Wednesday, May 30, 2012

Wedding Story : Intro Hari pernikahan

Alhamdulillah.... Segalanya selesai... Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir... Tak lupa kepada yang mengirimkan ucapan dan doa, terima kasih banyak banyak..


Monday, May 28, 2012

Kita Dah Kahwin? Yea!

Yea?!
Tak patut cakap macam ni..

Syukur Alhamdulillah... Bermula kehidupan baru untuk melengkapkan isi hati... Penat memang penat melayan tetamu.. Just short update okay..

Anyway abang,
I Love U...


Terima Kasih buat semua tetamu yang datang.. Maafkan tuan rumah di atas segala kekurangan yer...

Saturday, May 26, 2012

The Journey of Love



bukan mudah..
bukan sentiasa manis..
bukan sentiasa gembira..

tetapi perlu sentiasa...
jujur,
bertolak ansur,
sabar,
berkerjasama,
memahami,
dan
saling percaya mempercayai..

Ya Allah,
Kuatkanlah Cinta kami.. Jauhkanlah kami dari buruk sangka, dan redhailah hubungan kami.. Hingga ke akhir hayat kami.. Pupukkanlah segala kebaikan untuk kami dalam mengharungi hidup bersama. Amin...


Wednesday, May 23, 2012

Little Penang Cafe @ The Curve

Waktu I dan Nisa tak kerja.. Senang cerita, ponteng.. Bersemangat 2 perempuan ni tak pergi kerja sebab nak shopping.. I nak shopping barang kawin, Nisa pulak nak shopping barang baby..

Menjadi jadi pulak kami kan bila dah duduk dekat ni.. Nanti lepas kawin, dedua tinggal kat Shah Alam, habislah hubby kami.. Kena ready apa yang patut untuk isterimu bershopping la.. Hihihi...

Dah penat shopping, perut lapar, Little Penang Cafe lag menjadi pilihan.. Sebelum ni tak pernah lagi makan kat situ.. Kira macam nak cuba la.. Bila tengok menu, Wow! Hantu? hohohoho


Tak nak la pilih.. Kami makan makanan yang biasa biasa je.. Tak mau la hantu hantu.. Hihihi...



Rasaya boleh la.. Takde la best giler... Cuma boleh layan la... Memandangkan dedua lapar dan nak sambung shopping lagi kan.. Pukul 5  petang sebelum diorang balik kerja, kami berdua dah sampai rumah dulu.. Baru suami tak bising bershopping.. Pandai kan trick kami??


Teringat satu peristiwa di kedai mak mak mengandung.. 'dik, ini seluar mengandung. Kat sini tak jual seluar biasa..' erk! Nisa jawab, 'Ye.. Saya tahu.. Memang saya nak cari seluar ni pun..'

Blushing terus perempuan kat kedai tu.. Lain kali hati hati yer.. Nak tegur tu tengok la dulu perut.. Kah!!! Kah!!! kah!!!

Tuesday, May 22, 2012

Songket Terengganu

Nak menyediakan hantaran untuk pihak lelaki ni, pening lah jugak.. Lagi pening kalau tak ada masa untuk mencari sendiri.. Terpaksa la menyusahkan orang.. Orang yang dimaksudkan ialah Mak Teh.. Nak buat macam mana.. Dah takde masa nak balik ke Kuala Terengganu.. Walhal, memang memberontak nak balik sana.. Nak makan makan!

Semalam, Cik Housemate tegur.. 'Anisah, ko diet lagi ke? makin kurus!' Kurus ker? Macam makin gemuk je rasa.. Walaupun perasan jugak la berat turun.. Tapi shape macam tak je.. Erk! Tambah lagi bila bekerja kat Subang.. Geng makan makin kerap berkumpul.. En. Hubby je mencatu makanan I.. Hohoho...

Dalam misi membeli Songket, iaitu sampin, kalau diikutkan hati nak memilih sendiri.. Tak puas hati kalau suruh orang lain. Tapi, apakan daya.. Memang itu takdir kita.. Terpaksa la.. Bila terpaksa tu, perasaan kesian, rasa bersalah menyusahkan orang tu wujud la..

