Wednesday, August 31, 2011

Menangis dengan baju raya sendiri..

Baju raya I tempah kat tailor di PKNS Shah Alam.. I takde masa nak tengok baju raya until balik raya.. Harini bila I nak pakai I rasa nak nangis!!!!!!!

Memang menangis pun.. Ada 3 pasang.. 1, I dah let go kat mak... 2 lagi memang I sayang.. Beli kain mahal takkan nak let go kat orang semua sekali.. Dan I takde baju lain dah nak pakai.. Arini I nak balik kampung kat Kuala Terengganu dan I terpaksa pakai baju yang saiz dia bukan saiz I sedangkan masa kat kedai dulu tailor tu dah ukur badan I!!!!!!!!

BENCI!!!!!!

Semalam I boleh la lupakan masalah baju I.. Sebab En. Hubby dah belikan yang ready made kat butik BAK... So, I pakai yang dia belikan.. Harini, memang I menangis la... Dah la x cantik langsung finishing baju I.. I benci!!!!

Raya yang spoil dan I sedih tersangat sangat.. I tengok baju kakak kakak I cantik je diorang pakai....BENCI!!!

I hate ZUL & ANA tailor!!!

Saturday, August 27, 2011

Post Terakhir Sebelum Pulang Beraya...

Assalamualaikum...
morning semua.. I sebenarnya tengah bersiap siap nak pulang ke kampung ni.. tapi terfikir blog tak terusik pulak.. 

so untuk entry yang agak sampah ni, I pun tengah bersiap siap nak balik kampung, dengan blur blur jugak nak angkut apa nak bawak balik kampung, yang penting baju raya dah angkut dah, ingin membuat pesanan kepada semua pemandu agar memandu dengan berhati hati semasa pulang ke kampung.. janganlah berlumba lumba di jalan raya okay.. I pun kejap lagi nak pulang ke Felda Neram 1 Kemaman Terengganu.. 

I promise harini I takkan drive 2 jam 45 minit untuk sampai ke Felda Neram 1 dari Subang.. I akan patuhi segala peraturan di jalan raya sebab abang dah call cakap polis bersepah sepah di tepi jalan.. hohohoho... Tak de la.. Tak takut polis pun, cuma taknak la kepulangan yang dinantikan nanti berakhir dengan tangisan.. 

Ni pesanan untuk korang jugak tau.. Jalan nak cepat sampai.. Pandu berhemah dan semoga selamat sampai ke kampung halaman... =)


saje nak tempek gambar selekeh last day pergi kerja.. Kerja tak kerja sangat la sekarang ni kan.. Departmental Visit.. apa pun kengkawan, kita continue kerja kita after raya okeh.. jom cipta mood raya dulu...


Thursday, August 25, 2011

Kad Raya : I Sedih tapi Gembira!



Serius sedih... 

Dulu,
bila Ramadhan je, terus bersemangat nak pergi bandar.. Sebab nak beli kad raya.. Untuk cikgu la.. kawan kawan la.. sedara la.. secret admirer la.. kalau boleh masa tu, semua orang nak bagi.. Sebab apa tau, mengharapkan balasan.. nanti dapat kad raya jugak.. Masa tu, 10 hari puasa pun dah sibuk nak pos kad raya.. nak make sure orang dapat kad raya kita.. so boleh la dia balas cepat cepat... 

Tapi... 
Tu dulu.....

Sekarang, 
Bila Ramadhan tiba, puasa je yang penting.. Kad raya memang takde dalam kamus hidup la.. Buat perkara wajib je.. Apa apa benda yang mendorong untuk mencipta kemeriahan raya tu langsung tak peduli.. Bukan apa.. Kadang kadang tersa out dated la jugak bila kat kedai tu, sibuk nak pilih pilih kad raya.. Orang pulak pandang je.. Timbul lak satu perasaan, segan la nak beli kad raya.. 

Kad raya ni sekarang macam dah ketinggalan zaman sungguh.. Tapi sebenarnya, perkara perkara macam ni la yang memeriahkan lagi raya.. Itu tak masuk part kuih raya lagi tu.. Lagi la sibuk.. Tunjuk je kat kedai.. hahaha...

Kadang kadang terasa sedih jugak.. Dah tak dapat kad raya pun.. Takde orang nak kasi ke... Tapi tak boleh sedih jugak.. Sebab diri sendiri pun segan nakgi kedai beli kad raya untuk orang lain. hohohoho..

Cuma.....













Cuma......

























Cuma..........



tahun ni macam ada jugak pengubat untuk buat I happy menerima kad raya.. Tak Sangka pun I akan dapat kad raya...


Terima Kasih diucapkan kepada En. Eyriqazz sebab sudi menghantar kad raya untuk Miss Anisah.. Eyriqazz dah buat Anisah happy tau.. Dapat jugak kad raya.. Cuma, Anisah tak sempat nak balas da ni.. Dapat pun semalam.. Kang pos, takde posmen nak hantar ke rumah Eyriqazz... huhuhuhu... 

Cuma Eyriqazz, tolong drop alamat Eriqazz ke email anisah.bb@gmail.com okeh.. plesss.... hehehehe...

Terharu I... Dapat kad raya....

Selamat Hari Raya semua.. 
Maaf Zahir dan batin.....

Wednesday, August 24, 2011

IFTAR BPKC @ Batu Kikir




BPKC, Backpackers Kembara Club telah mengadakan satu Iftar di Batu Kikir pada Sabtu yang lepas.. Walaupun agak terlambat untuk update tapi tak kesah la.. Nak update jugak memandangkan siang tadi baru dapat semua gambar gambar dari SMF Photoghraphy.. Lembap la encik SMF ni kerja untuk Miss Anisah.. Tolak gaji kang.. hahaha...

tengok ade magician tengah gebang rasenye ni...

