Friday, November 26, 2010

owh!! aku di TAG!

1. Apa benda yang paling penting dalam hidup?
phone.. kalau takde phone cane nak contact semua orang.. huhu

2. Benda terakhir yang kau beli guna duit sendiri?
Baju bajan.. berborong di F.O.S. warehouse sale kat glenmarie.

3. Tempat ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan?
Di sebuah hall yang besar la..family ramai, kawan kawan pun ramai..senang sket. tema?? Erk..kena cakap ke? Xpelah.. x surprise nanti bile masa da sampai.. tapi lambat lagi yer..

4. Adakah kau sedang bercinta sekarang?
Cinta kepada Yang Esa,,

5. Berapa lama kau akan mencintai kekasih kau?
Selagi nyawa dikandung badan.

6. Novel/buku/majalah terakhir yang kau beli?
Alamak.. macam da sangat lama x membeli buku. Tak ingat la..

7. Antara mak dan ayah mana lebih mesra?
Saya anak mak dan ayah.. So dua dua saya mesra..

8. Namakan orang yang kau betul-betul nak jumpa dalam hidup?
Erm.. my Prince Charming.haha..

9. Adakah kau basuh baju sendiri?
Tak! Washing machine yang tolong basuhkan! Hehe

10. Tempat yang kau betul-betul nak pergi
Lake Maggiore.hehe

11. Pilih satu, peluk atau cium?
peluk la..

12. Tiga benda tentang orang yang tag kau
Marshiella
- Marshiella Musa, adalah nama sebenar.
- ini belog dia KLIK SINI MEH!!
- bulan depan birthday dia yang ke 21. Dia lahir 23.12.1989!!

13. Benda yang kau sayang sangat-sangat dalam hidup?
Mak Ayah dan keluarga..

14. Lima lagu paling suka dan selalu dengar?
i. Selamat Malam – Faizal Tahir
ii.Cinta Sempurna - Yuna
iii. I Don't Want To Miss A Thing – Aerosmith
iv. Miss Independent - Ne-Yo
v. Pujaan Malaya – Adzrin Azhar

15. Bila tarikh lahir dan dekat mana sambut tahun lepas?
10 Mei 1988 – kat rumah dengan family tersayang..simple but very nice!

16. Lima blogger kau nak tag?
Lima? Erm.. 1 jela.. Nabil..hehe



Cik Blog
Miss Anisah
1. Nama sebenar, Anisah binti Abdullah..dilahirkan di Kemaman Terengganu. Tapi ramai junior assume I orang Johor..lah pulak! I orang Terengganu k..

2. Menurut namaku, Anisah (yang mesra,penglipur), memang mudah mesra dengan orang.Suka merepek! Dah la suka cakap. Sesiapa yang berada kat sebelah, kena la redha dan layan je telinga bila dengar I bercakap k.. Mostly I membebel.hehe..

3. I anak last dalam family. Independent! Degil! Hehe..

4. Sangat bersabar dan susah nak marah orang walaupun da marah sangat sangat da. Selalu senyum je bila jumpa orang, sebab malas nak bukak mulut untuk menegur..huhu.. tak reti la nak start conversation..hehe

5. Family person!

Hobi
1. Dengar lagu.
2. surfing internet.
3. Shopping.
4. Jalan jalan kat taman.
5. Makan.hehe


Blog
Cerita Luahan Hati ni consider baru la jugak.. ape yang ada, ikut sedap je nak tulis.. ikut mood rajin ke malas la yer.. sekarang ni agak agak malas la jugak. Busy je memanjang.. lagipun tengah tak bersemangat nak melayan blog.huhu

Actually, I bukanlah pandai sangat berblogging.. bukan pandai nak mengarang sangat.. bila follow blog orang tu, prefer jadi silent reader. Sebab I tak reti lah nak comment2 ke hape..huhu..

Anyway, thanks for reading.. thank you!
Thanks to Marshiella also for tagging me.. ade point nak update blog! Hehe..

Fikiran.Mata.Hati.Kata Kata.

.Fikiran..
sering teringat apabila ia menari nari di kotak minda.
sering terbayang mungkin ia sangat berharga.
sering datang menerjah apabila aku cuba untuk melupakan.
sering termimpi ketika aku hilang pedoman.