Dalam sesi membeli tu, my cousin terpaksa ambil gambar, suruh I pilih.. Itulah yang duk berlaku di Pasar Payang sepanjang pagi..  Hasil dia, macam macam gambar la yang I dapat.





Dah banyak banyak gambar dan design cousin I hantar, mulalah rambang mata.. Akhirnya pertembungan 2 pendapat mula berlaku..

Anisah : Saya nak yang simple, cantik, mahal, tak crowded!


Tuan Kedai : Tapi yang cik pilih ni orang tak buat sebagai hantaran.. Simple sangat. Tak sesuai.. Yang saya suggest ni better.. 


Anisah : Tapi saya tak suka.. Saya tak rasa cantik.. Ok! Muktamad.. Saya nak yang saya pilih ni jugak.. Tak kira.. 


Orang lain, OK....

Phone conversation saje...

Sebenarnya dalam hati I, bersalahnya menyusahkan Mak Teh. Berjalan kat pasar tu dari satu kedai ke satu kedai.. Mencari songket.. Keputusannya, I ambik je yang I suka instead of mencari kriteria tadi..



Empat helai kat atas ni dah buat I stress untuk meneruskan pencarian songket untuk En. Hubby.. Sorry lah.. Kalau tak berkenan, nanti kita pergi beli sendiri yang lain.. Pasar Payang tu febret place I bershopping.. So En. Hubby, jangan malas malas untuk ke Pasar Payang yer...Hehehehe

Finally It's Friday!

Today is the last Friday as Miss Anisah.. many peoples inside my house right now until Sunday.. Erm... Maybe! And... I'm soooooooo nervous!

Testing..

Test je... Morning... All the best Nisa'!

Monday, May 21, 2012

Pengapit?

Nak mencari pengapit takde la susah sangat.. Memang cik adik dan buah hati dia willing untuk penjadi pengapit kami nanti.. Dalam kesederhanaan majlis nanti, harap harap semua benda akan berjalan lancar. 

Apa lagi yang outstanding yer? Macam dah ok jer.. Nanti kena run thru lagi sekali Wedding Checklist.. Sekarang ni, disebabkan rindu yang teramat dah, tak sabar sangat nak jumpa Cik Pengapit saya!! 

Cepatlah Sabtu datang!!! Tak sabar jugak nak melihat dia memakai baju ni.. Mesti Comel kan! Adik, RINDU!



Macam mana pulak yer buah hati awak dengan baju gold ni yer? Hehehehe

Subway Untuk Menaikkan Semangat Nisa!

Sebenarnya dari minggu lepas kawan kawan I ajak makan Subway.. Tapi tak pergi pun.. Pergi makan dengan En. Hubby lagi best. Tapi hari ni, diorang nak jugak.. Siap plan awal awal lagi, hari Isnin nak lunch kat Subway.. Layan je..

Tiba tiba Nisa dapat tahu.. Nak ikut la dia bila tahu nak lunch kat Subway.. Tapi sebelum lunch tu, dia dapat email. Esok kena oral assessment dengan QAE! Takde angin, takde berita, tiba tiba dapat tarikh.. Orang lain ada jugak masa untuk buat persediaan mental dan fizikal.. Takpe la Nisa.. Segalanya bergantung kepada rezeki..

Bila dah dapat berita macam tu, menangis la Nisa.. Terkejut.. TAK SANGKA! Susah pulak nak tenangkan dia.. Orang mengandung.. Perasaan, emosi pun cepat la berubah.. Dah satu hal lambat nak keluar lunch.. Kesian kat Acap.. Hohohoho..

Bila dah makan makan, borak borak, dapatkan aiskrim McD.. Ok la dia..





Dari atas, gambar Mama Nisa baru lepas nangis, Acap lak yang lapar, dengan Paan yang tak clear.. Last, gambar sandwich yang kami makan..

Anyway Nisa,
I wish you all the best.. Aku tahu kamu boleh melakukan yang terbaik.. Rezeki kita tak tahu.. Jangan kelam kabut dan menggelabah nak menjawab.. Aku doakan kamu lulus esok dan menjadi engineer.. Ameen...

Friday, May 18, 2012

Bachelor Party ke?