Iftar di Batu Kikir tu cuma dihadiri oleh beberapa ahli BPKC je pun.. Atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan, ahli lain dah tak dapat join.. Lagipun dekat dekat raya ni, banyak kerja, tak dapat cuti la.. tak off la.. so masing masing ada commitment sendiri.. Cuma sorang je yang I nak marah sket, sanggup tak ikut sebab nak tengok bola?? kuang asam!

Ke takut nak jumpa mak mertua?? hahaha... Gurau jek...

Oh ye.. Kenapa Batu Kikir yer? Maybe diorang tu teringat Kem Penyayang yang pernah dibuat di sana kot.. Masa tu I belum join BPKC lagi.. Lagi satu, Batu Kikir menjadi pilihan kerana memenuhi jemputan Mira, salah seorang peserta Kem Penyayang yang tinggal kat sana.. Apapun Mira, terima kasih banyak banyak atas layanan yang diberikan. Terima kasih jugak dah arrange makanan yang simple dan sangat sedap di pekan Bahau ye.. 



Sebelum balik ke Kuala Lumpur ( Shah Alam lebih tepat), kami semua singgah ke rumah Mira untuk menziarahi family  Mira.. Mak dia boleh pulak hidangkan bubur kacang dan kuih kuih lain yang mana I dah tak mampu nak makan da.. Tapau ajelah.. hehehe...







info: 
Last Saturday la first time I sampai ke Batu Kikir dan I rasa tempat tu nice jugak sebab sepanjang perjalanan jumpa macam macam gerai.. Itik Salai la.. Lemang la.. Petai la.. macam macam la.. kesesakan pun teruk gak.. hohoho... 

kesian kan? 
sebelum ni batu kikir pun tak pernah sampai..


Apapun Mira, kalau ada jemputan, kami akan sampai lagi.. Insyaallah...

Raya : Mood Tak Sampai lagi

Morning awak... Sihat ke pagi ni..? Awak tu merujuk kepada kalian yang membaca okeh...

Awak dah ready ke nak raya? Semua baju raya kasut raya kuih raya bag raya semua raya raya lagi lah... Dah di beli ker? Dah ready? Kuih raya macam mana? Buat sendiri ke main order jer? Tahun ni memandangkan dalam kesibukan kerja, kejap KLIA kejap Subang, bab kuih raya ke apa apa raya lah tak disediakan pun...

Cuma kuih raya je dibeli.. Itupun kawan kawan datang berniaga kat depan mata.. Kalau tak, takdenya beli kuih raya.. Tahun ni la kot, I tak sempat langsung nak menolong buat kuih raya.. Mungkin jadi tukang makan jela nanti.. Selalunya bila nak raya, I buat tart nenas dan almond london.. Tapi, tahun ni, hihihi..kakak jela yang buat.. Tak dan la nak balik Kampung Baru..

Sibuk nak pindah... Penat.. Dah jadi malas tau.....


Tapi, baju raya ada 4 pasang.. Hihihi... Tak sengaja... 3 pasang dari Bandung... 1 dari Bak Anggerik Mall... Tetiba je macam nak raya sakan.. Awak pulak macam mane? Banyak tak baju raya? Ke takde lagi? Ait!! Awak jangan cakap I nak raya sakan tau.. Tu semua tak sengaja.. Takde dalam perancangan untuk buat jadi baju raya yer..

Cuma, mood raya je takde lagi.. Nak balik pun tak confirm lagi.. Mungkin Jumaat, mungkin juga Sabtu... Haihhh.... Tengok la dulu...

Okaylah... Nak tido sat...Ngantok....huhu

Monday, August 22, 2011

Tahun Ni Nak Bagi Duit Raya Ke Nak Diam Je?


Tahun ni dah kena bagi duit raya ke???

Adoyai...
Boleh tak pakai diam je.. Tak payah kasi.. Tapi ada 9 askar wataniah kat rumah tu.. Maknanya ada 18 tangan yang confirm menadah kat depan muka Achu ni.. Adush...

Maknanya,
Kena prepare jugak la kan duit raya... Bape hengget nak kasi diorang ni? Nak jadi  Achu best of the year ke nak jadi Achu Boring? hohoho...

Rasanya nak kena maintain jugak ni tittle Achu Cun... 

so, 
prepare la duit raya untuk diorang... 

tapi, RM 1 bole??

Saturday, August 20, 2011

Bahagian babi yang biasa digunakan dalam penghasilan produk

kadang kadang kita tak berapa peka dalam isi kandungan setiap produk yang kita beli.. Hari ni, semakin banyak isu yang berkaitan dengan produk dikaitkan babi.. Bila terbaca artikel mengenai babi ni, rasa nak share la pulak apa barang dalam seekor babi orang dah untuk membuat sesetengah produk...



PANKREAS : bagi menghasilkan insulin

LEMAK : digunakan salam proses pembuatan susu, alat kosmetik, perisa serta warna tambahan, tablet serta minyak,

DARAH : digunakan bagi menghasilkan serum atau vaksin serta tablet.

TULANG : bagi penghasilan gelatin, cairan atau emulsifier dalam ubat, minuman dan juga makanan. Ia juga digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam bentuk ubat gigi serta susu.

KULIT : penghasilan kolagen dalam perkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan.

ORGAN DALAMAN : bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol, laktat, aseton atau butirat.






Info:Metro Ahad (14/08/11)

Friday, August 19, 2011

Kenapa saya stop ber 'CHECK IN' di FOURSQUARE


FOURSQUARE...