.Mata..
sering terpandang apabila cuba mengelak.
sering terbayang apabila menjauh.
sering datang disaat aku terpejam.

.Hati..
sering tertanya tanya untuk merungkai persoalan.
sering berkata, fikiran, mata, hati tidak seiring.

.Kata Kata..
sering menafikan realiti..

Saturday, November 20, 2010

Google Map buat lawak?

 

u should try this..

 1. go to GOOGLE MAP

 

2. go to GET DIRECTION
3. type TAIWAN at location A
4.CHINA at location B

5. read the suggestion route given
.
.
.
.
.
.
.

 

oppss!! 
please read STEP 24 below!!!



 how come? 
do you want to swim about 165km??


and one more, 
try to change the direction..
from China to Japan.. 
and look at STEP 42..

tell me, what is it?

Friday, November 19, 2010

Tak Suka!

betul ke bila duduk sorang sorang akan rasa sakit yang macam macam? 
huh...! 

actually da rase macam ni lebih seminggu da..
tapi, kesibukan buat sakit ni hilang.. 
sekarang, bila duduk diam, nak study, bace buku.. 
mula la sakit tu datang balik.. 
sakit belakang..
sakit kepala..
sakit leher.. 
sakit ape lagi?
punca dia daripada tu ke ek? 
huh!!
benci jumpa doktor lagi......

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha...

Assalamualaikum..
di sini, saya nak ambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam walau di mana anda berada.. 

Aidiladha juga mengingatkan kita dengan peristiwa Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menunaikan perintah Allah SWT..

Hari ini ramai orang melakukan ibadat korban. Korban bukan sahaja menyembelih lembu atau kambing, tetapi korban mengandungi pelbagai cara.. Cuma perbezaan di antara pengorbanan seorang anak, isteri mahupun ibu..

mungkin suatu hari kita perlu berkorban untuk kebahagiaan diri sendiri, keluarga dan rakan rakan.

mungkin juga suatu hari, aku juga perlu berkorban demi kebahagian orang lain.. 

Kita tak tahu apa yang akan berlaku, takdir telah ditetapkan oleh Allah SWT.. 
kita hanya merancang, Allah jua yang menetapkan segalanya.. 

Aku sedang berfikir, tentang satu pengorbanan yang perlu atau tidak aku lakukan. 
Adakah ia akan memberi kebahagian untuk diri sendiri semata, orang lain semata atau semua orang? 
Entah lah.. mungkin memerlukan masa untuk mencari sebuah jawapan..
Tidak perlu terburu buru..
Takkan lari gunung di kejar..
Mungkin satu pengorbanan akan menjadi ukuran.. 

SALAM AIDILADHA..


Thursday, November 11, 2010

Lepas Kawen, macam ni ke? it's like berdosa u noe!! haha

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

 Noted: 
if i dapat husband macam ni..hmmm...
perang jela..

Tuesday, November 09, 2010

Saya Menyepi Dari Jalur Lebar..

Assalamualaikum...

erm..sangat lama tak update entry.. 
maaflah yer my followers and readers..
sorry jugak tak blogwalking ke mana mana..

Actually, i'm sooooooooooo busy.. huhu..
dah agak lama tak berada di Subang.. 
pagi dan petang travel dari jauh untuk ke tempat kerja..
tapi tak mengapa..
ade sesuatu yang lebih penting di luar sana..
huhu..

kebizian ni tak tau sampai bile.. 
maybe until raya haji kot.. 
ntah..
di sane bukan takde maxis broadband untuk online.. 
tapi sangat2 tak sempat.. 

ok lah u all.. 
take care.. 
~XOXO~

jangan rindu rindu k!! muahh!!