Seminggu lagi nak bergelar isteri orang.. Isteri orang la kan.. Kalau bukan orang takdenya nak nikah.. Opss! hehehe... Kawan kawan sibuk nak ber'bachelor party' pulak.. Bachelor Party la sangat.. Padahal, tak kira masa dan ketika, makan makan dan explore je mana mana tempat makan best selalu.. Geng makan la katakan..

Bachelor Party dah berlaku kat Jeram.. Bertiga je.. Tu pun kena marah kat ramai orang sebab kami pergi senyap senyap.. Sorry yer kawan kawan, Kita buat party 'Join To Da Club' pulak nanti.. Bila bertiga, tak bernama Bachelor Party sangat la.. Lebih kepada sesi menambahkan lemak lemak badan je..

Sesi menambahkan lemak ni dah berlaku di Aroma Ikan Bakar, Jeram Kuala Selangor.. Waktu sampai kat situ pukul 4.30 petang. Oleh kerana Ahad lalu adalah Mother's Day, punya la ramai makhluk Tuhan berpusu pusu datang makan.. Nasib baik kami sampai agak awal. Tak ada masalah dengan limpahan manusia ke tepi laut untuk menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati juadah enak... Waaahhhhh... Gitu....


Segala makanan laut di situ takde lah sangat sangat segar.. Tapi boleh la.. Cara masakan dia pulak sedap.. (tapi masih terkenang lagi keenakkan sewaktu di Kota Kinabalu).. Oleh kerana nasib kami ni lebih baik daripada biasa, sewaktu memilih lauk pun tak perlu beratur panjang macam mereka mereka yang datang sewaktu pukul 7  petang.. Lupa pulak, waktu kami sampai tu, Aroma Ikan Bakar tu baru bukak.. Pukul 4.30 petang.. Awal sangat tu kami nak dinner.. Datang melepak je awal.. =) Tunggu En. Asraf lambat gak sampai...


Kami ada jugak order 'recommended menu' orang kata kat situ.. Sup Isi Ketam.. Pada pendapat I, sup isi ketam tu sedap.. Tapi nak di makan tanpa menu lain boleh meloyakan tekak I jugak la.. Sup yang pekat dengan tepung jagung dan telur.. Kurang gemar la.. Tapi menu lain, except ketam I sangat gelojoh nak makan..








Cuma gambar kat bawah tu aja mengada nak posing makan ketam. Hakikatnya, Anisah tak boleh nak terima sangat rasa ketam.. Kalau makan part isi badan je, boleh la.. Kalau nak cari isi dari kaki kaki ketam tu, tak makan la.. Rasa dia pelik... Jadi, biarkan kawan kawan I je yang makan..



Sebelum balik, sempat lagi nak bergambar gambar kenangan bertiga.. Tanpa pedulikan kereta lalu lalang, kami selamba je beraksi.. Pasrah ajelah tuan kereta belakang kami ni nak balik sebab metunggu kami siap bergambar.. Habis dah aktiviti kami bertiga sewaktu En. Hubby pulang ke kampung untuk menguruskan majlis kami minggu lepas.. Lalalalalala


Akhirnya, yang ni terpaksa di tapau... Kenyang sangat daaa....


Ini pulak, bila Acap terserempak dengan En. Instructor dia.. Kami, buat buat tak kenal.. Heee.. Actually, ramai gila orang MAS yang kami jumpa.. Staff En. Hubby pun ada jugak.. I buat buat tak kenal je.. Kuang ajar bini boss ni..


Sekian,
Selamat malam..


Thursday, May 17, 2012

Di Sebalik Hari Guru, Boleh Awak Jadi Pengawas?