Rasanya sangat ramai orang suka dengan application ni. Special untuk pengguna smartphone dan sesiapa yang mempunyai data plan.. tapi dari computer juga kita boleh check in kan? tapi sekarang I dah stop menggunakan application ni.. Tengok lah gambar.. Last check in pada 16 Jun 2011.. I pun dah delete application yang tak berguna buat I kat smartphone I..

Kenapa yer?

Sedangkan I la orang yang sangat aktif ber 'CHECK IN' tak kira ke mana I pergi.. Nak kejar untuk jadi Mayor tu satu la.. Lepas tu nak inform kat kawan kawan ke mana I pergi.. Kadang kadang sebab nak suruh kawan kawan jealous la katakan.. hahahaha...

Sampailah satu hari di tempat kerja.. Biasa la.. hidup I memang banyak dihabiskan di tempat kerja.. Sedang I berborak, ada seorang engineer keluarkan cerita Foursquare. Pandangan dia tenang application Foursquare ni.. I ambik port la.. Memandangkan I jugak seorang user..

Apabila bercakap, mengeluarkan pandangan dan kritikan dari semua orang yang berada di situ, rasanya hampir semua daripada kami berhenti menggunakan Foursquare..


KENAPA??


Kerana, 
terlalu banyak keburukan daripada kebaikan menggunakan application ni.. TAPI... Mungkin ini bukan untuk semua orang la.. Untuk I, ini la yang I rasa..

'Check In' Foursquare memang untuk happy happy je.. Dengan kawan kawan.. Nak inform diorang kat mana kita berada.. Bertujuan nak ajak diorang datang ke tempat sama la, nak buat diorang jealous jugak bila kita pergi ke sesuatu tempat yang best.. Yang penting untuk suka suka..

TETAPI,

Ada yang kita tak sedar disebalik application yang kita suka suka nak guna tu..

Andai kata, 
ada orang yang sedang memerhatikan kita dengan niat yang jahat.. Contohnya, nak rompak ke.. Nak culik ke.. Dengan Foursquare yang kita sibuk nak 'Check In' tu, lagi mudah la kerja dia.. Tak payah nak mengintip beria sangat, dari Foursquare je dia mampu mengesan di mana kita berada.. 

Lagi satu, 
dengan Foursquare jugak, kadang kadang kita menulis status sewaktu kita 'Check In'.. Katakan kita dah 'Check In' di XXX dengan status "bersama sama family, Nobody home"...

Kalaulah rumah kita tu memang dah ada yang geram je nak masuk merompak, senang lah kerja diorang, dah tahu confirm rumah takde orang.. Boleh la melakukan operasi.. 

Kadang kadang benda macam ni la kita tak nampak.. Yang kita tahu, nak 'Check In' bagitau orang kat mana kita berada..  Ye tak? 

Bukannya apa, kadang kadang kita perlu lebih berhati hati dengan sesetengah perkara.. Kita tak pernah tau siapa yang buat baik dengan kita dan siapa yang nak buat jahat.. Kita fikir kita memanglah sentiasa selamat sehingga ada perkara yang buruk berlaku... 

So, itulah sebab kenapa I stop ber 'Check In' di Foursquare dan mana mana application yang boleh check in la.. Untuk keselamatan diri.. 




Eh... KERJA rupanya...

Adoyai....

Kerja la pulak harini.....
Dah seronok dah berehat rehat di rumah semalam semalam semalam....

Sekarang dah di parking lot Hangar 5 KLIA... Liatnya dan ngantoknya nakgi kerja...

TooooollllooooooooooongGggggGg!!!!!



Selamat berpuasa yer readers...
Dah 19 hari dah...

Thursday, August 18, 2011

Laksa, Mee Rebus, Sup Tulang Best di Langkawi..

Bila pergi jalan jalan kat tempat orang, selalunya tempat makan la selalu menjadi isu.. Tak tahu nak makan kat mana yang sedap.. Nak cuba takut kecewa... Penat la jugak bertanya pakcik Google dan orang lain yang dah biasa kat sana...


Hari tu kat Langkawi... Pergi makan kat tempat orang cadangkan ajelah... Tak nak la cuba terus taknak datang dah kan... So, Restoran Hj. Ramli menjadi tempat pertama untuk mengisi perut.. Bukan apa, I taknak kalau bawak ramai ramai makan kat situ tapi makanan tak sedap..

Alhamdulillah... Sepanjang 3 hari di sana, tak pernah salah membuat pilihan untuk memilih tempat makan...

Tapi yang paling tak lupa bila mencuba di stall seorang pakcik di depan Alun Alun Spa... Mula mula tertarik sebab melihat ramai orang sedang menjamu selera di situ.. Rupanya, bila dah mencuba menu dengan harga yang berpatutan di situ, memang tak salah pilih tempat...


Tengok la menu dan harga... Murah kan....


Dan....

Yang penting,
Sedaaaaaaaappp!!!!


Mula mula cuma mencuba bihun sup tulang dengan mee rebus je.. Tiba tiba ada orang tu yang tak reti kenyang order laksa pulak.. Tapi dia tak cakap tak cukup kenyang.. Cuma nak cuba je... Apa apa ajelah.... Yang penting dapat rasa semua menu yang pakcik tersebut jual...

Dan.....


Sekarang, kalau I pergi Langkawi lagi, I mesti jejak kaki ke stall pakcik tu lagi...

Apa kata korang pun pergi la cuba...

Confirm tak menyesal.....l

Wednesday, August 17, 2011

Flaming Steamboat for Berbuka Puasa


hari tu I dengan kawan kawan I berbuka kat luar.. Bukan hari tu je, almost everyday I berbuka kat luar.. hohohoho.. Cuma lately after pindah KLIA dan kena travel je I prefer berbuka kat rumah.. Sebab dah tak larat nak keluar.. Balik kerja pun dah lambat kan.. Mau nak keluar lagi... Takde nye I berusaha untuk makan.. Tido lagi best.. hehehehe...

