Saturday, July 31, 2010

Hadis Palsu - KELEBIHAN TARAWIH

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.


2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.


3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.


4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.


7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.


10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.


13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.


14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).


19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.


20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.


22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.


23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.


24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.


26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.


28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



SUMBER: JAIS

Juara Imam Muda

Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Anak kelahiran Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu berjaya menewaskan seorang lagi peserta akhir, Hizbur Rahman, 27, selepas bersaing selama 10 minggu termasuk dengan lapan individu lain pada program diilhamkan oleh Astro dengan kerjasama Jawi.

Kemenangan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Usuluddin dan Fiqah dari Universiti Malaya itu membolehkan beliau menerima insentif berbentuk tawaran Imam Ratib secara kontrak di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan, trofi Imam Muda, sijil penyertaan dan kad pentauliahan diiktiraf oleh Jawi.

Tidak ketinggalan, Asyraf membawa pulang hadiah melanjutkan pengajian tanpa had di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Mesir, sebuah Proton Exora, pakej mengerjakan haji dan umrah, percutian ke Bandung, Indonesia, wang tunai berjumlah RM20,000, iPhone 3G dan komputer riba Apple MacBook Pro.



Anna's GA

chai Cik Anna...
Teringin pulak nak join contest Cik Anna sempena Birthday awak ni..
sticker ni sangat comel..
meriah dengan pink!

Anyway,
HAPPY BIRTHDAY
TO

ANNA
semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..
sihat dan ceria selalu...

----------------------------------------------------------------------------

go to this link to JOIN the contest!

Thursday, July 29, 2010

Macam kena 'SOUND'



huhuhu
DAMN!!
kena sound kat incik MBK..
dush!!
padan muka!

--------------------------------------------------------------------------

hmm...
ni la, benda benda yang anisah tak suka tapi selalu tersebut..
anisah.. jangan sebut lagi..
tak comei...

lagi 1,

" owh mak! tergolek!"

huhu...udoh le...
tak mboh da tersebut ayat tu bila terkejut ke pape..
macam melatah sudah..
:-(

Jelitakah Cik Jelita?

hoho...tittle yang bole buat orang marah tu..
dush!!
dush!!!
hamik ko lg skali..
erkk!!
kiok!

tengah hari tadi, dia dah menconteng dinding muka buku ku..
huh! sungguh menyemak.
petang ni lak dia meninggalkan sesuatu di kotak borak.
menambah nambahkan semak!

pehal nak hemo hemo ni Miss Anisah???
hehe..
saje jek!!
cik Jelita jangan marah yer..
guwau je..
:-D

seronok ek kat rumah dah ade Streamyx??
nampaknye ade orang, hari hari la update blog..
;-)
gud2...

btw,
THANK YOU SO MUCH!!!
to
CIK JELITA NURUL


dengan murah hati da bagi award kat anisah!!

AMACEH!!!sayang kamu...


KJMC!

uiks!!!
KJMC??
ha...
ni semua WAK PESAL punye pasal..
orang lain sibuk duk type course.
dia lak terlantar kt katil spital..
adoi ko ni wak..
takde time lain ke?
kan da terlepas 1 phase..
cian ko..
dia segan kitorang datang melawat.hampeh ko..


kenape WAK masuk spital????

kisahnye bermula dari demam yang agak lama. tiba tiba, pagi isnin ritu da tak boleh bangun berdiri. tak boleh nak balance body untuk berdiri dan terus pitam.. huh!! lupe pulak dek cheq ape nama penyakit ni.. da diberitahu semalam. tapi tak bape bother..sebab sebok amik gambar kenangan ngan Farah.
hihi...

okey la WAK, hopefully ko da boleh keluar spital hari ni...
Semoga cepat sembuh...

kesian Nisa jadi tukang tangkap gambar.hehe..
maap la yer..
kami memang pantang jumpe camera..