Tiba tiba, teringat dizaman awal aal sekolah menengah dulu.. Form 1, Form 2... Masa tu baru nak naik.. Baru nak remaja pulak tu.. Masih takde identiti sendiri dan terpengaruh dengan kawna kawan.. Cuma masa tu duduk di kelas No.1.. Nasalah sosial ke gejala tak baik ke tak terjebak la.. Kelas pun jauh daripada kelas budak budak nakal..
Tapi, group tu tetap ada la.. Group pulak dikategori group perempuan cantik dan bijak.. So secara tak langsung bermusuh la jugak dengan group lain.. Hahahaha.... Biasa lah... Sekolah harian.. Takde group dan takde pengaruh, tak sah... Yang membuatkan lagi group perempuan perempuan lain menyampah bila, group kitorang ni dijaga oleh abang abang senior.. Sesiapa pun tak berani nak kacau.. Dah la abang abang senior Form 5 ni hensem.. Bertambah tambah la group perempuan lain menyampah.. GROUP ADIK ADIK CANTIK DIJAGA OLEH ABANG ABANG HENSEM.. WHATEVER......
Masa tu, hari hari ada abang abang datang... "dik, kalau ada orang kacau, inform abang yer..abang boleh settlekan"... Pergh.... Gentleman tu.. Ni semua sebab Anisah ni adik Arwah Latif... Diorang ni memang sangat nak menjaga adik Arwah Latif masa kat sekolah tu dulu.. Arwah abang I tu dulu disegani ke? Ke berpengaruh? Ke apa? Errr... Tak tahu....
Disebalik ramai abang abang nak jaga tu, ada lak masalah lain.. Seorang cikgu perempuan tu memang menyampah giler dengan Anisah! Dia tu pernah mengajar Geografi kelas I sekejap.. Sekejap jela.. Cara dia mengajar tu pun macam tak ikhlas.. Tapi memang dia suka cari salah I la.. I memang tak faham kenapa... I bercakap sepatah dengan kawan sebelah pun kena berdiri.. Orang lain tidur dia tak pernah kisah pulak.. Serius tak faham apa masalah dia.. Nak kata masalah andartu, dia dah kawin.. Nak kata stress takde anak, anak pun berderet... Ke laki dia selalu usha I? Hahaha... ANISAH PERASAN!
Tapi cikgu tu memang bermasalah.. I datang aktiviti koko kat sekolah pun dia nak cari pasal dengan I.. Brooch kat tudung pun dia nak bising.. "Kenapa awak pakai kerongsang macam ni pergi sekolah? Awak nak melawa ke awak nak belajar?" Student lain yang pakai tudung berselempang bagai, mata melentik, perfume wangi sebatu, bedak kompak bertempek kat muka, tak pulak dia tegur.. Nak jugak tegur orang yang berpakaian ala ala innocent ni lah jugak dengan brooch seketul kecik cinonet dipin dihujung bawah tudung.. Cuma dia agak mahal sebab dari brand AVON. Orang lain maybe beli kat Mydin.. Kot! Makin hari, makin tak faham dengan perangai cikgu tu.. Bila I dah tak hiraukan dia, nak lagi dia cari I.. Terjumpa kat koridor masa rehat pun sanggup tarik I ke bilik guru.. Pastu cari salah I yang tak seberapa.. Kuku panjang pun dijadikan isu.. Salah budak bertudung singkat, berkain labuh, tak pulak dia nak kesah..
Itulah kisah cikgu perempuan tu sewaktu I Form 1.. Bila Form 2, I dilantik menjadi pengawas.. Berhenti lah dia dari mengacau hidup I... Terus tak tegur dan tak peduli apa yang I buat.. Aman dan damai rasa di hati..
Tiba tiba...
Jun 2002 muncul... Sekolah yang lebih dekat dengan rumah dah dibuka... Cikgu tu pun turut berpindah jugak ke sekolah baru.. Timbul la semula conflict antara ANISAH DAN CIKGU PEREMPUAN tersebut... Kalau diikutkan, bila ke sekolah baru, semuanya kena baru la.. Kalau di sekolah lama dulu Anisah jadi pengawas sekolah, di sekolah baru sepatutnya akan ada pelantikan baru la..
Bagi kami student yang asalnya pengawas di sekolah lama, takde uniform standard sekolah menengah untuk dipakai di sekolah baru.. Terus jela memakai baju biru pengawas dengan kebenaran Tuan Pemangku Pengetua... Dengan janji dari beliau kami akan terus dilantik sebagai pengawas di sekolah baru ni dan uniform akan di sponsor oleh pihak sekolah.. Tak perlu lah beli baju putih uniform standard sekolah menengah tu..
Tiba tiba, pada suatu hari, Si Cikgu Perempuan Bermasalah ni panggil I sewaktu I ke bilik guru untuk menghantar buku latihan ke meja cikgu lain..
"awak! Mari sini.. Apa nama entah.. Kenapa awak pakai baju pengawas sekolah lama ni? Kenapa tak pakai baju uniform biasa? Kenapa pakai baju pengawas? Awak confirm ke awak akan jadi pengawas kat sekolah ni? Ada cikgu nak lantik awak ke? Esok saya nak tengok awak pakai baju uniform biasa dan berkasut putih!"
Erm... I memang takde peluang nak menjawab langsung dan diam je memandangkan hati ni dah meluat dengan cikgu tu dari Form 1.. Dengan perasaan I yang tak puas hati ni, dari bilik guru, terus I pergi ke pejabat Tuan Pemangku Pengetua.. Geram sangat.. Terus pergi mengadu dengan Pemangku Pengetua apa yang cikgu perempuan tadi cakap...
Serta merta jugak adanya perjumpaan tergempar antara pengawas sekolah dan cikgu yang terlibat.. Kesimpulannya, I tetap menjadi pengawas sekolah lagi... Cikgu perempuan tu.... bengang ke dia? Entah... Yang penting, bila dia jumpa I, dia cakap, "boleh jugak eh awak jadi pengawas lagi? Ingatkan tak layak..."
LOL~
Apa pun berlaku, SELAMAT HARI GURU CIKGU.....