So ni event before transfer ke KLIA la... Kitorang pun pergi la Flaming Steamboat kat Bandar Sunway tu.. Actually kiitorang ambik yang second session. That means start 9 pm onwards.. Bukan apa.. senang sket.. siap solat Maghrib dulu kat rumah baru keluar.. Senang dan tertunai tanggung jawab dulu.. Mula mula da cancel dah nak pergi Flaming.. Last minute tiba tiba jadi pulak.. I layan jela.. Sebabnya, nak tak nak, I memang akan berbuka kat luar.. 

Tapi kan, cerita yang tak best lagi banyak dari cerita best.. Kitorang booking kat tingkat atas.. Ok la.. Cuma sampai kat situ, I dah bau tak best dah.. Bau longkang nye, bau macam sayur busuk nye, tapi masuk gak sebab ambik hati kawan kawan... Bila time nak makan pun I dah rasa lagi spoil.. Bukak fridge tempat diorang letak makanan tu rase terus hilang selera makan.. Macam Fridge dia dah tak funtion.. So segala steamboat punya bahan dah tak fresh.. end up, i cuma makan aiskrim dan sayur sayuran je... serius tak lalu...

Itu last time I pergi Flaming la kot.. Takpe la tak makan steamboat pun.. Kat Subang ni pun dah ada 2 kedai grill +steamboat yang best jugak.. Lagi murah nak compare dengan Flaming Steamboat tu yang sekarang harga dia dah jadi RM27 sorang.. Island Steamboat dengan Kelip Kelip baru je RM21... 






Apa kaitan antara Nuzul Al-Quran dan Lailatul Qadar



Nuzul Al Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran
Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

  Panduan
Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1.      Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2.      Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3.      Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
 
Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.
            Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”. 
Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.
Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.


Kesimpulan     

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).






Sumber:
Oleh;  Dr. Samsu Adabi  Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Nak Duit Raya punya pasal...

Rasanya inilah kenangan yang I tak boleh lupakan kalau bila Ramadhan tiba.. Setiap kali Ramadhan, rasa nak tergelak sorang sorang je.. Tapi serius.. Takde sesiapa pun tahu hinggalah I cerita kat sini..

Kisahnya macam ni...
Waktu tu I dalam umur 8 tahun.. Hari pertama puasa.. Maksudnya 1 Ramadhan.. Bukan first time puasa tau... I dah start puasa since tadika lagi.. Tapi suka tinggal puasa sebab terpengaruh dengan rakan sebaya.. Diorang bawak bekal maggi gi sekolah.. I pun join sama la... Macam mana nak puasa penuh..hohohoho...

Tapi ni bukan kisah Maggi yer...
Ni kisah McD...



Dulu sekolah I ada 2 sesi.. Masa tu Darjah 2 I sekolah petang..So seperti biasa kebiasaan bulan puasa, selepas sahur semua orang tidur la.. I tidur la jugak.. Tapi bangun awal sket dari semua orang.. Bangun je dari tido, I terus pergi dapur macam biasa.. Itu dah jadi habit I pun.. Celik mata je terus gi dapur tengok apa yang ada bawah tutup saji.. Honestly I memang lupa haritu dah start puasa.. Padahal dah siap bangun sahur dah awal awal pagi..

Bila dah bukak tutup saji tu, I tengok ada lauk nasi.. Memang I tak berminat la.. Lepas tu ada jugak Fries McD yang beli semalamnya tak habis makan.. Masa tu memang lupa sangat dah start puasa.. Apa lagi, dah nampak fries, amik jela 1 box dia, makan dengan riang gembira sambil tengok TV.. I makan sampai habis, rasa nak minum air la pulak.. By the time bangun nak ambil air la baru ingat... Eh!!! Puasa! Tapi fries McD dah abes.. Hohohoho...terus gelabah...

In case nak hapuskan bukti punye pasal yang fries dah abes ni, terus I jadi rajin kemas rumah.. Masa tu kat rumah I ada kedai runcit..(sampai sekarang pun ade)... Semangat ni tolong bukak kedai kemas apa yang patut dan sapu kedai.. Bukan apa... Nak buang fries punye box je sebenarnya.. Takut kantoi dah makan fries di bulan puasa.. Takut orang tau I dah makan.. Lagipun masa tu kecik kecik tak tahu lagi bab bab puasa ni apa yang boleh apa yang tak boleh.. Tahu je tak boleh makan dan minum la..

Sampai sudah orang tak tahu I dah makan fries pada hari Pertama puasa tahun tu.. I pun bersemangat simpan rahsia sorang sorang sebab mengharapkan janji abang long I.. Kalau puasa tak cukup sebulan, cuma dapat duit raya RM10 je.. Kalau penuh dapat RM30..

Haih....
Nak duit raya punya pasal...
Hihihihi



Tuesday, August 16, 2011

FAKTA : Yang mungkin ramai ISLAM tak tahu tentang istilah SAINS mengenai BABI

Mungkin ramai Islam yang masih tak tahu bahawa label yang bertulis 'THIS PRODUCT CONTAIN SUBSTANCE FROM PORCINE' sebenarnya bermaksud 'PRODUK INI MENGANDUNGI BAHAN DARIPADA BABI'. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'THE SOURCE OF GELATIN CAPSULE IS PORCINE' yang bermaksud 'KAPSUL DARI GELATIN BABI'.



Berikut adalah istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi.

1. PORK : istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. SWINE : istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan kumpulan spesies babi.