Misi Keamanan



dush!!
dush!!
kemarin aku berperang..
arini da mood ok kowt..
just malas nak jadi terlebih caring sangat ngan dia..
tanye kaba ke ape..
lets her/him live with her/his own life.
:-)

so now, perang da berakhir, takde misi nak pukul orang lagi.
takde process 'silent treatment' lg..
pandai pandai la cari gue kalau lu ade hal keh..
;-)

Tuesday, July 27, 2010

Perang Dingin


opss!!!
tittle cam tercetus perang dunia..

yup!!
memang perang dunia.
dia yang cari pasal.
acceli, i yang hemo terlebih.
dia cakap i jahat,
ade ku kesah??
kesah la..
tapi sabo..
tapi tidak semalam..
huh!!

erm.. i ni jahat ke??

so now, dia berkecil hati, i berjauh hati..
tak nak kawan!!
tak kire..
and, i promise!
tak sentuh, tak usik, tak sakitkan u lagi!

MODE: WAR!!
-------------------------------------------------------------------------
NOTE: dia bukan incik MBK
:-)

esok exam!!
all the best to myself!

Monday, July 26, 2010

Puasa?

Nothing to update,

JOM PUASA ESOK...

SALAM NISFU SYA'ABAN..



-----------------------------------------------------------------------------------
Anisah nak study malam ni.
Phase 2 exam this Wednesday..

NOTE: susahnye nak jadi engineer kapal terbang ni.. orang kat luar sane, kalau ade pape problem dalam kapal terbang time korang fly, jgn terus report kat big boss Airlines okeh..
tolong la jaga periuk nasi kami. jangan sabotaj tunjuk korang hebat..

any problem???
just report to PILOT or STEWARD/STEWARDESS okeh!!
depa akan terus report kat engineer bila dah touch down..
Sekian.

Nisfu Sya'aBan

Sya'aban
Adalah bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Nisfu Sya'aban
Adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Sya'aban tahun Hijrah.

Hari ini adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 Sya'aban sebaik sahaja masuk waktu Maghrib).

Amalan Hari Nisfu Sya'aban
1. Solat Sunat Nisfu Sya'aban

Cara-cara:
Selepas solat Maghrib, lakukan solat sunat Nisfu Sya'aban sebanyak 2 rakaat.
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1 kali.
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3 kali.

2. Membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib.
Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan
Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal
Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam, mati di dalam iman dan pohonlah segala yang baik.

Kemudian baca Istighfar 11kali dan selawat 11 kali.

Baca doa nisfu Sya'aban.
(boleh dirujuk di dalam Surah Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000 kali.

4. Berpuasa pada siangnya.



Oleh itu, luangkanlah masa untuk mengerjakan amalan sunat disamping amalan wajib.

Memandangkan hari ini adalah 26 Julai 2010 bersamaan 14 Sya'aban, 1431 boleh la kita menunaikan Solat Sunat Nisfu Sya'aban selepas Maghrib nanti. InsyaAllah..

Sunday, July 25, 2010

back to reality!


erkk!!!
sepetang bermain main dgn DELL, malam malam hari baru nampak buku..adesh!!

for Phase 2, ade la interesting topic nak kena blaja..
  1. FIRE PROTECTION
  2. PNEUMATIC
  3. AIR CONDITIONING
  4. esok baru blaja..
all the best to all my colleague..

Lampu Tidur..

kalau korang da terbace entry sebelum ni,
mesti da tau nape entry bertajuk "LAMPU TIDUR" ni wujud.
hoho...
sebelum ni lampu tidur dan anisah amat sinonim tak ngam.
kalau ade lampu tido kat area anisah tido confirm x lena sampai pagi.
memang tak bole tido dalam cerah la..
memang tak suke la..

tapi,
sejak akhir akhir ni, anisah slalu mimpi hantu..
huhu..
sangat menakutkan..
selama ni tak penah lak bagi pape effect kat diri sendiri kalau mimpi benda benda camtu.
sekarang,
terlebiy feeling lak.huhu

bile mengadu kat insan tersebut, dia slalu cakap, tido x basuh kaki ni..
adoi!!
kaki ku pulak jadi mangsa..