Tuesday, May 15, 2012

Nasi Lemak di Kampung Baru


Dah lama tak breakfast di Kampung Baru.. Sape suruh tak balik rumah atuk kan.. Hujung minggu lepas mungkin last kot tidur kat sana sebelum kahwin.. Lepas kahwin pun mesti takde peluang punya.. En. Hubby mesti tak kasi kan.. Hahahaha...

Sebelum balik rumah atuk, singgah breakfast dulu.. Makan nasi lemak kat depan UniKL.. Jalan kaki je dari office abang la katakan.. Mula mula sebab takde pilihan lain lagi dah kat situ.. Tapi bila dah makan kat situ dengan konsep layan diri, tertanya tanya pulak, kedai ni femes ke?

Tengok sambal nasi lemak dah bertingkat tingkat kat dalam tong.. Banyak giler... Sedap ke? lepas tu, roti canai pun, panjang giler orang beratur... Sambil makan, sambil interview abang... Dia je yang tahu dikalangan kami.. Memandangkan dia je hari hari kat situ..

Kesimpulan, SEDAP!!

Kari ayam dia..fuhhhhh..... sedap...

Sambal sotong dia pun sedap.. Cuma I je yang tak ambil.. Hohohoho

Monday, May 14, 2012

Hijaunya...

Wahh...
Cantiknya permandangan....



Ok lah.. Tuje...

Conclusion untuk hujung minggu yang baru berlalu...Takde idea lagi nak menulis walaupun banyak aktiviti. Cuma, terlebih teruja dengan gambar di atas...

Thousand THANKS to Mr. Camera!!!!

Friday, May 11, 2012

Harga Tidak Penting

Dia kata, HAPPY BIRTHDAY.. HAPPY MOTHER'S DAY..



Harga sesebuah hadiah tak perlu di nilai.. Tetapi tanda sebuah ingatan dan keikhlasan sudah tentu tak ternilai.. Tanda ingatan dari anak kecil lagi tak tertanding harganya.. Thank You sayang..

Thursday, May 10, 2012

Birthday Treats by En. Hubby

10 Mei 2012
erk!! 24 tahun.. Dah bertambah lagi setahun umur.. tapi apa nak kesah.. AGE.. is just a number...tak gitu? apapun, ini tahun terakhir menyambut hari lahir berstatus BUJANG.. lagi 17 hari untuk menuju alam baru.. Ready ke? Hohoho...

terlebih dahulu, Anisah  nak ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi ucapan.. Tak sangka korang ingat birthday kiter.. Kiter memang hidden tarikh lahir kiter kat facebook.. Tapi tetap ada yang ingat.. Fahimi ngan Fauziah.. Insan pertama yang wish.. Tak kira En. Hubby la.. Dia dari semalam tanya nak hadiah apa.. 