3. PIG : istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. HOG : istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. PORCINE : istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

6. BOAR : babi liar

7. LARD : lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

8. BACON : daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

9. HAM : daging pada bahagian peha babi.

10. SOW : istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

11. SOW MILK : susu babi.





Info:Metro Ahad (14/08/11)

16 Ramadhan

Assalamualaikum..
Selamat pagi dunia.. Actually I sangat sedih pagi ni.. I tak sihat.. Seawal 5 pagi I bangun tapi tak larat nak buat apa apa.. I cuma pergi dapur ambik air.. Kemudian terbaring semula.. Rasa memang nak nangis jela.. Perut sakit, kepala pening.. I rehat lagi di kerusi terbaring lembik sambil bukak notes dalam iPad ni, dengan niat kuatkan semangat untuk study..

Actually I ada assessment pukul 9 pagi ni di METC.. Dah bersemangat dah nak pergi ni.. Segala notes dah kumpulkan nak baca, tapi segala benda tak masuk kepala.. Perut semakin sakit, kepala pun semakin pening.. Rasa nak muntah pun datang sekali.. Terlalu banyak angin dalam badan ni.. Mungkin sebab berpuasa, kurang makan, tu bila saat macam ni terus pelbagai rasa yang datang..

Serius I frust tak pergi assessment sebab Niat I memang nak habiskan cepat cepat.. I nak cuba habiskan sebelum raya.. Tapi apa daya I pagi ni bila memang I akan mengalah dengan mual muntah segala... I terus tidur je sampailah sekarang.. Memang rasa tak boleh bangun jalan da.. Sekarang ni kalau bangun pun rasa sakit.. Posisi meniarap je yang membantu sket..

Cepat la hilang sakit ni.. Nak study, untuk kejar schedule assessment khamis.. Huh!!! ruginya...

‎DOA HARIAN BULAN RAMADHAN

HARI KEENAM BELAS : “Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”~Renung-renungkan dan selamat beramal~

Monday, August 15, 2011

Menu Febret Ramadhan kali ni..


Selepas dah selesai 14 hari puasa, rasanya ni la menu yang paling laris kat rumah I.. Gambar yang I post ni adalah Sardin Roll ke 3 yang I buat dalam seminggu.. 

En. Hubby suka ye? 

Ape? Sardin Roll Kak Timah dah jatuh ranking? 
ala.. Kak Timah punye tu I tak penah rasa paling sedap pun.. 
Oppss!!
Marah la Kak Timah nanti..

Actually, 
I memang suka makan Sardin Roll.. Tapi yang dibuat sendiri.. Sebab cuma kita yang tahu apa yang kita suka nak makan.. So kita akan letak ikut selera kita.. Betul tak? 

Hari ni dah hari ke 15.. 
Menu hari ni, 
puding karamel yang kakak En. Hubby dah buatkan semalam dengan apa yer? 
Bubur Jagung.. 

Tak sabar la pulak nak berbuka.. 
Nanti I post Bubur Jagung yer... 

99999


selama ni I guna kereta abang I untuk ulang alik pergi kerja.. Memandangkan ada abang yang baik hati, ni nak cakap kat abang ni, kete abang punye meter dah jadi 99999. ni nak cite kisah adik abang ni.. sanggup tu berhenti tepi jalan nak snap gambar untuk abang.. hihihihi...

nanti raya ni abang guna la kete.. kete yang abang boleh guna sekali setahun masa raya jerk... hohohoho... thank you abang.. abangku memang baik hati.. 

nanti bila dah ada gaji besar sket yang dah mampu beli kete sendiri adik pulangkan kete abang.. tu pun adik cantikkan sket sket jela nanti untuk abang guna balik eh.. hihihihi

Sunday, August 14, 2011

Short Trip to Langkawi before Ramadhan


Actually I takde plan pun nak ke Langkawi tahun ni.. Plan I nak pergi Sydney untuk habiskan FOC ticket yang company issue.. Tapi masalah cuti dan masa, dah batalkan niat ke Sydney... So gunakan aje tiket FOC tu ke Langkawi..

Rugi kan... Dah la free.. Patutnya pergi la jauh jauh sket.. Tapi nak buat macam mana..lagi rugi kalau tak guna terus.. Ye dok??? I dah rasa macam tak cukup masa nak berjalan jalan.. Sebab dah banyak sangat berjalan dengan tujuan lain sebelum ni.. Hohohohoho....

Sepanjang 3 hari tu tak banyak sangat tempat yang boleh pergi.. Agak kecewa jugak.. Sebab ingat nak berjalan jalan ke semua tempat best kat sana.. Tapi, atas sebab yang tak dapat I nak buat apa, I pasrah... Kali kedua ke Langkawi, masih tak dapat peluang untuk menjelajah pulau yang banyak sejarah tu.. Sedih kan... Takpelah.. Takde rezeki.. Maybe next time...

Tapi berpeluang jugak naik cable car masa kat Langkawi haritu.. Thank you....







Owner Dah Nak Halau Keluar dah..

Selamat hari Ahad semua... 

masih lagi berbaring di tempat pembaringan ni ha... tadi pergi pasar pagi beli lauk.. sekarang boleh lagi sambung berbaring.. tahu la ahad.. tahu la weekend.. malas gini lak jadinye.. hihihihi...


duduk terbaring sambil main laptop, surfing, blogging dan tengok tom and jerry kat tv.. haih.. ni la kerja di hari ahad yer... cuma yang best sket dah tak sedih sangat... dah terubat..hehehehe

pastu dah dapat mesej dari housemate.. katenya owner rumah Subang dah mintak kami keluar before 10 September.. hohohoho.. Macam dah halau la kan.. whatever lah.. yang penting I dah dapat rumah di Salak Tinggi.. 1 September da boleh masuk..

Cuma,

I belum kemas lagi barang barang untuk pindah...
lalalalalala....

nanti la kemas.. before balik raya..
boleh tak macam tu??

