Camp 2011. Seriously, event 5 hari tu mengumpul beribu ribu gambar.. Tapi, slow slow la I update kot.. Untuk tatapan peserta peserta MAC 2011 jugak.. 



Semasa Pre Camp hari tu, kami sampai disekitar 3 pagi, dan terus memacakkan khemah. Mula mula I rasa macam 'biar betul korang ni??'.. Memandangkan diorang tu ahli MAS Backpackers, I pun tak nak la bertanya lagi. Diorang memang sangat gila gila la! Dan obvious, mereka best.. I pulak first time mengikut diorang dalam event camping ni. Kat Kuching, tidur kat resort.. Memang tak merasa la benda macam ni. hihi..



ini jugak pertama kali I sampai ke Ulu Kenas.. Cantik! 

Ini permandangan di awal pagi yer.. 



Kemudian, aktiviti meng'usha' aweks!! opss!! Usha kemudahan yang disediakan di sini yer. Sila tengok satu persatu.. Sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti outdoor okay.. Kemudahan awam yang sangat selesa jugak..









Kalau anda berminat, hubungi je Jabatan Hutan Negeri Perak. Senang je... 

Alamak... 
Dah terasa kena buat Part 2 la pulak.. terasa nak upload banyak gambar jer. Tungguuuuuu....