Ait!!
sebelum tido bukan setakat kaki ku di basuh yer..
gigi juga digosok,
wuduk juga diambil.
dari kecik ku amalkan begitu..
pesan dari mak ayah ku..
untuk perlindungan diri, selain doa tido,
ayat Kursi dan 2 kalimah syahadah juga dibace sebelum menutupkan mata.
bukan nak cakap baik ni, cume selalu terfikir, kalau mati sewaktu tido,
sekurang kurangnye da bace before tido tadi.huhu..

lagipun baru je kejap aku terjumpa ayat ni,

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


tapi,
aku selalu dapat mimpi hantu!!!
huhu..
sampai nak tido tutup lampu pun rase takut.
adesh!

tanak la mimpi lagi..
enuf la..
huhu..

Lampu Tidur
mintak mak,
mak cakap, pegi la kedai, pilih 1, pastu bayar.
mintak ayah,
itu pun nak takut, tido jela tutup lampu pejam mate.
pegi urut kaki tu, nanti makin teruk lak kang.
tukar topik??
adush!

tak membantu langsung.
so,
sekarang,
sape nak sponser lampu tido untuk anisah??

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.



p/s : MORAL CERITA INI???


Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….


lame x merepek..

Assalamualaikum..
rasenye agak lame x update blog..
semalam pun juz post 1 lagu.
sebenarnye anisah agak sibuk disepanjang minggu..
kelas yang sangat2 buat sy STRESS!
tambah lagi dengan kedatangan mengejut my parents!
huhu..
spot check kah??
adoi..
xde la.. juz ade hal sket kt KL ni..

aktiviti anisah agak terhad buat mase sekarang.
kalau dulu weekend, macam macam plan akan wujud.
sekarang xde mase untuk shopping, merayau di tengah kota, lagi la mau dating.huhu..
sedih tol..
balik Kampung Baru pun tak.huhu..
Dah la byk activity kat rumah Kampung Baru weekend ni.
mesti atuk tanye kenape anisah da lame tak datang kan?
huhu..sorry...

sebenarnya pagi tadi teringin jugak untuk join Jacobs Walk of Life kt FRIM.
tapi bile difikirkan balik, bile keluar rumah, banyak benda akan tergendala.huhu..
so, tak perlu exercise kat luar rumah, kat dalam rumah pun bole jugak!

bagaimana cara untuk exercise kat dalam rumah?
salah satu cara adalah..............

KEMAS RUMAH!!!

acceli plan untuk kemas bilik, hilangkan ape ape yang x patut, serta pasang meja study baru da lame nak buat.
tapi asyik bertangguh je.
dengan bilik yang bersih yang saye sangat suke bersepah macam kena langgar todak, dari pagi tadi mulakanlah ape ape yg patut.
kalau ikutkan hati, mau je sambung tido, tapi tak bole!
anisah da tak sanggup!!!

wohoo!!!
cakap macam da lame x kemas bilik kan?
bukan tak kemas langsung, cume beberape ketika ni cume sempat sapu je..
anisah nk ubah banyak benda kat dalam bilik anisah.
maklumla..
sekarang da xde room mate..so bole buat ikut selera anisah sorang..
yeay!!

Now, anisah rase sangat puas hati x puas ati lagi even bilik da kemas.
adoi!!
still tak puas hati?
ye!!
sebab saye nak 2 benda untuk memenuhi kehendak saye..
1. Cermin yang besar...
2. lampu tido..

kenape tibe2 wujud lampu tido dalam kamus idup anisah ni???
persoalan??
next Entry...
huhuhu...

k la...
da malas..

Have fun di hujung minggu....

Saturday, July 24, 2010

Haramkah?



Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan

Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…

Wednesday, July 21, 2010

Posisi Tidur menurut Islam

Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن...

Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim)


Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidor dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. "

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah 'Times' telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya." (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam." (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Rujukan: Mausuah al-I'jazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak oleh Dr Nadiah Toyyarah, Musnad Imam Ahmad dan kamus.