Saturday, August 13, 2011

Tangan kiri.... Unik... Menarik... ISTIMEWA!

Hehehehe.....

Well, i'm left handed....


































Saje je..tengok Buletin Utama tadi kesah tangan kiri...

Puasa dan hujung minggu...

Morning....

Apa nak buat ni...?sejak dari bangun sahur tadi mata tak ingin nak tido pun... Maybe sebab tak biasas tido after sahur kot.. Tu segar je sampai sekarang.. Serius rasa tak best je bila weekend.. At least bila weekdays, sibuk kerja.. Weekend macam ni tak takde idea... Nak kemas umah basuh baju, semua da settle semalam.. Memandangkan dah terawal cuti weekend..

Sorang sorang... Apa nak buat ye? Nak balik Emerald, awal awal lagi kakak cakap dia takde kat umah.. Nak balik Kg. Baru mak awal awal lagi pesan tak kasi balik.. Haih.....serius bosan hidup macam ni... Sekarang mula la ingat kenangan dulu dulu... Apa aktiviti bulan puasa tahun tahun lepas... Bestnya masa tu.. Takde rasa macam sekarang pun.. Everyday rasa happy dan enjoy the life.. Sekarang, banyak yang dah berubah.. Nak buat itu, ini, fikir dulu perasaan orang... Nak keluar macam dulu pun, fikir jugak perasaan orang..

Lagipun, partner dah takde nak buat kerja kerja gila yang tak terfikir dek akal saat ni.. Kalau dulu weekend bulan bulan puasa, awal awal pagi lagi dah hilang dari umah dah.. Confirm dah sampai kat LRT Station dah ni nak merayau.. Tinggal kereta kat situ, guna public transport pergi merayau.. Selalunya window shopping lah.. Padahal time tu duit bukannya ada pun.. Mula la bila berkenan kat sesuatu mintak orang belanje.. Hahaha.. Tak belanja sangat la.. Mintak dari seorang banker yang kerja atas kapal... Confirm dapat punya.. Duit dia kan tak de masa nak pakai.. So, I dengan GF dia la abeskan.. Tapi takde la selalu.. Hari hari yang terasa jahat je buat macam tu.. Bila dia turun kapal, bayarlah balik duit dia.. Hohohoho.... Tapi semua tu kenangan jela.. Waktu masih muda dan belajar.. Dia pun dah kerja kat Europe.. Bawak diri akibat kesilapan sendiri.. I tolong kesian jela yer.. Enjoy your life kat sana okay!!!

Sekarang, boleh dikira dah kerja la.. Tiap tiap bulan ada gaji.. Takkan nak mintak dari orang lagi kan... Nak apa apa, saving la.. Bukan susah pun... Dapat je apa apa yang I nak... Yang penting, berusaha...

Kisah bulan puasa lagi, ni 2 tahun lepas.. Rasa macam ini kenangan memang I tak boleh lupa la di bulan puasa bila ingat incident kat IKEA.. Serius memalukan.. Masa tu, after kelas terus gerak ke sana..Dengan Mr. Boyfriend yang masa tu,, Semua sebab mama dia mintak belikan barang di IKEA.. Nak raya kan, rumah pun nak cantik.. Okay.. Fine.. Kita pergi beli apa yang mama dia nak.. Masa tu pulak tengah period.. So memang tak puasa la kan.. Siap siap beli barang yang besar dan berat tu, I dah nampak karipap, hot dog dengan air dah kat kaunter.. Tambah lak dari pagi memang tak makan apa apa pun lagi.. Bila dia dah siap beli barang, I dengan mula selamba terus pergi order apa yang I nak.. Tak kira.. Memang lapar.. Hohohoho... Bila dah dapat 1 set menu yang I order, terus I minum air... Memang lupa terus tu public area dan bulan puasa.. Sampailah dia tegur.. Awak!! Bulan puasa ni.. Cover sket.. Kalau yer pun lapar, jangan la nak inform semua orang awak tak puasa... tunggu masuk kereta la... Ya Allah!!! Serius I memang lupa.. Terus rasa malu sangat sangat.. Terus I pandang sekeliling... Nasib baikkkkkkkkkk.... Takde sorang Melayu pun kat sekeliling I time tu.. Almost Mat Saleh je.. So diorang ape kesah.... Fuhhhhh.... Selamat... Tapi kalau diingatkan balik, sampai hari ni rasa malu lagi dengan diri sendiri yang dah buat macam tu... Tak menyempat...hikhikhik...

Buat awak, selamat menunaikan ibadah umrah.. Selamat berangkat yer hari ni.. Memang saya pernah cakap nak pergi sama sama dengan awak dulu.. Tapi bila fikir balik, saya takut En. Hubby saya terasa kalau saya dan parents saya pergi umrah sama sama dengan awak dan parents awak.. Sebab tu saya lupakan niat saya nak gunakan first FOC ticket gi umrah dengan family awak.. InsyaAllah nanti ada rezeki saya akan ke sana jugak dengan parents saya.. En. Hubby saya sekali... Dah saya takde kawan nk gaduh kat BBM seminggu dua ni.. Huhuhuhu... Sedih.. tapi takpe.. Awak kan nak pergi beribadat.. Semoga awak ziarah awak diberkati yer...

So hari ni, memang rasa macam takde sesiapa... Apa aktiviti? Nak keluar window shopping lah.. Maybe sorang sorang.. Dah message En. HubbY tapi takde respond.. Apa masalah Whatsapp dia entah.. Mungkin kadang kadang perlu abaikan dia untuk mencari kegembiraan diri.. Sebab dia tak boleh bagi sedikit ruang pun untuk Cik Kekasih saat ni kan.. Serius... Cik Kekasih PASRAH....



Yer... Saya tahu... FAMILY FIRST!