Malam ni, En Hubby bawak makan kat Mr. Steak House Laman Seri.. Dia suruh pilih.. Tapi memandangkan ini birthday I, I tak suka meminta sesuatu.. I lebih suka kalau orang yang nak belanja tu decide.. Bukan apa.. Kita tak tahu budget yang dia nak spend untuk kita.. Kang demand kang, susah lak.. Tak tahu apa yang ada dalam fikiran orang.. Bila dengan En. Hubby pun sama la jugak.. Birthday i, biar dia yang decide.. Birthday dia, I decide je nanti.. 



Jadi I makan la Rib Steak.. Tak best mana pun.. Liat.. Lagi sedap kalau dapat makan T Bone Steak kat Laman Grill berdua duaan macam dulu... 


Haa.. Gambar gambar ni I cilok dari FB Mr Steak House je.. overall, makanan kat sini sedap la jugak.. Tempat pun best.. Boleh la kalau nak pergi bawak family makan kat sini.. Kalau berdua, Laman Grill lebih baik.. Hohohoho...

Sebenarnya kan mood I agak spoil la siang tadi.. I mengharapkan En. Hubby tahu apa yang patut dia buat untuk birthday I kali ni.. Tapi sama je.. Hasil dia, mood I yang pergi.. Penat je meluahkan perasaan panjang lebar kat dia last year.. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri jugak rupanya.. Pelupa.. Lelaki ni sama je.. Kalau bercinta zaman monyet ke kera agaknya dah lama bergaduh.. Tapi sekarang... Kesabaran dan sifat berdiam diri lagi tinggi dari sikap melenting lenting macam dulu dulu.. 

Cuma dia bawak keluar makan dengan family.. Okay lah.. Dengan family pun dengan family la.. Sambut dengan family lagi baik kan.. Tapi bila nak sambut birthday berdua? Memang berdua takkan ada untuk kita la kan... En. Hubby, awak patut beri masa untuk kita.. BERDUA.. Takkan saya tak boleh nak merasai situasi tu.. Takkan masa cuti sekolah je.. Cuti sekolah pun belum tentu lagi untuk kita.. Weekend balik kampung.. Weekdays kita kerja.. Tak boleh ke... Hanya untuk beberapa jam dalam sebulan.. Tak banyak pun yang saya mintak.. Takkan la masa nak mengorat je luangkan masa sehari seminggu untuk saya? Dah dapat.. Buat tak ingat pulak segala janji.. Manisnya janji lelaki... Kalau nak dikira rajuk saya tentang hal ni, dah lama dah.. Tapi ini adalah saya.. Merajuk akan ter'okay' bila saya meluangkan masa bersendirian dan meluahkan perasaan pada benda yang tak mampu menjawab.. Senang.. Takde sesiapa mendengar.. Takde sesiapa peduli perasaan saya.. 

Saya tak suka gaduh.. Saya lebih suka senyum.. Saya tak menangis kat depan.. Saya suka memendam hingga keluarkan air mata.. Jangan biarkan semua tu berlaku dalam diri saya k.. 

I LOVE U Wankay.. Thank you for birthday treats tonite... I appreciate even i'm not really enjoy.. One more thing, I takkan menuntut hadiah melainkan u sendiri berikan.. Cuma hadiah birthday adalah sesuatu untuk dijadikan kenangan.. Bukan sesuatu yang akan habis dan dilupakan ditelan masa..


TYVM!

Tuesday, May 08, 2012

Dua Budak Kiut

Budak kiut ni sangat aktif.. Mula mula jumpa, dapat jumpa sorang je.. Hati I dah meronta ronta nak jumpa yang lagi sorang.. Tapi mesti dah tak dapat jumpa dah lepas ni.. Lagipun I jumpa budak kiut tu cuma kat kedai.. Huh... Frust!

Tetiba, suatu malam tu, budak kiut ni datang rumah! Waaa.. Memang la I terus tak lepaskan peluang untuk curik curik ambik gambar diorang.. Bukan nak curik curik sangat.. Tapi memang tak boleh nak ambik gambar yang cantik.. Tak nak duduk diam.. Tak nak di pegang..

Tapi... Waa... Comelnya!!!







Serius, I LOVE TWINS!!


Monday, May 07, 2012

Kisah Nak Kawin

Tak lama dah lagi 27 Mei. Pejam celik pejam celik je tarikh tu jap lagi.. Semua barang dah siap ke eh? Insyaallah siap la agaknye.. Apa apa yang outstanding lagi tu cuma payment kot.. OP belum bayar satu sen pun lagi.. MUA, dah bayar dah sikit.. Nanti la jumpa OP.. Hari hari jumpa kan..