Moga ada manfaat,

Wallahuaqlam.

"aku kejam!" THE STORY

Assalamualaikum...
hai my readers..how r u?
arini anisah rase macam hepi sangat..
dunno why..
maybe sebab rase badan sihat n cergas kot..
kat dalam kelas pun mulut tak behenti cakap.hehe..
penat ain layan agaknye..
kan ain kan?hehe...cowie la..Anisah rase sangat hepi je arini..
Darshunu pun kena kacau gak.jarang kacau Darshunu ni..hoho..
Chia datang lepak kat kelas pun anisah kacau Chia..
yang paling penting, anisah je yang bole merajuk dengan Yong..
Anisah kan takde CelcomBiz..hehe..
err...xde kaitan..classmate je yang paham.huhu..

okeylah, menurut tittle, "aku kejam!"
hoho..
for sure korang terpikir,
kenape ek? kejam sangat ke?
anisah dah buat ape ek?
hoho..


haa....
ade story disebalik "aku kejam!"



Pada suatu hari, hari tu hari Rabu. Masih segar di ingatan. Jam berdetik tepat pada 3.45p.m. Tanggal 30 Jun 2010. wow! exact date and time! muahaha...

Hari tu Anisah dan semua housemate cuti. A day before start Type Course. So Anisah ngan Ain keluar pegi USJ sebab nakgi jumpa kakak tercinta kt Heitech. Then dah settle bisnes kat Heitech tu, pegi la Mydin, shopping barang dapur sket..sket ke?? errr...fridge jela yg jadi saksi.lalalala...

okeh! intro da habis. maap yer..saye tak reti buat karangan. SPM dapat A je..tu pun nasib.hoho.. Oleh kerana kisah "aku kejam!" ni bukan berlaku kat Heitech ke.. kat Mydin ke.. kat jalan raya ke.. tapi.....
kat rumah!! nape kat rumah? nanti anisah jawab.
hihihihihihihihihi...
mesti korang da bosan bace.tapi kena la abeskan..da half way ni..tak baek tau buat keje separuh jalan. lalalala...

Sesampai je kat rumah, time tuh Anisah ngan Ain tengah bawak barang yang sangat banyak..(balik shopping le katekan)
ternampak la dua orang lelaki kt rumah jiran kat tingkat bawah tu. Datang dengan bawak kertas putih yang ade list nama yang panjang, sempat jugak mencuri dengan butir perbualan dan mencuri pandang kertas yang dipegang diorang.hehe..(busy body tol anisah!)

mamat tu: encik, ade tak nama "£$%^*&% ni tinggal kat sini?
tuan rumah: erm.. takde..kenape??
bla..bla..bla..
(anisah tak dengar da. malas amik port. maybe mamat ni berniaga kot.huhu..)
mamat yang sorang lagi tu pandang kitorang.tapi buat dunno suda..lantak la ko nak pandang kami.

tak lame lepas tu, tibe tibe!

'Assalamualaikum...Assalamualaikum..' beberape kali..
sambil menggoncangkan pintu grill!
suara lelaki!

alamak!! sape?huhu... tak nak bukak!!!!! kebetulan Sitah ade kt depan pintu..
time dia dengar tu, dia da termenjerit agaknye.huhu..
TERKEJUT!
obvious orang kat luar tu tahu ade manusia di dalam rumah.hoho..
KANTOI!
tapi kitorang berlima yang ade kat dalam rumah, semua taknak bukak pintu.
ALASAN:
  1. Kami tak nak layan orang berniaga.
  2. Kami takut kalau lelaki itu ade niat jahat.
  3. Kami TRAUMA, kami FOBIA!!!
Konkrit tak alasan kami?
huhu...

acceli kalau tengok alasan no. 3 tu lagi panjang cerita.
tapi in NUTTSHELL, haha, kami penah diganggu oleh sorang lelaki a.k.a 'stalker' salah sorang penghuni dalam rumah kami. tu yang kami cukup TRAUMA+FOBIA tu.huhu..

okeh, kembali ke kisah asal, suara lelaki tu agak lama kedengaran di luar rumah. Memberi salam, mengetuk pintu.. Tapi kami berkeras tak nak buka. Housemate ku yang bertuah da lari masuk bilik. Memang korang bertuah! ape la gi lari masuk bilik. takde kaitan diorang kat luar, korang lari masuk bilik.ADOI!!