Friday, August 12, 2011

Terasa macam 'single', Kalau 'single' lain la cerita...

Assalamualaikum....
Actually I sangat boring dengan life sekarang.. Serius, rasa macam takde life.. Ramadhan pun tak rasa macam Ramadhan.. Aitt!!! I puasa okeh.. Tak miss lagi tau.. Cuma tak rasa macam di bulan puasa pun.. Berbuka memang ala kadar je.. Sampai harini pun masih tak dapat nak makan apa yang I rasa nak makan untuk berbuka. Sedih kan.. Nak pergi Bazar Ramadhan sorang sorang rasa macam ngeri je.. Kat tempat tu ramai orang.. Macam macam yang I fikir walaupun di bulan yang baik ni.. So, buat keputusan sendiri, makan aje apa apa yang ada kat umah.. Tak pun masak.. I lak, masak confirm la benda yang simple je kalau dah sorang sorang.. Takde maknanya I akan masak beria kalau sorang sorang..

Haritu dah kantoi ngan emak, I berbuka makan Maggi.. Nak tipu cakap makan best best, hati pun tengah sedih, so ngadu jela.. I berbuka makan Maggi.. Lagipun, tak baik tipu kan.. I bukan taknak masak makanan best best untuk berbuka.. Tapi sorang sorang.. Pastu, balik kerja sampai umah dah penat.. Memang kalau ikutkan I berbuka dengan air masak pastu nangis jela dengan life sekarang.. Serius I tak suka...

Kerja, KLIA.. Mak datuk... Jauhnye.. Nasib baik la baik boleh cilok balik awal lagi.. Kalau balik ikut time, memang time orang azan Maghrib la sampai umah.. Mau I tak berbuka air masak pastu nangis.. Balik awal lak, tak awal mane pun.. Pukul 6, dah penat.. Memang berbuka sandwich tak pun goreng nuget... Tak masuk sahur lagi.. Memang air masak ngan kurma jela..

I memang sangat suka kalau Ramadhan I tenang... Tak rushing dengan aktiviti luar.. Sebab I memang cerewet bila bab berbuka.. I tak makan heavy.. Sebab tak boleh terawih kalau amik nasi.. I nak makan makanan yang I suka makan.. Tapi I tak sempat masak bila weekdays... Sedihnya... Nak mengadu,tapi rasanya takkan ada sesiapa faham perasaan I sekarang.. So nak menulis kat sini je..sesiapa yang baca, Terima kasih.. Kalau tak baca pun, I tak kisah.. Cuma luahan hati.. Bukan sesuatu yang best pun..

Weekend, I ingat nak balik Emerald.. Tapi kakak abang I takde kat umah.. Balik Kampung Baru.. Mak pesan, jangan balik Kampung Baru dulu buat masa sekarang.. Okay... Fine... Berpuasa dan berbuka la sorang sorang.. Housemate?? Ada yang balik umah sedara... Ada yang pergi berbuka dengan tunang.. Ada yang balik kampung... Tinggal la sorang lagi... Nak keluar dengan kawan kawan? Bape kerat girlfriends yang I ada kat sini.. Weekend kot.. Hilang la mereka.. Kuar berbuka dengan lelaki? Boleh nak buat.. Tapi I taknak la buat apa yang En. Hubby tak suka... En. Hubby? Dia ada life dia sendiri.. Tak free untuk I bulan puasa ni.. Biarlah I terkontang kanting sorang sorang.. Serius I sangat sedih... Tapi apa boleh buat.. Layan jela.. Buat yang wajib.. Jangan hiraukan perasaan hati... Duniawi je....

Baik single kan dari terasa single?

Wednesday, August 10, 2011

Jari terluka nampak darahnya, hati terluka, siapa yang tahu..

Morning... Acually i tengah boring ni.. Dalam bas nak ke KLIA.. Jam teruk la pulak.. Ade accident kat highway pepegi buat PlusTraffik cakap.. Terima kasih bagi makluma awal awal.. Takde i driving ke KLIA arini... Boleh berehat berblogging dalam bas je..hehehe...

Tapi hehehe tu tak bermakna tengah happy pun.. Takpelah... Dia tak cakap apa yang dia buat, dia ajak borak cerita lain.. Layaaaaannnnnnnn........ Tak bagitau apa yang dibuat malam tadi.. Takpelah.. Tqk payah mengungkit tapi na luahkan kat readers...

Sedih......

Tuesday, August 09, 2011

Awal pagi di KLIA, lewat pagi di Subang dah... Geram Sungguh!!!

Assalamualaikum....
Selamat pagi semua... Baru je lepas sahur ni... Tengah ambik mood nak mandi.. Jap lagi nakgi kerja.. Sekarang ni kan tengah musim Departmental Visit.. Hari ni baru kari ke 2... Lambat lagi nak abes...

Untuk permulaan visit, dah ada benda tak best muncul.. Masa nak pergi ke KLIA tu semua ok lagi.. Drive sendiri jela semalam sebab malas naik bas.. Kot kot la petang balik lambat kang.. Berbuka di atas jalan raya kang... Tapi.... Ada cerita yang tak best....

Sebelum hari Isnin lagi, group I yang 6 orang ni bising bising dah dekat orang yang berkaitan.. Department yang kami nak visit ni kat KLIA ker?? Yer... Semua ada kat KLIA... Takde satu pun kat Subang... So, all of you pergi KLIA this Monday... Okay... Relax... Cool lagi... So my friend, I re check dengan orang yang lagi senior.. Ask the same question lagi.. Department yang kami nak pergi ni kat Subang kan? Takde kat KLIA kan... And... Semua cakap.. Iyer.. Kat Subang je ada.. Tapi kami nak kena pergi KLIA untuk visit ni.. En. Tersebut bagitau, semua department kat sane.. Okay... Follow the instruction...