Tuesday, November 02, 2010

Empat Tindakan Yang Boleh Mengubah Takdir

Ada empat cara yang Allah telah takdirkan dan dapat mengubah takdir Allah s.w.t.:



Pertama, IKHTIAR, ALLAH memberikan kepada kita tenaga, akal fikiran, dan perasaan yang merupakan proses untuk ikhtiar, berusaha, berjuang, bekerja, dan bergerak. Kita dianjurkan untuk selalu berikhtiar, berjuang, sabar dalam ikhtiar. Mahasabah diri dan memperbaiki keadaan dengan berjihad. Sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Qur’an : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum,kecuali kaum itu sendiri mengubah keadaan dirinya.” (Al-Ra’du [13]:11)



Kedua DOA.“Tidak ada yang mampu mengubah qadhanya ALLAH kecuali doa.” (H.R. Tirmidzi)Doa yang dimaksud dalam hadits di atas adalah doa yang ikhlas dan sungguh-sungguh. ALLAH menegaskan dalam firman-Nya; “Berdoalah kalian kepada-Ku, niscaya doa kalian Aku mahkbulkan.” (Al-Mu’min [40]:60)



ALLAH sangat senang menatap hamba-Nya yang mengemis, merayu kepada-Nya, memohon kepada-Nya, agar Dia campur tangan dalam urusan kita. Menangis dalam berdoa. Puncak kekhusyukan doa adalah saat kita berdoa sambil menangis. Kerana khusyuk, mereka menangis, karena menangis mereka bertambah khusyuk. Berdoa saat sujud, karena itu adalah posisi yang terbaik untuk berdoa. Oleh kerana itu, perbanyaklah berdoa saat sujud.



Ketiga, KHUSNUZHAN (berbaik sangka) “Aku bagaimana prasangka atau praduga hamba-Ku.” (H.R. Bukhari) Baik sangka merupakan akhlak yang terpuji, ada hikmahnya, dan banyak kebaikannya. Kita harus selalu berbaik sangka bahwa dalam setiap peristiwa ada rahmat ALLAH. Subhanallah! Dengan berbaik sangka bahwa di balik sakit ada rahmat, di setiap musibah ada hikmah dan di dalam kematian ada ridha ALLAH, maka kita akan bertambah dekat dengan Allah. Dengan baik sangka, takdir itu akan menjadi lebih baik, akan diterimanya dengan ikhlas, dan percaya bahwa takdir itu merupakan qudrah dan iradah Allah. Semua takdir yang diberikan oleh Allah adalah yang terbaik. Hanya saja kita sering melihatnya dengan nafsu dan emosi. Sedangkan dalam nafsu ada dunia, dosa, dan kepentingan-kepentingan sesaat yang menyebabkan kita tidak nyaman melihat takdir dan selalu menyalahkan.



Keempat, TAWAKKAL kepada ALLAH s.w.t., Setelah kita berikhtiar, berdoa dan berbaik sangka kemudian yang terakhir kita harus tawakkal.Allah berfirman dalam Al-Qur’an:



“Siapapun yang menyerahkan urusannya kepada Allah (Setelah ia berikhtiar, berdoa dan berkhusnuzhan) niscaya Allah akan mencukupi kebutuhannya (urusan berikutnya adalah urusan Allah).” (At-Thalaq [65]: 3)Allah sangat senang terhadap hamba-Nya yang setelah berjuang dengan maksimal, lalu ia menyerahkan sepenuhnya kepada Allah, apa pun yang diberikan Allah ia terima dengan lapang dada. Allah berfirman dalam Al-Qur’an: “Allah senang/cinta/sayang kepada hamba-hamba-Nya yang menyerahkan urusannya kepada Allah.” (Ali-Imran [3]: 159)



Sebagai manusia kita tidak ada apa-apanya, lemah, dan dha’if. Karena itu, setelah berikhtiar kita serahkan segalanya kepada Allah. Usaha wajib, tapi Allahlah yang menentukan hasilnya. Apa pun keputusan Allah, itulah yang terbaik.



Sumber: 30 Hari Meraih Kekuatan Zikir”Muhammad Arifin IlhamDiterbitkan oleh Qultum Media

Monday, November 01, 2010

Peringatan Buat Diri Sendiri - Jangan Melewatkan Solat

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama   serta jadikan panduan   dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika  atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer   dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular  yang berwarna Hitam  sebesar peha bersisik tebal telah berada  di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerukan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain   yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam  memandu dari situ (8 km Jauhnya)  . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ. Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan  serta mengangkat ular  tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit   dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita  itu (yang peliknya Ular Hitam  itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka). 

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk  meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah  itu … Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..