Akhirnya setelah sekian lama mereka kat luar, diorang pun berputus asa. Tapi sebelum mereka pegi, anisah dengar sorang tu jerit..

"Oi!!! bukak la pintu, kitorang bukan PEROMPAK!!"

HUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHUHU.............."aku kejam!"

Rasenye korang bole agak tak 2 orang tu sape??
Sampai hari ni Anisah rase bersalah.
masih tertanya tanya.
Bile dia nak datang lagi..
Sorry...
Bukan tak nak bagi kerjasama..
Tapi ade bad experience.
Tu yang takut nak bukak pintu tu..
huhuhu...

Tuesday, July 20, 2010

errr...adoi! Sorry Sayang!

Assalamualaikum...
hi everyone..
acceli anisah baru je lepas borak borak dengan kak zura..
tibe tibe rase nak call dia memandangkan mak ayah ade kat umah dia sekarang.
saje jela nk menyebok call tanye macam2 buat buat jeles bile mak ayah pegi umah dia.
huhu...
saje je..padahal baru last week mak ayah datang jumpa anisah.
hehe...

nak dijadikan cerita, anisah bole lupe sesuatu yang penting dalam hidup anisah semalam!
OMG...

cube tgk latest status FB..
anisah da lupe 1 tarikh penting dalam hidup!
owh..no!!! TIDAAAAKKK!!!!!
kan dia da merajuk..nak ajak borak pun tak nak..
hukhukhuk...
x sengaja la sayang..
bukan tak ingat sebab tak sayang tau.huhu..
ramai sangat buah hati, sampai terlupa.huhu..
Cowie ye sayang...
InsyaAllah..tahun depan tak lupe..
masuk dalam reminder da.
hehe...

Sunday, July 18, 2010

B737-400


haih...
baru sampai sini??
penat doh waser...

Terima Kasih Emak!!!

hehe...
tittle tu macam untuk emak saya lah pulak..
hoho..

mak anisah takde kat sini la.
da balik Kuantan pun..
ni saje je kasi gempak sket!

acceli nak cakap terima kasih kat ina dan sitah!!
bangun dari pembaringan menanggung kesakitan je da siap makanan untuk dinner.
Woohooo!!!
bertuahnye rase..
hehe..
untung ade housemate macam korang semua ni..
hujung hujung bulan camni rezeki murah lak.
Syukur Alhamdulillah..
Amin...

nak tau apakah menu malam ni???


hah!!

tu dia....

Nasi Goreng Kampung Special

okeh..nak story sket ape yang special kt dalam nasi goreng ni..
nampak x color hijau2 kt dalam nasi goreng tu?
agak agak bole teka tak??

of course ade kangkung..
nama pun nasi goreng kampung..

lagi satu tu..
ade lagi yang color hijau kt dalam tu...
apakah????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PETAI

haa!!! diorang bubuh petai dalam nasi goreng???
iskh..iskh..iskh...
x penah pun mak anisah buat macam korang ni..
tapi rezeki da depan mata. makan jela..
Amaceh korang!!!

Kehebatan Surah Al Ikhlas

' Au zubillah himinashsyaitan nirrajim..bismilla hirrahmannirrahi m '

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,
kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad.. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan
ahad..) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah...
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.
Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad sa.w:
' Barang siapa membaca Qul huwa ' llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka ' . Inilah yang dinamakan membaca Qulhua ' llah ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita
sehari..