Sekarang ni, bila jumpa orang je, mesti dapat soalan.. "Dah ready?"... "Apa perasaan?" bla bla bla... Erm.. Susah jugak yer nak kawin.. Chop! susah nak menjawab pertanyaan orang..

Sebenarnya, persiapan 90% siap la.. Perasaan pulak, tak sabar.. Cepat lah selesai majlis.. Malas nak fikir dah.. Pening tau uruskan majlis besar besar ni.. Perasaan diri sendiri pulak, erm.. Entah.. Tak rasa apa apa pun lagi.. Insyaallah ini adalah satu pilihan yang tepat untuk masa depan.. Apa yang berlaku nanti, adat dan asam garam rumah tangga la.. Takkan takde langsung berselisih faham.. Kan?

Cuma part yang bosan sikit bila orang tanya, "Anisah, kawin nanti berhenti kerja ke?"... "Anisah, nanti confirm duduk office ke?"..

Laaa... Kenapa nak kena ada soalan macam tu? bukannya Anisah kawin dengan jutawan pun untuk goyang kaki lepas kawin.. Anisah masih dan akan terus bekerja.. Isteri jutawan pun masih lagi bekerja.. Anisah ni siapa la sangat.. Jadi, orang yang berkenaan tak perlu la soal dan bercakap belakang yer..

Berhenti kerja bukan satu keputusan bijak.. Tak tahu ke berhenti kerja tu akan buat anda rasa sangat bosan.. Tak berjumpa kawan kawan dan ayat mudah, 'takde life!'.... Anisah tak boleh hidup macam tu.. Anisah ada life sendiri okay..

Lagi, orang tanya.. "Anisah, betul ke dah nak kawin? tak menyesal ke? Masih ada masa untuk berubah fikiran.. Betul ke dia yang awak pilih?"

Ini kali kedua Anisah mendengar soalan yang sama dari orang yang sama.. Motif dia ajukan soalan macam ni pun Anisah tak tahu.. Mr. X, sudah la.. Apa yang saya buat ni Insyaallah keputusan yang tepat. Tak perlu meragui lagi keputusan saya.. Saya tahu apa yang saya lakukan.. Muktamad..

Malas dah nak fikir cakap cakap orang.. Biarkanlah orang bercakap cakap..



Saturday, May 05, 2012

Kreatiflah!

Sedang menggodek godek telefon, apa mahu buat, terjumpa la 2 gambar kat bawah ni.. 



Kreatif lah kawan kawan saya.. Lain kali buat lagi yer.. Leh saya update blog.. Tak la bersawang sangat.. hahahaha




Kredit to Paan + Dee...

Friday, May 04, 2012

Big Plate Subang Permai

Menu : Apa eh? 3 mixed grill kot..

Komen : 
Biasa biasa jer.. Masa I makan malam tu, suasana dalam kedai agak panas la.. Tambah pulak lantai melekit lekit.. Tak cukup ventilation kot.. Tapi bila dah lapar dan teringin western food, makan jela.. 1 pinggan kongsi dua orang.. With En. Hubby..




Habis jugak.. Lapar la katakan....

Thursday, May 03, 2012

Bukit Tabur, Honestly I Jealous with you Guys!



Hujung minggu lepas, kawan kawan i hiking lagi.. Bukit Tabur lak dan diwaktu malam.. Sebenarnya hati meronta ronta nak ikut.. Tapi buat muka tak nak ikut je depan korang.. Tau tak??!!!!

Lagi lagi bila tengok gambar yang Dee post kat Whatsapp waktu I bangun pagi! Huh!! Terus sambung tidur tak nak tengok gambar korang.. Hahahahaha... Takpe.. Next time ada lagi kan Tuan Presiden?

Reason sebenar saya tak ikut malam tu sebab kasut saya kat rumah Sepang.. Kalau kasut ada, memang saya ikut.. huhuhu..

  

Cantiknya gambar gambar di atas walaupun Dee cuma menggunakan camera iPhone.. Nyampah I ngan korang!

Tapi kan.. Kesian budak ni.. Apapun, Syabas!!