8.30 pagi... Sampai di KLIA... Tunggu punye tunggu, dapat lagi cerita tak berape nak best.. Okay lah... Tunggu jela sampai dapat arahan baru.. Sampai masa pergi ke department berkenaan... Sampai sane, group ni dan ni, balik Subang yer.. Kat sana je ada tempat yang korang nak pergi tu.. Huh!! Time tu rasa macam, menyusahkan orang betul! Bukan ke orang di position seperti En. Tersebut lebih arif tentang sesuatu tempat di dalam compqny? Haihhhhh..... Patutnye fikirlah.. Ni bulan puasa.. Jangan la nak menyusahkan apprentice sangat.. Tau la kami cume ape dalam company ni.. Gaji pun paling kecik dalam company.. Tapi tak perlu nak menyusahkan orang sampai tahap macam ni kan... Walaupun tiket bas boleh claim, tapi bukannya dapat claim dalam masa seminggu... So 10 pagi I dah balik subang dah... Hmmmmm.....

Hopefully semua orang jangan nak buat kerja separuh jalan la okay.. Buat kerja, kena la ikhlas.. Bukan menunding jari kepada orang lain.. Bukannya mengelak dari berdepan masalah.. Baru hidup ni berkat dan orang akan selalu doakan kesejahteraan.. Bukannya orang akan mengutuk mengumpat dan menyumpah tak kira masa.. Involve dengan orang ni, kita perlu bermain dengan perasaan.. Bukannya mesin... Yang mana kita cuma perlu bermain dengan apa apa butang ON atau OFF je..

Monday, August 08, 2011

Kanser.... Cegahlah sebelum terkena...

Sebenarnya I dah tidur pun tadi... Tapi tiba tiba terjaga terus teringat berita yang baru je terima tadi... Ya Allah... Betul betul dugaan kami di bulan puasa ni... Hilang segala rasa sakit hati tentang kejadian siang tadi.. Nanti I cerita pasal hari pertama Departmental Visit to KLIA yer..

Actually I sangat concern bila dengar cerita tentang kanser.. 11 Julai 2010, I dah kehilangan seorang sepupu disebabkan kanser payudara.. Umur baru 30an... Sakit pun tak sampai setahun.. I masih tak lupa di saat dia pergi selamanya.. Melihat dia di depan mata di saat saat akhir pemergian.. Ya Allah.. Tempatkanlah Kak Na di golongan hambaMu yang solehah... Amin....

Baru je setahun berlalu... Tapi malam ni rasa sangat sayu bila mengenangkan berita baru diterima.. Dulu Kak Na meninggalkan 4 anak.. Malam ni, I dapat tahu anak pertama Kak Na disahkan mengidap kanser rahim... Ya Allah... Umur kakak baru je 13 tahun.. Beratnya nak terima berita ni.. Berat sangat.. Baru setahun lepas mama kakak pergi meninggalkan kita semua.. Malam ni, Achu dapat tahu kakak pulak yang sakit.. Betul betul dugaan untuk semua orang ni... Semoga sepupu aku tabah untuk menghadapi semua ni okay... Kami sentiasa ada untuk supprt.. Cuma ini yang mampu... Buat kakak, kuatkan semangat... Lawan penyakit kakak.. Insyaallah nanti Achu balik kerja, Achu singgah melawat kakak..

Apa yang sedang bermain difikiran... Macam mana kakak dengan umur baru masuk 13 tahun nak melawan penyakit.. Kakak kena kuatkan semangat tau.. Achu nak kakak sembuh..

Sebenarnya berita ni sangat memberi peringatan buat I sendiri... Untuk menjaga anak kecil yang dalam keluarga ada sejarah kanser.. I taknak perkara yang sama berulang.. Kadang kadang penyakit ni boleh berlaku disebabkan keturunan.. Perkara penting yang Doktor Shuib pernah pesan pada I dulu, jaga pemakanan.. Selain keturunan makanan juga penyebab kanser.. Jadi seawal kanak kanak, orang dewasa perlu mengawasi setiap pemakanan yang mereka ambil.. Jangan terlalu biarkan mereka makan KFC, McD semua...

Sayangilah anak anak... Kerana cuma itu yang kita mampu lakukan untuk mengelakkan kanak kakak mengidap penyakit yang akhirnya nanti kita yang menyesal... Buat anak sepupu, Achu pun sangat terkejut lagi dengan berita ini.. Semoga kakak tabah okay... InsyaALlah kakak akan sembuh...

Sunday, August 07, 2011

bubye Subang..

selamat pagi ahad... 

arini dah 7 hari puasa.. kejap je kan... dah 7 hari.. tup tup... dah nak raya... tapi I tak kisah mane la nak beraya ni... hati sedih banget... menghitung hari hari trakhir di Subang.. 

last Friday, ada meeting dengan management, result dia, esok batch I dah kena pergi ke KLIA.. officially berpindah memang la oktober.. tapi esok dah kena pergi departmental visit, kemudian nanti kena pergi ASU, pastu report terus ke training school KLIA..

maksudnya, 

I terpaksa cakap.....
bubye SZB... huhuhuhu... sedih tau... 
ramai kawan kawan kat sini.. 

kepada sesiapa yang tak sempat jumpa tu, kalau ada salah silap, harap dimaafkan yer.. nanti ada course ke exam ke kita jumpa lagi di SZB... 

esok... 

KLIA....

berdebar la jugak dengan departmental visit ni.. kang kena boom kang...huhuhuhu... dah la rumah kat sana tak dapat lagi.. penat dah mencari rumah.. nak tak nak... kena la travel hari hari dulu dari Subang ke KLIA... adush..... jauhhhhhnyerrrr.....