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca
surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara
Kamu yang dapat khatam Qur ' an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang
dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan
bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur ' an dalam begitu cepat. Kemudiannya
Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya
itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran... Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus
Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000
sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya
setiap satu
padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan...

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di
sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali
selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke
jumaat yang berikiutnya. .

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak
mengalami apa-apa kesusahan.

"Indian Beef" tu daging kerbau??

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meminta orang ramai tidak terkeliru dengan daging yang diimport dari India sebagai daging lembu kerana ia sebenarnya adalah daging kerbau.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, daging itu yang dilabelkan sebagai "Indian beef" atau lebih dikenali di Malaysia sebagai "daging kotak" lebih murah berbanding daging lembu tempatan menyebabkan ia menjadi pilihan ramai pengguna.


Katanya, daging itu dibenarkan untuk diimport tetapi istilah "Indian beef" menyebabkan ramai orang memikirkannya sebagai daging lembu, sedangkan di India ada undang-undang yang mengharamkan penyembelihan lembu. "Kita tidak mahu orang ramai terkeliru. Harganya yang murah menyebabkan ia agak popular dan dibeli terutama untuk kenduri-kenduri..."daging kotak" sebenarnya daging kerbau," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini hari ini.

kenape x bole log in facebook?

ape lak masalah facebook ni?
ade orang ha hack ke?
or anisah je yang x bole online ni?
korang bole online ke?

so bile facebook x leh log in,
geng blogger pun x bole jugak?
abg BEN !! ape da berlaku....
:-(

Kesinambungan Anugerah ini...

baru baru ni saye di anugerahkan pelbagai anugerah dari blogger..
penghargaan tak terhingga untuk beliau..
lain kali bagi la lagi..

[keLik sInI]

oleh kerana sewaktu beliau menganugerahkan anugerah yang sangat berharga ini buat insan lemah, (wah..wah..wah..ayat tak bole blah..hihi) sedang berjuang dengan peperiksaan, maka dengan itu, tak sempat lah empunya blog untuk mencari insan insan lain untuk dianugerahkan anugerah yang sama.

ape ayat aku malam ni da..
sangat skema badak air.hoho...

menurut entry lepas, sy da dapat award dari beliau ini..
siapakah??
jeng..jeng..jeng..

sila kelik sini...


SEKARANG!!!
dengan bangganya ingin mengumumkan penerima anugerah berikut.
1. Cik Jelita

2. Mizan

3. EjA

anda dapat semua ke tiga tiga award ini tau...:-)



-----------------------------------------------------------------------------------

tp kan..disebabkan award yang banyak tu lak sy dapat lg 1 award daripada

LyAnA



taaa daaaa!!!TYVM!!!





Saturday, July 17, 2010

Rumah Diorang

Assalamualaikum...
hai...korang sihat?
arini anisah da sihat..
tibe tibe je sihat lepas settle satu exam pg td.
obvious demam exam!
huhu


ermm...tadi da tak jadi nak update blog pasal karenah budak berdua ni la.
ape da..
orang baru je nak bercinta dgn DELL tibe2 suh temankan diorang lak.
sebok!!
hehe..
kalau tak, ade da satu entry merepek dari anisah.hehe..

maybe sebab taknak biarkan anisah merepek kot...
k la...tengok la umah baru diorang ni..
sebok je nak berjiran ngan kami!
iskh!!
tp ape yang best nak suh depa share Streamyx ngn aku..
dah korang gatai nak berjiran kan..
kurang sket beban.. pandai x berbisnes??hehehe

ha..ni rumah diorang...cantek!!
owner da renovate banyak..
x macam umah kami..
tp umah kami lg best!
sebab lg besar..
lalalalaerr...teramik angle x cantek lak kt dapo ni..hehe

jiran baru...
a.k.a. my junior yang da nak abes blaja kt METC hujung bulan ni..

-----------------------------------------------------------------------------------

erm....pasal exam pg td???
no comment...
incik MBK pun x sanggup nak kaco bile perempuan ini moody+emo..
agegegege....